salam...
Para raja inilah yang di gelar sebagai dewa-dewi yang mampu melakukan
perkara di luar adat manusia. Seandainya, kita mendengar ketamadunan
di mana-mana planet sekali pun, itulah sisa-sisa 'pemerintahan' waris
ADAM yang di gelar raja@dewa.
Untuk artikel kali ini dan selajutnya adalah amat berat untuk di tulis
kerana ianya memerlukan fakta yang benar-benar kukuh. Artikel pada
sebelumnya lebih pada cerita, mitos, teori dan fakta yang bukti secara
fizikalnya sukar untuk di buktikan. Biar bagaimanapun, artikel akan
datang akan membongkar 'puzzle-puzzle' yang telah saya berikan pada
anda. Siri bangsa MIM- tak hilang di dunia ini bukanlah satu artikel
panjang yang di pecah-pecahkan kepada beberapa bahagian, akan tetapi
lebih pada kelompok data yang harus saya kronologikan agar kita semua
dapat melihat siapakah 'melayu' itu sebenarnya.
.....................................................................
BANJIR BESAR YANG PALING BESAR
Sebagaimana yang kita tahu, pada zaman dahulu, pernah terjadi satu
banjir yang di anggap telah memusnahakan hampir separuh
ketamadunan manusia di muka bumi ini. Bukan saja Islam, akan tetapi
dalam agam lain juga menyebut perkara yang sama tentang banjir yang
hebat ini. Hampir keseluruhan bangsa-bangsa di muka bumi ALLAH ini di
'implan'kan memori mengenai banjir besar ini melalui cerita-cerita orang
tua, kitab-kitab suci, dan sebagainya.
.....................................................................
Inilah persoalan yang sering di ajukan pada saya. Adakah banjir besar ini
meliputi seluruh dunia atau hanya merangkumi beberapa tempat sahaja.
Untuk mendapatkan jawapan itu, mari kita sama-sama mengali data yang
ada dan membuat konklusi bersama. Saya tidak mahu anda hanya pandai
menadah ilmu dan taklid padanya. Saya mahu kita sama-sama bangun
dan saling berkongsi tanpa ada rasa ego di hati. Insyaallah.
- oldest dryas yang berlaku sekitar 15,000 tahun lalu dan tidak
membawa banjir
- older dryas yang berlaku sekitar 14,000 tahun lalu dan berlaku banjir
pertama
- young dryas yang berlaku sekitar 13,000 tahun lalu dan berlaku banjir
kedua
Di antara tiga fasa ini, yang ketiga itulah yang paling dasyhat. Kejadian
suhu menurun di katakan secara mendadak dan paling sekejap berlaku.
Ia berakhir pada 11,150 tahun lalu dan juga berlaku secara mengejut.
Young dryas adalah model penyejukan yang paling mengejut dan
membawa bencana.
Bukan hanya surah nuh yang memberi kata kunci mengenai apa yang
sedang berlaku pada zaman dahulu, akan tetapi banyak lagi yang
menceritakan perkara yang sama, cuma anda harus mengkaji ilmu lain
supaya apa yang anda baca itu anda akan faham. Kebanyakkan yang
saya lihat pada zaman kini, ramai yang mengatakan supaya kita harus
kembali pada Al-quran, akan tetapi pada hakikatnya mereka tidak
melakukan apa-apa. Mereka hanya memandang remeh pada orang yang
membuat kajian berdasarkan Al-quran dan cuba menghalang mereka
yang cuba menaikkan islam memlalui keilmuan. Jika anda baca Al-quran
dan memahaminya, anda akan lihat banyak persamaan kaum-kaum kafir
dan musyrik pada manusia di zaman kita ini. Apakah kita tergolong dari
kalangan itu? Sedaya upayalah kalian menjauhinya.
Jadi, daripada sedikit klue-klue yang saya dedahkan ini, apa yang anda
semua dapat simpulkan. Adakah banjir besar ini terjadi hanya pada
sesuatu kawasan
atau hampir seluruh dunia?
.....................................................................
PELAYARAN DI BAHTERA PALING BESAR
Seperti yanh saya terangkan pada aritkel dahlu, bahtera ini menyimpan
pelbagai spesis haiwan dan golongan manusia beriman kepadaNYA demi
penerusan kehidupan. Di dalam injil dan kitab-kitab terdahulu
(owh..sudah tentu anda akan melatah dan berkata 'kenapa nak ikut kitab
dulu?!) ada mengatakan tentang makhluk gergasi yang di namakan
Nephilim. Di katakan mereka ini telah pun mendominasi bumi pada ketika
itu dan perangai mereka pun boleh tahan jahat. Di katakan Nephilim ini
adalah kombinasi genetik Fallen angle dan manusia.
Kita dapat Nephilim bukanlah sedar raksasa, akan tetapi mungkin sebagai
sesuatu yang dapat menguasai semua yang berada di bawah penguasaan
'satu umat' pada ketika itu. JIka saya kata Nephilim ini adalah para elite
pada masa itu, anda bersetuju? Banyak persamaan apa yang berlaku di
zaman Nuh dan kita ini.
Kita di kuasai oleh Hidden Hand dan di katakan berupa 'serpent atau
lizard men'. Pada era nuh pula, mereka di kuasai Nephilim dan berupa
raksasa yang mempunyai sesuatu kekuasaan yang mendominasi. Di
tambah pula, pada ketika itu, umat manusia mulai menyembah berhala
yang mereka idolakan dari kalangan para raja-raja agung yang terdiri dari
waris nabi ADAM yang juga di gelar dewa-dewi. Kemudiannya, dengan
teknologi serta perkara di luar adat yang dapat mereka lakukan,
kesombongan mereka makin terserlah. Demikianlah para kafir pada
ketika itu terjadi. Di dominasi, di manipulasi dan di exploitasi.Jadi,
samakah kita dengan era nabi nuh itu?!
Berbalik pada pelayan di bahtera paling besar, jika kita amati kata-kata
baginda nuh a.s, para manusia yang bersamanya di gelar 'ahli rumah'.
Pada ayat 28, surah nuh, jelas di katakan sesiapa yang masuki 'rumah'
Nuh itu, akan di ampuni dosanya. Dan demikianlah 'dosa-dosa' itu
di ampunkan yakni dengan memulakan kehidupan baru di rumah baru
dan daratan baru.
Pelayaran yang mungkin memakan masa yang cukup lama ini. Bagaimana
pula dapat melahirkan 'suatu bangsa' dalam tempoh 10 tahun sahaja.
Sudah tentu ia memakan masa paling cepat 100 tahun perkiraan kini.
Jika kita amati secara mendalam, jika bahtera itu seperti kapal-kapal
seperti kini, agaknya, mampukah ia bertahan lama meredah ombak dan
memberi makan secukupnya pada ahli-ahli rumah itu?
Nabi Nuh adalah seorang designer dan seorang ahli engineering serta
arkitek yang hebat pada ketika itu. DIa tidak mengendahkan ejekan
kaum-kaumnya yang tidak mahu berfikir itu. Bila tiba bencana, kaum-
kaum yang beriman menaiki bahtera itu. Pelayaran itu kemudiannya
menerusi 'gerak-geriNYA' dalam menyelamatkan kaum-kaum yang
beriman di tempat yang lain seperti yang terkandung dalam mitos-mitos
bangsa lain.
.....................................................................
Berbalik pada topik waris nuh dan pergerakkannya, kita harus mengali di
dalam Al-quran tentang kisah pergerakan waris-waris ini. Di dalam Al-
quran, banyak di kisahkan mengenai nabi dan kaumnya yang engkar.
Akan tetapi, pernahkah kita mendalami dan mengkaji dari segi genetik
dan 'family tree' para nabi ini. Untuk mempermudahkan pemahaman
anda, mari kita menkaji surah Al-araf yang bermaksud 'tinggi' atau 'atap'
ini.
Apa yang di maksudkan dengan tinggi atau atap ini adalah, ada sesuatu
dari tanah paling tinggi yang menjurus kepada evolusi atau pemecahan
bangsa-bangsa yang bermula dari satu keturunan sahaja. YA, apa yang
saya mahu maksudkan ialah, ADAM dan anak cucunya sebelum banjir
besar menetap di tanah yang cukup tinggi.
Jika di lihat dari sudut sains dan geologi, nusantara adalah bekas tapak
tanah tinggi dan penuh dengan gunung berapi. Tanah-tanah yang kita
diami kini adalah puncak-puncak tertinggi selepas banjir besar mulai
surut. Jika di fikirkan secara logik, andai kata tanah itu rendah,
sudah sama sekali tanah itu tidak akan muncul-muncul. Tapi, mesti anda
hairan, kenapa hanya pentas sunda yang melahirkan nusantara ini sahaja
yang tenggelam sedangkan tanah lain tidak begitu. Tambahan pula, tadi
saya katakan bahawa seluruh dunia mengalami banjir yang cukup hebat.
Tidakkah keduanya bertentangan?! Jawapannya ialah, kita harus kembali
kepada apa penyebab berlakunya peristiwa banjir itu. Ada yang
mengatakan tentang tercetusnya peperangan antara ketamadunan
(tambahan pula Nephilim yang memanipulasi). Ada juga yang
mengatakan tentang berlakunya hujan ais dari bulan kedua bumi yang
telah 'melarikan diri'. Hal ini telah di buktikan oleh para saintis. Bulan itu
di gelar "3753 Cruithne". Pada zaman dahulu, bumi juga mempunyai
gegelang ais seperti planet zuhal akibat penarikan graviti yang tinggi oleh
kedua-dua bulan yang bumi ada. Apabila berlaku sesuatu di angkasa
(tanda yang ALLAH berikan sebelum berlakunya banjir besar - surah nuh
ayat 1)
"Lalu mereka mendustakan Nuh, maka Kami selamatkan dia dan orang-
orang yang bersamanya di dalam bahtera, dan Kami jadikan mereka
itu pemegang kekuasaan dan Kami tenggelamkan orang-orang yang
mendustakan ayat-ayat Kami. Maka perhatikanlah bagaimana
kesesudahan orang-orang yang diberi peringatan itu."
Ayat 73, surah yunus
Dari surah Al-araf, di terangkan secara baik tentang susur galur kenabian
ini bermula dari ADAM, NUH dan seterusnya. Daripada klue yang kita
dapat pada surah Al-Imran ayat 33, empat keluarga inilah yang
membentuk sesuatu di kemudian hari. Jadi untuk itu, marilah kita
menelusuri zaman-zaman selepas banjir Nuh.
.....................................................................
Kedua-dua ayat di atas sudah cukup bagi menerangkan tentang apa yang
sebenarnya sedang terjadi pada era selepas banjir besar nuh. Memanglah
pada awal permulaan ketamadunan, manusia ketika itu sudah pasti cukup
beriman kerana golongan yang di selamatkan dari banjir besar itu adalah
golongan yang beriman. Tapi, anak cucu mereka yang mengidolakan atau
menyembah raja atau dewa-dewa pada ketika itu. Golongan inilah yang
akhirnya membentuk agama penyembah berhala yang di terangkan di
dalam Al-quran. Hampir setiap pelusuk dunia menyembah berhala ini.
Terdapat beberapa fasa pergerakan yang dapat di kesan melalui surah Al-
araf ini. Surah ini telah menyusun kronologi kenabian mengikut zaman
dan genetik. Jadi, marilah kita mengikuti sirah kenabian melalui surah
ini:-
-105:7
mengenai bani isreal minta di lepaskan (bani israel pada tika ini adalah
status hamba pada para firaun)
-133:7
berlakunya taufan belalang, kutu dan katak sebagai tanda
-136:7
firaun mengejar Nabi Musa dan bani israel dan di tenggelamkan
-137:7
"Kami pusakakan kepada kaum yang telah ditindas itu, negeri-negeri
bahagian timur bumi dan baratnya yang telah berkah padanya"
-142-148:7
kisah nabi Musa berjumpa tuhan dan pada ketika itu juga samiri dan bani
israel menyembah patung anak lembu
-155:7
Nabi musa memilih 70 dari pengikutnya untuk meneruskan perjalanan
-160:7
12 suku kaum bani israel di pecahkan mengikut 'bahagian' masing-
masing (Nabi musa dan 70 yang terpilih meneruskan perjalanan)
-163-166: 7
Kisah kaum di suatu negeri di tepi laut yang di sumpah menjadi monyet
(dari mana perkataan 'orang hutan' bermula?)
-169: 7
Generasi sesudah kaum nabi Musa yang akan mewarisi taurat dan
mengambil dunia dan tidak puas dengan itu (masonic dan sekutunya)
Jadi, apa perkaitan Bangsa MIM- takkan hilang di dunia, sedangkan setiap
umat atau bangsa itu akan musnah atau di hapuskan, baik cina, india,
yahudi, orang putih dan sebagainya. Mari kita meneruskan perjalanan
kita ini ke bab seterusnya.
.....................................................................
ERA IBRAHIM
Nabi ibrahim adalah anak kepada seorang pengukir berhala yang terkenal
-uzair. Nabi Ibrahim datang dari tanah Kanaan dan mendapat hidayah
apabila dia mencari-cari siapakah yang membina langit dan bumi ini.
Akhirnya dia mendapat tahu dan dengan hati yang nekad, dia menentang
ayahnya dan kerajaannya. Tapi, bukan itu yang saya mahu ceritakan.
Isteri kedua Nabi Ibrahim, Hajar pula melahirkan bangsa arab yang kita
ketahui kini. Akan tetapi, arab terdapat pelbagai suku kaum juga. Apa
yang pasti Nabi Muhammad s.a.w adalah dari bani Quraisy. Ada yang
menceritakan pada saya tentang terdapat bani Quraisy kuno sebelum
bercampur dengan waris HAJAR yang melahirkan QURAISY BARU. Hal ini
saya tidak dapat pastikan lagi dan kepada sesiapa yang mempunyai
maklumat, silalah berkongsi. Daripada Nabi Muhammad, lahirlah Fatimah
dan berkahwin dengan ALI r.a, kemudiannya melahirkan HASSAN dan
HUSSIN. Daripada mereka inilah 'ahli rumah' mula kedengaran semula.
Ternyata, ahlul bait ini berpunca dari waris QURAISY KUNO yang mungkin
dari kalangan BAHTERA NUH itu. Ahlul bait kemudiannya di buru oleh
para pembenci dan lari ke nusantara. Kita harus tahu bahawa arab
mempunyai banyak kaum dan keturunan dan
mereka tidak bersatu padu. Lihatlah timur tengah sekarang, meskipun
negara arab lain sedang berperang, orang arab lainnya tidak mahu
membantu saudara mereka di atas nama 'ARAB', bahkan membenarkan
musuh melalui ruang udara lagi. Jadi, status ahlul bait ini tidak di gemari
oleh orang arab tambahan lagi ianya dari keturunan QURAISY yang
terang lagi nyata turun dari kalangan 'ahli rumah' Bahtera Nuh.
Isteri ketiga Nabi Ibrahim, Qeturah pula melahirkan ramai anak. Ada
yang kata lima dan ada yang kata enam. Bagaimanapun, anak-anak
QETURAH ini melahirkan generasi yang hebat dan kuat. Antara nama-
nama mereka ialah; Medan, Zimran, Shuah, Yokshan dan Madyan.
Peristiwa kaum Madyan dan nabi Syuib itulah yang berasal dari QETURAH
ini. Nabi Syuib adalah golongan bangsawan yang berasal dari darah
keturunan MADYAN dari QETURAN + IBRAHIM. Dek kerana itulah
keluarga Nabi syuib di sanjung tinggi akan tetapi Nabi syuib di benci
kerana menghalang para jutawan dan hartawan daripada menipu dalam
perniagaan. Ternyata Kaum Madyan adalah kaum yang suka berniaga.
Selain dari itu, bangsa seperti AKKADIAN, BABYLON dan CHELDEA adalah
antara dari susur galur QETURAH ini.
Daripada MADYAN ini juga, lahirlah suatu bangsa baru yang di namai
ARYAN. Lahirnya ARYAN ini adalah apabila CYRUS THE GREAT menakluki
MADYAN dan mengabungkannya dengan bangsa PARSI. Proses asimilasi
ini berjaya dan ARYAN di katakan bangsa yang kuat peribadinya. CYRUS
THE GREAT ini pula di katakan sebagai ISKANDAR ZULKARNAIN. DI
dalam HIKAYAT SEJARAH MELAYU, para raja-raja melayu berketurunan
Iskandar zulkarnain. Makanya, raja melayu dari keturunan cyrus the
great dan ARYAN. Bagaimana ini boleh terjadi?
ARYAN kemudiannya terpecah kepada dua yakni golongan ARYAN
TIBETAN dan golongan ARYAN INDIA KUNO. Golongan ARYAN INDIA
KUNO inilah yang melahirkan bangsa KEMBOJA ASLI yang mana
mendapat penentangan dan melarikan diri lalu menduduki INDO-CHINA.
Golongan ARYAN TIBETAN pula melalui tibet dan menetap di sana lalu
menjadi ketua agama Hanif pada ketika itu. Seterusnya mereka
meneruskan perjalanan menuju YUNNAN dan menuju ke Indo-China juga.
Maka, dua golongan ini bertemu di satu tempat yakni di NUSANTARA.
.....................................................................
frasa Al-Imran ini adlah berasal dari ahlul imran yakni keluarga imran.
Daripada keluarga ini lahirlah Musa dan Harun yang mana menentang
kejahatan firaun yang telah lupa daratan dan mengaku sebagai tuhan.
Penentangan demi penentangan berlaku dan akhirnya firaun di kalahkan.
Daripada keturunan Ali Imran ini juga lahirlah wanita yang mana
melahirkan NABi ISa a.s. Nabi Isa a.s yang telah di khianati oleh
bangsanya sendiri di naikkan ke langit dan akan turun semula ketika saat
kebangkitan akhir zaman akan bermula.
Terdapat kod-kod atau klue-klue di sini. Musa dan Harun adalah saling
bersaudara dan menumpaskan Firaun yang mana telah
memperhambakan Bani Israel. Maka, berkat pertolongan ALLAH s.w.t,
mereka berjaya melarikan diri dan firaun tenggelam di laut merah. Nabi
Musa dan kaumnya itu melalui laut yang terbelah dan sampai ke satu
daratan yang mana kaum di situ menyembah berhala. Ternyata jarak
yang di lalui oleh mereka bukanlah
jarak yang dekat akan tetapi agak berjauhan kerana empayar mesir raya
amat luas ketika itu. Pada pengamatan saya, mungkin Nabi Musa telah
pun
tiba di INDIA atau pun tanah Nusantara. Apapun, DIA maha mengetahui.
Meskipun demikian, mesti ada orang yang tidak mahu mempercayainya
kerana tiada bukti kukuh. Pernahkah anda mendengar frasa "the lost tribe
of jews"? Pengkaji sejarah di seluruh dunia sedia maklum bahawa
terdapat 12 bani israel yang bertebaran di muka bumi dan akhirnya
membentuk yahudi. Kemudiannya dari yahudi, membentuk zionis yang
berkitabkan TALMUD sesat itu.
Bani yang di katakan hilang itulah yang tidak dapat di jejaki sehingga tiba
masa DIA mahu mengangkatnya kembali. Bani yang hilang ini adalah
pengikut Nabi musa dan Nabi Harun yang setia serta beriman. Mereka
tidak mengikuti bani israel yang lainnya yang dahagakan tanah. Inilah
yang terjadi pada saat ini di mana ZIonis cuba merampas PALESTINE
meskipun dulu mereka lari dari berperang dengan bangsa asal Palestine.
Seterusnya, mengenai Nabi ISA a.s, baginda telah di khianati oleh bani
israel dan di angkat ke langit. Kluenya di sini adalah, baginda 'di larikan'
dari bangsa yang di khabarkan akan 'musnah' pada akhir zaman di
tangan baginda sendiri. Ayat quran sudah cukup memberitahu kita
bahawa terdapat kod-kod yang harus di kaji demi kebangkitan masa
hadapan. Tapi, kebanyakkan kita takut untuk lakukan demikian kerana
risau 'tercalar iman'?!
Apakah dengan mengkaji quran, iman dan taqwa akan tercalar dan
hilang? Bukankah jika di kaji, maka lagi banyak akan menyakinkan kita
pada ISLAM. ISLAM itu mudah tapi ummatnyalah yang menyusahkannya.
.....................................................................
Seperi yang saya terangkan sebelum ini, Wasiat Nuh menyuruh bangsa
MIM dan anak cucunya menuju ke pentas sunda yang tenggelam. Ini
kerana, Pentas sunda adalah tanah paling tinggi dan di kenali sebagai IBU
TANAH. Tiap perkara mempunyai 'center' atau tempat kelahiran. Begitu
juga dengan tanah. Tanah telah berkembang dari daratan pentas sunda
yang ketika itu hanya ada satu benua semata-mata. Pentas sunda tetap
di situ akan tetapi seperti yang saya beritahu tadi, tiap perkara harus ada
batasnya. Jadi, pentas sunda harus 'mati'. Tapi, penciptaan dunia dan
akhirat mempunyai 'LAW' dia tersendiri. Tiap yang 'mati' akan 'bangkit'
kembali. Seperti manusia yang mati, akan di bangkitkan di alam barzah
dan kemudiannya di alam akhirat. Tapi sebenarnya, Alam barzah itu
hanyalah 'pit stop' atau hentian semata-mata. Begitu jugalah semua
perkara. Sebelum di bangkitkan semula, akan ada 'hentian seketika'
sebelum kebangkitan sepenuhnya berlaku.
Jika musnah sesuatu bangsa atau kaum itu, akan bangkit sesuatu kaum
dari kaum yang di binasakan itu dengan yang lebih baik. Kita adalah
generasi dari kaum-kaum yang telah di musnahkan kerana itu adalah
sunnahtullah. Tapi, kita harus ingat bahawa tiap kaum dan bangsa baik
yang ada sekarang tetap akan mengalami proses yang serupa andai kata
mereka tidak kembali ke jalan ALLAH. Tapi, ada suatu bangsa ini tidak
akan musnah selama-lamanya.
Bangsa ini adalah bangsa MIM. Kenapa tidak dapat di musnahkan..hebat
sangatkah?!
Ya, cukup hebat. MIM ini harus wujud kerana itu adalah 'perintah' pada
ADAM dan warisnya sehinggalah dunia di kiamatkan. Boleh di katakan
bangsa yang terakhir akan 'mati' adalah bangsa MIM. Jadi, apakah
sebenarnya bangsa MIM ini. Mari kita selesaikan bongkah blok yang
terakhir ini.
Mari kita imbas kembali dari ERA NuH, ERA IBRAHIM dan perjalanan
seterusnya.
Pada Era Nuh, anak cucu Nabi Nuh akan menjadi raja-raja agung dan
memimpin manusia di kala itu. Di dalam bahtera itu, terdapat suatu
bangsa yang sudah asimilasi akibat lamanya pelayaran itu. Bangsa itu di
namai Bangsa MIM atau Quraisy Kuno (wallahuaklam). Tapi, selepas
beberapa ribu dan ratusan tahun, kucar kacir mulai berlaku.
Penyembahan berhala mulai berlaku di sana sini. Ia seolah-olah
mengulangi kejadian pada ERA ADAM dahulu yang mana terdapat mereka
yang menyembah DEWA-DEWI dari waris ADAM yang di beri ILMU
SEGALA ini.
.....................................................................
DI SINI BERMULA, DI SINI BERTEMU, DI SINI BERAKHIR
Inilah frasa yang di sebut oleh Laksamana Hang Tuah dan ia bagai di
paku pada memori setiap 'melayu' yang melayu pada zaman kini. Hang
Tuah adalah seorang pendekar (bukan pesilat) yang mendapat ilmu yang
tinggi dari guru-guru beliau yang amat hebat dalam hal agama dan
kebatinan. Biasanya, suatu perkataan itu akan terus di lupakan dan terus
berkubur dek masa. Akan tetapi, frasa dari Hang Tuah ini bagai suatu
wasiat yang harus kita 'tepati'. Maka, dek kerana itulah tiap kali musuh
dair luar datang menyerang, tiap kali itu jua kebangkitan akan di rasai.
Apapun, sebelum kita memasuki bab terbaru itu, mari kita selesaikan
bongkah klue yang terakhir ini. Seperti yang saya katakan tadi, tiap
bangsa ada 'matinya' dan di ganti dengan yang lebih baik. Yang
mengantikan itu pula adalah golongan beriman yang di pimpin oleh para
nabi
dan rasul sehinggalah sekarang. ERA IBRAHIM adalah era terakhir di
mana percambahan bangsa berlaku selepas ERA NUH. Dari IBRAHIM
lahirlah bangsa ARAB, ISRAEL, EROPAH, ARYAN dan banyak lagi. Memang
patutlah baginda di gelar sebagai BAPA BANGSA.
Selain dari itu, bangsa cina juga berasimilasi di NUSANTARA sejak dulu
kala lagi. Bangsa India juga begitu. Bangsa Eropah pula telah datang
selepas era kolonial dan perkahwinan campur terus berlaku. Sebagai
contoh, ACEH adalah frasa dari konsonan Arab, Cina, English dan Hindu
(India). Maka, bercampurlah segala bangsa dari jurai IBRAHIM dan
MUHAMMAD di NUSANTARA ini.
Dek kerana itulah apabila di tanya, siapa itu melayu, maka semua pening
kerana ada yang berwajah cina, orang putih, arab dan sebagainya di
nusantara ini. Jadi, siapakah bangsa MIM itu? Rasanya anda sudah tentu
dapat mengagak jawapannya. Bangsa MIM itu adalah
"Bangsa campuran yang tiada berbangsa tetap dari jurai
kenabian"...Bagaimana harus 'mati' sedangkan asimilasi bangsa MIM ini
sentiasa 'updated' sehinggakan ianya tiada berbangsa. Jadi, adakah kita
boleh katakan MELAYU itu adalah bangsa MIM seperti mana di dalam
BAHTERA NUH itu? Anda sendiri yang jawab. Saya sudah memberi
pelbagai data dan kini, andalah yang mempromosikannya agar wasiat
NABI MUHAMMAD tentang kebangkitan dari TIMUR ini benar-benar
terjadi.
.....................................................................
...................
rujukan:-