Anda di halaman 1dari 2

SOALAN TUTORIAL EDU 3107 : BIMBINGAN KAUNSELING DAN KANAK-KANAK

TAJUK SOALAN TUTORIAL 1 Pembincangan tentang proforma, tutorial dan pembahagian kumpulan tajuk CATATAN

TUTORIAL 2

Buat satu seminar tentang peranan guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah rendah dalam menangani gejala awal masalah sosial di sekolah. Panel 1 keperluan Guru Bimbingan Panel 2 kepentingan dan peranan Panel 3 jenis-jenis perkhidmatan Bimbingan Panel 4 Etika Guru Bimbingan

TUTORIAL 3

Sediakan satu carta alir yang menunjukkan langkah-langkah bagaimana guru biasa boleh mengenal pasti murid-murid yang bermasalah.

TUTORIAL 4

Aktiviti Main Peranan : Adakan mesyuarat antara Guru Besar dan EMPAT orang Guru Bimbingan. TEMA : Peranan Guru Bimbingan Membina Modal Insan.

TUTORIAL 5

Buat banding beza antara TIGA teori Kaunseling dengan menggunakan pengurusan Grafik. Pengasas Prinsip Matlamat Peranan kaunselor Teknik/strategi Kekuatan Kelemahan

TUTORIAL 6

Aplikasi Tahap Sesi Kaunseling Kemahiran Asas Kaunseling.

dan

Situasi : seorang murid Pra sekolah, Gayah

selalu meragam di dalam kelas. Dia tidak bersedia berkongsi mainan, tidak mahu makan dan suka memukul kawan-kawan yang mengejeknya. Sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling, buat sesi bersama Gayah untuk membantunya menyesuaikan diri dengan persekolahan.

TUTORIAL 7

Aplikasi Tahap Sesi Kaunseling Kemahiran Asas Kaunseling.

dan

Situasi 2 : Salam berasa terpinggir kerana telah kematian ayah. Dia sering murung dan cepat terasa dengan usikan kawan-kawankawannya. Sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling, bantu Salam membina keyakinan diri dengan bersedia menghadapi kehidupan sehari-hari dengan ceria.

TUTORIAL 8

Bincangkan bagaimana Guru Bimbingan dan Kaunseling boleh mengaplikasikan kemahiran-kemahiran asas agar dapat mengenal pasti masalah / isu murid-murid mereka.

TUTORIAL 9

Bincangkan bagaimana seorang pemudah cara dalam sesi kaunseling kelompok boleh membantu ahli-ahli kelompok .

TUTORIAL 10

Bincangkan analisis satu inventori personaliti yang telah dilakukan dengan menekankan kepada implikasi inventori berkenaan kepada diri pelajar-pelajar.

TUTORIAL 11 Hingga TUTORIAL 15

Kendalikan satu bengkel (hands-on) untuk terapi bermain, terapi bercerita, terapi seni, terapi muzik dan terapi biblio. (Pembentangan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu)

Anda mungkin juga menyukai