Anda di halaman 1dari 6

APLIKASI TEKNOLOGI MAKLUMAT KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

I. PENGENALAN
Matlamat kerajaan menyasarkan Pendidikan bertaraf dunia sebagai
wacana dalam dasar pendidikan negara meletakkan proses pendidikan di
Malaysia sebagai satu bidang yang amat penting dalam kehidupan seharian
khususnya di sekolah yang berfungsi sebagai institusi perkembangan ilmu dan
tempat melahir generasi masa hadapan. Pengiktirafan yang diberikan terhadap
bidang pendidikan membawa satu implikasi dan impak yang yang serius
terhadap profesion perguruan. Pendidikan bertaraf dunia mempunyai wawasan
kea rah melahirkan generasi yang mengamalkan budaya fikir, kritis, krestif dan
inovatif. Sehubungan itu, murid yang terlibat dalam pembelajaran mereka perlu
menguasai kemahiran dalam mengaplikasikan penggunaan komputer dalam
kehidupan seharian.
Semenjak teknologi komputer menjadi pemangkin dalam pelbagai bidang
di dunia, usaha badan pelaksanan bahasa dan ahli bahasa tidak mahu
ketinggalan di belakang dalam memanfaatkan teknologi moden ini bagi
memasyarakat bahasa dalam Teknologi Bahasa Manusia. Begitu juga dalam
bidang pendidikan di Malaysia, Pihak berwajib telah melancarkan pelbagai dasar
dan program bagi meningkatkan penguasaan warga pendidikan sama ada guru,
kakitangan dan murid bagi menguasai ledakan teknologi agar tidak ketinggalan.
Contohnya, pihak kerajaan telah melancarkan satu program literasi komputer
yang bermatlamat mendedahkan murid-murid kepada pengetahuan asas
computer. Pengajaran dan pembelajaran berbantukan computer telah mula
dilaksanankan mulai tahun 1992 sebagai projek perintis bagi murid tahun 4, 5,
dan 6.

A. LATAR BELAKANG KAJIAN

Terdapat beberapa isu yang sering dikaitkan dalam pengajaran
menggunakan komputer. Antaranya keadaan yang menjadikan pengajaran
tersebut tidak berkesan ialah kurangnya persediaan guru untuk membangunkan
pengajaran yang berbantukan komputer. Di samping itu terdapat juga
permasalahan dari segi hardware untuk perisian kursus, sikap guru, pentadbir,
latihan, galakan keluarga dan pengaruh komuniti yang mempengaruhi
keberkesanan pelaksanaan dalam bilik darjah.
Pengajaran Bahasa melayu juga tidak terkecuali daripada pengaruh TMK,
walaupun pelajaran Bahasa Melayu hanya melibatkan penguasaan kemahiran
bahasa yang kelihatannya agak mudah untuk dikuasai, namun masih terdapat
beberapa isu yang dianggap boleh mengganggu keberkesanan pengajaran.
Masalah tersebut termasuklah penguasaan kemahiran asas Bahasa Melayu
seperti lisan, membaca dan menulis. Pada tahap yang lebih tinggi, masih
terdapat pelajar yang tidak dapat memahami teks yang dibaca dengan sempurna.
Di samping itu, pada tahap sekolah menengah, penguasaan menulis juga masih
lagi perlu diberi perhatian untuk memastikan objektif pengajaran Bahasa Melayu
tercapai. Oleh hal yang demikian, penggunaan komputer dalam pengajaran
Bahasa Melayu dilihat sebagai satu usaha yang sesuai untuk memberikan impak
terhadap permasalahan yang dihadapi. Sebagai alat bantu pengajaran yang
terkini sifatnya, penggunaan komputer dilihat sebagai usaha yang mampu
mengubah persepsi pelajar terhadap pembelajaran Bahasa Melayu. Guru
Bahasa Melayu sebagai pengendali pengajaran, perlu mempunyai keterampilan
dalam mengendalikan pengajaran bahasa berbantu komputer. Walaupun
terdapat kesukaran dalam melaksanakannya, guru perlu bersedia dengan
kemahiran dan pengetahuan selaras dengan keperluan pendidikan kini yang
memerlukan pengajaran lebih berpusatkan pelajar. Oleh itu, kajian ini cuba
mengkaji pemahaman guru BM terhadap konsep pengajaran bahasa
berbantukan komputer, tahap penguasaan komputer, kursus yang dihadiri,
masalah yang dihadapi dan penyelesaiannya.

B. DEFINISI
APLIKASI TMK (ICT) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BAHASA MELAYU)

Menurut Kamus Dewan (Edisi Keempat), mentakrifkan aplikasi sebagai
kegunaan: iaitu mengaplikasikan, menggunakan secara praktik atau amali,
melaksanakan atau menggunakan pada amalan. TMK pula diringkaskan
daripada perkataan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan dalam huruf
ringkas ICT pula adalah singkatan daripada Information and Communication
Tecnology. Berdasarkan Kamus Dewan (Edisi 4) TMK bermaksud teknologi yang
berkaitan dengan pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran
maklumat melalui teknologi computer dan telee-komunikasi.

TEKNOLOGI
Dalam Kamus Dewan (Edisi Keempat), Teknologi membawa maksud ,(tknologi)
1. aktiviti atau kajian yg menggunakan pengetahuan sains utk tujuan praktis dlm
industri, pertanian, perubatan, perniagaan, dll, sains gunaan: Universiti Malaya
memainkan peranan yg penting utk melahirkan pakar-pakar ~ kita; 2. kaedah
atau proses menangani sesuatu masalah teknikal; ~ maklumat teknologi yg
berkaitan dgn pe-merolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran
maklumat secara elektronik; ~ maklumat dan komunikasi teknologi yg ber-kaitan
dgn pemerolehan, penyimpanan, pem-prosesan dan penyebaran maklumat
melalui penggunaan teknologi komputer dan tele-komunikasi; ~
tinggi teknologi yg berasaskan kajian saintifik termaju spt penggunaan peralatan
elektronik yg canggih; berteknologi mempunyai teknologi: masya-rakat ~ tinggi.

MAKLUMAT
Maklumat merujuk kepada makluman, pemberitahuan, keterangan, butir-butir,
dan pengetahuan.

KOMUNIKASI
Menurut Kamus Dewan (Edisi Keempat) mentakrifkan komunikasi
sebagai perhubungan (secara langsung atau dgn perantaraan surat, radio,
telefon, dll); ~ massa komunikasi atau perhubungan dgn atau yg sampai kpd
orang ramai amnya; berkomunikasi berhubungan (secara langsung atau dgn
perantaraan surat, radio, telefon, dll), mengadakan perhubungan (bercakap,
berbincang, bertukar-tukar pendapat, dll): bahasa ialah alat utk ~ dan alat utk
berfikir dan melahirkan buah fikiran; mengkomunikasikan menyebarkan atau
menyampaikan maklumat (berita, dll) melalui saluran komunikasi: muzium di
Amerika Syarikat menghubungi sekolah utk ~ pengajaran yg diberikan.
Manakala Kamus Komputer memberi takrifan maklumat sebagai, 1. Sistem dan
kaedah penghantaran dan penerimaan maklumat terkod antara sistem komputer
dengan persisiannya dengan menggunakan kaedah elektronik atau optik. 2.
Bidang ilmu yang berkaitan dengan penghantaran dan penerimaan maklumat
terkod di antara peranti .

3. OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengkaji sejauh manakah pemahaman guru Bahasa Melayu terhadap konsep
pengajaran bahasa berbantukan komputer.
2. Mengkaji tahap penguasaan komputer dalam kalangan guru Bahasa Melayu.
3. Mengkaji persepsi guru terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran
Bahasa Melayu.
4. Mengkaji masalah yang dihadapi oleh guru Bahasa Melayu dalam
mengaplikasikan computer dalam pengajaran.

4. METODOLOGI KAJIAN
4.1 Metodologi Kajian
Kajian dilaksanakan secara deskriptif dengan menggunakan kaedah tinjauan.
Sebanyak 20 guru Bahasa Melayu dan 40 murid dijadikan sampel kajian ini yang
meliputi guru Bahasa Melayu yang mengajar di sebuah sekolah di Sungai Petani.
Sampel kajian ini telah dipilih secara rawak. Soal selidik digunakan untuk
mendapatkan data berkaitan penggunaan dan penguasaan komputer dalam
pengajaran Bahasa Melayu. Item dalam soal selidik meliputi pandangan
terhadap pengajaran bahasa berbantukan komputer, latihan dan tahap
penguasaan, pelaksanaan dan hubungannya dengan penguasaan bahasa
pelajar, kekangan dalam pelaksanaan dan cara mengatasi masalah tersebut.

Anda mungkin juga menyukai