Anda di halaman 1dari 2

MAJLIS TILAWAH AL QURAN PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR PADA 11 APRIL 2014 TAKLIMAT KEPADA

PENGURUS PESERTA Tindakan yang perlu dilakukan apabila sampai ke SMK SERI TASIK, KUALA LUMPUR * Semua pengurus pasukan, guru pengiring dan peserta meletak kenderaan di luar kawasan sekolah. 1. Pendaftaran bermula pada jam 8.00 pagi. 2. Semua pengurus pasukan perlu membuat pendaftaran pasukan masing-masing mengikut acara di kaunter pendaftaran dan dapatkan kad nombor giliran 3. Sila semak senarai nama pelajar anda dan tempat acara di papan kenyataan disediakan 4. Sila berada di dalam dewan. Semua peserta akan dikumpulkan dan dibawa ke tempat acara oleh pegawai teknikal. 5. Bagi pasukan nasyid perlu berada di dewan terbuka kerana acara diadakan di dalam dewan. - Jika ada pelajar yang terlibat dengan nasyid dan juga acara yang lain, sila pastikan nombor giliran tidak bertindan dengan acara yang lain. - Jika bertindan jadual giliran pengurus peserta perlu maklukan kepada pegawai teknikal. - Sebaiknya pelajar itu berada di pasukan nasyid terlebih dahulu. 6. Bagi acara menulis khat jawi, acara akan bermula tepat jam 9.00 pagi. - peserta yang lewat, dibenarkan masuk tetapi tiada masa tambahan. - kertas akan disediakan oleh pihak penganjur/ alat tulis disediakan oleh peserta 7. Bagi acara bercerita, hafazan, tilawah, azan subuh dan nasyid, giliran awal akan diberikan kepada sekolah-sekolah zon pudu. - Kedudukan giliran peserta @ pasukan dari sekolah lain ditetapkan oleh penganjur. - Semua pasukan perlu memastikan pelajar dan guru pengiring berada di tempat yang ditetapkan. 8. Pihak penganjur tidak membenarkan pertukaran pelajar dibuat di saat akhir - Nama peserta mengikut nama yang telah diberi dan dicatat dalam borang pendaftaran. - Jika pelajar tidak hadir, perubahan nama perlu dibuat semasa pendaftaran. 9. Tanggungjawab pengurus pasukan untuk menyediakan makan dan minum pelajar Bertanggungjawab menjaga keselamatan pelajar dan menjaga kebersihan persekitaran sekolah. 10. Semua syarat pertandingan perlu dipatuhi, a) pastikan bagi acara nasyid minimum 5 orang peserta dan maksimum 12 orang. b) Sediakan 1 salinan lirik lagu ( 2 lagu) dan serah pada penyelia peserta c) Bagi acara tilawah dan hafazan pastikan pelajar telah mengetahui surah yang ditetapkan dan mengikut kelompok. e) Bagi acara azan, pelajar perlu memperdengarkan azan subuh sahaja.(pelajar lelaki sahaja) f) Bagi pertandingan bercerita, sila sediakan 1 salinan skrip untuk hakim. 11. Keputusan hakim adalah muktamad. 12. Pemenang terdiri daripada Juara, naib juara dan tempat ketiga. 13. Keputusan akan diumumkan semasa majlis penyampaian hadiah. 14. Bagi sekolah rendah, penyampaian hadiah diadakan pada hari Rabu 14 Mei 2014

15. Bagi sekolah menengah, penyampaian hadiah akan diadakan pada hari Khamis 15 Mei 2014 16. Giliran peserta - Setiap peserta yang mengambil bahagian akan diberi kad nombor giliran yang perlu di semat di baju peserta. - Jika ada pelajar yang lewat tetapi mendapat nombor giliran awal, boleh mengambil bahagian kerana pemarkahan hakim berdasarkan nombor giliran. - pasukan nasyid, kad nombor giliran diberi kepada guru pengiring. 17. Semua pengurus pasukan perlu memastikan pelajar berada di majlis penyampaian hadiah. 18. Jika pelajar tidak ada semasa penyampaian hadiah, sila sediakan wakil. 19. Nombor giliran akan dipaparkan di laman blog ppki smk seri tasik selewatnya Rabu 11 Mei 2014. 20. Segala perubahan akan dimaklumkan, sila lawat laman blog ppkismkseritasik.blogspot.com

Anda mungkin juga menyukai