Anda di halaman 1dari 3

PROGRAM LARIAN MERENTAS DESA ANJURAN PISMP AMBILAN JANUARI

REFLEK

2013 SI
REFLEKSI INDIVIDU

Gambar formal
(ukuran 1.5 x 1)

Nama
No Kad Pengenalan
Kumpulan / Opsyen

:
:
:

An nisaa binti Yusop


931030-13-6060
PISMPMZ 1113

Refleksi Program Larian Merentas Desa


Anjuran PISMP Ambilan Januari 2013

Pada 20 Januari yang lalu, bertempat di Institut Pendidikan Guru, Kampus Tun Abdul
Razak, sebuah acara merentas desa telah dijalankan dibawah anjuran guru pelatih semester
5. Acara ini merupakan acara tahunan yang akan dijalankan setiap tahun dan semua guru
pelatih wajib mengikutinya. Acara ini juga membuka ruang kepada pensyarah dan staff bukan
akademik menyertainya.
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memenuhi proforma kursus serta dapat
menyihatkan badan selepas penat memerah otak di tempat kerja. Aktiviti ini juga dapat
mengeratkan silaturrahim di antara pensyarah, staff-staff bukan akademik, dan guru pelatih
iaitu dapat mengenali dengan lebih dekat lagi secara tidak formal.
Acara ini dimulakan dengan pendaftaran iaitu seawal pukul 7 pagi. Tapi kami pihak
penganjur hendaklah tiba di dewan Sri Samarahan jam 6:30 pagi. Sebuah tempat
pendaftaran untuk

guru pelatih yang akan mendaftar.

Semasa mendaftar, guru pelatih

dibekalkan dengan nombor dan kami juga menyediakan gerai untuk guru pelatih membeli

PROGRAM LARIAN MERENTAS DESA ANJURAN PISMP AMBILAN JANUARI

REFLEK

2013 SI

makanan dan minuman mereka untuk bersarapan pagi. Ini adalah untuk mengelakkan guru
pelatih pitam atau pengsan kesan dari tidak mengambil sarapan pagi.
Selepas sesi pendaftaran selesai, semua warga IPG yang terlibat dengan larian
diminta ke hadapan Dewan Sri Samarahan untuk menjalankan sesi memanaskan badan.
Aktiviti memanaskan badan bertujuan untuk menyediakan otot-otot supaya mampu bergerak
dengan baik semasa berlari. Sekiranya tiada aktiviti pemanasan badan dilakukan, maka risiko
untuk mendapat kecederaan seperti tisu terkoyak dan sebagainya adalah tinggi. Oleh itu,
langkah-langkah keselamatan dijalankan supaya semua warga IPG dapat menjalankan
aktiviti dengan jayanya.
Selepas aktiviti memanaskan badan dijalankan, tibalah masa untuk acara merentas
desa dimulakan. Pensyarah dan staff akan memulakan larian terlebih dahulu kerana jarak
laluan mereka adalah pendek serta memberi peluang kepada guru pelatih menunjukkan
sokongan padu kepada pensyarah mereka. Selain itu, ini juga memberi peluang kepada
pensyarah kerana selain dapat menyertai larian, pensyarah juga dapat menunjukkan
kehebatan kepada pelajarnya dalam bidang larian.
Guru pelatih lelaki dilepaskan terlebih dahulu kerana jarak laluan mereka adalah lebih
jauh berbanding jarak laluan guru pelatih wanita. Sepanjang larian merentas desa diadakan,
Ahli Jawatankuasa penganjur mengadakan rondaan bagi memastikan guru pelatih
mengambil laluan yang betul serta keselamatan terjaga.

Selain itu, mereka juga akan

membantu sekiranya terdapat guru pelatih yang sakit atau tidak dapat meneruskan acara. Ini

PROGRAM LARIAN MERENTAS DESA ANJURAN PISMP AMBILAN JANUARI

REFLEK

2013 SI

membuktikan keselamatan kami terjamin. Pada masa yang sama saya sebagai ajk peralatan
membantu rakan yang lain menyediakan air untuk pelari yang dapat menamatkan larian.

Selepas menamatkan larian, guru pelatih diminta untuk masuk ke dalam dewan untuk
upacara penyampaian hadiah. Tempat duduk disediakan mengikut rumah sukan. Penutup
acara merentas desa ini dirasmikan oleh pengarah IPG . Pemenang diumumkan dan
dijemput ke hadapan. Pemenang terdiri daripada 20 orang bagi kategori guru pelatih lelaki
dan wanita.
Aktiviti merentas desa ini sememangnya aktiviti yang sangat sesuai untuk dijalankan
kepada guru pelatih. Ini kerana, guru pelatih kurang aktif dan lebih gemar untuk tinggal di
dalam bilik asrama sahaja. Oleh itu, aktiviti ini dapat menjadikan guru-guru pelatih ini lebih
aktif dan dapat mengenali alam sekitar. Para guru pelatih dapat mengetahui jalan-jalan di
sekitar IPG dan dapat mengenali penduduk kampung di sekitar tempat ini.

Anda mungkin juga menyukai