Anda di halaman 1dari 3

INFORMATION of ELAKSAMANA

PERANG SALIB KELAPAN


Perang Salib Kelapan

Tarikh 1270
Tempat Tunisia
Kemenangan mutlak orang Islam.
Hasil Kematian Louis IX.
Pembukaan perdagangan dengan Tunis.
Perubahan
Status quo ante bellum
wilayah
Pihak bersengketa
Tentera Salib
 Kerajaan Perancis Muslim
 Hafsiyyah
o Anjou
Komander
Louis IX
Muhammad I al-Mustansir
Charles I

Perang Salib Kelapan ialah satu Perang Salib yang dilancarkan oleh Raja
Perancis Louis IX pada tahun 1270. Perang Salib Kelapan kadang kala dihitung
sebagai Perang Salib Ketujuh sekiranya Perang Salib Kelima dan Perang Salib
Keenam yang dilancarkan Frederick II dikira sebagai satu perang salib tunggal.
Perang Salib Kesembilan juga kadang kala dikira sebagai sebahagian daripada
Perang Salib Kelapan.

Louis berasa tidak senang duduk dengan peristiwa-peristiwa yang terjadi di Syria
yang di sana sultan Mamluk bernama Baibars telah menyerang saki-baki negeri
tentera salib. Baibars merebut peluang setelah perperangan sesama sendiri
antara bandar-bandar Venice dan Genoa (1256–1260) telah melemahkan
pelabuhan-pelabuhan Syria yang dikuasai kedua-dua buah bandar tersebut.
Pada tahun 1265, Baibars telah menakluki Nazareth, Haifa, Toron, dan Arsuf.
Hugh III dari Cyprus, raja Jerusalem pada nama, telah mendarat di Acre bagi
mepertahankan bandar tersebut manakala Baibars mara ke utara sejauh
Armenia yang berada dalam penguasaan Mongol pada masa itu.

Peristiwa-peristiwa ini memaksa Louis melancarkan satu perang salib baru pada
tahun 1267, walaupun hanya menerima sedikit sokongan; Jean de Joinville,
pembabad yang menemani Louis dalam Perang Salib Ketujuh enggan menyertai
perang salib baru ini. Tidak lama kemudian Louis dipujuk oleh saudara lelakinya
Charles dari Anjou untuk menyerang Tunis terlebih dahulu yang dapat memberi
pangkalan yang kuat kepada mereka untuk menyerang Mesir, fokus Louis dalam
Perang Salib Keenam dan juga dalam Perang Salib Kelima sebelumnya, yang
menyaksikan kekalahan Tentera Salib. Sebagai Raja Sicily, Charles juga

1 Present by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
INFORMATION of ELAKSAMANA

memiliki kepentingan sendiri di dalam kawasan Mediterranean. Khalifah Tunis,


Muhammad I al-Mustansir juga mempunyai hubungan dengan Sepanyol dan
dianggap sebagai calon yang sesuai untuk kemasukan ke dalam agama Kristian.
Pada tahun 1270, Louis mendarat di atas pantai Afrika dalam bulan Julai, satu
musim yang amat tidak sesuai untuk pendaratan. Ramai tentera menjadi sakit
akibat kekurangan air minuman, anaknya yang dilahirkan di Damietta John
Sorrow meninggal dunia pada 3 Ogos dan pada 25 Ogos Louis sendiri
meninggal dunia akibat "fluks di dalam perut", sehari selepas ketibaan Charles.
Kata-kata terakhirnya ialah "Baitul Maqdis". Charles mengisytiharkan anak Louis,
Philip III sebagai raja yang baru, tetapi disebabkan dia masih muda, Charles
bertindak sebagai pemimpin sebenar perang salib ini.

Akibat penyakit yang berlanjutan, kepungan terhadap Tunis diabaikan pada 30


Oktober melalui satu persetujuan dengan sultan tersebut. Dalam persetujuan ini,
orang Kristian memperolehi kebebasan berdagang dengan Tunis, dan kediaman
untuk rahib dan paderi di dalam bandar tersebut dijamin keselamatannya, jadi
perang salib ini dapat dianggap sebagai kejayaan separa. Setelah mendengar
berita kematian Louis dan pemindahan tentera salib dari Tunis, Sultan Baibars di
Mesir membatalkan rancangannya untuk menghantar pasukan tentera Mesir
bagi menentang Louis di Tunis. Charles kini bersekutu dengan Putera Edward
dari England yang tiba sementara itu. Apabila Charles menarik balik serangan ke
atas Tunis, Edward meneruskan perjalanan ke Acre, kota kara tentera Salib
terakhir di Syria. Masanya yang dihabiskan di situ kerap kali dinamakan Perang
Salib Kesembilan.

Kesusasteraan Pengiring
Bertran d'Alamanon, seorang diplomat yang berkhidmat dengan Charles dari
Anjou, dan Ricaut Bonomel, seorang Kesatria Kuil di Tanah Suci, kedua-duanya
telah menggubah lagu-lagu sekitar tahun 1265. Bertran mengkritik kejatuhan
agama Kristian di Outremer, manakala Bonomel mengkritik polisi pihak Pope
yang mengejar perang di Itali dengan wang yang sepatutnya dihantar ke
seberang laut.

Kegagalan Perang Salib Kelapan, seperti perang-perang salib sebelumnya,


membangkitkan respons yang dipahat dalam puisi Occitan oleh para troubadour.
Kematian Louis dari Perancis terutamanya mencetuskan hasil karya mereka
yang kreatif, ketara memandangkan permusuhan yang ditujukan para troubadour
terhadap institusi pemerintahan beraja Perancis semasa Perang Salib
Albigensian. Tiga planh, lagu-lagu ratapan, digubah sempena kematian Louis IX.

Guilhem d'Autpol telah menggubah Fortz tristors es e salvaj'a retraire bagi Louis.
Raimon Gaucelm de Bezers telah menggubah Qui vol aver complida amistansa
untuk meraikan persediaan perang salib ini pada tahun 1268, tetapi dalam tahun
1270 dia terpaksa menggubah Ab grans trebalhs et ab grans marrimens untuk
memperingati raja Perancis tersebut. Austorc de Segret telah menggubah No sai

2 Present by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
INFORMATION of ELAKSAMANA

quim so, tan sui desconoissens, sebuah lagu perang salib yang lebih umum,
yang meratapi Louis tetapi juga bahawa samada Tuhan atau syaitan yang
menyesatkan orang Kristian. Dia juga menyerang saudara Louis, Charles yang
digelarnya sebagai caps e guitz (kepala dan pembimbing) orang kafir, kerana dia
memujuk Louis untuk menyerang Tunis dan bukannya Tanah Suci, dan dia
dengan segera membuat rundingan damai dengan orang Islam selepas
kematian Louis.

Selepas perang salib ini, troubadour berumur Peire Cardenal telah menulis
sebuah lagu, Totz lo mons es vestitiz et abrazatz yang memberi galakan kepada
pewaris Louis, Philip III untuk pergi ke Tanah Suci bagi membantu Edward
Longshanks.

Syair-syair sindiran telah digubah di Tunis tentang rancangan baru Louis untuk
menakluki Tunis : "Wahai Louis, Tunis adalah saudara perempuan Mesir! Maka
tunggulah pengalaman pahitmu! Kamu akan menemui kuburmu di sini dan
bukannya di rumah Ibn Luqman; dan sida-sida Sobih akan digantikan oleh
Munkar dan Nakir.".

Catatan
1. John Sorrow (dalam bahasa Perancis sebagai Jean Tristan ) dilahirkan di
Damietta, Mesir pada 8 April 1250 semasa Perang Salib Ketujuh
2. Al-Maqrizi, p. 69/vol.2
3. Syair gubahan seorang Tunis sezaman bernama Ahmad ibn Ismail al-
Zayat ( Al-Maqrizi, p.462/vol.1 ) - Rumah Ibn Luqman ialah rumah di al-
Mansurah yang menjadi tempat tahanan Louis selepas dia ditawan di
Fariskur semasa Perang Salib Ketujuh berada di bawah pengawasan
seorang sida-sida bernama Sobih. Menurut aqidah orang Islam, Munkar
dan Nakir ialah dua malaikat yang menyoal siasat orang mati.

3 Present by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009

Anda mungkin juga menyukai