Anda di halaman 1dari 22

MistisFiles: Ucapan Pembukaan oleh Hermit

MistisFiles
metafizik,area 51,kosmologi,new world order,matrix,jesuit,ufo,eksperimen philadelphia,freemason,extra
terrestrial,mindcontrol,nikola tesla,2012,illuminati,unified field,zionis,albert einstein,face of mars,knight templar,
john von neuman,piramid,kiamat,dajal,val valerian,imam mahadi,alien,malachi,nostradamus,spear of destiny,
kalendar maya,albielek,cydonia,666,mesin masa,teori relativiti,yahudi,atlantis,vatican assasin,majestic 12,big bang...

Saturday, July 4, 2009

Ucapan Pembukaan oleh Hermit

Ucapan Pembukaan oleh Hermit

Ini adalah kata-kata pembukaan oleh Hermit,3rd Order dalam Mistis

Organization bagi mengalu-alukan siri Alter Terahsia Bangsa Melayu V2.0

yang akan keluar di MistisFiles selewat-lewatnya pertengahan Julai ini.Siri

ATBM v2.0 ini akan diselenggarakan oleh Srikandi,editor siri ATBM yang

baru.

Siri Alter Terahsia Bangsa Melayu akan dibahagikan kepada 4 hingga 5

bahagian.Setiap bahagian akan menceritakan petunjuk-petunjuk berbeza

disamping pada masa yang sama,mempunyai kaitan antara satu sama lain.

http://mistisfiles.blogspot.com/2009/07/ucapan-pembukaan-oleh-hermit.html (1 of 22) [02-Mar-10 4:58:34 PM]


MistisFiles: Ucapan Pembukaan oleh Hermit

Setiap bahagian terdiri daripada susunan tema-tema tertentu yang setiap

satunya memerlukan petunjuk-petunjuk tadi untuk memimpin pembaca ke

arah 'gua rahsia'.Setiap petunjuk seakan-akan 'puzzles' yang amat sukar

untuk difahami atau diselesaikan,sejak sejarah bangsa Melayu cuba untuk

digelapkan dan dikelirukan oleh pihak-pihak yang berkepentingan.

Perlu juga dinyatakan di sini,apa yang dipaparkan bukanlah bertujuan

untuk memaksa anda percaya 100% terhadap apa yang ditulis, tetapi lebih

kepada mengajak anda berfikir dengan mendalam. Semua misteri yang

terjadi ibarat satu 'jigsaw puzzle' yang berselerakan. Apa yang dilakukan

kami ialah memberikan anda kepingan-kepingan 'jigsaw puzzle' ini. Kami

sekadar ingin anda bersama-sama kami mencantumkan kepingan-kepingan

'jigsaw puzzle' tersebut. Mana yang salah akan dibuang dan mana yang

betul sahaja akan memberikan satu gambaran kepada semua atau

sebahagian persoalan.

Pemikiran yang positif dan menghormati sesama manusia adalah amat-

amat digalakkan di dalam menghayati siri Alter Terahsia Bangsa Melayu ini.

Namun tidak dinafikan,kebenaran itu adalah sesuatu yang pahit untuk

ditelan.Kebenaran akan tiba jika fikiran dapat membaca segala situasi

yang berlaku,sama ada bersifat konspirasi atau realiti.Pemikiran yang rasis

akan menidakkan kebenaran dan pencapaian bangsa yang lain.Pemikiran

yang 'inferior' adalah hasil dari sejarah bangsa yang berjaya digelapkan

oleh tangan-tangan tersembunyi.Pemikiran yang pesimis hanya

membuatkan pemikirnya kaku dan beku,juga boleh membekukan yang lain.

Pemikir yang malas berfikir,hanya menerima sejarah yang ada,tidak kira

sejarah realiti mahupun sejarah yang telah digelapkan,hasilnya sejarah

baginya adalah susunan kronologi yang cacamarba dan tidak ketahuan

punca;memimpin pemikirnya kepada perasaan 'inferior' yang kronik dan

pesimis yang sadis.

Selagi kebenaran tidak mampu difahami,MANUSIA MENJADI MUSUH KEPADA

APA YANG TIDAK DIKETAHUINYA.

-M.O

http://mistisfiles.blogspot.com/2009/07/ucapan-pembukaan-oleh-hermit.html (2 of 22) [02-Mar-10 4:58:34 PM]


MistisFiles: Ucapan Pembukaan oleh Hermit

Salam sejahtera,

Syukur kepada Tuhan Yang Esa,kerana sekali lagi siri Alter Terahsia Bangsa

Melayu dapat menemui para pembaca MistisFiles.Suatu ketika,hubungan

dengan Lodgekeeper terputus begitu sahaja dan maklumat berharga

darinya tidak dapat diakses.Namun,kesabaran dan keyakinan yang kuat

adalah kunci sebenar kepada pengetahuan yang berharga.Jika bukan

Lodgekeeper,pasti ada anak bangsa yang lain,yang mampu membaca

segala konspirasi dan pengkhianatan ke atas sejarah agung bangsa Melayu.

Telah terlampau lama kita didodoikan dengan kisah persejarahan yang

memenatkan dan menyedihkan sehingga kini masih ada,malah memang

ada dan terlampau ramai pula,dari kalangan Melayu sendiri yang teramat

'merendah diri' dengan sejarah bangsanya,menganggap bangsanya pemalas,

bodoh,tidak kreatif dan kurang daya tahan,seolah-olah itulah kesimpulan

akhir dari pemerhatian dirinya sebagai orang Melayu terhadap bangsanya

sendiri,juga terikut-ikut rentak gendang yang dimainkan oleh orang lain

yang dengki dan tidak berpuashati dengan bangsanya.Jika benar apa yang

disangkakan oleh sesetengah orang Melayu ini,bagaimana bangsanya yang

pemalas,bodoh,lemah dan kurang berfikir ini boleh wujud di muka bumi

yang penuh persaingan ini dan bagaimana diri mereka mampu mengaku

Melayu ketika ini di bumi bertuah ini?

Sesungguhnya perasaan 'inferor' sesetengah orang Melayu adalah kerana

http://mistisfiles.blogspot.com/2009/07/ucapan-pembukaan-oleh-hermit.html (3 of 22) [02-Mar-10 4:58:34 PM]


MistisFiles: Ucapan Pembukaan oleh Hermit

keputusan dari tumbesaran mereka di dalam arus sejarah yang majoritinya

bernadakan kesedihan dan kemunduran umat Melayu.Jika kita membuka

buku sejarah tempatan,atau lebih tepat buku teks Sejarah sekolah

menengah yang diajarkan kepada anak-anak kita,hanya tidak sampai 30

peratus kisah kejayaan orang Melayu dipaparkan,ya anda sudah dapat

membayangkan pada topik yang mana.Hanya bab Kesultanan Melayu

Melaka sahaja dapat membangkit semangat orang-orang Melayu yang

'inferior' ini.Sebelum itu ada juga diceritakan kerajaan-kerajaan purba lain

tetapi dengan fakta amat rapuh dan teramatlah sedikit,seolah-olah tidak

penting.Sebelum itu lagi,adalah kisah orang-orang gua;Paleolitik,Neolitik,

Mesolitik dan litik-litik yang lain,seolah-olah orang-orang gua di Tanah

Melayu ini tiba-tiba berjaya menjadi Bendahara,Temenggung,Laksamana

dan Syahbandar Empayar Melayu Melaka!!Orang-orang gua di Tanah

Melayu yang berpindah-randah,mengamalkan cara hidup sara diri,hanya

mampu membuat alat-alat membajak tanah,memburu binatang dan

zasss!!!Tiba-tiba bertukar menjadi sultan-sultan Melaka,mampu membina

pelabuhan antarabangsa yang mewah,mampu membina kapal-kapal sama

ada untuk perdagangan atau peperangan,mampu menghantar utusan

diplomatik dari jiran-jiran sekeliling seperti di Tanah Jawa sehinggalah ke

Negeri China,Rom dan Parsi.

Apa yang dibuat oleh ahli sejarah negara kita di dalam bumi bertuah ini??

Adakah mereka duduk termenung di dalam bilik pejabat berhawa dingin?

Atau minum-minum di kedai-kedai mamak di waktu awal pagi,pukul 10

pagi,makan tengahari dan kemudian balik rumah sambil melupakan

sejarah bangsa sendiri?Adakah waktu mereka dihabiskan untuk membaca

bahan sejarah yang ditulis oleh R.O Winsted,Raffles dan seangkatan

http://mistisfiles.blogspot.com/2009/07/ucapan-pembukaan-oleh-hermit.html (4 of 22) [02-Mar-10 4:58:34 PM]


MistisFiles: Ucapan Pembukaan oleh Hermit

dengan mereka?Siapakah Stamford Raffles itu?Beliau adalah ahli

Freemason peringkat tertinggi dan ditahbiskan sebagai anggota

pertubuhan syaitan itu pada 5 Julai 1813 di Lodge De Vriendschap,

Surabaya.Apa yang ahli sejarah tanahair buat di dalam pejabat-pejabat

mereka?Adakah di dalam tempurung minda mereka itu masih memikirkan

bahawa Pulau Pinang dibuka oleh Francis Light?Damn!Bangsa yang tidak

memiliki sejarah masa lalu adalah bangsa yang tidak punya cerita masa

depan.Bangsa-bangsa lain berusaha menuliskan sejarah bangsa sendiri,

memelihara tempat-tempat warisan sejarah mereka;mereka sanggup

menghabiskan berjuta-juta dolar hanya untuk memastikan sejarah bangsa

mereka terpelihara misalnya kerajaan Sweden sanggup menaikkan kapal

perang kuno Vasa yang tenggelam di Laut Baltik pada tahun 1628 untuk

dipamerkan di muzium supaya anak cucu meraka dapat melihat betapa

nenek moyang mereka mampu membina kapal perang hebat itu.

Tetapi di manakah wang negara dihabiskan?Kononnya lebih baik wang

digunakan untuk membantu rakyat marhaen dari memelihara tapak-tapak

bersejarah,tetapi sebaliknya wang rakyat digunakan untuk membina

projek-projek mega yang membazir yang akhirnya bukan orang Melayu

yang memiliki projek-projek mega itu;contoh yang paling hampir di batang

hidung Melayu ialah Iskandar Malaysia.Hakikatnya bangsa Melayu kini tidak

mampu menghayati sejarah bangsa dan hilang semangat patrotik.Bermula

dari atas,para pemimpin Elit Melayu yang majoritinya berpendidikan Barat

tidak mampu mengangkat akal fikiran dan hujah bila berdebat tentang

sejarah bangsa sendiri.Mereka terlalu lemah berhadapan dengan sejarah;

menunjukkan penyakit buta sejarah juga berjangkit kepada para Elit

Melayu ini.Tidak seperti membincangkan hal pilihanraya,kuasa,projek-

http://mistisfiles.blogspot.com/2009/07/ucapan-pembukaan-oleh-hermit.html (5 of 22) [02-Mar-10 4:58:34 PM]


MistisFiles: Ucapan Pembukaan oleh Hermit

projek mega,kontrak dan sebagainya,apabila ditunjal sedikit tentang

sejarah yang sudah jelas menjadi haknya,mereka terhuyung-hayang dan

gayat dengan bangsa asing.Contohnya kes Pulau Batu Putih,ya memang

Malaysia khasnya orang Melayu sudah berputih mata,tetapi eloknya dikaji

mengapa tiada seorang pun ahli sejarah yang bijak pandai di negara ini

mampu menghalang wilayah sendiri jatuh ke tangan asing. ANDA SUDAH

NAMPAK KEPENTINGAN SEJARAH?Lihat,bangsa asing sanggup mendidik

dan menyekolahkan anak bangsa mereka di dalam bidang sejarah

bersungguh-sungguh kerana kelak BUKAN PARA NEGARAWAN ATAU

JENERAL TENTERA YANG MENGAMBIL ALIH WILAYAH NEGARA LAIN,

TETAPI PAKAR-PAKAR SEJARAH.Ini adalah trend penjajahan masa kini.

Di manakah dokumen yang mengatakan dengan jelas Pulau Batu Puteh

adalah hak Johor?Mengapa disenyapkan dokumen berharga itu?Mengapa

para hakim luar negara berasa hairan pasukan Malaysia menyerahkan

gambar Pulau Batu Puteh yang sebenarnya di ambil dari sebuah blog (copy

paste @ download)??Padahal pasukan Singapura bertungkus lumus

mengupah jurugambar profesional mengambil gambar 'real' malahan

menggunakan kemahiran teknik fotografinya sekali (mungkin menggunakan

photoshop dan 'superimpose') bagi membuatkan seolah-olah Pulau Pedra

Branca (nama pulau itu pada sebutan Singapura) lebih dekat dengan

Singapura.Betapa sambil lewanya mereka yang berkenaan dalam

mempertahankan wilayah sendiri.Dan apabila kalah,sanggup pula

mengatakan keputusan hakim itu adalah paling adil atau 'win-win

situation' (difahamkan kata-kata ini lebih bersifat menyedapkan hati yang

duka lara) padahal negara hanya layak mendapatkan terumbu batu yang

bila air pasang terhapus terus dari pandangan (laksana biskut chipsmore-

kejap ade kejap takde) sebaliknya orang lain pulang dengan gembira

http://mistisfiles.blogspot.com/2009/07/ucapan-pembukaan-oleh-hermit.html (6 of 22) [02-Mar-10 4:58:34 PM]


MistisFiles: Ucapan Pembukaan oleh Hermit

sambil menjinjing buah tangan Pulau Batu Puteh yang dapat dibina sebuah

rumah api di atasnya!Mungkin mereka berkata,ala...tanah sekangkang

kera itu pun nak berkira.Hei,orang asing bermati-matian mendapatkan

sejengkal tanah orang-orang Melayu tetapi orang Melayu lebih gemar

mengenyangkan perut sendiri daripada melihat maruah bangsa terbela.

Jika kita lihat di Pulau Pisang juga sama.Orang luar sanggup bersusah

payah membina rumah api di pulau-pulau Melayu dengan harapan

merekalah nanti diiktiraf sebagai Tuan Punya pulau tersebut.Sifat orang

Melayu yang suka membiarkan tanah sendiri semak samun dan sanggup

bekerja di kilang-kilang berjangkit kepada para Elit Melayu.Alangkah

baiknya mereka memantau setiap pulau di Malaysia dan membina rumah-

rumah api atau apa saja supaya menjadi tanda pulau tersebut ada

tuannya.Ini tidak,24 jam memikirkan apakah lagi cara untuk menipu

bangsanya sendiri bagi mengangkatnya sebagai pemimpin politik,tidak kira

hujah-hujah pembangunan yang sudah basi hinggalah alasan-alasan agama,

juga mahu dipermainkan sesuka hati demi sekelumit pangkat dan jawatan.

Tragedi ini samalah seperti orang Melayu yang dikurniakan anak,tetapi

anak tersebut dibiarkan tiak terbela,kemudian orang asing datang

mencubit-cubit pipi anak kita sambil membelikan permainan dan gula-gula.

Kemudian kita membiarkan anak kita tinggal dengan orang asing dan

dibesarkan oleh orang asing tadi.Apabila besar panjang dan anak kita tadi

sudah bekerja dan berjawatan besar,barulah terhegeh-hegeh datang ke

rumah orang asing tadi supaya diserahkan kembali anak kita itu.Apa kata

orang asing tadi??Of course,NO WAY!!

Orang lain yang merampas tanah,orang lain yang dijadikan hakim,dan

akhirnya orang lain yang dapat tanah...

Bidang-bidang yang dikejar oleh anak muda Melayu yang pandai-pandai

biasanya sains,kejuruteraan,guaman,IT,perubatan,bidang kemahiran dan

teknikal dan lain-lain tetapi berapa kerat anak Melayu yang dilatih

menjadi ahli sejarah yang kritis dan dinamis (bukan menjadi pak turut

Barat)?Penglibatan anak Melayu dalam bidang sejarah amatlah

menyedihkan dan ini terbukti bahawa pakar sejarah Malaysia yang popular

adalah berbangsa Cina dan mendapat gelaran profesor pula!Bukanlah

hendak berpandangan negatif malah cukup bagus ramai bukan Melayu

http://mistisfiles.blogspot.com/2009/07/ucapan-pembukaan-oleh-hermit.html (7 of 22) [02-Mar-10 4:58:34 PM]


MistisFiles: Ucapan Pembukaan oleh Hermit

berminat mendalami sejarah negara sendiri dan menjadi lebih patriotik

tetapi apa petandanya kepada orang-orang Melayu?MALAH KAUM LAIN

YANG TINGGAL BERSAMA-SAMA MELAYU JUGA AMAT CINTAKAN WARISAN

SEJARAH MALAYSIA dan berusaha belajar sejarah Malaysia dari buku teks

Tingkatan Lima sehingga berjaya mendapat PhD dalam bidang sejarah di

kala anak-anak Melayu lain terkial-kial menghafal nama-nama tokoh

kemerdekaan lantas menghempas buku sejarah dan mengeluh sambil

memikirkan betapa bosannya ilmu sejarah itu.

Sampaikan orang lain mereka-reka cerita mengatakan pahlawan mereka

sendiri iaitu Hang Tuah,Hang Jebat dan lain-lainnya adalah keturunan Cina,

maka sebilangan orang Melayu sudah begitu cepat menghidap demam

kekeliruan dan mula mempercayainya padahal sebutan 'Hang' itu adalah

gelaran kepada para pahlawan tersebut.Agaknya jika Hang Tuah berada di

zaman kita dan berjumpa dengan Tan Sri-Tan Sri Melayu maka Hang Tuah

juga mungkin mengatakan ini semua orang-orang Cina dari keluarga Tan,

padahal itu semua adalah gelaran-gelaran sahaja.Adakah Hang Tuah

sebenarnya bernama Hang Too Ah?Of course not!Ini semua adalah

pemikiran bingung lagi membingungkan.Semuanya tidak habis-habis mahu

mengusik perasaan orang Melayu,penduduk pribumi The Land of The East

ini.

http://mistisfiles.blogspot.com/2009/07/ucapan-pembukaan-oleh-hermit.html (8 of 22) [02-Mar-10 4:58:34 PM]


MistisFiles: Ucapan Pembukaan oleh Hermit

Ada pula orang-orang lain yang berusaha mengatakan orang-orang Melayu

bukan pribumi dan juga golongan pendatang sama ada dari Yunnan atau

dari lain tempat.Mereka bermurah hati pula mempertahankan Orang Asli

dan Jakun yang sekian lama hidup dengan orang-orang Melayu beribu

tahun yang silam dengan mengatakan kaum-kaum inilah yang layak

dikatakan pribumi.Sebenarnya situasi yang sama akan menimpa Orang Asli

dan Jakun jika mereka berada di posisi orang-orang Melayu dan orang

Melayu pula tinggal di lereng-lerang bukit atau di dalam hutan.Bayangkan

Orang Asli dan Jakun ini memegang politik Malaysia dan mempunyai raja-

raja.Orang-orang 'gila' ini sudah pasti akan menukar pernyataan mereka

dengan mengatakan Orang Asli atau Jakun ini adalah kaum pendatang dari

Afrika atau Kepulauan Pasifik.Dan dengan murah hati,mereka akan

membela orang-orang Melayu yang duduk di bukit-bukit tadi.SEBENARNYA

MEREKA INGINKAN TANAH AIR MALAYSIA INI DAN KALAU BOLEH MAHU

MENGHALAU BUKAN SAHAJA MELAYU MALAH PRIBUMI-PRIBUMI YANG LAIN.

Sesungguhnya Orang Asli,Jakun,Senoi,Temiar dan lain-lain mempunyai

hubungan rapat dengan orang-orang Melayu laksana adik beradik.Sudah

beribu-ribu tahun mereka tinggal serumah dengan bangsa Melayu,malah

bangsa Melayu walaupun mempunyai empayar dan kerajaan tidak pula

menjalankan 'massacre' atau membakar perkampungan pribumi yang lain.

Mereka menghormati sesama sendiri,bukan seperti sesetengah pihak lain

http://mistisfiles.blogspot.com/2009/07/ucapan-pembukaan-oleh-hermit.html (9 of 22) [02-Mar-10 4:58:34 PM]


MistisFiles: Ucapan Pembukaan oleh Hermit

yang begitu tamakkan Tanah Melayu ini sanggup membunuh orang Melayu

dan membakar kediaman mereka.Jika hendak mengatakan orang Melayu

pendatang sekali pun,ini berlaku beribu-ribu tahun dahulu dan secara

automatik tidaklah dikatakan pendatang kerana sememangnya majoriti

bangsa-bangsa ketika itu masih menjalankan kehidupan secara nomad

hatta orang-orang 'gila' ini juga mungkin berketurunan Monggol atau Xiong

Nu yang berpindah randah.Sejarah bangsa Melayu di The Land of The East

ini melangkaui beribu tahun sehingga mencapai era anak-anak Nabi Nuh a.

s,Banjir Besar dan penaklukan Nineveh oleh Babilon,Media dan Parsi.Bukan

setakat sejarah penubuhan negeri-negeri Selat,sejarah perlombongan bijih

timah atau pembukaan Singapura.

Sebenarnya bangsa Melayu telah hidup di The Land of The East begitu

lama.Mahukah Orang Asli berpisah dengan adik beradik mereka yang

menjaga mereka sejak beribu tahun ini?Orang Melayu dan Orang Asli

adalah dari rumpun yang sama,istilahnya Malayo-Polynesian.Malah kaum-

kaum pribumi di Kepulauan Pasifik,Hawaii atau kaum Maori sekalipun

mengaku nenek moyang mereka adalah berasal dari para pelaut Melayu

yang gigih berlayar.Bahasa orang Melayu dan Orang Asli juga dikelompok

dalam bahasa yang sama iaitu Austronesian.Mengapa orang-orang asing

yang buta sejarah dan antropologi ini masih berdegil mahu memisahkan

adik-beradik di Bumi Mala ini??MELAYU ADALAH SATU BANGSA YANG

BESAR.Di dalamnya terdapat beratus-ratus etnik dan bahasa.Bangsa

Melayu sebenarnya antara bangsa asas dan bangsa utama sebelum dan

selepas peristiwa Banjir Besar.Mengapa para pengembara Eropah

http://mistisfiles.blogspot.com/2009/07/ucapan-pembukaan-oleh-hermit.html (10 of 22) [02-Mar-10 4:58:34 PM]


MistisFiles: Ucapan Pembukaan oleh Hermit

memanggil gugusan kepulauan di garisan Khatulistiwa ini yang jumlahnya

beratus-ratus dengan Malay Archipelago yang mengandungi lapan buah

laut termasuk Sulu dan Celebes,merupakan SISTEM KEPULAUAN TERBESAR

DI DUNIA serta menganjur dari kira-kira 20° utara garis lintang ke kira-kira

10° selatan garis lintang. Ia terdiri daripada New Guinea,pulau kedua

terbesar di dunia;pulau-pulau Filipina;Kepulauan Sunda,yang mana

termasuk Sumatera,Jawa,Sulawesi,Borneo,Bali,dan Timor; the Moluccas

(Maluku);dan beratus-ratus lagi pulau-pulau kecil.New Guinea, Borneo,

and Sumatera adalah tiga daripada 6 pulau terbesar dunia dan Jawa

adalah pulau yang paling padat penduduknya di dunia.Kawasan yang

dinamakan Malay Archipelago ini berkeluasan 2.8 juta meter persegi (kira-

kira 1.1 juta batu persegi)!!!

Sistem pulau terbesar di dunia diabadikan dengan nama bangsa misteri ini

dan ini menunjukkan hubungan bangsa ini dengan laut adalah amat rapat.

Tidak hairanlah King Solomon (Nabi Sulaiman a.s) mengimport emas dari

sini dan para Firaun mengimport rempah ratus dan kapur barus dari

Nusantara beribu tahun dahulu.Adakah bangsa yang terkenal dengan laut,

kapal-kapal,perdagangan dan pulau-pulau masih difikirkan tinggal di ceruk-

ceruk hutan menganyam atap rumbia atau melukis gambar monyet di

dinding-dinding gua?

http://mistisfiles.blogspot.com/2009/07/ucapan-pembukaan-oleh-hermit.html (11 of 22) [02-Mar-10 4:58:34 PM]


MistisFiles: Ucapan Pembukaan oleh Hermit

Juga,mengapa orang-orang Eropah ini menggelar tanah semenanjung yang

menganjur dari Thailand dan Myanmar hingga ke Selat Teberau ini MALAY

PENINSULAR setaraf dengan Italian Peninsular?THE LAND OF THE EAST

ADALAH BUMI ORANG-ORANG MELAYU dan ini tidak boleh disangkal

langsung oleh orang-orang Barat.Mengapa?Mengapa sejarah lain orang-

orang Melayu seperti kerajaan-kerajaan purba,pencapaian Melayu dalam

perdagangan,kemahiran Melayu membina kota-kota dan istana batu yang

hebat-hebat dapat dipadamkan dengan jayanya?Tetapi bab nama

kepulauan dan semenanjung,orang-orang Barat tidak mampu menulis satu

peta pun atau satu manuskrip sejarah pun untuk menamakan semenanjung

Tanah Melayu ini sebagai 'Thai Peninsular' atau 'Indochina Peninsular' atau

'Polynesian Peninsular'.

Mengapa orang-orang Barat ini tidak menamakan Malay Archipelago ini

dengan Austronesian Archipelago atau Polynesian Archipelago atau

misalnya West Pasific Archipelago?Mengapa? INI KERANA NAMA DI MANA

ORANG-ORANG MELAYU TINGGAL INI (HOMELAND) TELAH TERCATAT SEJAK

BERIBU TAHUN DAHULU DARI MANUSKRIP-MANUSKRIP MESIR PURBA,

http://mistisfiles.blogspot.com/2009/07/ucapan-pembukaan-oleh-hermit.html (12 of 22) [02-Mar-10 4:58:34 PM]


MistisFiles: Ucapan Pembukaan oleh Hermit

KERAJAAN JUDEA (YAHUDI),ASSYRIA,BABILON,ARAB,PARSI SERTA CATATAN-

CATATAN PARA PENGEMBARA EROPAH,sebahagiannya tersimpan di

Perpustakaan Nineveh yang musnah pada tahun 612 sebelum Masihi,juga

di Perpustakaan Iskandariah yang masyhur itu,Perpustakaan Baghdad,Arkib

purba Maharaja China dan arkib-arkib seluruh dunia termasuk simpanan

raja-raja Perancis,Sweden,Belanda,Inggeris,Vatikan dan juga terdapat di

Perpustakaan kota Ayutthaya yang musnah semasa serangan Burma pada

tahun 1767.

Jika mereka melukis peta yang menamakan semenanjung Tanah Melayu

dan kepulauannya dengan nama lain maka peta itu tidak akan diiktiraf

oleh pakar-pakar peta Eropah yang lain dan pelukis peta tadi akan diragui

kelayakan dan pengetahuan sejarahnya.Mungkin pelukis peta itu tadi

diminta belajar kembali di akademi pemetaan atau diarahkan bertanya

para pengembara,pedagang dan pelayar Eropah yang berpengalaman.JIka

mereka berdegil juga mengeluarkan peta yang menafikan nama Melayu ini,

maka sudah pasti peta-peta purba dalam simpanan pelbagai kerajaan

dunia kelak akan keluar satu persatu menafikan pembohongan ini.Mereka

boleh mencari dan menyembunyikan segala khazanah kesusasteraan,kitab-

kitab,peta-peta dan surat-surat bangsa Melayu ketika menjajah Tanah

Melayu juga pulau-pulau Indonesia (rujuk dalam kisah Munsyi Abdullah

yang mencatatkan di zamannya masih rancak para wakil Inggeris membeli

dan mencari manuskrip dan kitab-kitab purba dari orang-orang kampung),

tetapi bagaimana bukti dari tempat-tempat lain?Jenuhlah mereka mahu

berkeliling seluruh dunia mencari peta-peta yang bertuliskan nama Melayu

untuk disembunyikan atau dihapuskan.INI MENUNJUKKAN BANGSA

MELAYU MEMANG TELAH LAMA MEMBINA EMPAYAR-EMPAYAR YANG

http://mistisfiles.blogspot.com/2009/07/ucapan-pembukaan-oleh-hermit.html (13 of 22) [02-Mar-10 4:58:34 PM]


MistisFiles: Ucapan Pembukaan oleh Hermit

MAMPU MENGHANTAR DELEGASI-DELEGASI KE LUAR NEGARA.

Mereka terpaksa mengakui bahawa The Land of The East ini berserta

pulau-pulaunya adalah 'homeland' bangsa Melayu yang di dalamnya

bertebaran etnik-etnik seperti Jawa,Banjar,Minangkabau,Batak,Sunda,

Bugis,suku-suku kaum di semenanjung termasuk pribumi Asli seperti Jakun

dan Temiar,juga The Lost Tribe of Malay yang dilupakan iaitu bangsa Siam

(bukan Thai;ada beza di situ).

Orang yang pesimis akan mengatakan semua ini karut dan dongengan.

Mereka masih berdegil mahu memikirkan orang-orang Melayu dari dahulu

tinggal di ceruk-ceruk hutan membina pondok kayu beratap nipah sahaja.

Orang yang berfikir akan mengkaji dan mengkaji.

Seperti yang telah disentuh d dalam siri Li Bloodline yang lalu,kedatangan

Inggeris ke Tanah Melayu membawa misi teramat penting,kekayaan dan

tanah adalah sebab kedua dan ketiga tetapi agama dan bangsa adalah

sebab utama.Namun sebab-sebab agamalah yang menjadi tujuan utama

kerana jika semua umat Melayu beragama Buddha atau Kristian,Inggeris

tidak akan tergopoh-gapah diarah oleh The Hidden Hand untuk menjajah

umat Melayu (di bahagian kepulauan,diserahkan kepada Belanda).Inggeris

adalah pangkalan terbesar The Hidden Hand dan 'Coat of Arms' diraja

Inggeris juga melambangkan ciri-ciri Kabbalah Yahudi dan segala

kepercayaan karut mereka.Bermula dengan pendaratan Francis Light di

Pulau Pinang,Perjanjian Pangkor hinggalah kemerdekaan Tanah Melayu,

hampir 200 tahun adalah cukup untuk Inggeris dan sekutu-sekutunya

memusnahkan kota-kota purba,tembok-tembok,masjid-masjid,istana-

istana dan kesan-kesan sejarah yang lain,juga cukup untuk wakil-wakil

Inggeris sama ada dari kalangan mereka mahupun anjing-anjing dari

kalangan Melayu sendiri untuk mengumpulkan segala khazanah

kesusasteraan yang tidak ternilai;kitab-kitab ilmu,peta-peta,surat-surat,

http://mistisfiles.blogspot.com/2009/07/ucapan-pembukaan-oleh-hermit.html (14 of 22) [02-Mar-10 4:58:34 PM]


MistisFiles: Ucapan Pembukaan oleh Hermit

manuskrip undang-undang,inskripsi,bahan sastera (puisi dan hikayat) serta

watikah-watikah diraja,semuanya dimuatkan di dalam kapal-kapal besar

untuk dibawa ke Eropah sepanjang tempoh penjajahan Inggeris itu dari

pendaratan Francis Light 1786 hinggalah kemerdekaan 1957.

Kita sudah tentu pernah mendengar kisah kapal The Fame yang membawa

khazanah persuratan Melayu yang tidak ternilai harganya,dikatakan

terbakar dan tenggelam di tengah perjalanan.Padahal segala khazanah

persuratan Melayu bertebaran di seluruh muzium-muzium dan universiti-

universiti Eropah dan para pengkaji sejarah tempatan menganggarkan

segala khazanah ini mencakupi beratus-ratus hingga beribu-ribu manuskrip,

tidak termasuk khazanah Melayu dari Indonesia yang dicuri oleh Belanda.

Soalannya,

Mengapakah Inggeris tidak membakar atau memusnahkan terus segala

khazanah Melayu itu?

Mereka boleh meratakan kota A Famosa sehingga tinggal pintu gerbangnya

sahaja (mengapa mereka tergopoh-gapah memusnahkan kota ini?),

memusnahkan istana-istana purba kerajaan Melayu silam,kota-kota dan

bangunan-bangunan sehingga ramai orang Melayu merasakan bangsa

mereka hanya layak membina pondok buruk beratap nipah.

http://mistisfiles.blogspot.com/2009/07/ucapan-pembukaan-oleh-hermit.html (15 of 22) [02-Mar-10 4:58:34 PM]


MistisFiles: Ucapan Pembukaan oleh Hermit

Berapa besar istana kota Melaka?Berapa lama Portugis membedil Kota

Melaka?Apa maksud kota?Adakah sekadar kubu-kubu timbunan tanah dan

daun-daun pisang sahaja?Jika Melaka hanya bertembokkan batang pisang

dan pancang-pancang kayu,mengapa Portugis terpaksa merasuah para

pedagang dan askar upahan Melaka?Mengapa armada tentera laut Melaka

meninggalkan pelabuhan pada hari serangan Portugis??Jika istana Melaka

bertembokkan daun-daun nipah kering,mengapa Alfonso De Albuquerqe

terpaksa membawa kapal terhebatnya Flor De la Mar dan armada tentera

laut Portugis untuk menyerang kota Melaka dan pelabuhannya yang lebih

hebat dan mewah dari Port Royal dan Tortuga di era Pirates of Caribbean?

Mengapa selepas mendapat Melaka,Belanda dan Inggeris tergopoh-gapah

memusnahkan kota Melaka?Walhal mereka senang-senang mendapat satu

kota yang hebat dan kukuh.Apa motif mereka? SEBENARNYA KOTA

MELAKA TELAH ADA SEBELUM KEDATANGAN PORTUGIS,SIAP DENGAN

TEMBOK-TEMBOK BATU YANG KUKUH DAN TERMINAL-TERMINAL MERIAM

YANG STRATEGIK.ISTANA MELAKA BUKANLAH SERATUS-PERATUS DARI

PAPAN DAN KAYU.Portugis hanya menambah bahagian-bahagian kota yang

sedia ada,atau membaiki bahagian-bahagian tembok yang rosak akibat

dibedil mereka ketika mahu menakluk Melaka.Tidak keterlaluan jika

binaan pintu gerbang A Famosa itu sahajalah yang dibina oleh Portugis

menggantikan pintu gerbang Kota Melaka.

http://mistisfiles.blogspot.com/2009/07/ucapan-pembukaan-oleh-hermit.html (16 of 22) [02-Mar-10 4:58:34 PM]


MistisFiles: Ucapan Pembukaan oleh Hermit

Mengapa mereka tidak membuat perkara yang sama ke atas segala

khazanah persuratan dan kesusateraan Melayu ini?Biar...biar orang Melayu

tidak tahu bangsa mereka adalah bangsa yang gemarkan ilmu pengetahuan.

Biar...biar orang Melayu kelak merasa lebih 'inferior' dan hilang jati diri.

Biar..biar... bangsa ini hilang segala sejarahnya...hilang segala

maruahnya...dan hilang segala warisannya.MENGAPA TIDAK DEMIKIAN

WAHAI INGGERIS??

Sebenarnya,bangsa-bangsa Eropah adalah orang yang menghargai

khazanah pengetahuan intelek.Bangsa Eropah adalah bangsa yang

menghargai sejarah,walaupun sejarah orang lain.MEREKA TIDAK SAMPAI

HATI MEMBIARKAN SEGALA KHAZANAH MELAYU INI DIMUSNAHKAN.Lebih

baik mereka menjadikan segala khazanah Melayu ini bahan perdagangan

dan perniagaan dari membakarnya.LIHAT BETAPA BERNILAINYA SEGALA

MANUSKRIP PURBA MELAYU YANG DIBERI ATAU DIJUAL OLEH ORANG-

ORANG KAMPUNG MELAYU YANG BUTA SEJARAH DAN ALPA WARISAN

MEREKA SENDIRI,termasuk para kerabat diraja yang mengampu Inggeris

untuk menyokong mereka berperang sesama sendiri.

http://mistisfiles.blogspot.com/2009/07/ucapan-pembukaan-oleh-hermit.html (17 of 22) [02-Mar-10 4:58:34 PM]


MistisFiles: Ucapan Pembukaan oleh Hermit

Cagarannya...manuskrip purba Melayu.Segala persuratan Melayu ini

teramat bernilai buat mereka sebagai bangsa penjajah dan sehingga kini

ia disimpan di akademi-akademi ilmu pengetahuan seluruh Eropah.Mereka

meneliti,mengkaji dan memelihara segala penulisan sastera orang Melayu

ini dengan penuh kasih sayang.Mereka sanggup belajar segala tulisan

Melayu purba termasuk tulisan Rencong,Kawi dan Jawi sendiri semata-

mata mahu menyelami hasrat hati dan kekayaan jiwa bangsa yang dijajah

mereka.YANG MENJUALNYA ADALAH PARA IMPERIALIS YANG TAMAK,

YANG MEMBELINYA ADALAH PARA ILMUAN EROPAH YANG CINTAKAN

ILMU,KESENIAN DAN SEJARAH.Jika anda mengkaji dan mengembara ke

seluruh Eropah untuk mencari segala khazanah Melayu ini,anda pasti

terkejut segala khazanah persuratan Melayu ini terdapat di merata-rata

muzium dan universiti Eropah,yang paling terkenal ialah di Belanda iaitu

di universiti tertuanya di Leiden,yang diasaskan oleh William of Orange

pada tahun 1575,malah di Perancis,Itali dan sudah pasti di England sendiri,

sehingga menjangkau ke negara-negara Skandinavia seperti Sweden dan

Denmark dan sejauh Rusia.

http://mistisfiles.blogspot.com/2009/07/ucapan-pembukaan-oleh-hermit.html (18 of 22) [02-Mar-10 4:58:34 PM]


MistisFiles: Ucapan Pembukaan oleh Hermit

Para ilmuwan dan cendekiawan Eropah ini sedar para Imperalis mereka

sebenarnya telah menjajah satu bangsa aneh yang amat kaya

kesusasteraan mereka.Bangsa-bangsa Eropah ini bukan sahaja berusaha

mempelajari segala khazanah ini malah mengajarkan segala hikmah dan

rahsia bangsa Melayu kepada keturunan mereka.Adakah universiti di

Malaysia terdapat satu jabatan mengkaji kesusasteraan Viking atau bangsa

Frank misalnya?Adakah Universiti Malaya ada mewujudkan Jabatan

Pengajian Kesusasteraan Rusia di salah satu disiplin pengajian mereka?

Tetapi di Rusia misalnya,terdapat jabatan pengajian Melayu yang bukan

sahaja mengkaji hikayat-hikayat Melayu malah mereka telah beberapa kali

menerbitkan buku-buku,jurnal-jurnal dan dokumen-dokumen kajian Alam

Melayu!!Pernahkah anda melihat tulisan paling tua Melayu,yang digunakan

oleh para sasterawan Melayu purba beratus malah mungkin beribu tahun

lama sebelum tulisan Jawi?Tulisan ini hanya dipanggil Aksara yang di

dalam dunia ini tidak sampai 10 orang yang dapat memahaminya.DAN

YANG MEMERANJATKAN TIDAK ADA SEORANG MELAYU PUN YANG

FAHAM TULISAN INI!Pakar-pakar tulisan purba Aksara Melayu adalah dari

kalangan orang Inggeris,Belanda dan Rusia.Mengapa terjadi perkara yang

aneh dan menyedihkan ini?

http://mistisfiles.blogspot.com/2009/07/ucapan-pembukaan-oleh-hermit.html (19 of 22) [02-Mar-10 4:58:34 PM]


MistisFiles: Ucapan Pembukaan oleh Hermit

Bangsa yang menghargai sejarah dan warisan sastera bangsanya adalah

bangsa yang bersemangat dan kental jati dirinya.Ini penting. DAN INI

RAHSIA MENGAPA BANGSA-BANGSA EROPAH,JUGA BANGSA YAHUDI

MAJU DI DALAM SEGENAP LAPANGAN ILMU.Bangsa yang melupakan

warisan dan sejarah bangsanya adalah bangsa yang keliru dan cacat jati

dirinya.Contoh yang paling jelas adalah BAHASA.Para pemimpin Jepun

dan Korea sanggup membawa penterjemah apabila mahu bertukar-tukar

pendapat di mesyuarat-mesyuarat luar negara seperti di Majlis

Keselamatan PBB misalnya padahal takkanlah mereka tidak tahu 'sepatah

haram' pun perkataan Inggeris.Dua bangsa ini adalah peneraju industri

dunia.Iran misalnya hanya menggunakan bahasa Inggeris sewaktu

menyambut tetamu,tetapi di forum-forum yang dikendalikan mereka,

bahasa Iran diutamakan dan para peserta terpaksa menggunakan

penterjemah untuk memahami ucapan penceramah.Dan bangsa ini mampu

membina teknologi nuklearnya sendiri tanpa perlu berlutut pada Barat.

Tetapi apakah yang terjadi kepada bangsa Filipina yang menjadikan

bahasa Inggeris,sebagai idola mereka?Pembelajaran Bahasa Inggeris

mereka lebih baik dari sesetengah pemimpin Malaysia sendiri tetapi

apakah yang terjadi kepada Filipina?Filipina cuma mampu mengeksport

para pembantu rumah dan segelintir ahli ekonomi yang gagal.Sebab itulah

para pejuang bahasa Melayu bermati-matian mempertahankan kedaulatan

bahasa mereka sendiri (isu PPMSI misalnya).Tetapi malangnya,perjuangan

mereka tenggelam oleh isu politik;sama ada pihak yang mengambil

kesempatan atas mereka atau pihak lain yang mempolitikkan perjuangan

http://mistisfiles.blogspot.com/2009/07/ucapan-pembukaan-oleh-hermit.html (20 of 22) [02-Mar-10 4:58:34 PM]


MistisFiles: Ucapan Pembukaan oleh Hermit

mereka.Begitu malangnya bahasa sendiri di tangan para pemimpin yang

buta sejarah dan buta nilai warisan sendiri.Padahal kaum-kaum lain

sanggup mempertahankan sistem sekolah sendiri semata-mata mahu

menyelamatkan bahasa dan budaya mereka tetapi para pemimpin Melayu

senang-senang sahaja menurunkan tandatangan menafikan bahasa sendiri

di dalam pendidikan negara seolah-olah bermain buah catur sahaja.

Kalau roboh kota Melaka,

Papan di Jawa saya dirikan;

Kalau sungguh bagai dikata,

Badan dan nyawa saya serahkan

Asal kapas menjadi benang,

Asal benang menjadi kain;

Barang yang lepas jangan dikenang,

Sudah menjadi hak orang lain.

Tudung periuk pandai menari,

Menari lagu putera mahkota;

Kain yang buruk berikan kami,

Buat menyapu si air mata.

http://mistisfiles.blogspot.com/2009/07/ucapan-pembukaan-oleh-hermit.html (21 of 22) [02-Mar-10 4:58:34 PM]


MistisFiles: Ucapan Pembukaan oleh Hermit

Hermit

3rd Order

Mistis Organization

Area 13

Posted by Mistis at 5:25 AM

Organization

http://mistisfiles.blogspot.com/2009/07/ucapan-pembukaan-oleh-hermit.html (22 of 22) [02-Mar-10 4:58:34 PM]

Anda mungkin juga menyukai