Anda di halaman 1dari 4

TGFU diaplikasikan sebagai pendekatan penyelesaian masalah melalui teknik bermain sambil

belajar. Murid-murid akan didedahkan dengan teknik pembelajaran di dalam suasana bermain di
mana mereka bebas untuk berseronok dan meneroka menggunakan model yang dipantau oleh
guru.TGFU menekankan konsep berfikir, mengajar, berlatih dan seterusnya bermain dengan rasa
seronok. TGFU dianggap penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ia membentuk
persekitaran pembelajaran yang kondusif semasa aktiviti bermain. Murid-murid diberi peluang
membuat keputusan berdasarkan pehamanan mereka terhadap permainan itu tanpa campur
tangan guru. Dalam model ini guru bertindak sebagai pembimbing sahaja.
Kaedah permainan dalam TGFU berkonsepkan perkongsian masalah taktikal yang
menggalakkan pemindahan pemahaman taktikal merentasi permainan di antara murid-murid. Ia
juga dapat meningkatkan kefahaman murid-murid di dalam pelajaran Pendidikan Jasmani. Ia
dapat melahirkan murid-murid yang aktif dan mahir di dalam bidang sukan khusus.Konsep TGFU
lebih bebas dan tidak terlalu banyak peraturan. Ia mengutamakan pengajaran dan pembelajaran
di dalam suasana yang menyeronokkan. Murid-murid juga boleh menilai penampilan dan
perkembangan diri mereka dalam setiap simulasi permainan. Secara tidak langsug TGFU dapat
memberi kekuatan mental serta membentuk personaliti pemain yang mantap dan hebat Sekian.

GFU dianggap penting dalam proses pengajaran dan pemebelajaran kerana TGfU yang
menggunakan pendekatan latihan taktikal adalah lebih menyeluruh bagimewujudkan
pemain yang berkesan, sesuai untuk murid dalam pelbagai kumpulan kemahiran, dapat
menggalakkan murid berfikir secara kreatif, bijak membuat keputusan tentang pemilihan
taktik,bekerjasama sesama pemain dan dapat menguasai kemahiran sukan (Ho, 2003;
Light & Fawns, 2003 )dapat memberi peluang kanak-kanak meneroka permainan yang
telah ubahsuai berdasarkan umur dantahap pengetahuan mereka.
Di samping itu juga,TGFU menggalakkan pelajar untuk melibatkan diri dalam pelbagai
permainan dan murid bukan sahaja melibatkan aktif untuk mencapai markah yang tinggi
dan menjadikan pemenang, maka juga adalah penting untuk murid untuk belajar
membuat keputusan yang tepat dan sesuai dengan pintas dan serta merta dalam proses
permainan. TGFU adalah lebih bebas dan tidak mempunyai terlalu banyak peraturan. Ini
disebabkan TGFU lebih mengutamakan pengajaran danpembelajaran dengan seronok.
Selain itu,TGFU juga bermatlamat untuk memperkembangkan kemahiran kognitif dan
psikomotor individudalam sukan berdasarkan penyelesaian masalah dan membuat
keputusan.

Program TGFU ini dianggap penting kerana ia dapat


menghubungkaitkan ilmu pengetahuan dengan aktiviti- aktiviti
permainan. Dengan kata lain, pelajar-pelajar boleh belajar
sambil bermain melalui program ini. Dalam program ini juga,
pelajar boleh banyak didedahkan kepada prinsip gerakan yang
umum dalam sesuatu permainan seperti bola tampar dan

sebagainya. Oleh sebab permainan bukan aktiviti yang hanya


melibatkan seorang tetapi adalah lebih iaitu secara berpasukan,
justeru pelajar harus mempelajari cara bergiat dalam permainan
jenis persaingan serta memupuk nilai kerjasama dengan rakan
sepasukan dengan menggunakan taktik yang sesuai berdasarkan
peraturan - peraturan ditetapkan. Ini menunjukkan bahawa
program ini banyak mendatangkan manfaat kepada para pelajar.
Selain daripada itu, cara bermain, peraturan dan syarat
permainan adalah penting dalam pelaksanaan suatu permainan.
Untuk menjadikan aktiviti permainan itu menarik dan diminati
oleh pelajar, pertamanya peraturan dan syarat permainan yang
ditetapkan mesti mudah difahami dan pendek. Seterusnya, guru
Pendidikan Jasmani harus memberi peluang untuk murid
mempelajari, melakukan dan merasai keriangan bergerak dalam
situasi persaingan mengikut keperluan, kebolehan dan minat
individu masing-masing. Kemudian, kadang-kala guru boleh
membiarkan pelajar memodifikasi permainan demi menyuburkan
pemikiran kreatif mereka serta menyebabkan mereka lebih
memahami konsep bagi permainaan tertentu.
Kesimpulannya, para pendidik Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
memainkan peranan yang penting untuk mendedahkan pelajar
kepada aktiviti permainan yang berbagai-bagai jenis supaya
mereka ini lebih memahami terhadap organisasi permainanpermainan dan juga mempelajari gerakan yang tepat bagi aktiviti
permainan tertentu. Selain itu, pendidik wajib menekankan
aspek kemahiran asas, aktiviti latihan, dan permainan- permainan
yang bersesuaian dalam waktu jasmani kerana segala pengetahuan
yang dipelajari pada peringkat sekolah akan mempengaruhi
pandangannya terhadap permainan yang seterusnya. Dengan kata
lain, pendidik perlu membuat persediaan yang secukupi dalam
perancangan aktiviti permainan dalam setiap pengajaran

terutamanya dalam permainan kategori sasaran, pukulan, jaring/


dinding dan serangan.
TGfU ini penting dalam proses PdP PJ kerana aktiviti ini melibatkan kuasa fizikal di
dalam individu untuk membangunkan sistem organ di dalam tubuhnya Pettitor (n.d)
memberi definisi bahawa Pendidikan Jasmani adalah proses pembelajaran dan pengajaran
menyeluruh merangkumi aspek domain psikomotor, kognitif, afektif, sosial dan emosi.
Di mana pelajar diberi ruang mencuba dan mengalami sendiri pengalaman aktiviti fizikal.
Konsep TGfU lebih bebas dan tidak terlalu banyak peraturan. Ia mengutamakan
pengajaran dan pembelajaran di dalam suasana yang menyeronokkan. Almy (1964:
Fajen) menyatakan bahawa kanak-kanak bermain dengan diarah oleh diri mereka sendiri
tanpa mengambilkira tujuan bermain. Ia juga membentuk kemahiran murid-murid secara
tuntas dan fleksibel. Membolehkan ia diserap masuk ke dalam pelbagai jenis sukan.
Murid-murid juga boleh menilai penampilan dan perkembangan diri mereka dalam setiap
simulasi permainan. Seterusnya menyiapkan kefahaman taktikal, di bawah bimbingan
guru untuk dikembangkan ke arah permainan dewasa yang lebih canggih.
Tanggungjawab kendiri juga terhasil apabila murid-murid mula memandang positif
terhadap permasalahan di dalam permainan. 'Target games' seperti boling atau boling
padang misalnya memerlukan murid-murid menggunakan fokus, ketenangan, konsentrasi
dan ketelitian yang tinggi untuk mengaplikasikan kemahiran taktikal untuk keluar sebagai
pemenang.
Ketika aktiviti dilakukan, sifat-sifat positif di dalam target games akan terbentuk.
Seterusnya memberi kekuatan mental yang membentuk personaliti pemain yang mantap
dan hebat. Thorpe, Bunker dan Almond (David Kirk, Mary O Sullivan, Doune Mcdonald,
2006: 629).
TGfU penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah seperti berikut:
1. Apresiasi dalam permainan yang melibatkan kesedaran taktikal sebagai asas dalam membuat keputusan
semasa permainan.
2. Membantu pelajar dalam membentuk perkembangan dan penghasilan kemahiran dalam sesuatu
permainan.
3. Memberi peluang kepada pelajar untuk menjana dan menguasai pembelajaran melalui pergerakan pada
diri sendiri dan orang lain.
4. Mewujudkan kemahiran bersosial dengan nilai-nilai positif.

5. Dapat menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam pelbagai permainan supaya dapat mewujudkan
peluang dan ruang penerokaan sesuatu permainan.
6. Membantu perkembangan pelakuan kognitif, psikomotor dan afektif semasa situasi permainan.
7. Meningkatkan pengetahuan pelajar dalam membuat keputusan dan mengapa keputusan perlu dibuat
berdasarkan situasi permianan sekaligus menyumbang ke arah permainan yang dinamik dan pelbagai.

TFGU memfokuskan pendekatan taktikal secara tidak langsung seperti cara berfikir,
menyelesaikan masalah, berinisiatif sebelum menggunakan kemahiran yang rigid
sifatnya. Teknik yang digunakan harus merangsang minda murid-murid tentang pelajaran
tersebut berbanding menggunakan teknik pengajaran secara langsung.
Pendekatan bersifat kemahiran lebih mengutamakan kebolehan menguasai teknik tertentu
dan bukannya kegembiraan untuk menjadi sebahagian daripada teknik itu. Maka ia akan
mengurangkan motivasi dan keseronokan murid-murid untuk menikmati proses
pembelajaran dan seterusnya menghilangkan minat mereka.
Tabiat semula jadi kanak-kanak ialah suka bermain dan berseronok. Tidak kira di rumah
atau di sekolah, tingkah laku ini menguasai diri setiap kanak-kanak yang normal.
Menjadi suatu perkara yang menghairankan apabila kita melihat kanak-kanak duduk
termenung menongkat dagu di taman permainan. Pasti ada sesuatu yang tidak kena
dengan dirinya. Begitu juga semasa berada di dalam kelas atau di mana-mana saja, jika
kanak-kanak berada dalam keadaan diam sahaja sudah pasti kanak-kanak menghadapi
masalah.

Anda mungkin juga menyukai