Anda di halaman 1dari 3

Kepentingan Etika dan Kod Etika kepada seorang guru

Kepentingan Etika Guru


Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod
etika dianggap penting kerana:
1. Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion
perguruan. Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.
2. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap
pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Guru lebih faham dan jelas tentang
tanggungjawab mereka.
3. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan
perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. Guru dapat melihat
keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain.
4. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat
dilakukan. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana
kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan.
5. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara
hitam putih dan rasmi. Membuka mata masyarakat untuk menghayati
tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai
matlamat pendidikan dan negara.
6. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi.
Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam
menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan
perhubungan antara ahli dalam organisasi

Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia
Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan
prinsip-prinsip berikut:-
1. Niat yang betul
2. Perlakuan yang baik
3. Pengerak ke arah kebaikan
4. Memperkotakan apa yang dikatakan
5. Berdisiplin dan beradab
6. Menghargai dan bertanggungjawab hasil usaha organisasi

a. Prinsip kesaksamaan
b. Prinsip keterbukaan
c. Prinsip kerahsiaan
d. Prinsip kesetiaan
e. Prinsip ketekunan
f. Prinsip mengelakkan konflik kepentingan

Nilai-Nilai Utama Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia
Walaupun banyak terdapat nilai-nilai mulia, tetapi tujuh nilai utama menjadi fokus Etika
Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia.
Nilai-nilai itu adalah:
1. Amanah
2. Benar
3. Bijaksana
4. Bersyukur
5. Dedikasi
6. Ikhlas
7. Penyayang

TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR
Mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar
Bersikap adil terhadap setiap pelajar
Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit tentang pelajar
Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang baik
Membimbing atau mengajar seseorang pelajar

TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA
Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa
Mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat antara institusi pendidikan
dengan rumah tangga
Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka
Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan
ekonomi ibu bapa pelajar
Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang
boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka

TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA
Menghormati perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama
Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa, institusi
pendidikan dengan masyarakat
Menghormati masyarakat tempat berkhidmat
Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan
kepentingan pelajar, masyarakat atau negara.

TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKANSEJAWAT DAN PROFESION
KEGURUAN
Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh
mencemarkan nama baik seorang guru
Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat
Mengawal diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan
Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan diri sebagai
guru

Anda mungkin juga menyukai