Anda di halaman 1dari 10

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK

Mata Pelajaran Kelas Bilangan Murid Bidang Tajuk Masa

: Matematik : Tahun 2 Bijaksana : 30 orang : Sukatan dan Geometri : Ruang : 60 minit ( 1:30 hingga 2:30 petang)

Standard Kandungan: Murid dibimbing untuk : 13.2 Mengenal pasti bentuk tiga dimensi (3D)

Standard Pembelajaran : (i) Mengenal pasti bentuk asas bagi bentuk tiga dimensi. Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid berupaya untuk: a) Mengenal pasti dan menyebut bentuk-bentuk tiga dimensi (3D) b) Menyatakan ciri-ciri bentuk tiga dimensi (3D).

Pengetahuan sedia ada : 1. Telah mempelajari mengenai bentuk-bentuk 3D semasa Tahun 1. 2. Murid selalu menggunakan bentuk-bentuk 3D di sekeliling dan dalam permainan seperti bola, guli, balon, dadu, kotak kasut, kotak tisu, botol air, tin minuman, topi hari jadi, dan ais krim. Nilai : Bekerjasama, fokus, berhati-hati, dan berani Kemahiran Berfikir : Membanding dan membeza, mengira Konsep : Bentuk tiga dimensi, bentuk dua dimensi dan pepejal. Bahan Bantu Mengajar : Model 3 dimensi, objek yang mempunyai bentuk 3 dimensi, carta, kad perkaataan, puppet dan lembaran kerja.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran :

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran FASA ISI PELAJARAN Aktiviti Guru Aktiviti murid CACATAN

PERSEDIAAN Pemerha-tian dan Analisis ( 5 minit)

Pengenalan bentuk Bentuk-bentuk 3 dimensi di persekitaran

a) Guru menunjukkan bentuk-bentuk tiga dimensi yang ada disekeliling seperti bola, kotak tisu, tin minuman, buah dadu, nasi lemak dan topi harijadi kepada murid. b) Guru menjana idea murid untuk menyatakan tajuk pelajaran pada hari tersebut iaitu bentuk tiga dimensi ( bentuk 3D). c) Cadangan komunikasi : i) Cuba kamu lihat benda-benda yang ada di hadapan kamu dan namakannya .

a) Murid melihat objek-objek yang ditunjukkan oleh guru dan memberi maklum balas. b) Murid menyatakan tajuk pelajaran berdasarkan soalan rangsangan dari guru.

Bahan Bantu Belajar (BBM) Bola Kotak tisu Tin minuman Buah dadu Topi harijadi Nasi lemak

c) Cadangan komunikasi : i) Murid menamakan benda yang ditunjukkan oleh guru satu persatu iaitu bola, kotak tisu, tin minuman,

ii) Berdasarkan benda-benda tadi, apakah pelajaran yang kita akan pelajari pada hari ini ? iii) Cuba perhatikan betul-betul bentuk apakah yang boleh kita kaitkan berdasarkan benda-benda tersebut ? iv) iv) Bagus dan tahniah anda telah berjaya menekanya dengan betul. Bentuk yang kita akan pelajari ialah 3D ataupun tiga dimensi.Tepuk tangan untuk diri kamu kerana telah berjaya menjawabnya. v) vi) v) Cuba ingat kembali nama bentukbentuk 3 dimensi berdasarkan benda-benda yang ada dihadapan kamu sambil menyebut nama beberapa orang murid. vii)

buah dadu, nasi lemak dan topi harijadi ii) Murid-murid cuba meneka namun tidak berjaya ( bentuk, segiempat, segitiga, bulat, segiempat sama) iii) Beberapa orang murid menjawab ( bentuk 3D) iv) Setiap orang murid yang disebut nama memberikan jawapan yang betul iaitu Bola Kotak tisu Tin minuman Buah dadu Topi harijadi sfera Kuboid Silinder Kubus Piramid

Nilai murni : Berani mencuba. Fokus

(Lihat lampiran 1)

a) Perkukuhkan kemahiran murid IMAGINASI Penjanaan idea Sintesis idea (12 minit) a) Menyatakan bentukbentuk tiga dimensi dan ciri-cirinya. b) Melekatkan bentuk 3 dimensi dan menamakannya. dengan menjalankan aktiviti puppet show b) Contohnya : i) Hai, saya adalah kubus. Saya mempunyai 6 permukaan rata yang berbentuk segiempat sama ndan 8 bucu. Seronok dapat berkenalan dengan kamu. (sambil memegang bentuk kubus) ii) Boleh sebut semula apa nama dan ciri-ciri saya ?. iii) Guru meneruskan aktiviti puppet show dengan bentuk tiga dimensi yang lain iaitu kuboid, kon, selinder, piramid, dan sfera. c) Guru melekatkan carta di papan tulis. d) Guru meminta murid melekatkan

a) Murid mendengar penerangan guru secara puppet show dengan penuh tumpuan i) Murid memberi maklum balas kepada guru dan menyebut semula bentuk yang diperkenalkan oleh guru tadi iaitu kubus ada 6 permukaan rata berbentuk segiempat sama dan 8 bucu. ii) Murid memberi maklum balas setiap kali guru mengajukan soalan. Contohnya : iii) Kuboid ada 6 permukaan rata berbentuk segiempat tepat dan 8 bucu. iv) Kon ada 1 permukaan rata berbentuk bulat dan 1 permukaan melengkung serta ada 1 1 bucu. v) Silinder ada 2 permukaan rata

Bahan Bantu Belajar (BBM) Puppet Bentuk-bentuk 3D iaitu : Kubus Kuboid Kon Silinder Piramid Sfera Carta Kad gambar bentuk 3D Kad perkataan bentuk 3D
5

gambar bentuk 3D dan juga nama untuk setiap bentuk yang dilekatkan tersebut e) Aktiviti dijalankan secara kelas di mana guru memanggil nama murid secara rawak. f) Cadangan komunikasi: i) Ahmad sila ambil satu kad gambar bentuk 3D dan lekatkan pada carta ii) Aminah pula pilih kad perkataan nama bentuk tersebut dan lekatkan pada carta. Aktiviti tersebut diulangi sehingga selesai semua bentuk 3D dan namanya di lekatkan pada carta. Aktiviti ini boleh juga dibuat secara kumpulan

berbentuk bulat dan 1 permukaan melengkung tanpa/ tiada bucu. vi) Sfera hanya ada 1 permukaan melengkung b) Murid yang dipanggil akan melekatkan bentuk atau nama bentuk di carta yang disediakan. Nilai murni : Fokus Kerjasama Yakin Berani mencuba

(Lihat lampiran 2, lampiran 3, lampiran 4dan lampiran 5 )

a) Agihkan murid kepada beberapa PERKEMBANGAN Penambahbaikan Melengkapkan jadual dengan dimensi. ciri-ciri kumpulan

a) Murid bergerak ke kumpulan masing-masing. b) Ketua kumpulan ke hadapan kelas untuk mengambil set bonkah 3D. c) Murid-murid berbincang bersama kumpulan untuk melengkapkan jadual di Lembaran kerja 1.

Bahan Bantu Belajar (BBM) Bongkah 3D iaitu kubus, kuboid, kon, selinder, piramid, dan sfera. Lembaran kerja 1

3 b) Setiap kumpulan dibekalkan dengan satu set bongkah 3D. c) Minta murid mengira permukaan rata, permukaan melengkung, sisi dan bucu bagi setiap bongkah /

Menilai (15 minit)

bentuk 3D yang dibekalkan. Nilai murni : d) Bincangkan aktiviti yang dilakukan dalam kumpulan kemudian catatkan pada jadual di Lembaran kerja 1. e) Cadangan komunikasi: i) Sila bergerak ke dalam kumpulan masing-masing. ii) Ketua kumpulan sila dating ke hadapan untuk mengambil set bongkah 3D. iii) Perhatikan setiap bentuk 3D yang
7

Kerjasama dalam kumpulan Berhati-hati Fokus

kamu miliki. Perhatikan permukaan rata, permukaan melengkung, sisi dan bucu. iv) Rekodkan pemerhatian kamu di dalam jadual yang diberikan. f) Bincang hasil kerja murid. Bahan Bantu Belajar TINDAKAN Perlaksana-an Latihan / Penilaian murid dengan lembaran kerja. a) Guru mengedarkan lembaran kerja 2, lembaran kerja 3 dan lembaran kerja 4 kepada setiap murid. b) Guru memberi arahan agar murid Amalan berterusan (18 minit ) menyiapkan tugasan dalam tempoh 18 minit. c) Guru mengutip hasil kerja muridmurid. a) Murid mengambil lembaran kerja. b) Murid mendengar arahan guru. c) Murid membuat atau menyiapkan tugasan yang diberi. (BBM) Lembaran kerja 2 Lembaran kerja 3 Lembaran kerja 4

Nilai murni : Tekun Berhati-hati

PENUTUP Mengingat kembali (10 minit)

Kesimpulan : Nyanyian lagu Bongkah

a) Guru memperdengarkan muridmurid lagu Bongkah b) Guru meminta murid menyanyikan lagu Bongkah c) Guru bersoaljawab dengan murid mengenai bentuk-bentuk 3D dan ciri-cirinya.

a) Murid mendengar lagu Bongkah sambil melihat lirik lagu yang dipamerkan oleh guru di papan tulis. b) Murid menyanyikan lagu Bongkah

Bahan Bantu Belajar (BBM) Lirik lagu Bongkah Laptop

Lagu bongkah yang di muat turun dari laman youtube oleh KASDIM(Lihat lampiran 6)

Pentaksiran

Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan pada lembaran kerja dan aktiviti kumpulan. Murid dapat mengenal dan menamaakan bentuk-bentuk 3D beserta dengan ciri-cirinya.

Nilai dan Sikap

Semaikan sikap bekerjasama semasa menjalankan aktiviti kumpulan.

Refleksi

Dibuat selepas habisnya pengajaran dan pembelajaran (PdP).. Guru boleh meletakkan bilangan murid yang berjaya mencapai objektif pada hari itu dan bilangan murid yang perlu diberi bimbingan.

10

Anda mungkin juga menyukai