Anda di halaman 1dari 27

MistisFiles: The Tombs of Ayutthayan Kings

MistisFiles
metafizik,area 51,kosmologi,new world order,matrix,jesuit,ufo,eksperimen philadelphia,freemason,extra
terrestrial,mindcontrol,nikola tesla,2012,illuminati,unified field,zionis,albert einstein,face of mars,knight templar,
john von neuman,piramid,kiamat,dajal,val valerian,imam mahadi,alien,malachi,nostradamus,spear of destiny,
kalendar maya,albielek,cydonia,666,mesin masa,teori relativiti,yahudi,atlantis,vatican assasin,majestic 12,big bang...

Sunday, January 17, 2010

The Tombs of Ayutthayan Kings

Sekitar April 2007,peminat sejarah negeri Kedah telah dikejutkan dengan

kewujudan blog,sejarahnagarakedah.blogspot dan menariknya,penulis

blog yang dikenali sebagai Anai-anai telah mendakwa berasal dari

keturunan pemerintah Kerajaan Ayutthaya,sebuah kerajaan Siam Purba

yang pernah mendominasi Indochina pada masa lampau.Dakwaan beliau

lebih menarik apabila selepas itu muncul pula beberapa orang yang

mendakwa menyembunyikan identiti mereka dengan masing-masing

memiliki nama 'kerabat diraja' dengan pangkai nama 'Nai'.Malahan

keturunan dari 'Nai' ini pernah membuat majlis perhimpunan keluarga dan

sumber utamanya merangkap waris maharaja,Nai Long Kassim Nai Long

Ahmad pernah menyertai satu forum bersama persatuan sejarah.

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/tombs-of-ayutthayan-kings.html (1 of 27) [02-Mar-10 5:05:54 PM]


MistisFiles: The Tombs of Ayutthayan Kings

Saya (Srikandi) akan mengulas dakwaan Anai-anai secara kritis dan

seimbang.Saya akan menyorot dari segi sejarah Benua Siam dan cuba

untuk mengaitkan semua dakwaan ini dengan sejarah realiti tidak kira

sejarah yang cuba digelapkan ataupun secara kronologi logik.Saya juga

akan mengambilkira kemusykilan semua pihak terutama pihak yang

menentang usaha Anai-anai.

Anai-anai,atau nama sebenarnya Mazlan Abdul Majid telah

membentangkan satu kajian yang agak luarbiasa dari sejarah yang kita

baca di buku-buku teks sekolah.Beliau mendakwa Kerajaan Ayutthaya

adalah sebuah kerajaan Siam yang beragama Islam dan raja-raja mereka

berasal dari Kedah.Siam dan Thai juga adalah dua kaum yang berbeza.

Beliau juga mendedahkan bahawa kejatuhan Ayutthaya adalah disebabkan

pakatan antara Burma dan Thai sekian lama,kemudian sejarah Ayutthaya

telah ditutup dan diubah serta keturunan raja-raja Ayutthaya juga diburu

dan dibunuh.

The Tombs of Ayutthayan Kings

Hanyut tanah tak bertuan

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/tombs-of-ayutthayan-kings.html (2 of 27) [02-Mar-10 5:05:54 PM]


MistisFiles: The Tombs of Ayutthayan Kings

Rakyat tidak bertuan

Ditabal aku di Segara Masin

Raja gelar..."

(Silkhannaz -Merong Mahawangsa)

Kerajaan Ayutthaya adalah sebuah kerajaan purba yang dikesan


kewujudannya sekitar tahun 1351 hingga kejatuhannya pada tahun 1767

Masehi.Kerajaan ini berpusat di sebuah kawasan seperti pulau di Sungai

Chao Phraya.Nama 'Ayutthaya' dikatakan diberi oleh pengasas kerajaan ini,

U Thong yang bermaksud 'Kota Raja-raja'.

Sejarah Thailand tidak lengkap jika tidak menyebutkan tentang

kewujudan Kerajaan Ayutthaya ini,ini kerana ketika zaman keemasannya,

ia menjadi kota paling makmur dengan urusan perdagangan dalam dan

luar negara.Kerajaan-kerajaan seperti China,Parsi,Belanda sehingga

Perancis pernah menghantar duta dan rombongan perdagangan ke kota

Ayutthaya.Kota ini menjadi antara kota terkaya di dunia dengan

kepadatan penduduk dan kemewahan yang didapati hasil perdagangan.

Hubungan diplomatik antara negara luar semakin rancak terutamanya

dalam pemerintahan Raja Narai yang menyaksikan utusan dihantar ke

istana raja Perancis.Ayutthaya juga adalah kerajaan yang kuat dan pernah

menakluk Angkor,ibukota kerajaan Khmer,yang semakin lemah di mana

sebelum itu pernah menjadi satu empayar yang besar dan menakluk

sebahagian besar Indochina.Satu-satu kerajaan yang bersaing dengan

Empayar Khmer adalah Empayar Melayu Srivijaya ketika itu.Ayutthaya

juga berjaya menjinakkan Sukothai,satu kerajaan di utara Indochina yang

merupakan musuh dan pesaing kepada Ayutthaya.

Di dalam Sejarah Melayu,kerajaan ini dikenali sebagai Syahrul Nuwi

dengan panglimanya dikenali sebagai Awi Dicu (Sihadecho?) dan raja-

rajanya bergelar Paduka Bubunnya.Salah seorang anak raja Syahrul Nuwi

ini bernama Cau Pandan (Chao?),mati akibat ditikam dengan panah

semasa mahu menyerang Melaka.

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/tombs-of-ayutthayan-kings.html (3 of 27) [02-Mar-10 5:05:54 PM]


MistisFiles: The Tombs of Ayutthayan Kings

Dalam sejarah Thailand,kerajaan ini dikatakan jatuh kerana diserang

Burma dibawah pimpinan Alaungpaya.Ketika saat-saat kejatuhannya juga,

kerajaan ini berdepan dengan konflik dengan kemaraan Dai-Viet (Ngu Yen)

dari arah Kemboja yang sebelum itu telah menjinakkan saki-baki

kekuasaan Khmer dan Champa.

Dalam sejarah Thailand juga disebut raja-raja Ayutthaya adalah berasal

dari kaum Tai dan berbahasa Tai.Mereka menganut ajaran Buddha.Ini

adalah sejarah umum yang dibaca dibuku-buku sejarah.

Kekeliruan mula terjadi apabila ahli-ahli sejarah Thai menemukan jumlah

tapak masjid yang begitu banyak di sekitar puing-puing kota Ayutthaya.

Para pengkaji juga menemukan bekas-bekas ukiran yang dirosakkan atau

dibuang dari dinding-dinding runtuhan kota.Seorang pakar sejarah

Thailand juga mencadangkan nama Thailand ditukar semula ke nama

'Siam'.Kuasa raja Thai yang semakin dikurangkan memungkinkan kajian

yang lebih mendalam dan ahli sejarah Thai semakin berani mengemukakan

hasil kajian.

Mempelajari misteri dari sejarah Ayutthaya,membolehkan kita mencari

kunci yang hilang di Indochina,sekurang-kurangnya mengetahui sampai

manakah wilayah-wilayah orang Melayu di Indochina.

Dalam blogsejarahnagarakedah,saudara Anai-anai telah mendedahkan

secara terperinci salasilah raja-raja Ayutthaya.Mula-mula kita mesti tahu

dahulu apa yang menyebabkan kajian Anai-anai ini berbeza langsung dari

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/tombs-of-ayutthayan-kings.html (4 of 27) [02-Mar-10 5:05:54 PM]


MistisFiles: The Tombs of Ayutthayan Kings

sejarah kontemporari.Antara ciri-ciri dakwaan beliau mengenai Ayutthaya

ialah:

-Siam adalah nama satu kaum yang berbeza bahasa dan agama dengan Tai.

Siam berasal dari Kedah dan beragama Islam,manakala Tai dari selatan

China.Raja-raja Ayutthaya adalah dari keturunan Siam dan beragama

Islam.

-Siam (Ayutthaya) ialah satu keturunan dengan orang Melayu.

-Siam adalah hasil pencampuran orang Cina Islam dari negara China pada

zaman dahulu dan keturunan orang-orang Melayu di Nusantara.

-Setiap nama raja Ayutthaya mempunyai nama Siam dan nama Islam

mereka.

-Kerajaan Ayutthaya adalah kerajaan yang diperintah oleh raja-raja Islam.

-Kerajaan Ayutthaya adalah sebahagian dari Empayar Monggol (Moghul)

Islam berpusat di India.Setidak-tidaknya ada hubungan dengan Kerajaan

Moghul itu kerana ada keturunan mereka menjalinkan tali perkahwinan

dengan raja-raja Siam Ayutthaya.

-Keturunan raja-raja Ayutthaya telah lari ke semenanjung Tanah Melayu

dan diburu oleh kerajaan Thai yang menakluk Ayutthaya sebelum itu.

Mereka memakai gelaran 'Nai'.

-Mereka yang mempunyai talian persaudaraan kerabat Ayutthaya ini

mengenali antara satu sama lain,contohnya bekas Perdana Menteri Tun

Abdullah Ahmad Badawi juga didakwa ada namanya yang lain berpangkal

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/tombs-of-ayutthayan-kings.html (5 of 27) [02-Mar-10 5:05:54 PM]


MistisFiles: The Tombs of Ayutthayan Kings

dengan gelaran 'Nai'.

-Kerajaan Ayutthaya ini amat besar mengikut dakwaan Anai-anai,sehingga

dikatakan semua raja-raja Melayu di semenanjung ini adalah 'raja daerah'

kepada Empayar Islam Ayutthaya sahaja termasuk Kesultanan Melaka.

Melaka itu pula dikatakan hanyalah salah satu pelabuhan Ayutthaya untuk

mengawal Selat Melaka.

-Raja-raja daerah ini mempunyai peluang untuk menjadi Maharaja

Ayutthaya melalui sistem giliran.

-Raja-raja dan tentera Kerajaan Ayutthaya ini punya budaya berkeris

menunjukkan hubungan keturunan mereka dengan alam Melayu

(menariknya ini ada bukti yang jelas,bukan sahaja dari sumber Thai

sendiri,malah sumber Perancis).

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/tombs-of-ayutthayan-kings.html (6 of 27) [02-Mar-10 5:05:54 PM]


MistisFiles: The Tombs of Ayutthayan Kings

-Sejarah Ayutthaya ada kaitan dengan Merong Mahawangsa.

-pengetahuan salasilah keturunan raja-raja Ayutthaya adalah wasiat yang

dijaga turun-temurun oleh kerabat pemerintah Ayutthaya yang

bersembunyi dari buruan tentera Thai terutama sejak tahun 1821 yang

digelar 'Tahun Musuh Bisik'.

Ini adalah antara ciri-ciri di dalam penjelasan blog sejarahnagarakedah.

Penulis blog ini mempunyai satu sumber bertulis yang amat dipercayai,

iaitu kitab Undang-undang Kedah yang manuskrip aslinya berjaya

dikembalikan atas usaha Kerajaan Malaysia dari tangan Kerajaan Britain

sekitar tahun 2003.Bukan itu sahaja,sumber-sumber sejarah lain seperti

Cempakasari Negeri Perak dan Sejarah Melayu juga dilihat selari dengan

Undang-undang Kedah ini.Penulis blog itu juga merujuk kepada kitab

Hikayat Merong Mahawangsa.

Mari kita mengenal raja-raja yang pernah memerintah Ayutthaya.Raja-

raja Ayutthaya dikatakan berjumlah 33 orang kesemuanya.Kita lihat

dahulu senarai umum raja-raja Ayutthaya dari kacamata Thai dan sejarah

umum:

Uthong Dynasty (pemerintahan pertama, 1350-1370)

Ramathibodi I (dahulu dikenali Prince U Thong 1350 - 1369)

Ramesuan (1369 - 1370) (pemerintahan kali pertama,kemudian turun

takhta)

Suphannaphum Dynasty (pemerintahan pertama, 1370-1388)

Pha Ngua (Boromma Ratchathirat I 1370 - 1388)

Thong Lan (1388)

Uthong Dynasty (pemerintahan kedua, 1388-1409)

Ramesuan (1388 - 1395) (pemerintahan kali kedua)

Ramracha Thirat (1395 - 1409)

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/tombs-of-ayutthayan-kings.html (7 of 27) [02-Mar-10 5:05:54 PM]


MistisFiles: The Tombs of Ayutthayan Kings

Suphannaphum Dynasty (pemerintahan kedua, 1409-1569)

Intha Racha(Nakharinthara Thirat 1409 - 1424)

Borommaracha Thirat II (Sam Phraya 1424 - 1448)

Boromma Trailokanat (1448 - 1488)

Borommaracha Thirat III (1488 - 1491)

Ramathibodi II (Chettha Thirat 1491 - 1529)

Borommaracha Thirat IV (Nor Phutthangkun 1529 - 1533)

Ratsadathiratcha Kuman (1533); raja kanak-kanak

Chaiya Racha Thirat (1534 - 1546)

Kaeo Fa (Yot Fa) -menyertai tampuk kuasa (1546-1548); raja kanak-kanak

& permaisuri Si Sudachan

Voravonsadiraj (1548)

Phra Maha Chakkraphat (memerintah 1548-1568) & permaisuri Suriyothai

(d.1548)

Mahinthara Thirat (1568 - 1569)

Sukhothai Dynasty (1569-1629)

Maha Thammaracha Thirat (Sanphet I 1569 - 1590)

Naresuan, the Great (Sanphet II 1590 - 1605)

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/tombs-of-ayutthayan-kings.html (8 of 27) [02-Mar-10 5:05:54 PM]


MistisFiles: The Tombs of Ayutthayan Kings

Ekathotsarot (Sanphet III 1605 - 1610)

Si Saowaphak (Sanphet IV 1610 - 1611)

Drongdharm (Intha Racha 1611 - 1628)

Chejthathraj (1628 - 1629)

Artitthayawongs (1629)

Prasat Thong Dynasty (1630-1688)

Prasat Thong (Sanphet V 1630 - 1655)

Chao Fa Chai (Sanphet VI 1655)

Si Suthammaracha (Sanphet VII 1655)

Narai, the Great (1656 - 1688)

Ban Phlu Luang Dynasty (1688-1767)

Phet Racha (1688 - 1703)

Luang Sorasak or Phrachao Sua ('Raja Harimau') (Sanphet VIII) (1703 - 1709)

Tai Sa (Sanphet IX 1709 - 1733)

Borommakot (Borommaracha Thirat III 1733 - 1758)

Uthumphon (Borommaracha Thirat IV 1758)

Suriyamarin or Ekkathat (Borommaracha Thirat V 1758 - 1767)

Sekarang kita bandingkan senarai di atas dengan salasilah raja-raja

Ayutthaya versi pendedahan oleh Nai Long Kassim Nai Long Ahmad,yang

mendakwa waris dari raja-raja Siam Islam Ayutthaya.

Kerajaan Ayutthaya Siam Islam NagaraKedah Pasai Ma

-SULTAN MAD ZAFAR SYAH III IBNI TUANKU MUHAMAD SYAH

BERPINDAH KE AYUTHIA (gelaran Siam:RAMA TIBODI I @ U THONG)

-TUANKU NAZREEN IBNI SULTAN MAD ZAFAR SYAH III ( gelaran Siam:

RAMESUAN 1369 – 1395)

-SULTAN SALEHUDDIN MUADZAM SYAH (gelaran Siam:BOROMORACHA I 1370

- 1388)

-TUANKU MOHAMMAD CHAN (@ TOK TEMENG) IBNI TUANKU NAZREEN

@RAMASUAN (gelaran Siam:THONG CHAN 1388 – 1395)

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/tombs-of-ayutthayan-kings.html (9 of 27) [02-Mar-10 5:05:54 PM]


MistisFiles: The Tombs of Ayutthayan Kings

-SULTAN RAHMAN LAKSEMANA (gelaran Siam:RAMARATCHA 1395 - 1409)

-SULTAN RAZAK IBNI SULTAN MAHMUD (gelaran Siam:INTHARATCHA I 1409

– 1424)

RAJA TOUNG OO

-SYAH ALAM YANG MAHA MULIA

SULTAN RIJALUDDIN MUHAMMAD JOHAN SYAH IBNI TUANKU MOHAMMAD

CHAN

@SULTAN MUHAMMAD SYAH III, PARAMESWARA MELAKA (gelaran Siam:

RAMATIBODI II @ Boromoraja II? memerintah 1424 – 1448)

-SULTAN JALIL YAACOB SYAH (gelaran Siam:BOROMOTAILOKANAT 1448 –

1491)

-TUNKU MUHAMMAD YUSUF ibni SULTAN RIJALUDDIN MUHAMMAD JOHAN

SYAH

RAJA PASAI (gelaran Siam:BOROMORAJA II 1491 – 1533)

-RATSADA (1533 - 1547)

-KAIFA TABIM SHEIKH ALI @ TABIN SHWEHTI (Ayahanda kepada Puteri Nang

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/tombs-of-ayutthayan-kings.html (10 of 27) [02-Mar-10 5:05:54 PM]


MistisFiles: The Tombs of Ayutthayan Kings

Che Yam, Raja Patani,memerintah 1547 – 1548 dengan gelaran Siam:YOT

FA)

-PUTERA JALIL YAACOB SYAH

SYAHBANDAR KOTA SETAR (gelaran Siam:KHUN WARAN WANGSA 1548)

-PADUKA SERI SULTAN MOHAMMAD

RAJA PASAI

ADINDA KEPADA SULTAN JALIL (gelaran Siam:CHAKRAPHAT 1548 – 1569)

-TUANKU NUR AISYAH IBNI TUANKU SULTAN RIJALUDDIN MUHAMMAD

JOHAN SYAH III (gelaran Siam:MAHIN INTA TIRAL,gelaran di Toungu Burma:

BA YIN NAUNG,gelaran di India:AISYAH SULTAN BEGUM,memerintah 1498 -

1530)

-NAI(SYED)HASSAN, PUTERA SANTUBONG

RAJA BORNEO (gelaran Siam:NARUESAN/NARESUAN 1530 – 1605)

-TUANKU SHAARI RIAYAT SYAH

SULTAN RIAU, PAGOH (gelaran Siam:EKATOTSAROT 1605 – 1610)

-NAI (SYED)HISBU MUADZAM SYAH IBNI SULTAN ZAHIRUDDIN BAHADUR SYAH

(gelaran Siam:INTARAJA II @ SONG THAM AYUTHIA 1610 - 1628)

-TEH ABU ADINDA SULTAN MAHMUD,PUTERA KEPADA TUANKU SHAARI

RIAYAT SHAH

SULTAN RIAU (gelaran Siam:CHETTHA 1628 - 1629)

-SULTAN ALI IBNI SHAARI RIAYAT SYAH

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/tombs-of-ayutthayan-kings.html (11 of 27) [02-Mar-10 5:05:54 PM]


MistisFiles: The Tombs of Ayutthayan Kings

SULTAN RIAU (gelaran Siam:ATTHINAWONG 1629)

-PENGGIRAN RAJA KECIL BONGSU, BRUNEI (gelaran Siam:PRASAT THONG

1629 – 1655)

-TUANKU JAAFAR

SULTAN SELANGOR (gelaran Siam:CIAO FA JAI 1655- 1656)

-SULTAN MAHMUD SYAH IBNI NAI(SYED)HISBU MUADZAM SYAH KEKANDA

SULONG KEPADA TUN SAABAN DAN PER ABU.

SULTAN MELAKA (gelaran Siam:SRI SUTHAMMARACHA 1656 – 1688)

-TUN SAABAN IBNI NAI HISBU MUADZAM SYAH (gelaran Siam:NARAI,gelaran

di Aceh:ISKANDAR MAHKOTA ALAM memerintah 1656 – 1688)

-PIR ABU IBNI NAI (SYED) HISBU MUADZAM SYAH (gelaran Siam:PRA

PETRARAJA 1656 - 1688)

-SUA @ SULTAN MANSOR SYAH IBNI SULTAN ISMAIL JAMMU PATANI (gelaran

Siam:PIJA TUK NAKPHA 1703 - 1709)

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/tombs-of-ayutthayan-kings.html (12 of 27) [02-Mar-10 5:05:54 PM]


MistisFiles: The Tombs of Ayutthayan Kings

-NANG CHE PUAN,PERMAISURI KEPADA SULTAN MUHAMMAD JIWA NAI NAL

ADILIN II (gelaran Siam:PHUMINTHARAJA 1709 - 1733)

-SULTAN MUHIYIDDIN MANSOR SYAH IBNI SULTAN MAHMUD SYAH

(gelaran Siam:BOROMAKOT CHAO PIJA KERSAN ATAU TURUT DIKENALI

SEBAGAI SRI SU TAMMARAJA II 1733 – 1758)

-SULTAN MUZAFFAR SYAH IBNI SULTAN ISMAIL

(gelaran Siam:UTHUMPON 1758 -1765)

-SYAH ALAM YANG MAHA MULIA,KHALIFAH SHARIF ABU BAKAR SYAH IBNI

SULTAN MUHIYUDDIN MANSOR SYAH (gelaran Siam:MAHA TAMMARAJA II

dan gelaran istana Ayutthaya:KAHA EKATAAT Disebut didalam buku

Undang-Undang Kedah sebagai Sharif Yang Di Pertuan 1758-1767-1821) -

Raja Ayutthaya terakhir memerintah sebelum serangan Burma dan Thai.

-SYAH ALAM YANG MAHA MULIA

SULTAN MADZAFAR SYAH III IBNI KHALIFAH SHARIF ABU BAKAR SYAH

TUANKU SULONG ATAU KOYA LONG (gelaran Siam:Po Chun,menjadi Raja

Kemboja tahun 1758,'memerintah' Ayutthaya tahun 1821-1824)

Senarai ini sebenarnya lebih panjang sehingga sampai ke salasilah NAI

LONG KASIM IBNI TUANKU NAI LONG HAJI AHMAD yang menjadi sumber

rujukan Anai-anai.Apa pandangan anda apabila melihat kedua-dua senarai

ini?

Mungkin kali pertama kita mendengar pendedahan ini,dakwaan Anai-anai

ini adalah sesuatu yang sukar untuk diterima dan bersifat khayalan.Namun

saya cuba untuk bersikap adil,lebih-lebih lagi dakwaan ini bukan seperti

tin kosong,tetapi Anai-anai mempunyai sumber bertulis yang sah,iaitu

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/tombs-of-ayutthayan-kings.html (13 of 27) [02-Mar-10 5:05:54 PM]


MistisFiles: The Tombs of Ayutthayan Kings

manuskrip Undang-undang Kedah.SEJAK KITA TAHU BAHAWA INGGERIS

TELAH BANYAK MEMUTARBELITKAN SEJARAH KITA,PENDEDAHAN INI PERLU

DIBERI PERHATIAN DARI SEGI AKADEMIK.

Stamford Raffles,R.O Windsted,W.G Shellabear (sekadar menyebutkan

beberapa nama) juga 'anak murid' mereka seperti Munshi Abdullah dan

ramai lagi...ya terlalu ramai,adalah penulis-penulis sejarah moden kita

sebenarnya.Adakah sejarah bertulis kita tiada sehingga terpaksa bangsa

asing menilai semula sejarah kita?TIDAK SAMA SEKALI.MEMANG ADA,

TETAPI TELAH DIRAMPAS ATAU DIMUSNAHKAN.Contohnya Undang-

undang Kedah,ini satu contoh.Bagaimana dengan Arkib Istana Melaka yang

hancur musnah terbakar oleh serangan Portugis?Bagaimana dengan beribu-

ribu manuskrip yang dicuri sepanjang era penjajahan?

SEJARAH BERTULIS KITA SEBAHAGIAN BESAR DISIMPAN OLEH PIHAK

ISTANA.Ini kerana umumnya kerabat diraja adalah mereka yang celik

huruf dan terpelajar.Namun peperangan dan penjajahan telah

memusnahkan atau menghilangkan sebahagian besar sumber-sumber ini.

Sebab itu peranan raja-raja Melayu amat penting,UNTUK MEREKODKAN

BUDAYA DAN WARISAN MELAYU TURUN-TEMURUN.

Apa yang tinggal pada kita ialah salinan kitab SEJARAH MELAYU oleh Tun

Seri Lanang yang telah di'moderate' kan oleh ahli-ahli akademik Inggeris

seperti R.O Winsted dan Shellabear.Nasib baik kerajaan berjaya membawa

balik kitab Undang-undang Kedah.NAMUN BERIBU LAGI KITAB SEJARAH

BERADA DI TANGAN BANGSA ASING.

Bagi saya,pendedahan ini ada pro dan kontra.Sebelum kemunculan blog

sejarahnagarakedah lagi saya sudah tahu sejarah Melayu di Indochina

(Benua Siam),cuma butiran terperincinya belum habis dijejaki.Saya

menunggu-nunggu pasti ada pendedahan dari seseorang kerana saya tahu

sejarah kedatangan orang-orang Tai ke Benua Siam.Untuk mengetahui

sejarah orang Tai (Thailand),kita tidak digalakkan untuk mengambil dari

sumber Thai yang dipengaruhi konspirasi raja-raja Thai.Kita perlu dengar

dari mulut orang Mon,Pyu,Khmer,Cham dan aborigine Benua Siam.Orang

Tai adalah sama dengan Dai-Viet ('Dai' adalah han yu pin yin atau sistem

sebutan-tulisan Cina dari kata 'Tai'),mereka kaum terdesak dari Selatan

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/tombs-of-ayutthayan-kings.html (14 of 27) [02-Mar-10 5:05:54 PM]


MistisFiles: The Tombs of Ayutthayan Kings

Cina yang diasak oleh orang Han dan Monggol.Jika orang Melayu Cham

dahulu pernah mempunyai kerajaan di pesisir pantai Vietnam pada zaman

dahulu,masakan tiada orang Melayu/Jawi yang pernah menguasai wilayah

Thailand pada hari ini?

Orang-orang Aceh berasal dari pelarian Champa yang lari dari kebuasan

orang Dai-Viet.Orang Cham adalah penduduk asli Benua Siam,sama seperti

orang Mon,Pyu dan lain-lain.Orang Mon sendiri pernah berkerajaan di

Benua Siam lama sebelum orang Khmer naik memerintah Angkor selepas

kejatuhan Funan (sebuah lagi kerajaan Melayu Kuno) dan orang Mon itu

sebenarnya lah yang mengajarkan ajaran Buddha kepada raja-raja Khmer.

Kerajaan Orang Mon telah dimusnahkan oleh orang Burma,satu lagi kaum

pendatang yang ganas (sehingga ke hari ini keganasan mereka,lihat sahaja

apa yang terjadi di Myanmar) dan orang Mon pada hari ini tiada bernegara

dan menjadi minoriti.Siapa orang Mon?Merekalah pembina Pagoda Shwe

Dagon yang menakjubkan itu.Jika mampu membina pagoda besar dari

emas,bayangkan bagaimana hebatnya kerajaan orang Mon pada zaman

purba.Jika orang Mon dahulunya amat hebat dan kaya-raya,hari ini

menjadi mundur,miskin,minoriti,tertindas dan tidak bernegara,itulah yang

terjadi kepada orang Melayu Cham pada hari ini dan TIDAK MUSTAHIL

AKAN BERLAKU KEPADA ORANG MELAYU DI MALAYSIA.

Inilah pentingnya mempelajari sejarah.Kesan dari akibat tidak mengambil

iktibar dari pengajaran sejarah adalah amat sadis dan kejam WALAUPUN

SESUATU BANGSA ITU DARI SEGI ZAHIRNYA KAYA DAN MAJU.Bila masa

musuh-musuh menyerang?KETIKA SESUATU BANGSA ITU MULA LALAI DAN

LEKA DENGAN KESELESAAN DAN KEMEWAHAN YANG ADA.

Kra Isthmus adalah wilayah Melayu pada zaman dahulu iaitu Segenting

Kera.Kra bukanlah perkataan Thai,ia adalah perkataan Melayu 'KERA',ya...

haiwan yang bernama kera.Dinamakan Segenting Kera kerana memiliki

tanah yang sempit,ia adalah perumpamaan Melayu lama yang sejenis

dengan kata 'sekangkang kera'.Kera digunakan sebagai perumpamaan

sebagai perbandingan ruang yang kecil.Dari sini kita tahu sampai mana

sempadan negeri-negeri yang diduduki orang Melayu.JIka sudah satu

Segenting Kra adalah wilayah Melayu dahulu atau wilayah Patani,adakah

orang-orang Melayu sukar untuk mencapai Ayutthaya?Ayutthaya bukanlah

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/tombs-of-ayutthayan-kings.html (15 of 27) [02-Mar-10 5:05:54 PM]


MistisFiles: The Tombs of Ayutthayan Kings

terletak di tengah-tengah Benua Siam atau jauh ke utara.Ia terletak

berdekatan Teluk Siam (Gulf of Thailand).Lihat nama-nama tempat yang

asalnya dari bahasa Melayu tetapi di'Thai'kan:

Phuket (Bukit). Nama lain ialah Tongkah.

Thalang (Tanjung Salang)

Yala (Jala)

Betong (Betung)

Bannang Sata (Benang Setar)

Raman (Reman)

Kabang (Kabae / Kabe)

Krong Pinang (Kampung Pinang)

Narathiwat (Menara)

Tak Bai (Tabal)

Rueso (Rusa)

Su-ngai Kolok (Sungai Golok)

Su-ngai Padi (Sungai Padi)

Tanyongmat (Tanjung Mas)

Buketa (Bukit Tar)

Pattani (Pantai Ini)

Sai Buri (Selindung Bayu @ Teluban)

Yaring (Jaring)

Krue Sae (Gersik)

Panare : (Penarik)

Yarang : Jarang @ Binjai Lima

Songkhla (Singgora) bermaksud ‘Bandar Singa’

Chana (Chenok)

Na Thawi (Nawi)

Thepha (Tiba)

Saba Yoi (Sebayu)

Ranot (Renut)

Sadao (Sendawa)

Samila Beach (Pantai Bismillah)

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/tombs-of-ayutthayan-kings.html (16 of 27) [02-Mar-10 5:05:54 PM]


MistisFiles: The Tombs of Ayutthayan Kings

Satun (Setul)

Khuan Don (Dusun)

Phang Nga (Pungah). Ada sumber lain mengatakan daripada nama 'Kuala

Bunga'.

Takua Pa (Kupa)

Phattalung (Bedalong / Merdelong)

Trang (Terang)

Ranong (Rundung)

Krabi (Ghraibi)

Chaiya (Cahaya)

Nakhon Si Thammarat (Nagara Sri Dharmaraja / Bandar Sri Raja Dharma).

Nama lama bagi negeri ini ialah ‘Tambralingga / Ligor’.

(dipetik dari Ibnu Rusydi)

Dari sini kita dapat menyelami betapa luasnya wilayah yang diduduki

orang Melayu pada zaman dahulu.Jadi adakah orang Melayu memang

hanya wujud di semenanjung?Atau di pulau-pulau Indonesia?SUDAH

TENTU TIDAK.Orang Melayu (tidak kira yang Jawanya,Champa atau

Pataninya) pernah menduduki seluruh Benua Siam.Dari mana orang-orang

Khmer belajar menubuhkan kerajaan?Dari orang-orang CHAM DAN JAWA

SAILENDRA!

Jadi selepas ini marilah kita menghulurkan simpati dan kasih sayang

kepada saudara-saudara kita di selatan Thai ini.Mereka adalah Melayu

Patani yang pernah mempunyai kerajaan hebat dahulu.Orang Melayu

Patani kerap datang ke Malaysia sebagai peniaga atau meminta derma

untuk sekolah-sekolah agama dan masjid.Pernah tak kita melihat orang

Melayu Patani membawa barangan jualan dengan menjunjung di kepala ke

kampung-kampung?Anak-anak kita menjerit-jerit "orang Siam,orang Siam

datang!" padahal merekalah orang Melayu sama seperti kita (Ya,betul

juga..mereka MELAYU SIAM).Namun jaga-jaga juga orang Siam yang

menyamar meminta derma untuk menipu orang Malaysia yang terkenal

amat pemurah.

Berbalik kepada Anai-anai,penulisan beliau yang saya tidak gemar ialah

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/tombs-of-ayutthayan-kings.html (17 of 27) [02-Mar-10 5:05:54 PM]


MistisFiles: The Tombs of Ayutthayan Kings

kadangkala melebih-lebihkan keturunan 'diraja' Siam beliau sehingga

merendah-rendahkan sejarah Kesultanan Melaka.Beliau kerap

mempersoalkan mengapa sejarah Melaka dilebih-lebihkan padahal ia cuma

pelabuhan Ayutthaya (benarkah begitu?).Bila disanggah,beliau kerap

berkata,

"Apa boleh buat,sejarah negeri Kedah memang hebat dan raja-raja kami

memerintah seluruh semenanjung dahulu"

Nasihat saya ialah,menceritakan kehebatan sejarah sendiri jangan sampai

merendah-rendahkan sejarah negeri orang lain.Padahal beliau juga

berkata,raja-raja daerah bergilir berpeluang duduk menjadi Maharaja

Ayutthaya sehingga Raja Naresuan dikatakan berasal dari Borneo (ya,saya

setuju inilah sebab ahli sejarah Thai tidak menjumpai makamnya),jadi

taraf raja-raja Melayu (dalam versi sejarah Anai-anai) adalah sama sahaja,

walaupun dikatakan ia dimulakan oleh pengasas dari Kedah.Tidak perlu

mendabik dada kehebatan keturunan anda,walau dari 'bangsa harimau'

atau 'berdarah naga' sekalipun.

Bila ada orang mempertikaikan keturunan beliau dan mendakwa Nai Long

Kassim menuntut takhta dari raja-raja Melayu,malangnya saudara Anai-

anai melenting sehingga meleret-leret menyebut-nyebut keburukan orang

Melayu semua sekali dan seolah-olah orang Melayu di Tanah Melayu ibarat

orang hutan yang merampas takhta orang Siam Islam.Emosi berlebih-

lebihan ini mempengaruhi juga satu blog yang menjadi 'sekutu' rapat Anai-

anai,iaitu The Malay Press.Di dalam blog ini terdapat satu posting dimana

sengaja diletakkan gambar-gambar yang menunjukkan keadaan 'Melayu'

pada masa dahulu,mungkin sekitar 1880-an kerana teknologi kamera

secara moden bermula pada tahun 1884 selepas penemuan sistem filem

yang baru menggunakan lapisan kertas dan gelatin.Kemudian diletakkan

ulasan berbentuk persoalan tentang keadaan orang-orang Melayu yang

nampak seperti 'menyedihkan'.Padahal dimana orang-orang 'Siam Islam'

ketika itu?Sekurang-kurangnya orang Melayu yang dikutuk-kutuk 'orang

laut,lanun dan nelayan' ini malah menjadi 'mangsa pergaduhan' Siam Islam

dan Thai yang berebut warisan kemelayuan ini boleh bertahan

mempertahankan negara dan masih wujud bernegara sehingga semua Siam

Islam boleh duduk menumpang menjadi ahli fotografi,pensyarah dan

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/tombs-of-ayutthayan-kings.html (18 of 27) [02-Mar-10 5:05:54 PM]


MistisFiles: The Tombs of Ayutthayan Kings

penulis blog di Tanah Melayu yang merdeka ini.Bayangkan Malaysia ini

sebahagian dari Thailand,bukan sahaja nak kutuk Raja Thai pun tidak

boleh,menjeling pun sudah ditangkap tentera Thai,dipaksa meniarap

beramai-ramai dan disumbat dalam trak seperti ayam yang nak dijual di

pasar.Jadi bersyukurlah dapat bersaudara dengan orang-orang Melayu

semenanjung ini.Jangan menghiris perasaan mereka seperti yang

dilakukan oleh Hindraf dan Ultrakiasu,lebih-lebih lagi Melayu Siam

bersaudara dengan Melayu semenanjung dan dikuatkan ikatan dengan

agama yang sama.

Penulis blog itu juga mendakwa semua raja-raja Melayu adalah Siam Islam

ini termasuk raja-raja Perlis (ada orang Perlis yang tahu salasilah diraja

Perlis merpersoalkan versi Anai-anai ini),Pahang.Perak dan Melaka.Bukan

itu sahaja,Hang Tuah lima bersaudara juga didakwa adalah keturunan

Ayutthaya juga!

Satu lagi ialah berkenaan dengan bahasa,saudara Anai-anai seolah-olah

begitu obses dengan bahasa Siam sehingga semua tempat di Malaysia

didakwa berasal dari perkataan Siam.'Nusantara' dikatakan dari kata 'no-

san-ta-ra' bermaksud 'tunas-muda-menanti-merebak',perkataan

'Beruas' (nama tempat di Perak) dikatakan bermaksud 'Puak-Kaya' dalam

bahasa Siam.Malahan Perak itu adalah sebenarnya 'Phe-Raq' iaitu 'abang-

yang dikasihi'.Ini sungguh menghairankan.

'Mengkuang' ialah 'Meang Kuang' dari bahasa Siam juga (bukankah ia adalah

pokok mengkuang?),malah Australia dan Albania juga didakwa berasal dari

perkataan Siam Ayutthaya!Ini ditahap melucukan.

Banyak lagi contoh nama bahasa Melayu malah Inggeris yang dikatakan

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/tombs-of-ayutthayan-kings.html (19 of 27) [02-Mar-10 5:05:54 PM]


MistisFiles: The Tombs of Ayutthayan Kings

berasal dari perkataan Siam,malah bahasa Arab juga! 'Siam' atau

bermaksud 'berpuasa' dalam bahasa Arab pun didakwa menunjukkan

bersempena 'bangsa Siam Islam'.Ini benar-benar obses bahasa sendiri.

Jadi bagi saya penulis blog itu tidak patut 'mencemar'kan mood pembaca

dengan perkara remeh-temeh begitu.Tambahan pula jika saya sentuh

keturunan raja-raja Ayutthaya yang ada ada kaitan dengan haiwan mitos

seperti naga dan garuda seperti kata Anai-anai lagi membingungkan!

SEBENARNYA SAYA FAHAM 'RAHSIA' DARAH NAGA ITU DAN TAHU CERITANYA

TETAPI CARA ANAI-ANAI MENDEDAHKANNYA TIDAK AKADEMIK DAN

KEBUDAK-BUDAKAN.Seperti kisah kartun Ultraman pula.Saya membuat

andaian,saudara Anai-anai tahu sedikit perkara,tetapi 'syok' menulis

sehingga melebih-lebih sampai keluar dari fakta sebenar.Sebab itu saya

nasihatkan jangan sampai terlalu banggakan keturunan sehingga hilang

punca dalam penulisan,kerana bukan sahaja orang Melayu,malah orang

Thai juga akan ketawakan anda.

Kadangkala nada Anai-anai begitu marahkan pengkritiknya sehingga

melalut merendah-rendahkan orang-orang Melayu.Dituduh orang Melayu

hanya berasal dari keturunan pelaut (padahal sebelum itu mengaku

Melayu) dan ini saya perhatikan sama seperti 'bebelan' pengkritiknya,

seorang warga Malaysia keturunan Thai yang membuka satu blog lain

(sejarahnagarakedag) yang juga 'marahkan' orang Melayu dengan tuduhan

yang sama.Selepas itu bila ditegur,beliau menukar nada dengan

mengatakan orang Melayu yang dikecamnya ialah 'Melayu Baru' atau

'Melayu Umno' yang lupakan sejarah dan mengikut sahaja penipuan

Inggeris.Siam Islam dan 'Siam' Kafir bertekak sesama sendiri,yang menjadi

mangsa tidak semena-mena orang Melayu.Padahal masing-masing duduk

dalam negeri orang-orang Melayu.Istilah 'Melayu' beliau juga berubah-ubah.

Sekejap mengaku orang Siam,sekejap mengaku Melayu Siam,sekejap

mengaku orang Yunnan,malah didakwa dahulu orang Melayu adalah orang

'Fei',baru sekarang bergelar 'Melayu'.Sepatutnya perkara begini tidak

seharusnya berlaku kerana beliau seorang pensyarah dan terpelajar.

Namun saya faham bahawa pengkhususan beliau bukan dalam bidang

sejarah,namun ini tidak bermakna boleh menulis fakta sejarah seolah-olah

mengarang komik anime.

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/tombs-of-ayutthayan-kings.html (20 of 27) [02-Mar-10 5:05:54 PM]


MistisFiles: The Tombs of Ayutthayan Kings

Namun,sebenarnya 70% cerita dari blog itu adalah fakta sejarah yang tidak

harus dipandang sepi.Mengapa saya kata begitu?Kesampingkan kekhilafan

penulis blog itu,kerana sebenarnya apa yang diceritakan tentang hubungan

kerajaan Ayutthaya atau Sharul Nuwi itu dengan orang Melayu amat rapat

kerana ia tercatat dalam UNDANG-UNDANG KEDAH!Keturunan dan waris

dari kerabat Ayutthaya ini juga percaya Raja Thai masih menyimpan

manuskrip-manuskrip Kerajaan Ayutthaya di 'peti kebal' milik keturunan

Raja Thai itu.Kita juga maklum bahawa tokoh ulama Sufi,Hamzah Fansuri

juga belajar agama dari ulama di kota Sharul Nuwi (Ayutthaya),jadi

fikirkan misteri ini.Baca buku Undang-undang Kedah terbitan DBP dan

hayati misteri orang-orang Melayu di Benua Siam di dalamnya.

Saya berpendapat raja-raja Ayutthaya ini mungkin benar beragama Islam,

dan bukan orang Tai.Namun rakyatnya terdiri dari orang Tai,Khmer,Melayu

(Jawa,Bugis,Kedah,Patani dll),Mon,Cham,Cina,Parsi dan sebagainya.Para

penasihat atau panglima tentera diambil dari pelbagai kaum.Ini samalah

seperti di Malaysia.Apabila kedudukan orang Tai sudah kuat dalam

kerajaan,mereka menjalinkan kerjasama sulit dengan Burma,yang

mengintai peluang dari luar untuk menakluk Ayutthaya.Apabila Burma

datang menyerang,kelompok Thai yang belot ini 'membuka' pintu kota

Ayutthaya untuk penjajah Burma.Apabila raja Ayutthaya lari,orang-orang

Thai menabalkan diri mereka menjadi raja.Cerita selepas itu adalah kisah

bagaimana raja-raja Thai mahu menghapuskan pengaruh Burma dari

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/tombs-of-ayutthayan-kings.html (21 of 27) [02-Mar-10 5:05:54 PM]


MistisFiles: The Tombs of Ayutthayan Kings

'menyibuk' dalam negeri baru mereka itu.

Ini hasil 'channeling' saya pada awal tahun lepas.

Saya boleh terima istilah 'Melayu Siam' itu atau Siam itu adalah salah satu

keturunan Melayu,sama seperti Jawa,Kelantan,Aceh atau Sulu.Ini kerana

jika anda mahu bercakap dengan orang Sulu misalnya,amat sukar

memahami bahasa mereka,namun kita tahu mereka sama akar budaya

dengan kita,mereka bertanjak dan berkeris juga.Dan saya faham dengan

keadaan orang Siam ini,sama seperti saya faham keadaan orang Cham dan

Patani.KITA TIDAK TAHU BERAPA RAMAI 'ORANG THAI' YANG BOLEH

DIJEJAK KETURUNAN ASAL MELAYU MEREKA,yang bersembunyi di

seluruh Thailand.Adakah Aishah,keturunan ketujuh Mahsuri boleh

bercakap Melayu seperti moyangnya Mahsuri?RENUNGKAN MASALAH YANG

MENYEDIHKAN INI.

Ini barulah dinamakan dasar penghapusan etnik.Kita boleh belajar perkara

ini.Bayangkan Hindraf boleh menuduh kerajaan Malaysia melakukan dasar

penghapusan etnik,akibat sikap berlembut kerajaan orang-orang Melayu

ini,padahal orang-orang Tamil di Thailand diam.senyap terkebil-kebil tidak

berkutik sedikit pun.Sepatutnya para simpatisan Hindraf belajar dari kata-

kata pemimpin MIC terdahulu yang amat berterimakasih kepada orang

Melayu dalam keadaan orang Sinhala di Sri Lanka sekalipun menolak orang-

orang Tamil.Orang Tamil di sini bebas dengan nama dan identiti mereka

malah jumlah kuil pun melebihi jumlah masjid,itu pun dibebelkan,berarak

dan memaki hamun orang Melayu (ini perangai Hindraf,bukan orang-orang

India yang berkawan baik dengan Melayu).Menariknya hari ini pemimpin-

pemimpin Hindraf dikecam orang-orang India sendiri malah India DAP juga

kerana melesapkan wang derma simpatisan Hindraf.Malah Hindraf

menyaman balik ahli politik DAP itu dan akhbar Tamil juga.

Pemimpin-pemimpin Hindraf bersenang lenang di luar negara tanpa

menghiraukan kebajikan anak-anak India di Malaysia yang akhirnya

terpaksa mengemis dengan kerajaan orang-orang Melayu tadi yang

dimakihamun hasil hasutan pemimpin Hindraf yang meniru lagak samseng

India dalam filem-filem Tamil dan Bollywood.Ini sungguh melucukan dan

bagus untuk difilemkan.Kenang kembali aksi para 'zombie' Hindraf yang

terkinja-kinja di Batu caves tempoh hari sehingga merosakkan pagar kuil

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/tombs-of-ayutthayan-kings.html (22 of 27) [02-Mar-10 5:05:54 PM]


MistisFiles: The Tombs of Ayutthayan Kings

mereka sendiri.

Berbalik kepada sejarah Ayutthaya,banyak perkara yang boleh dipelajari

dari kejatuhan kerajaan Melayu di Indochina.Taktik 'buka pintu kota'

adalah taktik biasa para pembelot.Ingat lagi kisah Kota Singapura yang

diserang oleh Majapahit?Siapa yang membuka pintu kota?Orang yang

kecewa kerana anak perempuannya dibunuh oleh raja Singapura.Pintu

kota kerajaan Champa juga dibuka oleh kebodohan Bendahari Champa

sehingga memudahkan kemaraan tentera-tentera barbarian Dai-Viet

membumihanguskan Champa.Siapa yang membuka 'pintu kota' sehingga

orang-orang Inggeris menjajah Tanah Melayu?Orang-orang Melayu yang

berebutkan kekuasaan sesama sendiri.Pelajari kes campurtangan Inggeris

Di Perak.

Percayalah,sejarah adalah satu pengajian aliran-aliran peristiwa yang

berulang-ulang.Siapa yang tidak peka dengan sejarah,akan termasuk

lubang biawak dua kali.

Ada rahsia dan misteri yang tidak mampu diungkapkan ketika merenung

kuburan 'raja-raja Ayutthaya' ini.Mungkin pakar sejarah Malaysia perlu

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/tombs-of-ayutthayan-kings.html (23 of 27) [02-Mar-10 5:05:54 PM]


MistisFiles: The Tombs of Ayutthayan Kings

berjumpa dengan Nai Long Kassim ini sebelum beliau menutup mata untuk

mengetahui kisah sebenar,apa yang terjadi ketika serangan orang-orang

Burma dan Thai dan peranan orang Melayu di Indochina.

Saya tertarik dengan kenyataan Prasat Preah VI Hear,sebuah 'kuil' yang

direbutkan oleh Thailand dan Kemboja sebenarnya sebuah istana seorang

raja bernama Po Chan atau nama 'Melayu'nya Sultan Mud Zaffar Syah.

Anehnya,kuil ini tidak mengandungi patung-patung Buddha dan ini

membangkitkan rasa sangsi bahawa munasabah raja-raja Thai telah

meletakkan patung-patung dan menambah ukiran di semua kesan-kesan

binaan Ayutthaya atau kerajaan Melayu purba dahulu.Pengkaji dari Eropah

juga telah mengesahkan ada patung-patung yang baru diletakkan di

binaan-binaan lama di Thailand.Pintu-pintu kota dan istana juga pasti ada

kesan dikikis,dan menurut Nai Long Kassim,asalnya ada tulisan jawi di situ

pada masa dahulu.

Lihatlah,pada masa dahulu,kaum-kaum lain berebut-rebutkan budaya dan

warisan Melayu.Penjajah Eropah pula berebutkan manuskrip-manuskrip

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/tombs-of-ayutthayan-kings.html (24 of 27) [02-Mar-10 5:05:54 PM]


MistisFiles: The Tombs of Ayutthayan Kings

Melayu.Istana Melayu direbutkan oleh orang Tai,Khmer,Vietnam dan

Burma.Mereka yang berjaya merebut binaan-binaan ini kemudiannya

menambah-nambah ukiran dan meletakkan patung-patung mengikut

citarasa mereka.Kemudian dengan bangganya mengaku itu semua warisan

nenek moyang mereka.Apabila Inggeris tiba,semua binaan orang-orang

Melayu yang masih ada di semenanjung dimusnahkan,dibedil dengan

meriam dan diratakan.Bukti sejarah dirampas.Binaan Melayu di Indochina

terjaga rapi sebab sudah jadi milik orang lain.Kaji Cham Tower dan

kompleks sejarah My Son di Vietnam.Kaji peradaban Funan yang membina

Angkor Wat.Cuba kaji mengapa pelan Angkor Wat menunjukkan seolah-

olah ia adalah pelan sebuah kota pertahanan,dengan kedudukan pintu dan

tembok serta dikelilingi terusan air.Ia menjadi bercitarasa kuil setelah

ditinggalkan orang Melayu Funan dan diduduki oleh orang Khmer

kemudiannya.Kaji persamaan gaya ukiran BOrobudur dan Angkor Wat.Kaji,

kaji dan kaji lagi.Semuanya jadi milik orang lain sehingga apabila anak-

anak Melayu membaca buku-buku sejarah rekaan Stamford Raffles dan

ahli sejarah 'pemalas' Malaysia,mereka percaya bangsa mereka adalah

bangsa yang tidak punya binaan batu yang hebat.Nenek moyang mereka

dahulu hanya tinggal di hutan-hutan dan selekeh.

Cuba hayati filem Queen of Langkasuka,ratu-ratu pemerintah itu

sebenarnya adalah pemerintah Patani.Dan sebenarnya lanun-lanun yang

berpakat menyerang 'Langkasuka' adalah tentera Thai.Lihat,produser filem

Thai amat menyanjungi warisan sejarah walaupun bekas musuh mereka.

Orang-orang Melayu Patani digambarkan amat maju dengan kota yang

kukuh,mewah dan memiliki meriam-meriam,senapang dan pistol

disamping tidak lekang dengan keris mereka.Kostum istana Patani amat

mewah dan tidak kalah dengan kostum permaisuri Thai malah lebih kemas

dan memikat dari puteri-puteri Thai yang berkemban sahaja.Pakatan Thai

dan penjajah Eropah telah menghancurkan sejarah manis Patani ini.Lihat

filem Ong Bak 2,hayati kostum,rumah dan perhiasan pegawai Ayutthaya

yang mirip putera Jawa.Perhatikan suasana Benua Siam pada masa dahulu,

dan konflik antara pembelot dalam kerajaan Ayutthaya dan orang-orang

yang setia dengan raja Ayutthaya.Ini yang perlu dikaji,bukan setakat

terpesona dengan aksi siku terbang Tony Jaa.Pada masa depan dijangka

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/tombs-of-ayutthayan-kings.html (25 of 27) [02-Mar-10 5:05:54 PM]


MistisFiles: The Tombs of Ayutthayan Kings

ramai pembuat filem Thailand makin berani menyelongkar sejarah

mengikut kepercayaan mereka.Siapakah di sebalik nama-nama pembuat

filem Thai ini?Adakah mereka orang-orang Melayu yang 'bersembunyi' di

sebalik nama-nama Thai mereka?

Bagaimana dengan filem sejarah di sini?Asyik-asyik pondok buruk,warung

berdinding buluh dan rumah-rumah beratap rumbia.Amat menyedihkan.Ini

kerja orang malas.

Batu-batu nisan sepi di celah-celah semak yang ditunjuk oleh Nai Long

Kassim sebagai moyangnya,raja-raja Ayutthaya,menimbulkan perasaan

misteri dan sayu.Betapa jika orang-orang Melayu tidak sedar dan bersatu,

musuh-musuh mereka akan cuba sedaya upaya merampas 'The Golden

Chersonese' ini dari tangan mereka.Dari dulu sampai kini,tanah tumpah

darah kita ini sentiasa menjadi rebutan pelbagai kaum.Semoga Tuhan

memperkuatkan diri kita semua untuk mempertahankannya.SEpertimana

sejarah hitam kerajaan Ayutthaya,begitulah juga akan terjadi kepada

Malaysia ini jika semua pemimpin Melayu masih bermimpi,bergaduh dan

berpecah-belah.Ada yang jadi ejen CIA,ada yang jadi talibarut Ultrakiasu,

ada yang kerjanya mengisi perut sendiri 24jam tanpa menghiraukan nasib

anak bangsa sendiri.Renungkanlah batu-batu nisan sepi yang menceritakan

sejarah getir mereka lari dari buruan musuh mereka.Kita tidak boleh

membangunkan raja-raja Ayutthaya ini dari kubur-kubur mereka,namun

kita boleh bertanyakan waris-waris mereka yang masih hidup.Tanyakan

mereka dengan jujur dan minta mereka menjawab dengan jujur,atas

nama Allah s.w.t...apa yang terjadi kepada raja-raja Ayutthaya ini dan

orang Melayu suatu ketika dahulu.

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/tombs-of-ayutthayan-kings.html (26 of 27) [02-Mar-10 5:05:54 PM]


MistisFiles: The Tombs of Ayutthayan Kings

Dari 33 orang raja Ayutthaya,hanya 3 makam mereka sahaja yang

dikenalpasti berada di Thailand,mungkin setelah merenung batu-batu

nisan misteri ini,kita boleh bertanya kepada orang Thai,khususnya para

penyelidik Thai,ataupun Raja Thai sendiri....

Di manakah makam raja-raja Ayutthaya yang lain?

__________________________________________________

Credit:

Pro:

Sejarahnagarakedah

Sejarahnagaraketag

The Malay Press

Kontra:

Sejarahnagarakedag

Posted by Mistis at 7:24 AM

Organization

http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/tombs-of-ayutthayan-kings.html (27 of 27) [02-Mar-10 5:05:54 PM]

Anda mungkin juga menyukai