Anda di halaman 1dari 1

Cakewalk Sonar adalah sebuah program komputer yang dicipta oleh Cakewalk untuk

merakam, mengedit, mixing, mastering dan outputting audio. Terdapat beberapa fungsi asas
yang terdpat di dalam sonar untuk membantu kita menghasilkan satu karya lagu. Salah
satunya adalah channel.
Channel merupakan satu fungsi dimana bertujuan untuk menjalinkan hubungan
antara trek-trek yang lain jika kita mempunyai lebih daripada 1 trek. Namun setiap trek tidak
mempunyai channel yang sama kecuali bagi alat perkusi. Jika trek selain perkusi diset kan
kepada channel yang sama, contohnya trek satu adalah piano dan trek kedua adalah
French horn, jika kedua-dua trek tersebut diletakkan dalam channel yang sama
berkemungkinan besar trek yang mengandungi bunyi French horn akan bertuka bunyi
menjadi piano. Oleh itu, channel hendaklah di letakkan secara berasingan kecuali alat muzik
perkusi.
Selain itu, Piano Roll adalah satu paparan yang memaparkan trek MIDI dalam format
grid yang kelihatan sama seperti roll pemain piano. Ia berbentuk menegak dari atas ke
bawah untuk memudahkan pengguna menambah, mengedit dan memadam not dari trek
yang di edit. Selain daripada piano roll dan channel mixer juga merupakan salah satu fungsi
asas yang terdapat dalam SONAR. Mixer adalah satu fungsi yang merupakan salah satu
bahagian penting dalam rakaman yang membolehkan muzik anda menjadi lebih cantik. Ia
melibatkan pengeditan bunyi intrumen dan suara supaya muzik yang dihasilkan adalah
seimbang dan sedap di dengar. Malah muzik yang di edit boleh di tambah dengan effect
yang sesuai mengikut kesesuaian citarasa pendengar dan composer tersebut.
Fungsi asas yang terakhir adalah track. Track mempunyai 2 bahagian iaitu audio
atau MIDI dimana langkah pertama yang perlu ada sebelum mencipta satu lagu. Pada
bahagian kiri track dapat dilihat data yang kita gunakan sama ada audio ataupun MIDI
manakala bahagian sebelah kiri pula memaparkan data rakaman track. Track dapat dilihat
melalui pelbagai bentuk seperti piano roll, staff, event list dan macam-macam lagi. Selain itu,
bagi track audio suara yang sudah dihasilkan kita dapat menambah effect pada bahagian
track FX tersebut seperti reverb, delay dan lain-lain. Ini bertujuan untuk menambah kualiti
bunyi terhadap audio tersebut. Oleh itu, SONAR merupakan salah satu program komputer
yang dapat membantu kita untuk mengedit lagu dengan mudah.

Anda mungkin juga menyukai