Anda di halaman 1dari 24

1.

0 Pengenalan

Kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun


seperti yang termaktub dalam Akta Kanak-Kanak 2001. Kanak merupakan
insane yang lemah dan tidak mampu untuk melindungi diri mereka sendiri. Malah
kanak-kanak tidak mampu berfikir secara mendalam dalam aspek-aspek
kehidupan dan kanak-kanak juga selalunya tidak mampu untuk membuat
keputusan.

Kanak-kanak merupakan modal insan penting kepada negara. Modal insan ini
dapat dibangunkan kepada tahap optimum melalui penyediaan persekitaran
yang selamat dan kondusif. Sehubungan itu, perlindungan terhadap kanak-kanak
daripada pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi adalah satu aspek
penting dan hendaklah diberi keutamaan. Justeru, dasar perlindungan kanak-
kanak amat perlu pada masa ini bagi menggalakkan setiap agensi, organisasi
dan anggota masyarakat memberi keutamaan kepada perlindungan kanak-kanak
sebagai tanggungjawab bersama. Dasar ini adalah selaras dengan falsafah
Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) dan Akta Kanak-Kanak 2001
yang juga menekankan prinsip perlindungan kepada kanak-kanak demi
kepentingan terbaik mereka.

Perlindungan kanak-kanak merujuk kepada strategi dan aktiviti untuk mencegah


dan bertindak balas terhadap pengabaian, penderaan, keganasan dan
eksploitasi terhadap kanak-kanak. Pengabaian merujuk kepada kegagalan
secara berterusan dan serius untuk menyediakan keperluan asas fizikal, emosi
dan pembangunan dari segi kesihatan, pendidikan, perkembangan emosi,
nutrisi, tempat perlindungan dan kehidupan yang selamat untuk kanak-kanak.
Pengabaian boleh mendedahkan kanak-kanak kepada segala bentuk bahaya,
termasuk mengancam nyawa mereka.

Penderaan kanak-kanak adalah satu pencabulan atau pelanggaran yang serius


terhadap hak kanak-kanak untuk berkembang dalam keadaan sihat dan

1
bermaruah di samping menyebabkan risiko dalam kelangsungan hidup mereka.
Penderaan boleh dikategorikan kepada penderaan fizikal, emosi, seksual dan
pengabaian. Penderaan fizikal menurut Akta Kanak-Kanak 2001 adalah apabila
seseorang kanak-kanak dicederakan dari segi fizikal menyebabkan kecederaan
yang boleh dilihat pada mana-mana bahagian tubuh kanak-kanak itu akibat
kekerasan atau penggunaan agen yang disengajakan kepada tubuh kanak-
kanak itu.

Penderaan emosi menurut Akta Kanak-Kanak 2001 adalah apabila seseorang


kanak-kanak dicederakan dari segi emosi yang menyebabkan gangguan yang
boleh dilihat pada fungsi mental atau emosi kanak-kanak itu seperti kecelaruan
mental atau tingkah laku, keresahan, kemurungan, penyendirian dan
perkembangan lambat.Penderaan seksual menurut Akta Kanak-Kanak 2001
adalah apabila seseorang kanak-kanak teraniaya dari segi seks jika dia
mengambil bahagian, sama ada sebagai peserta atau pemerhati, dalam apa-apa
aktiviti yang berunsur seks bagi apa-apa maksud atau eksploitasi seks oleh
mana-mana orang bagi memuaskan nafsu seks orang itu atau orang lain.

Keganasan merujuk kepada sesuatu tindakan dengan niat untuk menyebabkan


sebarang bentuk kecederaan dari segi fizikal dan emosi terhadap kanak-kanak.
Eksploitasi merujuk kepada penggunaan kanak-kanak dalam aktiviti yang
membolehkan pihak lain mendapat faedah dari segi kewangan, seksual, politik
serta kepentingan lain yang boleh mengancam kesejahteraan fizikal dan
psikologikal mahupun kelangsungan hidup kanak-kanak.

2.0 Objektif Kajian

Melalui kajian di Abu Nur yang telah dijalankan terdapat beberapa faktor yang
harus di titik beratkan kerana ini dapat membantu kita untuk memahami dan
mengenali badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat secara langsung dalam
pembangunan masyarkat. Objektif utama kajian ini ialah

2
i. Mengetahui peranan Kediaman Abu Nur kepada masyarakat
ii. Melihat keberkesanan pengurusan Kediaman Abu Nur dalam mengawal
kanak-kanak
iii. Sumber kewangan Badan pertubuhan Bukan kerajaan dalam membantu
masyarakat

3.0 Persoalan Kajian

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JMM) Ditubuhkan untuk menempatkan


golongan-golongan yang memerlukan bantuan sosial dan sebagainya. JMM
juga menyediakan tempat untuk perlindungan kanak-kanak. Walau
bagaimanapun penubuhan badan-badan bukan kerajaan amat digalakkan untuk
member perlindungan kepada kanak-kanak. Oleh yang demikian Kediaman Abu
Nur merupakan salah satu badan bukan kerajaan yang memberikan
perlindungan kepada Kanak-kanak. Ini menarik saya untuk menjalankan kajian di
kawasan ini untuk melihat sendiri perlaksanaannya dalam member perlindungan
kepada kanak-kanak.

i. Apakah dengan penubuhan Kediaman Abu Nur ini mampu membantu


kanak-kanak yang terabai?
ii. Adakah kanak-kanak yang mempunyai masalah sosial dapat dibantu
dengan cara pengasingan mereka daripada Keluarga?
iii. Adakah sistem pentadbiran Di kediaman dijalankan secara sistematik?
iv. Bagaimanakan badan pertubuhan kebajikan Bukan Kerajaan seperti Abu
Nur ini menerima dana kewangan ?

3
4.0 Permasalahan Kajian

Faktor-faktor seperti keluarga, rakan sebaya, status sosio-ekonomi, kebudayaan


dan kepercayaan masyarakat, sumber teknologi, guru dan sekolah
mempengaruhi perkembangan individu dalam setiap peringkat pertumbuhannya.

Institusi keluarga merupakan pengaruh utama terhadap perkembangan manusia.


Unsur-unsur institusi keluarga yang pengaruhi perkembangan individu ialah
suasana rumah, makanan, asuhan dan status sosio-ekonomi keluarga. Adalah
telah diketahui umum, perbezaan suasana rumah, makanan, asuhan dan sosio-
ekonomi keluarga melahirkan perbezaan individu mengikut perbezaan kadar
perkembangannya. Misalnya; kanak-kanak yang dilahirkan dalam sebuah rumah
yang mesra dan penuh dengan kasih sayang akan mengalami perkembangan
emosi yang sihat. Manakala makanan yang berzat dan seimbang akan
membantu kanak-kanak memperkembangkan jasmaninya dengan sempurna.

Status sosio-ekonomi keluarga yang baik atau tinggi akan membantu


perkembangan intelek dan fizikal kanak-kanak ke tahap optimum kerana
keluarga ini berupaya memberi makanan yang cukup berzat dan seimbang serta
kemudahan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak mereka.Pengaruh
rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak, khasnya dari
perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya; kanak-kanak
bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan
intelek dan potensinya ke tahap optimum. Kanak-kanak yang bersosialisasi
dengan rakan sebaya yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni
yang positif daripada mereka.

Menurut NAEYC (National Association For the Education of Young Children),


perkembangan kognitif kanak-kanak dipengaruhi oleh persekitaran yang
melingkunginya, seperti rumah dan sekolah. Perkaitan antara ibu bapa dan
rumah dengan guru dan sekolah.

4
Perkembangan individu pula dipengaruhi oleh pendedahannya kepada sumber
teknologi yang terdapat di alam kehidupannya. Sumber teknologi ini merujuk
kepada maklumat-maklumat yang diperolehi daripada bahan-bahan bacaan
seperti suratkhabar, majalah, iklan, filem, radio, televisyen dan komputer. Seperti
yang kita ketahui bahawa pendedahan kanak-kanak kepada sumber teknologi
yang sihat akan meningkatkan kadar perkembangan kognitif, emosi dan
sosialnya. Sebaliknya, kanak-kanak yang didedahkan kepada sumber teknologi
yang berunsur keganasan, kuning atau kezaliman, akan membentuk sikap yang
negatif dan personaliti yang tidak diingini.

Guru dan sekolah merupakan pengaruh yang paling penting dalam


perkembangan pelajar dari segi fizikal, intelek, emosi dan sosialnya. Guru yang
bersifat penyayang dan cekap menguruskan aktiviti pengajaran-pembelajaran
dalam bilik darjah akan melahirkan pelajar yang berilmu, berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran negara.
Iklim sekolah yang kondusif serta dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan
pengajaran-pembelajaran akan membantu perkembangan kognitif dan
psikomotor murid.

Guru dan sekolah merupakan agen perubahan dan bersama-sama diberi tugas
untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu,
demi mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Tugas murni ini telah termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
yang diisytiharkan pada tahun 1988.

5
P
d
n
u
m
ljiT
5.0

5.1
.
E
s
K
a
r
e
f
t
h
b
o Kaedah Kajian

Kaedah Pemerhatian

kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan


untuk mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Pemerhatian juga merupakan
alternatif yang ada dalam mengumpul maklumat atau pengumpulan data selain
soal selidik dan temuduga. Melalui pemerhatian, penyelidik dapat mengamati
sesuatu tingkah laku subjek berpandukan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang
telah dikenal pasti. Peranan penyelidik ialah sebagai pemerhati terhadap
perubahan-perubahan tingkah laku, mendengar, serta melihat tingkah laku
subjek sama ada dari jauh atau dari dekat.

Kaedah pemerhatian sesuai digunakan khususnya apabila penyelidik mengkaji


perkembangan
perkembangan
tingkah
tingkah
laku
laku
sesuatu unit
kanak-kanak,
sosial,
kesan
misalnya
kesesakan

dan kebimbangan di kalangan individu yang menghadiri temuduga. Kaedah

6
mengkaji
terhadap
kecenderungan pemberontakan, kesan kebisingan terhadap tingkah laku agresif
pemerhatian juga sering digunakan dalam penyeliaan praktikum kaunseling dan
latihan mengajar di kalangan kaunselor dan guru pelatih.

Kaedah pemerhatian amat sesuai digunakan di Kediaman Abu Nur. Kerana disini
saya mampu melihat rutin seharian kanak-kanak disini dan melihat cara
kelakuan dan komunikasi sosial mereka. Selain itu dalam kajian ini juga kawasan
persekitaran juga di perhatikan samaada kondusif ataupun tidak.

5.2 Kaedah Temubual

Temu bual adalah lagi satu kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam
penyelididkan kualitatif termasuk penyelidikan tindakan. Melalui temu bual, data
yang diperoleh daripada pemerhatian dapat diperkukuh dan diperlengkapkan. Ini
dimaksudkan sebagai Triangulas yang bertujuan untuk mengesah data atau
maklumat yang diperoleh.

Kajian di Kediaman Abu Nur ini, lebin banyak menggunakan kaedah temubual
kerana ia merupakan satu cara untuk mendapat maklumat yang banyak dalam
satu masa yang singkat. Temu bual digunakan mendapatkan gambaran holistik
atau menyeluruh tentang perkara yang berlaku semasa kajian dijalankan . Temu
bual boleh dijalankan pada bila-bila masa yang boleh diluangkan oleh seseorang
individu pada masa bebas seperti masa rehat atau semasa berada di
perpustakaan. Contohnya saya telah menebual beberapa orang kanak-kanak,
bendahari Kediaman Abu Nur, dan pengerusi Kediaman Abu Nur untuk
mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.

5.3 Kajian Kes

Kaedah persempelan non probability digunakan dalam kajian di Kediaman Abu


Nur. Oleh kerana kajian ini turu melibatkan kanak-kanak yang bermasalah dari

7
segi sosial dan latar belakang keluarga yang mendesak dan sebagainya maka
kaedah persempelan bertujuan bertujuan dipilih kerana dipercayai dapat
mewakili objektif sesuatu penyelidikan berkaitan sesuatu fenomena yang ingin
dikaji. (burn 1995), memilih kes bagi mengambarkan proses (Silverman,2009)
dan memilih sampel supaya dapat memberikan maklumat dalam kajian ini
(merriem,1998). Penyelidik percaya bahawa pendekatan kajian kes ini sesuai
dijalankan di kalangan empat orang kanak-kanak yang mempunyai latar
belakang dan sebab yang berbeza yang menyebabkan mereka ditempatkan di
Kediaman Abu Nur. Dalam kajian ini saya mahu mendapatkan seberapa banyak
maklumat dari kanak-kanak tersebut tentang kehidupan mereka, masalah
mereka, kekurangan, perasaan,penerimaan mereka dalam masyarakat dan
keselesaan mereka sepanjang mereka berada di Kediaman Abu Nur.

5.4 E.koferan

e-konferen merujuk kepada sebarang perbincangan yang menggunakan


rangkaian elektronik sama ada menerusi Local Area Network (LAN), World Area
Network (WAN) atau internet untuk berinteraksi ataupun pemudahcaraan. Oleh
itu, bagi mendapatkan maklumat berkenaan kajian yang dijalankan, saya turut
berhubung dengan pihak pengurusan dan pentadbiran melalui alamat emel
kediaman@abunur.net dan laman web www.abunur.net.

8
6.0 Kawasan Kajian

Kawasan kajian iaitu Kediaman Abu Nur ialah sebuah institusi bukan kerajaan
yang terletak di Pengkalan Hulu. Sebuah pekan kecil daerah Hulu Perak yang
bersempadan dengan negeri Kedah dan Selatan Thailand.

7 KM daripada  sempadan Thailand (Bethong)

9
2 KM daripada Pekan Pengkalan Hulu

3 KM daripada sempadan Kedah (Baling) .

6.1 Latar Belakang Kawasan Kajian

Kanak-kanak merupakan modal insan penting kepada negara. Modal insan ini
dapat dibangunkan kepada tahap optimum melalui penyediaan persekitaran
yang selamat dan kondusif. Sehubungan itu, perlindungan terhadap kanak-kanak
daripada pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi adalah satu aspek
penting dan hendaklah diberi keutamaan. Justeru, dasar perlindungan kanak-
kanak amat perlu pada masa ini bagi menggalakkan setiap agensi, organisasi
dan anggota masyarakat memberi keutamaan kepada perlindungan kanak-kanak
sebagai tanggungjawab bersama. Lantaran itu Kediaman Abu Nur ini telah
dibina diatas kesederan untuk menyelesaikan masalah sosial dan tuntutan

10
fardzu kifayah . Kediaman Abu Nur mula dibina pada awal tahun 2002, diatas
tanah hak milik persendirian seluas 2 ekar.

Nama Abu Nur ini diambil sempena nam Maahad Abu Nur di Syria dan dengan
harapan pengasasnya Kediaman Abu Nur ini juga Berjaya sepertiman Maahad
Abu Nur di Syiria. Kediaman Abu Nur ini merupakan kediaman yang
menempatkan kanak-kanak yang mempunyai masalah sosial, terabai, kanak-
kanak dari keluarga yang tidak berkemampuan dan juga terdapat juga rumah
orang-orang tua disediakan di kediaman Abu Nur ini.

Pada tahun 2005 Kediaman Abu nur telah menerima penghuni pertamanya.
Untuk memudahkan urusan pentadbiran dan sebagainya Kediaman Abu Nur
Cuma menerima kanak-kanak perempuan sahaja.Setelah beroperasi selama tiga
tahun, pada 5 jamilawal 1429/9hb jun 2008 kediaman Abu Nur ini telah
dirasmikan oleh menteri Besar Perak iaitu Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji
Muhamad Nizar bin Jamaludidin.

6.2 Pengambilan Kanak-kanak yang diterima masuk

Kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan,mangsa rogol dan keganasan


akan diterima masuk di Kediaman Abu Nur untuk menerima perlindungan kerana
terdapat waris yang tidak sanggup menjaga kanak-kanak ini makanya mereka
menghantar kanak-kanak ini dibawah perlindungan Abu Nur

Kanak-kanak yatim piatu iaitu kanak-kanak yang kehilangan kedua ibu bapa.
Walaupun tiada sebarang masalah sosial kanak-kanak ini juga akan diterima di
Kediaman Abu Nur diberi perlindungan

Seterusnya ialah kanak-kanak yang mempunyai masalah sosial seperti


pergaulan bebas antara laki-laki dan perempuan tiada batasnya. Kanak-kanak ini
dimasukkan ke kediaman Abu Nur agar kanak-kanak ini dapat di ubah

11
tingkahlakunya kepada lebih baik lagi. Selain itu kanak-kanak yang ibu bapanya
bekerja siang malam sehinggakan kedua ibu bapa tiada masa untuk menjaga
anak-anak ini dan anak-anak itu berkeliaran seharian, dengan budibicara
pengerusi Abu Nur Puan hajjah Zawiyah maka kanak-kanak ini juga diterima
atas alasan kanak-kanak yang diabaikan.

6.3 Kemudahan prasarana

Kemajuan yang disediakan di Kediaman Abu Nur ialah

i. Sebuah bangunan asrama yang boleh memuatkan 50 irang penghuni


ii. Sebuah pejabat pengurusan
iii. Sebuah surau
iv. Sebuah kediaman warga emas dua tingkat yang boleh memuatkan 10
orang warga emas
v. Dewan makan dan dapur memasak
vi. Tiga buah kelas
vii. Bilik stor
viii. Lima buah rumah pekerja
ix. Tiga buah bilik tetamu

Sehingga pada hari ini pada tahun 2010 ini kediaman ini masih lagi beroperasi di
Pangkalan hulu menerima kanak-kanak yang memerlukan bantuan, bersedia
memberi perlindungan dan cuba sedaya upaya melahirkan remaja yang
menyumbang kepada kemajuan ummah.

12
7.0 Hasil Kajian

Hasil kajian daripada kajian terhadap kediaman Abu Nur ini terbahagi kepada
tiga iaitu sumber kewangan, sistem pengurusan dan pentadbiran, dan kesan
Perkembangan Sosial kanak-kanak di Kediaman Abu Nur.

7.1 Sumber Kewangan

"Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu


menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena
sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik" (Q.S. Al-Baqarah
2:195)

13
"Dan apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dia; dan apa yang
dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah." (Q.S.Al Hasyr 59:7)

Agama Islam amat menggalakkan kita supaya hidup saling bantu-membantu dan
tolong-menolong kerana dengan cara demikian dapat menimbulkan perasaan
hormat-menghormati dan berkasih sayang sesama manusia, tidak mengira sama
ada keluarga, kaum kerabat, rakan, jiran mahupun orang yang tidak dikenali.
Dengan amalan demikian dapatlah kita nikmati kehidupan yang aman damai,
sejahtera dan harmoni, baik dalam berkeluarga, bermasyarakat mahupun
bernegara.

Sumbangandan bantuan merupakan sumber utama kediaman Abu Nur.


Kediaman Abu Nur menerima geran tahunan dari Jabatan Kebajikan Negeri
Perak, berjumlah RM10,000.00 setahun. Ini kerana berbeza Jabatan Kebajikan
Masyarakat Malaysia yang sepenuhnya ditubuhkan oleh kerajaan dan dibiayai
sepenuhnya oleh kerajaan tidak mempunyai masalah dalam pengurusan
kewangan.

Kediaman Abu Nur menempatkan lebih kurang 40 orang kanak-kanak


perempuan yang berumur 4 hingga 16 tahun. Pembiayaan persekolahan,
makanan, keperluan ditanggung oleh pihak Kediaman Abu Nur. Dengan bantuan
kewangan 10, 000 setahun adalah mustahil untuk kediaman ini terus menapak
lebih maju dengan persediaan infrastruktur dan kemudahan-kemudahan yang
lebih canggih dan sempurna.

Pihak Kediaman Abu Nur ini akan mendapatkan dana dengan meletakkan peti-
peti derma di kawasan tumpuan masyarakat contohnya di pasar-pasar malam
dan sebagainya untuk menampung perbelanjaan-perbelanjaan mereka.
Kediaman ini juga mengambil insiatif baru dengan mengusahakan tanaman cili

14
dan membekalkannya di kedai-kedai runcit untuk menambahkan lagi dana
Kediaman ini.

Sebilangan kecil dermawan juga telah sanggup menjadi penyumbang tetap


setiap bulan untuk kediaman ini , dan dengan batuan ini Kediaman ini mampu
menggunakan sumbangan yang diberikan setiap bulan tersebut sebagai bayaran
kepada bil-bil elektrik, air dan peruntukan barang-barang dapur untuk digunakan
di Kediaman Abu Nur.

Sumber kewangan yang terhad ini, merupakan salah satu masalah kepada
Kediaman Abu Nur meningkatkan lagi taraf infrastruktur dan kemudahan lain di
situ. Malah Pihak Kediaman terpaksa berjimat cermat untuk memastikan
perbelanjaan harian,bulana, dan tahunan berada dalam keadaan terkawal dan
cukup.

Melalui pada pemerhatian yang saya lakukan dan temubual bersama Puan Noor
Liza Binti Ahmad Khasasi iaitu selaku bendahari kediaman Abu Nur ini, beliau
menyatakan buat masa sekarang perbelanjaan kediaman Abu Nur purata pada
setiap tahun ialah 200, 000 diperlukan. Menurut beliau lagi dalam keadaan
sekarang diharapkan lebih ramai lagi dermawan yang mahu menjadi
penyumbang tetap kepada Pihak Kediaman agar mengurangkan lagi beban
Kediaman Abu Nur. Selain daripada itu, menurut beliau lagi, sekiranya kediaman
tidak menerima bantuan, kemungkinan kediaman ini akan ditutup untuk member
perlindungan kepada kanak-kanak yang memerlukannya.

15
7.2 Pengurusan Pentadbiran

Pengurusan pentadbiran di Kediaman Abu Nur diuruskan secara sistematik


dengan bantuan Dato’ Setia Diraja tuan Guru Haji Abdul Latif bin Abdul Rahman
Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Perak sebagai penasihat di
Kediaman Abu Nur. Kediaman Abu Nur juga mewujudkan staff pentadbiran iaitu
mereka yang menguruskan dan merangka aktiviti kanak-kanak di Kediaman Abu
Nur.

Menurut Mohamad Roshdi Ahmad Khasasi pegawai tadbir kediaman Abu Nur,
kebanyakan pekerja am dan dan ajk adalah masayarakat setempat yang secara
sukarela membantu dalam sektor pekerjaan di Abu Nur contohnya ialah Ustaz
Latif yang secara sukarela menjadi guru agama dan imam di kediaman Abu Nur.

Walaubagaimanapun menurut beliau pekerja ini tidak berpanjangan setiap


jawatan selalunya tidak dipegang lama atas faktor-faktor peribadi,kesihatan dan
sebagainya. Keadaan ini menjadikan pentadbiran di Kediaman Abu Nur agak
lemah dan tidak sistematik. Menurut Pegawai Tadbir ini lagi, peruntukan
kewangan di Kediaman Abu Nur tidak cukup untuk menggaji pekerja-pekerja am
kecil yang lain oleh itu kebanyakan pekerja melakukan banyak tugas dalam satu
masa. Tamabahan pula ada pekerja yang secara sukarela meluangkan masa
jadi tiada paksaan dalam penglibatan mereka.

Melalui dapatan kajian saya, saya dapati system pentadbiran yang lemah dan
kekurangan pekerja menjadikan kediaman Abu Nur mundur dan menghadapi
kesukaran dalam mengawal kanak-kanak di kediaman tersebut. Ini kerana terlalu
sibuk dalam urusan tadbir yang belbagai penyeliaan kepada kanak-kanak kurang
dilakukan. Pihak kediaman juga hanya berharap pelajar-pelajar dari Institut
Pengajian Tinggi awam mahupun Swasta menjalankan sebarang aktiviti yang
mampu memberi input-input kepada kanak-kanak di Kediaman Abu Nur.

16
7.3 Kesan Perkembangan Sosial Kanak-kanak

Kesan perkembangan sosial kanak-kanak di Kediaman Abu Nur terbahagi


kepada dua iaitu kesan Negatif dan juga kesan positif.

7.3.1 Kesan Positif

17
Kesan positif yang pertamanya ialah nasib kanak-kanak yang terabai ini dapat
diberi tempat perlindungan. Tamabahan pula kanak-kanak ini merupakan kanak-
kanak yang terdiri daripada kanak-kanak pernah didera, dirogol oleh keluarga
kandung sendiri , anak yatim dan juga kanak-kanak dari keluarga yang miskin.
Dengan penempatan mereka di Kediaman Abu Nur kanak-kanak ini akan lebih
terjamin keselamatan fizikal dan mental mereka.
Kesan positif yang kedua ialah kanak-kanak ini dididik dengan nilai-nilai
keagamaan. Nilai-nilai keagamaan perlu diterpakkan agar kanak-kanak ini tidak
melakukan perkara-perkara yang dilarang agama dan sekaligus menjadikan
mereka liar. Kanak-kanak ini diberi bimbingan kaunseling dan diajarkan ilmu
agama oleh ustaz yang secara sukarela menyumbangkan tenaga untuk
pengajaran kepada kanak-kanak di Kediaman Abu Nur. Melalui pemerhatian
saya kanak-kanak di kediaman Abu Nur lebih mendekatkan diri kepada ilmu
keagamaan. Kediaman ini mengamalkan amalan solat berjemaah dan semua
kanak-kanak di kediaman tersebut wajib menunaikannya secara berjemaah.
Ustaz Latif juga akan mengajar kanak-kanak di kediaman tersebut mengaji Al-
Quran. Hasil kajian saya mendapati kesemua kanak-kanak disini boleh
membaca surah Al-Fatihah dengan lancar. Penerapan ilmu keagamaan tidak
diabaikan oleh pihak pentadbiran disini untuk mendidik kanak-kanak di
Kediaman Abu Nur ini menjadi insane yang kaya dengan unsur kerohanian.
Kesan Positif yang ketiga ialah kanak-kanak disini berpeluang untuk menerima
pendidikan seperti kanak-kanak yang lain. Mereka dibekalkan buku rujukan dan
sebagainya. Kanak ini juga diberi kemudahan kelengkapan persekolahan yang
lengkap agar memudahkan mereka dalam urusam pembelajaran. Malah kanak-
kanak kediaman Abu Nur diberi belanja harian sebanyak RM 2 setiap seorang
yang pada kiraan saya sudah cukup mewah untuk mereka. Kanak-kanak di
kediaman Abu Nur bebas melakukan aktiviti riadah mengikut kemahuan mereka.
Seterusnya ialah kanak-kanak juga diajar cara hidup berdikari dan hidup
sebagai sebuah keluarga dan belajar untuk bertolak ansur derta tolong menolong
antara satu sama lain demi memupu budaya penyayang dalam kehidupan

18
b
H
u
g
y
t
p
k
h
s
e
n
a
ir
d
-
mereka. Kanak-kanak di kediaman Abu Nur ini perlu hidup sebagai sebuah
keluarga dan perlu mengikut peraturan yang telah disediakan di kediaman ini.

7.3.2 Kesan Negatif Kepada Perkembangan Sosial

Pertamanya ialah pergaulan sesama mereka sekiranya tidak dikawal akan


menjadikan mereka hidup berpuak-puak dan tidak mempedulikan rakan-rakan
yang lain mereka juga akan mudah menimbulkan salah faham diantara mereka.
Ini kerana kehidupan secara berasrama ini tidak kesemua kanak-kanak boleh
menyesuaikan diri mereka. Tambahan pula kanak-kanak masih tidak faham
dengan amalan hidup bertolak ansur dan kekeluargaan ini kerana kanak-kanak
di kediaman Abu Nur dating dari pelbagai latar belakang.

Keduanya ialah kekurangan kasih saying. Kanak-kanak dikediaman Abu Nur ini
banyak menimbulkan masalah di sekolah. Ini kerana mereka menginginkan
perhatian keran mereka kekurangan kasih saying. Pernah terjadi kes di mana
seorang kanak-kanak di kediaman Abu Nur ini melarikan diri balik ke rumah
kerana rindukan ibunya tetapi dihantar kembali ibunya di kediaman ini kerana
factor kemiskinan keluarga. Kanak-kanak yang kuran kasih saying akan

19
memberontak dan melakukan tindakan-tindakan yang di luar kawalan seperti
bergaduh dan sebagainya.

Seterusnya ialah rasa rendah diri dan disisihkan. Kediaman Abu Nur telah
dikenali di kawasan Pangkalan Hulu untuk menempatkan kanak-kanak yang
bermasalah. Oleh yang demikian walaupun kanak-kanak ini telah berubah
menjadi kanak-kanak yang baik nilainya, pada masyarakat kanak-kanak ini
dipandang sebagai kanak-kanak yang bermasalah. Tambahan pula pihak
sekolah juga kadangkala menjadikan kumpulan kanak-kanak ini sebagai sasaran
sekiranya berlaku kes kecurian dan sebagainya. Guru juga bertindak
menyisihkan kanak-kanak ini sehinggakan mereka memberontak dan merasakan
diri mereka tidak berguna. Keadaan ini akan member kesan pertumbuhan mental
yag kurang sihat kepada kanak-kanak ini.

8.0 Kajian Masa Depan

Peranan Ibu Bapa

Ibu bapa mahupun penjaga untuk kanak-kanak di Kediaman Abu Nur ini tidak
seharusnya memberikan tanggungjawab sepenuhnya kepada pihak pentadbiran
semata-mata mereka juga perlu member sokongan dan penyeliaan pada anak-
anak di kediaman Abu Nur. Adalah mustahil untuk pihak pentadbiran member
perhatian penuh kepada setiap orang kanak-kanak di kediaman Abu Nur
tambahan pula dengan bilangan kaki tangan yang sedikit sahaja. Bagi ibu bapa
yang anaknya berhubungan sosial dengan segelintir kanak-kanak di Kediaman
Abu Nur, ibu bapa ini janganlah cepat melatah dan tidak membenarkan anak
mereka bergaul dengan kanak-kanak di Kediaman Abu nur sebaliknya mereka
turut memainkan peranan dalam member nilai kesedaran serta sedikit kasih
sayang untuk kanak-kanak tersebut menumpang kasih.

20
Peranan Masyarakat

Masyarakat perlu peka dengan keadaan di Kediaman Abu Nur dan sentiasa
bermurah hati untuk memberikan bantuan kepada mereka. Ini kerana
masyarakat perlu memainkan peranan penting agar kanak-kanak ini tidak
merasakan diri mereka disisihkan sebalikya mereka akan merasakan masih lagi
ramai yang mengambil berat akan diri mereka. Keadaan ini secara tidak
langsung member semangat kepada mereka untuk meneruskan kehidupan
tanpa rasa rendah diri. Bantuan bukan hanya kewangan semata-mata tetapi
bantuan dari segi mental dan sebagainya. Contohnya bersama-sama kanak-
kanak ini dalam aktiviti bergotong dan sebagainya.

Peranan Pihak Sekolah dan pendidik.

Pihak sekolah merupakan media pendidikan untuk kanak-kanak ini. Pihak


sekolah tidak seharusnya mengabaikan kanak-kanak ini sebaliknya member
tumpuan yang lebih kepada mereka ini kerana kanak-kanak bermasalah
memerlukan perhatian. Pihak sekolah tidak seharusnya menunjukkan sikap berat
sebelah kepada mereka. Kanak-kanak di kediaman Abu Nur merupakan kanak-
kanak yang terbiar namun mereka ada keinginan untuk Berjaya dan belajar oleh
itu pihak sekolah perlulah member bantuan kelas tambahan dan para guru
perlulah meluangkan sedikit masa untuk kanak-kanak ini agar mereka tidak
ketinggalan dan berpeluang untuk mempertingkatkan lagi kemahiran mereka.
Mereka juga akan merasakan diri mereka dihargai.

21
Peranan Kerajaan.

Pihak kerajaan perlu meneliti semula dan mengkaji semula dasar perlindungan
kanak-kanak. Kerajaan perlu mempertingkatkan lagi bantuan kepada badan-
baadan NGO yang telah memberikan perlindungan kepada kanak-kanak. Pihak
kerajaan perlu menyalurkan dana mengikut keperluan agar memudahkan lagi
pihak pengurusan. Pihak kerajaan perlu menyiarkan tempat sebegini dalam
massa agar mudah orang memberi perhatian kepada tempat-tempat
perlindungan kanak.

Peranan Pihak Pengurusan Kediaman Abu Nur.

Pihak pengurusan harus mempertingkatkan lagi tahap kecekapan dalam


pentadbiran. Sekiranya terdapat kelemahan dalam pentadbiran tidak mustahil
Kediaman Abu Nur akan ditutup tambahan pula peruntukan kewangan tidak
banyak. Pihak pengurusan perlu lebih aktif dalam meminta bantuan dan
peruntukan agar sumber kewangan tidak akan terus terputus begitu sahaja.

Kesimpulan.

Kesimpulannya ialah kanak-kanak merupakan golongan yang harus diberi


perhatian dan perlindungan agar mereka berada dalam keadaan yang selamat.
Walaubagaimanapun ini bukan lah tugasan kerajaan dan segelintir pertubuhan
badan kebajikan semata-mata sebaliknya tugas untuk semua masyarakat.

22
Refleksi

Saya menerima tugasan Pengajian Sosial Sekolah Rendah ini daripada


pensyarah saya iaitu En. Kamaruddin bin Ramli pada 19 Julai 2010 dan
dikendaki menghantar tugasan tersebut pada 23 September 2010.Pada hari
tersebut, En. Kamaruddin telah memberi taklimat mengenai tugasan
tersebut.Untuk tugasan tersebut, kami dikehendaki menyiapkan tugasan
mengenai Projek Kewarganegaraan.

Saya menghadapi beberapa masalah dalam menyiapkan tugasan ini.Saya


memulakan tugasan ini dengan mencari maklumat mengenai kaedah pengajaran
melalui internet.Kemudian, saya mencuba untuk mencari maklumat di majalah,
buku-buku rujukan jurnal.Namun, saya hanya mendapat maklumat daripada
internet dan buku-buku rujukan sahaja. Pada awalnya, saya amat tidak
memahami tugasan yang diberikan kerana skop soalan yang diberikan begitu
meluas iaitu mengenai kaedah pengajaran. Namun, setelah berbincang bersama
En.Kamaruddin dan rakan-rakan yang lain, sedikit sebanyak telah menambah
pemahaman dan memudahkan saya mengenai tugasan yang diberikan

Daripada tugasan ini, saya dapat menambah pengetahuan dan


pengalaman.Contohnya,melalui tugasan yang dberikan ini, saya dapat
mempelajari mengenai kehidupan sosial dan ekonomi kanak-kanak Abu Nur dan
menyelami masalah mereka dengan lebih mendalam lagi.Setelah selesai
menyiapkannya barulah saya sedar bahawa betapa pentingnya untuk kita saling
membantu mereka yang memerlukan ini.Pengetahuan seperti ini sangat berguna
untuk saya.Akhir sekali, saya dapat menggunaan pengetahuan dan pengalaman
ini untuk dikongsi bersama dengan para pelajar di sekolah suatu hari kelak.Oleh
itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Kamaruddin dan
rakan -rakan yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bantuan kepada saya.

23
Bibliographi

Profil 2010 Kediaman Abu Nur Pusat Jagaan Warga Emas dan Anak
Yatim/Kurang Bernasib Baik.

http://www.japem.gov.bn/KHKK/KHKK.htm

http://amaljaya.com/guru/2010/01/19/faktor-faktor-yang-mempengaruhi-
perkembangan-kanak-kanak/

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?
option=com_content&view=article&id=4722:dasar-kanak-kanak-negara-
&catid=88:dasar-dasar-negara

24

Anda mungkin juga menyukai