Anda di halaman 1dari 10

masa dan depan

SUNDAY, NOVEMBER 15, 2009

BANGSA 'MIM' – tak hilang di dunia (siri 2)

Salam…

Maaf kerana mengambil masa yang lama untuk update blog ini.
Artikel sebelum ini menerangkan tentang wasiat ilmu ADAM yang
di turunkan kepada anak cucu baginda lantas menjadikan mereka
itu sebagai „dewa‟. Tugas mereka adalah untuk mengurus,
bukannya untuk di sembah. Tapi, akibat kebodohan manusia yang
tidak mahu mengikut, mereka ini menyembah-yembah manusia
„dewa‟ ini dan jadikan mereka ini tuhan. Akibatnya, mereka di
musnahkan atau di hapuskan terus dari permukaan bumi. kenapa
harus mereka menyembah tuhan manusia sedangkan ALLAH itu
selayaknya di sembah kerena DIAlah zat maha segala.
Sebelum kita masuk lebih dalam lagi, saya ingin menerangkan
tentang ADAM sebelum ADAM. Hal ini memang memeningkan.
Tambahan lagi jika muslim itu tidak mahu „open-mind‟. Saya
hairan kenapa muslim kini suka melemahkan kekuasaan ALLAH?!
Maksud saya ialah, andai kata seseorang saintis itu mengkaji
sesuatu di luar adat, lantas mereka kata “mereka mahu mencabar
tuhan”. Sebenarnya, mampukah kita mencabar tuhan sedangkan
DIA „laisakamislihi syaiun‟ yakni tidak menyerupai mana satu pun
mahupun pemikiran.

Maksud sebenar ALLAH maha besar ialah, sehebat mana ciptaan


manusia sekali pun atau sepelik mana sekali pun sesuatu perkara
itu, sesungguhnya itu adalah dari keizinanNYA. Tiada pernah
manusia mencabar DIA dan menghampiri kekuasaanNYA kerana
DIA melebihi segala. Andai kata saintis kini sedang mengkaji „god
particle‟, apakah itu „tuhan‟. Sudah tentu tidak. Kerana DIA tidak
menyerupai mana-mana pun. Kemudiannya, muslim pula bising-
bising menyatakan „jangan cabar tuhan‟. Apakah muslim mengerti
apa yang mereka katakana itu. Siapa yang pernah mencabar
tuhan. Sesungguhnya manusialah yang mencabar diri mereka
sendiri.

Daripada itu, cukuplah mengata orang lain sebagai „karut‟,


khurafat‟, „syirik‟, „mencabar tuhan‟ dan sebagainya kerana sifat-
sifat inilah yang menjatuhkan umat islam secara umumnya.
Merekalah yang merendah-rendahkan kekuasaanNYA yang maha
luas. Andai kita dapat membina teknologi yang mampu pergi ke
penjuru angkas sekali pun, tidak pernah mampu kita untuk
mencapai tahap kekuasaanNYA. Itulah di namakan KEIZINAN
DARINYA.
Berbalik pada perihal ADAM sebelum ADAM, adam itu adalah suatu
nama bagi suatu perciptaan berupa manusia yang kita miliki kini.
Mengikut komen pada artikel sebelum ini, memang ya, ADAM di
turunkan untuk memimpin generasi sebelum ini. Sebenarnya, saya
takut untuk membuka perihal itu kerana ia mungkin menimbulkan
fitnah kepada yang tidak pernah memahami.

Jadi, marilah saya buka satu kisah mengenai asal usul sesuatu
makhluk bernama AZAZIL. Kisah ini di ambil dari buku-buku
terdahulu dan cerita orang-orang tua yang mengaji tentang sufi.

Pada suatu ketika dulu, wujud satu bangsa yang suka berperang.
Entah bagaimana, peperangan itu di sertai juga oleh para
malaikat-malaikat sehinggakan bumi menjadi rata dan tiada lagi
kehidupan di atasnya. Tapi, ajaibnya, ada seorang budak kecil
masih hidup menangis-nangis mencari ibu bapanya. Lantas,
malaikat mengambilnya lalu di bawa ke langit. Azazil ini di
besarkan dan menjadi seorang abid yakni seorang ahli ibadat yang
cukup hebat. Doanya sentiasa di perkenankan sehinggakan
malaikat-malaikat pun datang meminta azazil doakan untuk
mereka.

Pada suatu ketika, ALLAH mahu menciptakan sesuatu yang baru.


Penciptaan ini di namakan sebagai ADAM. Azazil naik ke atas dan
melihat-lihat boneka ADAM yang masih tidak bernyawa itu dan
menyentuhnya. Lalu wujudlah calitan Azazil pada bahagian atas
mulut dan bawah hidung kita pada hari ini.

Kemudian, di suatu bahagian yang lain, para malaikat yang baru


saja membina bumi baru ini naik ke langit lantas melihat sesuatu
di kaki langit. Ia tertera tentang akaa ada seorang hamba ALLAH
ini yang akan membelot dan di laknat oleh ALLAH. Para malaikat
menjadi takut dan menemui Azazil untuk doakan mereka. Azazil
doakan para malaikat ini jauh dari kutukan itu tapi dia tidak
mendoakan dirinya sendiri kerana menganggap dirinya akan
selamat.
Pada era kebangkitan ADAM, azazil dan kuncu-kuncunya membelot
dan membantah tentang pembinaan ADAM tambahan lagi di suruh
untuk tunduk dan sujud. Akhirnya Azazil dan pengikutnya di
burukan wajah mereka dan di halau keluar dari langit. Mereka
inilah di namakan sebagai „fallen angle‟.

Mereka inilah yang pertama sekali menduduki bumi baru ini. Di


dalam „syurga‟ pula, Adam dan Hawa bergelak tawa. Tapi, di sudut
dalam manusia, sebenarnya wujud calitan „azazil‟ yang ego tadi
lalu meresap kedalam diri. Calitan itulah yang mengoda ADAM dan
HAWA supaya memakan buah yang di larang. Peristiwa itu
menyebabkan mereka berdua di halau keluar.
Pada hakikatnya, peristiwa itu hanyalah sebagai sebab musabab
untuk ADAM dan HAWA keluar dari „syurga‟ menuju „Dunia‟. Sejak
awal penciptaan ADAM lagi, sudah di tentukan tujuannya untuk
mentadbir bumi dan menjadi pemimpin pada golongan yang
engkar yakni golongan Fallen Angle tadi.
Sedikit info mengenai golongan Fallen angle, mereka ini bukanlah
malaikat semata-mata. Tapi ada juga berupa makhluk yang
terdahulu yang tidak di ketahui namanya. Azazil bila di turunkan
ke bumi lantas dia di kenali sebagai IBLIS atau LUCIFER. Golongan
yang wujud sebelum turunnya ADAM yang sempurna itu
kebanyakkannya masih primitive dan tidak suka kepada penyatuan
dan ketuhanan.

Mungkin dari situ juga, berlaku pencampuran genetic „fallen angle‟


dan manusia lantas memwujudkan „nefilim‟ atau si gergasi. Selain
itu juga, pencampuran genetic itu juga dengan haiwan
menghasilkan generasi „mutant‟ bertubuh kehaiwanan. Inilah di
sebut sebagai duyung dan lain-lain‟. Bumi baru ketika itu di penuhi
dengan pelbagai makhluk yang cukup berbeza. Jarak turunnya
IBLIS dan turunnya ADAM tidak di ketahui tapi mungkin
mengambil masa ribuan tahun dunia, kerana perbezaan sehari
dunia dan sehari „akhirat‟ adalah seribu tahun. Dek kerana itu,
pembiakan dan penyebaran makhluk-mahkluk yang berkeliaran ini
menyebabkan bumi tidak seimbang. Seorang pemimpin harus di
angkat dengan segera.

Dek kerana itulah, turunnya ADAM dan HAWA. Mereka turun


sebagai pemimpin pada manusia hybrid dari campuran „fallen
angle‟ dan spesis lain yang di ciptakan di bumi baru sebelum
penurunan ADAM. Setakat itulah yang saya dengar dan jika mahu
lebih, kalian haruslah mencari dan mengkajinya sendiri.
ADAM yang di beri ilmu segala itu kemudiannya mewariskan ilmu
„segala nama‟ kepada anak cucunya yang haq. Anak cucu inilah
yang menjadi dewa-dewa yang di kenali pada catitan-catitan
ketamadunan kuno. Tapi, di khabarkan juga, ada ahli yang
mendapat ilmu ini dan aplikasikan mengikut hawa nafsu. Lantas
terbinalah kecanggihan fizikal yang berlandaskan materialistic.
Jadi, pada era itu, terdapat dua golongan dewa. Satu, dewa yang
mengurus dunia dengan arahanNYA dan satu lagi, dewa yang
mahu membina dunia sebagai syurga. Maka, terjadilah
„pertelingkahan‟ sehingga kini. inilah di namakan sebagai „light and
dark‟. Pertempuran ini sentiasa terjadi sehingga kini.
Pada era satu bangsa yakni pada era kepimpinan anak cucu adam
yang Berjaya menyatupadukan segala makhluk, kehidupan mereka
cukup hebat. Baik dari segi spiritual dan fizikal. Emas itu umpama
mainan saja. Terdapat juga kota-kota yang terapung di udara.
Kota di bawah laut dan di atas gunung. Seorang raja
memerhatikan saja dari atas gunung akan wilayahnya di mana, di
bawahnya terdapat ribuan ikan paus bermain riang sambil di
perhatikan oleh beberapa manusia di dasar lautan itu. Gambaran
kehidupan itu seperti fantasi. Saya mendapat gambaran ini melalui
keadah „channeling‟.
Tapi, sejak berlakunya era „light and dark‟, benua yang termaju itu
terpecah dua dan saling bertelingkahan dan di akhiri dengan
peristiwa perang besar. Pada era itu juga, bukan hanya „atlantis‟
atau „lemuria‟ saja yang wujud tapi masih ada lagi wilayah-wilayah
lain yang hebat seperti ketamadunan „ramayana‟ yang di sebut
dalam kitab hindu. Tapi, janganlah kita pening untuk memikirkan
lokasi-lokasi mereka ini dengan berlandaskan peta kini. ternyata
ketika zaman dahulu, peta mereka cukup lain dan di khabarkan
peta bumi berlapis dua. Mungkin itulah di sebut sebagai kayangan.
Apapun, kita tinggalkan tentang itu.
Kemudiannya, peristiwa banjir besar terjadi akibat dari
peperangan itu lantas menenggelamkan segala yang ada. Bahtera
NOH yang besar (mungkin lagi besar dari bahtera 04 dalam filem
2012), mendarat di tanah besar yang kini di kenali sebagai Asia
Barat.

Dari situ, bermulalah kehidupan yang baru di mana, manusia-


manusia hybrid di hapuskan (atau di sembunyikan). Yang tinggal
hanyalah manusia dari keturunan ADAM dan haiwan-haiwan yang
di selamatkan. Bertebarablah mereka membina kehidupan yang
baru.

Di suatu tempat yang lain pula, benua yang baru saja tenggelam
itu membiarkan tanah paling tinggi mereka tidak di tenggelami air.
Jadi, wujudlah apa yang kita saksikan sekarang ini sebagai tanah
„nusantara‟. Tanah-tanah tinggi ini dahulunya pernah di diami oleh
para dewa-dewa pada era ADAM dan era „light and dark‟. Tapi,
sejak peninggalan NOH, tanah ini kosong dan menunggu
kepulangan penduduk asalnya…tapi bilakah mereka itu akan
pulang ke pangkuan tanah „dewa‟ ini?
kesimpulan dari pada artikel kali ini adalah:-

1- umat sebelum ADAM adalah makhluk-makhluk hybrid dan 'fallen angle'


yang harus di pimpin.
2- terdapat beberapa era sebelum berlakunya peristiwa banjir besar NOH
yakni

a) kedatangan 'fallen angle' dan pencampuran genetik yang tidak


seimbang
b) era kedatangan ADAM dan anak cucunya dalam proses penyebaran
manusia-manusia sempurna
c) era penyatuan segala jenis manusia (satu bangsa) dan kemunculan
'dewa-dewa'
d) era pemisahan 'light and dark' (dewa pengurus dan dewa keduniaan)
e) era wilayah-wilayah ketamadunan dunia terhebat (atlantis, lemuria,
ramayana dan lain-lain)
f) kemusnahan era ADAM dan bermulalah era manusia semata-mata

Banyak persoalan yang masih bermain di fikiran. Apa yang terjadi pada
„fallen angle‟ pada era ADAM sehingga kini? kemana perginya dewa-dewa
yang pernah mendiami tanah dewa yakni nusantara ini? Apa itu peta
dunia berlapis dua? Apa pula itu kayangan? Sebesar mana bahtera NOH
itu? Ke mana perginya ilmu wasiat ADAM? Saksikan di artikel seterusnya,
hanya di Nusanaga.blogspot.com...wassalam

p/s: nampakkah kalian mengenai DIA itu maha perancang?!

artikel oleh future phenomenon at 12:47 AM

Anda mungkin juga menyukai