Anda di halaman 1dari 5

Bahasa dan Pemikiran Melayu

BAHASA bermaksud bunyi-bunyi suara yang diguna oleh setiap kaum untuk menyampaikan maksud-maksud mereka. Bahasa terdiri daripada perlambangan. Lambang merupakan hubungan antara tuturan dengan rujukan.

Contohnya: Rumah

Dalam aspek yang lain, perkataan seperti lembu secara umumnya akan membuatkan kita terbayang seekor lembu. Namun dalam masyarakat Melayu khasnya perkataan lembu juga membawa maksud bodoh. Sekiranya gambaran seekor lembu terbayang apabila perkataan lembu yang disebutkan, fenomena ini dikenali sebagai kegunaan ekstensi (luaran). Tetapi, sekiranya lembu itu menggambarkan bodoh, fenomena ini dikenal sebagai kegunaan intensi (dalaman).

Begitu juga perkataan jantan dan betina. Secara umumnya, perkataan jantan dan betina melambangkan jantina bagi seekor haiwan. Namun, sekiranya perkataan jantan dan betina digunakan untuk menunjukkan manusia, ini boleh menunjukkan sikap kurang sopan dan reaksi negatif oleh pendengar.

Anda mungkin juga menyukai