Anda di halaman 1dari 4

Berdasarkan jenis kepimpinan (instruksional/transformasional/guru) yang dipilih untuk

tugasan kumpulan anda, berikan definisi kepimpinan tersebut dan bincangkan satu model
kepimpinan berkenaan.

Tarikh akhir posting dan ulasan pada rakan adalah 17 Oktober 2014.


Yukl (1989), mendefinisikan Kepimpinan Transformational sebagai "satu proses untuk
mempengaruhi perubahan-perubahan yang besar dari segi sikap dan andaian-andaian ahli-ahli
sesebuah organisasi dan membina komitmen untuk mencapai misi, objektif dan strategi
organisasi berkenaan."
Menurut Philip L. Hunsaker (1986), Pemimpin Transformational adalah pemimpin yang
memiliki pengaruhi yang dapat mengatasi individu yang berinteraksi secara terus dengan
mereka. Melalui visi, tindakan dan pengaruh, mereka mengubah arah aspe
Menurut Salleh Lebar (2000) Kepimpinan Transformasi memfokuskan kepada peringkat
moral dan motivasi dalaman yang tinggi dalam menjalankan sesuatu tugas. Kepimpinan jenis
ini memerlukan seorang bersifat kemanusiaan, adil, jujur dan tidak emosional, tidak tamak
dan tidak mencemburui kakitangannya.
Gary Yukl (1998) pula mendefinisikan Kepimpinan Transformational dengan merujuk
kepada proses pembinaan komitmen ke arah objektif organisasi dan penurunan kuasa kepada
para pengikutnya untuk memenuhi objektif-objektif tersebut.
Menurut Tichy dan Devanna (1986) telah mengkaji proses-proses bagaimana Pemimpin-
pemimpin Transformational menggerakan sesebuah organisasi melakukan perubahan-
perubahan yang besar. Mereka telah mengenalpasti ada 3 peringkat dimana pemimpin-
pemimpin berkenaan melakukan transformasi dalam organisasi. Peringkat-peringkat tersebut
adalah:
Peringkat Pertama;
Pemimpin Transformational mengenalpasti keperluan-keperluan untuk melakukan perubahan
dan cuba menyakinkan kakitangan utama (key people) dalam organisasi berkenaan
kesungguhan untuk melakukan perubahan tersebut.
Peringkat Kedua;
Pemimpin berkenaan melibatkan kakitangan utama dalam membentuk dan mengilham visi
masa depan organisasi.
Peringkat Ketiga;
Pemimpin menggerakkan komitmen-komitmen ke arah visi yang telah dibentuk.

Enam dimensi kepimpinan yang diutarakan oleh Leithwood & Jantzi (1997) adalah
disesuaikan dari dapatan kajian empirikal untuk penyesuaian di sekolah ( Leithwood, 1994;
Leithwood & Steinbach, 1995) dan model-model Kepimpinan Transformational yang telah
berkembang dalam organisasi-organisasi lain (Bass, 1985; Burns, 1978; Yukl, 1989).
Dimensi-dimensi tersebut adalah:
1)Pembentukan visi dan matlamat
Tingkahlaku Pengetua yang bertujuan untuk mengenalpasti peluang-peluang baru kepada
sekolah, membentuk, menghubung dan mengilhamkan guru-guru dengan visi masa depannya
dan membentuk kata sepakat (consensus) tentang matlamat dan keutamaan-keutamaan
sekolah.
2)Pembentukan stuktur pemuafakatan dalam membuat keputusan
Tingkahlaku Pengetua yang bertujuan untuk menggalakkan penglibatan guru-guru dalam
membuat keputusan dan menanamkan sifat-sifat kepimpinan kepada guru-guru.
3)Menonjolkan amalan profession yang baik
Menunjukkan tingkah-laku yang boleh dicontohi oleh guru-guru dan menunjukkan sikap
keterbukaan untuk membuat perubahan berdasarkan idea-idea atau kefahaman yang baru.
4) Memberikan sokongan secara individu
Menunjukkan rasa hormat dan penghargaan kepada guru-gurunya dan mengambil berat
tentang perasaan dan keperluan mereka.
5)Menyediakan ransangan intelektual
Tingkah laku Pengetua yang mencabar guru-guru supaya mengkaji semula andaian-andaian
tentang tugas-tugas mereka dan berfikir semula bagaimana tugas-tugas tersebut boleh atau
sepatutnya dilakukan.
6) Menjangkakan hasil kerja yang terbaik.
Tingkahlaku Pengetua yang menunjukkan pengharapannya untuk melihat kecemerlangan,
kualiti dan hasil kerja yang terbaik dari guru-guru.




Bass (1996) memerhati gelagat perhubungan seseorang Pemimpin Transformasi
melalui empat stail tranformasi, iaitu:
` Keunggulan gelagat
` Menumpu kepada setiap individu
` Motivasi yang berinspirasi
` Meransang secara intelek.



Komen nanti:
Kepimpinan Transformational Dalam Konteks Sekolah Di Malaysia
Menurut Mohd Salleh Lebar (2000), dalam konsep bilik darjah di Malaysia,
keberkesanan Kepimpinan Transformasi boleh dilakukan dengan cara berikut:
a. Menggalakkkan guru-guru berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masaalah.
b. Mengharapkan guru-guru memahami misi dan visi sekolah yang hendak
dicapai.
c. Mengharapkan guru-guru bekerja sebagai satu pasukan.
d. Menghargai jasa dan peranan guru dalam bilik darjah dan luar bilik darjah.
e. Pengetua selalu memberi kepercayaan kepada guru-guru untuk membantu
kerja-kerja yang dianggap mencabar.
f. Memelihara hubungan yang baik di antara pengetua dengan guru-guru dan
tidak ada kecurigaan dalam tugasan harian.

Kesimpulannya secara ringkas Kepimpinan Transformational mempunyai ciri-ciri
berikut:
X Boleh dilaksanakan di semua organisasi dan semua peringkat.
Menggalakkan memberi kuasa kepada kakitangan untuk membantu ketua.
Menggalakkan pengikut percaya kepada kebolehan dan membina keyakinan
diri.
Pemimpin memberi kuasa dan percaya kepada kakitangan untuk
menjalankan tugas-tugas tertentu. Dengan itu ia lebih bersifat komitmen
antara kakitangan dan dengan itu menggalakkan kerjasama.
Pemimpin mengganggap semua kakitangan sebagai agen perubahan.
Pemimpin menunjukkan tingkah laku yang fleksibel dan ia belajar dari
pengalaman.
Pemimpin menunjukkan sikap berhati-hati dalam menyelesaikan masaalah.
Menunjukkan sikap yang sensitif terhadap misi.
Kepimpinan Transformasi boleh berlaku pada semua peringkat perubahan
baik mikro mahupun perubahan makro yang melibatkan perubahan sistem
sosial dan juga perubahan sesuatu institusi.
Meningkatkan tahap kematangan dan menggalakkan kakitangan mencapai
ke suatu tahap yang lebih tinggi.
Mementingkan semangat berpasukan.

Anda mungkin juga menyukai