Anda di halaman 1dari 17

masa dan depan

MONDAY, NOVEMBER 23, 2009

BANGSA 'MIM' – tak hilang di dunia (siri 3)

salam...

.....................................................................
sedikit imbasan kembali daripada artikel siri 1 dan 2

"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat:


"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka
bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan di bumi
itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan
menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan
memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman:
"Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."
al-baqarah ayat 30

"Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama seluruhnya,


kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman:
"Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu mamang benar
orang-orang yang benar!"
al-baqarah ayat 31

Di siri ke 2, saya menjawab kepada persoalan beberapa orang mengenai


siapakah ADAM sebenarnya dan apa yang di pimpin oleh ADAM dan
perkara yang di risaukan oleh para malaikat sebelum ADAM di cipta
sepenuhnya. Penciptaan ADAM ini di ibaratkan 'secret creation' yang
mana hanya beberapa makhluk tertentu sahaja yang dapat
mengetahuinya. Selaras dengan itu, berlaku suatu 'notis di langit' di
mana notis itu memberitahu tentang akan ada makhluk ALLAH yang akan
merusuh dan membelot. Akibat takut dari 'notis' di langit itu, para
malaikat mendatangi
AZAZIL, yakni satu-satu bangsa JAN yang terselamat dari 'kemusnahan
total' di bumi lama.

AZAZIL memang terkenal dengan sikap abidnya dan dia juga di kenali
sebagai doa yang di makbulkan. Dia mendoakan sekalian malaikat akan
tetapi dia tidak mendoakan dirinya sendiri. Akibatnya, di hari 'pelancaran'
ADAM yang sempurna ini, AZAZIL dan kuncu-kuncunya yang mungkin
terdiri dari sebahagian kecil malaikat dan penduduk langit yang
terselamat
dari pemusnahan bumi lama, belot dan engkar akan arahan ALLAH untuk
tunduk kepada ADAM.

Dek kerana itu, AZAZIL dan kuncu-kuncunya di turunkan ke bumi baru


dan bermulalah era IBLIS yang mana akan menjadikan bumi sebagai
penjara untuk waris ADAM serta neraka di kemudian hari. Mereka inilah di
gelar 'FALLEN ANGLE'. ADAM di ciptakan untuk menjadi KHALIFAH yang
mana akan menerajui bumi baru. sebelum di turunkan ke bumi, ADAM
hidup tenang dengan isterinya HAWA di 'syurga'. Hendak di jadikan
musabab, mereka berdua memakan buah KHULDI atau di gelar FRUIT OF
KNOWLEDGE oleh para kristian, lalu turun ke bumi ini. Pada ketika itu,
bumi baru telah di penuhi dengan pelbagai makhluk dan antara
makhluk-makhluk hyrid yang tiada hala tuju. Jika di fikir dari sudut
logik, masa penurunan iblis dan kuncu-kuncunya sehingga penurunan
ADAM dan HAWA itu agak lama juga jika di kira dari masa bumi. Takkala
itu, bumi sudah di penuhi dengan flora dan fauna.

Di siri 1 pula, saya menerangkan tentang ADAM di beri ILMU SEGALA.


Ilmu segala ini adalah ilmu nama-nama yang mana membolehkan ADAM
mengawal langit dan bumi di atas keizinanNYA. Ilmu ini amat hebat dan
sentiasa di cari oleh IBLIS dan kuncu-kuncunya. Penurunan ADAM ketika
itu ibarat rahmat untuk sekalian alam. ADAM dan warisnya menerajui
alam dengan keizinanNYA. Lantas, ketika itu, pelbagai makhluk tinggal di
bawah penguasaan ADAM dan waris dan di gelar
1 bangsa.

.....................................................................
ERA ADAM

"Manusia dulunya SATU UMAT, kemudan berpecah-pecah"


Al-quran 19:10

Umat yang satu, itulah di mana era ADAM dan warisnya menjadi khalifah.
ADAM yang berumur hampir 1000 tahun itu sudah tentu dapat
mendirikan ketamadunan yang hebat demi menyatukan semua makhluk
di bawah kekhalifahannya. Dengan ILMU SEGALA di berikan padanya itu,
ternyata dia dapat mengurus SATU UMAT dengan baik. Bagaimanapun,
dia tidak keseorangan. Bersamanya, anak cucunya yang di beri HAQ
untuk mengurus dunia secara bersama.

Jika anda seorang ahli sufi atau seorang yang suka mencari kerahsiaan
dalam agama, anda tentu pernah mendengar frasa ini; 'ADAM
mewariskan amanahNYA kepada keturunannya'.

Terdapat dua pergertian untuk ini, salah satunya adalah mengenai


pewarisan ILMU SEGALA ini yang sesekali tidak akan hilang. Keduanya
adalah, mengenai sifat, kelakuan dan nama-namaNYA yang di serap
kedalam ADAM lantas di wariskan kepada anak cucunya yang HAQ.
Apapun, saya tidak akan mengulasnya lanjut kerana itu amat berat untuk
orang awam dan biarlah kalian sendiri yang mencarinya dengan berguru.
Insyallah.

Pewaris ILMU SEGALA ini di beri HAQ untuk mengurus langit dan bumi.
Mereka ini boleh kita gelarkan sebagai DEWA-DEWI. Orang zaman dahulu
pula menyebutnya sebagai TUHAN-TUHAN. Biarpun apa frasanya, yang
penting, mereka-mereka ini mengurus dunia dengan keizinan DIA yang
maha besar.

Kemudian, terdapat pertikaian berlaku dan ia menyebabkan Umat


yang satu berpecah-pecah. Pertikaian ini mungkin dari mereka yang
ingin menjadi 'dewa-dewa' tapi tiada HAQ. Ada yang mencuri sedikit dari
ILMU itu dan membina ketamadunan yang lain. Pada masa yang sama
juga, terdapat DEWA-DEWI yang hanya bermatlamatkan DUNIA ADALAH
SEGALA.
Jadi, dunia pada ketika itu, terbahagi kepada dua, yakni 'CAHAYA/LIGHT'
yang mengurus dunia dengan arahanNYA dan 'GELAP/DARK' yang
mahukan dunia menjadi matlamat segala. Bagaimanapun, kita harus
tahu, biarpun LIGHT and DARK sekalipun, ini semua di atas
kehendakNYA. Bukankah ALLAH itu maha perancang?!

Pertentangan ini berterusan sehinggalah berlaku peperangan. Perkara ini


sudahpun di jangka oleh para malaikat pada sebelum ini kerana mereka
tahu model ADAM tetap akan bermatlamatkan kehancuran.

"Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu"


Al-quran 34:7

Itulah yang telah di tetapkan oleh ALLAH s.w.t. Inilah sebab musabab
untuk kehancuran umat era ADAM ini. Meskipun demikian, tiada di
ketahui punca sebenar mengapa umat ini harus di tamatkan. Daripada
penkajian saya, ada yang mengatakan penguasaan NEFILIM atau gergasi
di era ini amat membimbangkan. Dalam mitos ketamadunan SUMERIA
pula, di katakan ENLIL mahu hapuskan manusia kerana mereka membiak
dengan cepat sehinggakan langit dan bumi
di penuhi dengan mereka. Biar apapun ceritanya, kemusnahan itu tetap
berlaku dan bumi baru telah di 'bersihkan' dan kehidupan baru kini
bermula

.....................................................................

ERA ADAM - ERA LIGHT and DARK

"Dan demikianlah Kami adakan pada tiap-tiap negeri penjahat-


penjahat yang terbesar agar mereka melakukan tipu daya dalam
negeri itu. Dan mereka tidak memperdayakan melainkan dirinya sendiri,
sedang mereka tidak menyadarinya"
surah al- an'am ayat 123

"Dan Dia lah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan


Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian beberapa
derajat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu."
surah al-an'am ayat 165

Daripada 'hikmat' chanelling saya yang ada, saya cuba 'mengintai' apa
yang ada di sana. Daripada yang saya tahu,pada ketika itu, mereka
berinteraksi tanpa kata-kata. Pada mulanya saya ingatkan TELEPATI, tapi
sebenarnya bukan. TELEPATI adalah 'jurus' komunikasi mengunakan
otak, tapi apa yang berlaku di situ adalah mereka mengunakan hati
semata-mata.
OTAK adalah kontena tempat nafsu semata-mata. Maksud saya, otak
yang mengawal segala perbuatan mereka sebagai manusia seperti
makan, minum dan sebagainya akan tetapi, hati pula mereka jadikan
sebagai 'catalyst' untuk menlakukan jurus-jurus hikmat seperti terbang,
berjalan atas air, jadi pokok atau sebagainya.

Hampir kesemua mereka mampu melakukan sedemikian, akan tetapi ada


juga yang tidak boleh. Dek kerana itu, yang tidak boleh ini cemburu
lantas menjadikan dunia fizikal sebagai 'keajaiban' mereka. Maka,
terciptalah sebuah ketamadunan yang kita ketahui sebagai ATLANTIS.
Asalnya, mereka semua ini adalah penghuni benua PENTAS SUNDA yang
tinggi tanahnya. Ada yang
menyebutnya sebagai LEMURIA. Saya tidak tahu apa nama sebenarnya.
Bagaimana hendak saya tahu, sedangkan 'penduduk' zaman itu pun tidak
berkomunikasi mengunakan bahasa dan kata-kata. Tapi, bukti yang jelas
mengatakan di sini, yakni nusantara adalah PENTAS SUNDA atau
LEMURIA adalah, dengan pengiktirafan hutan PAHANG sebagai hutan
tertua di dunia dan terdapat sebuah daerah di Sumetera di namai LEMUR.
(http://www.travelblog.org)

Tapi, bukti paling jelas adalah, kajian daripada STEPHEN


OPPENHEIMER dan PROF ARYSIO SANTOS, serta THOMAS SUAREZ
yang membukukan kajiannya mengenai peta kuno dalam buku bertajuk
"EARLY MAPPING OF SOUTHEAST ASIA: THE EPIC STORY". Dalam buku
EDEN IN THE EAST oleh STEPHEN OPPENHEIMER ini, beliau menerangkan
secara saintifik mengenai berlakunya banjir besar ketiga yang mana telah
menghapuskan sebahagian besar pemukaan bumi dan cerita mengenai
pelayaran NOH dalam pelbagai versi ketamadunan dunia.

PROF ARYSIO SANTOS pula menerangkan mengenai benarkah ATLANTIS


berada di NUSANTARA dan dia benar-benar bermaksudkan sedemikian.
Tapi, malang buatnya, selepas beberapa bulan bukunya di terbitkan,
beliau telah di temui mati. Ada yang mengatakan ini semua perbuatan
sabotaj yang mana tidak mahu kebangkitan di NUSANTARA terjadi.

Apakah kalian dapat melihat pola pergerakan kajian dari pengkaji barat
ini? Baiklah, saya cuba bukakan minda kalian seketika. Pada zaman dulu,
yakni di era penjajahan, explorasi dunia di terajui oleh pihak barat yang
mana mereka tiba-tiba mahu mencari 'the lost world'. Akhirnya,
CHRISTPHER COLOMBUS menjumpai AMERIKA dan mengelarkannya itu
sebagai 'the lost world'. Tapi, hakikatnya apa yang di cari oleh
COLOMBUS itu adalah salah dan dia telah di malukan. Explorasi ini
berterusan sehinggalah mereka bertemu dengan piramid GIZA dan mula
mengkaji mengenai ketamadunan itu. Akhirnya, mereka cuba mengali
mengenai asal keturunan para FIRAUN ini.

DI era millenium ini, secara tiba-tiba, para pengkaji barat cuba mengalih
perhatian mereka kepada NUSANTARA. Tapi, kebanyakkan dari mereka
ini adalah pengkaji yang bebas dan tidak terikat dengan apa-apa
organisasi. Sejak dari itu, mereka dapat merungkai misteri yang lepas-
lepas seperti contoh, di mana 'the lost world', 'solomon mine', 'asal
keturunan FIRAUN' dan sebagainya. Segalanya berpunca daripada sini.

Tapi, persoalannya, di sini itu bagaimana?!


Jika di kaji, di permukaan tanah nusantara kini, tiada sisa-sisa
ketamadunan yang hebat-hebat seperti sumeria, mesir dan sebagainya.
Jadi, bagaimana mereka boleh katakan semuanya berada di sini? Setakat
ini, mereka dapat buktikan segala pernyataan itu dengan selaraskan
data-data dari manuskrip dan buku-buku sejarah.

Jadi, untuk mengkaji perihal itu, para pengkaji terpaksa menaiki 'mesin
waktu' dan kembali 'hidup' di ERA ADAM sehinggalah terjadinya
pepecahan UMAT YANG SATU INI.inilah yang saya cuba bawakan
kepada anda. Saya hanya 'tourist guide' di dalam mesin waktu ini, dan
anda adalah para pengkajinya. Tujuan kita adalah sama, yakni untuk
mengali kembali sejarah yang hilang (THE LOST WORLD, sudah tentu
'lost', sebab itu kena 'gali' kembali).

.....................................................................
DEWA-DEWI dan DARAH DI RAJA

"katakanlah: "Allah-lah yang memulai penciptaan makhluk, kemudian


mengulanginya kembali; maka bagaimanakah kamu dipalingkan ?"
surah yunus ayat 34

"Maka jika kamu berada dalam keragu-raguan tentang apa yang Kami
turunkan kepadamu, maka tanyakanlah kepada orang-orang yang
membaca kitab sebelum kamu. Sesungguhnya telah datang kebenaran
kepadamu dari Tuhanmu, sebab itu janganlah sekali-kali kamu temasuk
orang-orang yang ragu-ragu."
surah yunus ayat 94
Pada era ADAM dan anak cucunya, para pengurs langit dan bumi ini
di gelar DEWA-DEWI. Bila saya kata begitu, sudah pasti ada daripada
anda mengatakan "apakah ALLAH itu lemah sehinggakan perlukan
pengurus di langit dan di bumi?"

Jika ada yang berkata begitu, ayat pertama yang akan saya semburkan
pada dia adalah "SIAPA YANG MELEMAHKAN SIAPA? ALLAH ITU MAHA
BERKEHENDAK dan adakah kehendakNYA itu akan melemahkan DIA,
sudah tentu tidak. Itulah tanda kekuasaaNYA"

Saya tahu, memang ramai yang belum 'open-mind' dalam hal sebegini,
dan kerana itulah dalam siri 2 saya ada tegaskan mengenai sikap muslim
kini yang mana suka sangat lemahkan kekuasaan ALLAH. Seolah-olah,
mereka pula tuhannya.Jika berlaku kajian pelik-pelik, dengan cepat
mereka akan katakan 'Jangan cabar Tuhan?". Apaka Tuhan itu tercabar?
Sudah tentu tidak, kerana setiap kejadian itu adalah menunjukkan MAHA
BESARNyA DIA dalam memberi keizinan.

Perkara paling penting di sini adalah;


1- DIA itu 'laisa kamislihi syaiun' (tidak menyerupai mana-mana pun baik
kejadian atau khayalan)
2- DIa maha besar (seluas mana pun manusia explorasi atau ciptakan
pun, kekuasaanNYA tetap tidak di jangkau)
3- Keupayaan itu adalah hak milik sepenuhnya dari DIA

Inilah antara intipati dari ILMU SEGALA itu. Bagaimana saya tahu?
Sudah tentu saya harus tahu, jika tidak bagaimana saya boleh ceritakan
kepada kalian. Tapi, ILMU SEGALA ini bukanlah ilmu yang di tujukan pada
sesuatu, maka terus jadi ia.Ini bukan zamannya. Zaman kini adalah
zaman di mana semua kejadian berlaku atas fizikal dan berdasarkan
keterbukaan minda manusia. Dek kerana itu, tidak banyak kejadian aneh-
aneh berlaku kini sebab keilmuan dan kejadian aneh-aneh itu hanya
berlaku andai manusia telah lupakanNYA.

Menyebut perihal ilmu segala ini, pada era ADAM dan seterusnya,
sehingglah 'hari pembersihan' itu, Dewa-dewi ini ada juga mengangkat
dari kalangan mereka sebagai raja. Raja-raja ini akan tinggal di istana
yang penuh hiasan yang cantik dan perbuat dari emas. Ini semua
berdasarkan memori yang ada pada manusia itu tentang 'syurga' di mana
tempat asalnya ADAM dan HAWA.

Dewa- dewi ini telah mengurus langit dan bumi manakala raja-raja ini
pula mengawal dan menjadi khalifah kepada UMAT YANG SATU ini. Hanya
Manusia yang berHAQ dan mempunyai ILMU SEGALA akan menduduki
tahta paling tinggi di bumi ini. Kelebihan pada golongan bangsawan ini
adalah, mereka-mereka ini mampu untuk berubah bentuk daripada
manusia kepada haiwan-haiwan yang di anggap suci atau simbol-simbol
tertentu.

Mereka ini mampu untuk mengubah diri mereka menjadi NAGA, HARIMAU
atau GARUDA dan sebagainya jika mendapat keizinanNYA. Hal ini ada di
sebut dalam buku STEPHEN OPPENHEIMER dan cerita mitos dunia.
Mereka inilah di sebut sebagai 'Serpent' atau 'shape-shifting'. Kepakaran
mereka dalam mengubah bentuk jasad ini adalah kurnianNYA tapi di era
LIGHT and DARK, terdapat golongan yang mencuri keilmuan itu dan
menjadi raja di ketamadunan lain.

Pada ketika itu juga, Dewa-dewi mula terpecah kepada dua. Akhirnya,
era-era kegemilangan ini terhapus dan NOH berjayamenyelamatkan
segolongan manusia dari bencana itu. Dewa-dewi ini tetap lah juga
manusia akan tetap mereka ini adalah golongan yang mendapat keilmuan
yang tinggi kerana tanggungjawab yang telah di berikan kepada mereka.
Di khabarkan, ketika rasullullah lahir ke dunia, maka terhapuslah
tanggungjawab mereka kerana besarnya rahmat pada baginda
muhammad s.a.w

Jadi, berakhirlah era pengurusan dewa-dewi ini selepas kelahiran baginda


muhammad akan tetapi tidak lah berakhir ilmu mereka itu, bahkan di
katakan mereka ada di kalangan kita...mereka inilah ada yang
memanggilnya 'wali-wali ALLAH' yang hidupnya cukup panjang.
wallahuaklam

.....................................................................
PETA BERLAPIS DUA

"Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan
Dia berkehendak langit,
lalu dijadikan-Nya tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala
sesuatu."
al-baqarah ayat 29

"...Kepunyaan Allahlah kerajaan langit dan bumi dan apa yang ada
diantara keduanya;
Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Kuasa atas
segala sesuatu."
surah al maidah ayat 17

Pada era ADAM, kayangan dan bumi saling terbuka. Sentiasa ada turun-
naik daripada kedua alam ini. Meskipun demikian, tidak semua yang
dapat menaiki Kayangan dan dapat turun ke bumi. Saya pernah bermimpi
tentang kayangan ini.Di dalam mimpi itu, saya melihat seolah-olah
refleksi daripada permukaan bumi di langit sana. Agak tergaman ketika
itu. Sungguh menakjubkan. Bagaimanapun, saya abaikan perihal mimpi
itu, sehinggalah saya sedar tentang kaitannya dengan artikel MIM- takkan
hilang di dunia ini.

Tanah Kayangan ketika itu cukup hampir sehinggakan boleh turun-naik


tapi, akhirnya, tanah itu semakin jauh dan jauh. Hal ini boleh di kaitkan
dengan hukum fizik -teori big bang, di mana, alam universe semakin
menjauh. Saya ada menemubual dengan seorang tua yang agak hebat
juga sufinya. Dia mengatakan, bintang-bintang di langit itu adalah
perhiasannya dan dia menanya saya tentang definisi 'hiasan' yang telah di
sebut dalam QURAN.

Maka, saya menyebut hiasan itu adalah dekorasi atau sesuatu untuk
mencantikkan. Kemudiannya, beliau mengatakan itulah cahaya lampu-
lampu di dunia kayangan. Saya terkejut seketika dan amat sukar untuk
terjemahkan kata-kata itu. Biar apapun, bentuk kayangan, saya tahu
bahawa terdapat komunikasi di antara dua alam ini.

Atau, kayangan itulah langit-langit yang di ciptakan oleh ALLAH yang di


huni oleh penduduk langit sebagaimana yang telah kita ketahui selama
ini. Biarapapun misterinya, yang pasti, di 'atas' sana terdapat penduduk
sebagaimana kita juga di muka bumi ini.

.....................................................................

ERA KEHANCURAN - PELAYARAN NOH

"Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyak generasi


yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal telah
Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, yaitu keteguhan
yang belum pernah Kami berikan kepadamu"
surah al-an'am ayat 6

Selepas beberapa siri peperangan yang amat hebat, di khabarkan


bahawa bumi ketika itu harus di 'bersih'kan demi kesejahteraan
ADAM - manusia khalifah. Pada ketika tu, banjir besar mulai
melimpah-limpah. Terdapat bukti saintifik mengatakan bahawa
pada jutaan tahun dulu, bumi mempunyai dua bulan dan satu
daripadanya telah 'lari' dan menyebabkan gegelang bulan yang
terdiri dari ais itu jatuh ke bumi lalu menyebakan banjir besar.

Dalam buku EDEN IN THE EAST pula, STEPHEN OPPENHEIMER


mengatakan sebelum terjadinya banjir besar terhebat ini, sudah
terjadi 2 siri banjir sebelumnya tapi ia tidak membawa kepada
kemusnahan. Pada kali ketiga itu, suhu mulai menurun dan
menyebabkan banyak tanah-tanah membeku. Bila tiba masanya,
secara tiba-tiba, ais ini mencair dan menyebakan banjir yang
membinasakan di seluruh dunia. Akibatnya, dunia dalam era banjir
besar.

Bahtera NOH yang dapat memuatkan ribuan umat manusia dan


ribuan spesis haiwan ini amat menghairankan saintis pada zaman
ini.Jika benarlah apa yang di khabarkan di dalam BIBLE dan AL-
QURAN, makanya, bahtera ini cukup-cukup besar kerana dapat
membuatkan sekalian mahkluk demi penghidupan selanjutnya.

Di atas bahtera itu, NOH lah raja dan di ibaratkan BAHTERA itulah
satu-satunya tanah yang berpenghuni. Jika di selidiki, NOH lah
yang mempunyai ILMU SEGALA itu. Jika tidak, masakan dapat
beliau membina bahtera yang cukup besar dan mengarah sekalian
makhluk menaiki bahteranya itu, baik haiwan, manusia atau jin
sekali pun.

Persoalannya, besar manakah BAHTERA itu?


Saya ajukan persoalan ini kepada seorang tua di Cheras. Dia
mengatakan bahawa, besarnya bahtera noh itu adalah
sehinggakan di dalamnya wujud sungai, pokok-pokok dan bukit-
bukit tempat bernaungnya haiwan-haiwan. Saya soal lagi, 'apakah
itu tanah yang terapung?'. Orang tua itu menjawab; "tidak. Ia
adalah bahtera dan lamanya ia berlayar, sehinggakan muncul satu
kaum hasil dari transformsi UMAT YANG SATU itu."

Jadi, jika benarlah kata orang tua itu, maka memang benarlah
NOH adalah 'raja lautan' dan waris NOHlah yang mewarisi ilmu
segala itu. Selepas lamanya pelayaran itu (akibat menunggu air
banjir surut), akhirnya, bahtera mereka terdampar di suatu tempat
di sekitar Asia tengah, di mana, di sinilah bermulanya era
ketamadunan baru muncul.

Dari transformasi dan asimilasi, wujud manusia yang berupa kini


yang mana merekalah yang akan meneruskan penceritaan bumi
baru ini sehingga ke hari kiamat. Ada bezakah manusia kini dan
manusia dulu? Dari pengetahuan saya,perbezaannya adalah pada
limitasi manusia itu sendiri di mana, manusia kini tidak lagi
mampu untuk membuat kelakuan di luar adat (magik) dan
tidak mampu untuk berubah bentuk lagi seperti manusia zaman
Era ADAM.

Akhirnya, pelarian dari tanah tenggelam itu mendarat dan


membina ketamadunan mereka sendiri. Berlarianlah mereka ke
seluruh dunia sehingga tiba masanya, wasiat NOH harus di
tunaikan. APAKAH WASIAT NOH itu? Owh ya, tadi saya katakan
tentang, wujudnya satu bangsa baru di dalam bantera noh itu
bukan?!

Definisi untuk bangsa ialah, suatu kumpulan manusia yang


mempunyai identiti, kebudayaan, genetik, siri wajah dan
ketamadunan yang sama. Jadi, apakah bangsa yang pertama
sekali wujud di muka bumi itu? Bangsa itu adalah bangsa yang
berdarah di raja dan berisi ilmu segala yang mengetahui wasiat
NOH. Bangsa itu adalah bangsa MIM...?!

.....................................................................
Saksikan artikel yang akan datang dalam menjawab pelbagai
persoalan yang cukup berat dan tidak pernah di beritahu sebelum
ini. Kerahsiaan ini terbuka kerana inilah waktunya untuk di buka
dan bila di buka, rantaian kejadian kebangkitan akan berlaku. Jadi,
bersama saya HASELL USIBY di dalam 'mesin waktu' pada artikel
akan datang dalam membongkar; wasiat NOH, bangsa MIM,
pelbagai tamadunan...1 cerita, masih wujudkah hubungan
kayangan dan bumi
dan banyak lagi. Insyallah

p/s: dari mana saya dapat semua ini? sudah tentulah dari mereka
yang lebih mengetahui dan kemudiannya dari quran takkala saya
mengalami was-was dan saya menambahkannya lagi dengan info
dari buku kajian yang berlambak di luar sana. Siapakah mereka
itu? ha3, untuk mengetahuinya, anda semua haruslah lebih
banyak berjalan-jalan di muka bumi ALLAH ini. Jangan hanya tahu
makan suap dan syak wasangka sahaja. wassalam

...........
rujukan:-

-Al-QURAN dan hadis


-EDEN in the east, STEPEHN OPPENHEIMER
-ATLANTIS; FINALY FOUND, Prof Arysio Santos
-Hikayat Inderapura
-Hikayat Merongmahwangsa
-Hikayat Sejarah Melayu
-cerita-cerita orang tua

artikel oleh future phenomenon at 1:16 PM

Anda mungkin juga menyukai