Anda di halaman 1dari 5

Novel Erti Sebuah Pengorbanan

Tingkatan 2 (10 MARKAH)


Soalan 1 :
Watak utama memainkan peranan yang penting dalam sesebuah novel. Berdasarkan novel
yang anda kaji, nyatakan watak utama dan 3 perwatakannya .
Jawapan :
Berdasarkan novel yang saya kaji di tingkatan 2 iaitu novel Erti Sebuah Pengorbanan
karya Zaihanim Zainal Abidin terdapat watak utama iaitu Iman Zulaikha dan pelbagai
perwatakannya .
Penyayang adalah perwatakan watak utama yang terdapat di dalam novel ini . Perkara
ini dapat dibuktikan kerana Iman amat menyayangi kedua-dua ibu dan bapanya walaupun
mereka telah bercerai. Malahan Iman bercita-cita untuk menyatukan mereka semula.
Selain itu, pemegang watak utama ini juga seorang yang pemaaf . Buktinya , . Dia
memaafkan kesalahan Linda yang pernah menolaknya sehingga jatuh tangga dan
mengambil diari serta teks pidatonya sebelum pertandingan.
Akhir sekali, berperwatakan gigih . sifat ini dapat dibuktikan apabila Iman gigih berlatih
untuk memenangi pertandingan pidato peringkat sekolah dan peringkat daerah. Hasil
usahanya yang gigih, dia berjaya menjadi johan.

Soalan 2 :
Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan 3 persoalan beserta dengan ccontoh yang
sesuai bagi menggambarkan persoalan-persoalan tersebut .
Jawapan :
Berdasarkan novel yang saya kaji di tingkatan 2 iaitu Novel Erti Sebuah Perngorbanan
karya Zaihanim Zainal Abidin banyak memamparkan persoalan yang dapat dijadikan
rujukan.
Pengorbanan adalah salah satu persoalan yang terdapat di dalam novel ini .Perkara ini
dapat dibuktikan apabila Yusri, ayah Iman Zulaikha sanggup melupakan hasratnya untuk
berkahwin lain demi kebahagiaan anaknya .
Selain itu, sikap pemaaf juga dapat dijadikan persoalan . Hal ini dapat dikukuhkan lagi
apabila Iman Zulaikha memaafkan Linda yang menjadi dalang dalam kejadian
menyembunyikan diari miliknya yang berisikan teks pidato .
Akhir sekali , tugas dan tanggungjawab sebagai guru .Contohnya , cikgu Julia yang
merupakan guru kelas satu dinamik sentiasa mengambil berat akan kebajikan pelajarpelajarnya.

Soalan 3.
Latar tempat yang berlakunya peristiwa yang digambar dalam suatu cerita.Berdasarkan
novel yang anda kaji,huraikan 3 latar tempat beserta dengan peristiwa yang berlaku di
tempat tersebut .
Jawapan :
Berdasarkan novel yang saya kaji di tingkatan dua iaitu Novel Erti Sebuah Pengorbanan
karya Zaihanim Zainal Abidin telah diselitkan beberapa latar tempat .
Latar tempat pertama ialah di rumah nenek . Buktinya , Iman Zulaikha yang baru pulang
dari sekolah , menceritakan hal PeiWei iaitu kawan karibnya kepada nenek
Selain itu , Di tangga sekolah . Hal ini terbukti apabila Linda meminta Iman Zulaikha
menarik diri daripada menyertai pertandingan pidato .
Akhir sekali, Di kelas Tingkatan Satu Dinamik . Buktinya, Iman Zulaikha dimalukan oleh
Linda dengan menyatakan bahawa dia tidak mahu satu kumpulan dengan Iman Zulaikha
untuk Tugasan Kerja Kursus Sejarah .

Soalan 4:
Huraikan latar masyarakat atau citra masyarakat yang digunakan oleh pengarang dalam
novel yang telah anda kaji.
Jawapan :
Novel yang saya kaji ialah novel Erti Sebuah Pengorbanan, karya Zaihanim Zainal
Abidin. Latar masyarakat pertama ialah masyarakat kota. Masyarakat ini terbahagi
kepada dua jenis, yakni golongan biasa dan golongan kaya raya. Buktinya, golongan
biasa diwakili oleh keluarga Zulkifli dan penduduk di taman perumahannya yang hidup
harmoni. Namun begitu, Tan Sri Shamsuddin yang dikategorikan sebagai golongan yang
kaya raya tetap tidak sombong. Malah, beliau sanggup membiayai kospembedahan
Nadhirah.
Latar masyarakat kedua ialah masyarakat desa. Masyarakat ini diwakili oleh ibu bapa
Bushrah yang tinggal di Kuala Linggi dan ibu bapa Zulkifli yang tinggal di Felda Ulu
Tebrau. Masyarakat kampong dikatakan lebih mengamalkan perpaduan terutamanya
semasa menjayakan sesuatu majlis. Latar masyarakat ketiga ialah golongan penulis dan
wartawan. Buktinya, Zulkifli bekerja sambilansebagai penulis skrip radio. Selain itu,
Mohammad Yusuf bekerja sebagai pemberita atau wartawan untuk akhbar Utusan
Melayu.
Latar masyarakat keempat ialah golongan pendidik atau guru. Bushrah digambarkan
sebagai seorang guru yang sangat dedikasi. Dia bertugas di Sekolah Bandar Tun Razak
(2). Cikgu Khairani jugamemainkan peranan yang penting dalam novel ini kerana
beliaulah yang selalu datang ke rumahNadhirah apabila Nadhirah tidak dapat hadir ke
sekolah kerana sakit. Jasa yang ditaburkan oleh golongan pendidik amat penting dalam
masyarakat.Latar masyarakat seterusnya ialah masyarakat pelbagai bangsa. Latar
masyarakat ini diwakili oleh pasangan yang berbangsa Sikh dan pemuda Cina yang
bernama Cheng Guan. Pasangan yang berbangsa Sikh inilah yang terlibat dalam
kemalangan jalan raya manakala pemuda Cina yang bernama Cheng Guan membantu
Zulkifli yang mengalami kerosakan kereta di Simpang Renggam.

Soalan 5:
Huraikan nilai-nilai murni yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji.
Jawapan :
Novel yang saya kaji ialah novel Erti Sebuah Pengorbanan, karya Zaihanim Zainal
Abidin. Nilai pertama ialah hormat-menghormati. Iman amat menghormati ibu, bapa,
datuk dan neneknya. Dia tidak pernah meninggikan suara terhadap mereka, malah
berbicara dengan span dan tingkah lakunya juga menyenangkan. Begitulah juga sikap
Iman terhadap rakan-rakan dan guru-gurunya.
Nilai kedua ialah saling membantu. Adif Danial, Zulkarnain, dan Pei Wen sentiasa
membantu Iman membuat rujukan mengenai tajuk pidato yang bakal dipertandingkan.
Mereka juga sering menjadi pengkritik ketika Iman berlatih pidato demi mendapatkan
hasil yang terbaik.
Nilai terakhir ialah kasih sayang. Sungguhpun ibu dan bapa Iman telah berpisah,
namun Imantidak pernah disisihkan. Ibu bapa Iman amat menyayangi Iman dan
mengambil berat akan keadaannyameskipun anak tunggal mereka itu tinggal berjauhan

Anda mungkin juga menyukai