Anda di halaman 1dari 5

Teori Terapi dan Teori Kawalan oleh William Glasser

William Glasser, seorang ahli psikologi dari California, memperkenalkan teori


reality dalam kaunseling pada tahun 1950-an. Pada awal tahun 1980-an, beliau
menambah teori kawalan dalam teori kaunselingnya. Rukun asas teori kawalan
ialah mengandaikan tingkah laku manusia sebagai usaha untuk mengawal dunia
kita sebagai sebahagiannya, dengan tujuan memuaskan keperluan kita secara
penuhnya.

Teori realiti Glasser dalam kaunseling adalah berdasarkan andaian teori


kawalannya yang merangkumi lima elemen, iaitu : bahasa aktif, keperluan asas,
gambar mental, tingkah laku yang seluruh dan manusia sebagai sistem kawalan.

Dalam bahasa aktif yang dikemukan oleh Glasser, tingkah laku manusia
merangkumi tiga komponen utama, iaitu memikir, melaku, dan merasa. Kata
kerja adalah digunakan untuk menyatakan memikir dan membuat. Glasser tidak
menggunakan adjektif atau nama untuk merujuk perkataan, misalnya perasaan
dan kebimbangan; tetapi menggunakan bahasa aktif dengan menyatakan
perasaan sebagai berasa(feeling), dan kebimbangan sebagai berbimbang
(anxietying). Mnegikut Glasser , bahasa aktif menyatakan tingkah laku yang
digunakan oleh orang apabila mereka berusaha mengawal alam sekitar untuk
memenuhi keperluan mereka.

Mengikut Glasser, manusia ada lima keperluan asas, iaitu: keperluan hidup dan
reproduksi, keperluan kasih saying, berkongsian dan kerjasama, keperluan
kuasa dan status, keperluan kebebasan dan keperluan keseronokan. Objektif
tingkah laku manusia adalah berusaha megawal alam sekitar untuk memenuhi
keperluan asas tersebut di atas. Apabila sesuatu keprluan dipenuhi, keperluan
yang lain menimbul untuk dipenuhi pula, menjadikan proses hidup manusia
serng berusaha memnuhi keperluan-keperluan yang tiada akhirannya.

Semasa kanak-kanak, kita mengumpulkan gambar-gambar dalam mental yang


mengandungi keperluan-keperluan seperti makanan,mainan,kasih
sayang,kejayaan,kebebasan dan lain-lain lagi inilah yang dikelaskan sebagai
‘Gambar Mental’ oleh Glesser. Gambar-gambar mental ini adalah penting untuk
memahami teori kawalan kerana tingkahlaku manusia selalu bermula dengan
gambar mentalnya pada usia kecil dan perbezaan yang manusia terima ketika
dewasa, contohnya sewaktu kecil,kita membayangkan sekolah itu tempat yang
sangat mengembirakan kerana ramai kawan,tetapi pada waktu persekolahan
yang sebenarnya,kita dbuli dan sebagainya maka kita akan bertindak untuk tidak
mempercayai dan berdiam diri. Tindakan ini ialah tindakan untuk cuba
mengurangkan perbezaan gambaran yang digambarkan sebelum itu agar
bersesuaian dengan keadaan sebenar.

Tingkah laku meyeluruh pula Glasser menghuraikan bahawa tingkah laku


meyeluruh ada tiga komponen utama iaitu Bertindak,berfikir,berasa, dan fisiologi.
Bertindak ialah apabila seseorang itu bertindak untuk menangis kerana bertindak
ini ialah perbuatan. Selepas menangis seseorang itu akan berfikir seperti apa
gunanya untuk hidup dan sebagainya kemudian ianya akan berasa pula sepertii
rasa yang amat sengsara kerana komponen berasa melibatkan apa yang
dirasakan oleh seseorang individu itu setelah itu individu itu akan mengalami
komponen Fisiologi yang melibatkan mekanisma badannya seperti tidak boleh
tidur dan sebagainya.

Seterusnya ialah Terapi Realiti. Glasser menyatakan konsep teori kawalan ialah
jangan membenarkan orang menggunakan kesakitan atau kesengsaraan untuk
mengawal orang dengan berharap agar orang lain memenuhi keperluan-
keperluannya. Oleh itu terapi realiti ini merupakan satu kaedah atau tujuan untuk
mengajar seseorang individu itu mengawal hidupnya sendiri. Antara matlamat-
matlamat teori Terapi ini ialah membantu seseorang bagi mencapai
autonominya iaitu membantu seseorang individu itu menyesuaikan dirinya
dengan keadaan sekitar. Seterusnya ialah membantu seseorang dalam
menentukan dan memperjelaskan tujuan-tujuan mereka agar mereka dapat
mencapai kehendak hidup mereka matlamat yang ketiga ialah membantu
seseorang dalam menjelaskan cara- cara mereka menuju kemajuan ke arah
tujuan-tujuan yang ditentukan oleh mereka sendiri iaitu dengan membimbing
seseorang itu ke landasan yang sebenar contohnya jika dalam agama islam
umat islam perlu solat lima waktu kerana solat itu tiang agama. Seterusnya
membantu seseorang menemukan alternatif- alternatif dalam mencapai tujuan-
tujuan dengan syarat orang itu sendiri yang menetapkan tujuan dirinya.

Konsep yang dikemukakan di dalam teori terapi ini ialah menolak konsep sakit
jiwa, kerana ianya lebih fokus kepada tingkah laku. Ini kerana menurut Glasser
kelakuan seseorang itu adalah berdasarkan tingkah lakunya yang boleh diubah.
Konsep seterusnya menumpukan kepada situasi masa kini iaitu tidak
mengungkit masa lampau seseorang sebaliknya menjadikan masa lampau
seseorang itu sebagai rujukan sahaja. Seseorang itu digalakkan menilai dan
meneliti tingkah lakunya sendiri. Konsep ini juga tidak menggunakan denda atau
dera sebaliknya lebih menekankan kepada aspek tanggungjawab individu iaitu
menjelaskan bahawa seseorang itu perlu mematuhi dan membuat perjanjian
pada diri sendiri contohnya seseorang yang ingin kuruskan badan perlulah
mengikut jadual pemakanan yang sihat, untuk mendapatkan bentuk tubuh yang
menarik orang itu perlu menetapkan dirinya supaya mengikut jadual pemakanan
sihat tersebut. Seterus semua persetujuan dan semua peraturan yang ditetapkan
oleh pembimbing hendaklah dipatuhi

Glasser menyatakan terdapat dua jenis invidu iaitu individu jenis identity Berjaya
dan individu jenis identiti gagal. Individu yang Berjaya ini terbahagi kepada
kepada tiga jenis iaitu Do It Person iaitu Individu yang akan berusaha sendiri
untuk mempertingkatkan dirinya sedaya upaya yang mungkin. Kedua Positive
Symptom Person yang mempunyai nilai Konstruktif, tegas dan altruistik. Inidividu
ini juga sentiasa berperasaan positif, gembira dan penerimaan kendiri
positif,berfikir secara rasional, dekati masalah secara reasonable, teliti dan
matang dan bertumpu pada aktiviti sihat seperti berekreasi. Ketiga ialah Fulfill
Person iaitu individu yang memiliki rasa bebas, seronok, rasa disayangi dan
menyayangi, rasa cekap dan mempunyai harga diri.

Bagi individu jenis identiti gagal pula ialah Negatively Addicted Person yang
mana individu ini lebih bersifat terasing, kritik diri tinggi, tidak rasional, tidak
gembira, tidak bertanggungjawab dan kekalkan tingkahlaku yang tegang dan
kaku. Ciri yang kedua Give Up Person iaitu tidak mengambil tanggungjawab
untuk menyelaraskan tingkahlaku agar selari dengan harapan masyarakat
umum. Terakhir sekali ialah Negative Symptom Person iaitu individu yang
meninggalkan tanggungjawab dengan menunjukkan kekecewaan dan
menunjukkan tingkahlaku yang tidak baik diamalkan.

Peranan Guru sebagai pembimbing kepada pelajarnya ialah mewujudkan


perhubungan yang terbuka, mesra, akrab dan jujur dengan pelajar yang
dianggap perlukan bimbingan. Guru juga perlu membimbing pelajar untuk
menilai sendiri tingkah lakunya dan seterusnya membuat keputusan mengenai
tingkah laku yang harus diubah.Mengajar dan menggalakkan pelajar
melaksanakan pelan tindakan untuk mengubah tingkah lakunya dan membantu
mencari jalan untuk memenuhi kehendak mereka dan menggalakkan mereka
agar tidak cepat putus asa. Guru tidak seharunya menggunakan dendaan dan
paksaan sebaliknya menggunakan peneguhan seperti galakan dan pujian.Guru
harus bersedia menerima pelajarnya tanpa terlalu banyak kritik atau syarat
kerana ini akan menyenagkan perasaan pelajar untuk terus dibimbing oleh guru.
Menekankan kepada pelajarnya bahawa bagi mencapai kejayaan pelajar
haruslah bersedia mematuhi syarat-syarat yang telah ditentukan.

Teknik-teknik yang dikemukan oleh Glasser didalam teori terapi ialah Kaunselor
akan menggunakan komunikasi dengan cara bermain peranan bersama klien.
Dalam permainan tersebut kaunselor akan cuba memberikan penekanan pada
“di sini’ ” dan pada “ketika ini” dan elakkan daripada memberi penumpuan
kepada peristiwa-peristiwa yang lampau dan perasaan-perasaan yang tidak baik.
Kaunselor perlu bersikap lucu dan tidak terlalu serius dengan tujuan untuk
meringankan tekanan atau bebanan yang dihadapi klien.Kaunselor akan
berdepan atau mencabar klien tanpa membenarkan klien memberikan alasan-
alasan tertentu.

Dalam teknik ini kaunselor mestilah menjadi contoh teladan atau model yang
berperanan sebagai seorang pendidik. Kaunselor perlu mengajar klien dengan
cara yang lebih berkesan bagi memenuhi kehendak klien berdasarkan realiti.
Tindakan ini membolehkan klien menghadapi kenyataan dan menyedari akan
tingkah lakunya yang tidak realistik. Sekiranya perlu perjanjian boleh dilakukan
dalam bentuk tulisan dan ditandatangani oleh pelajar. Dalam perjanjian terdapat
peraturan-peraturan tertentu maka dalam membuat peraturan tersebut pelajar
perlu libatkan diri dengan guru.Guru juga perlu menyemak kemajuan pelajar dan
berikan pujian mengikut situasi yang perlu. Sekiranya rancangan yang dirancang
agak sukar dilaksanakan maka perlu buat rancangan yang baru. Bagi pihak
pelajar, kegagalan rancangan tersebut tidak perlu dihukum atau didenda kerana
untuk mengubah tingkahlaku dendaan bukanlah jalan penyelesaian.

Anda mungkin juga menyukai