Anda di halaman 1dari 4

SINOPSIS THE PHANTOM PREGNANCY

Kisah “The Phantom Pregnancy” mengisahkan tentang seorang guru yang


bernama Barbara Thompson sedang berasa bimbang tentang anak muridnya yang
bermasalah iaitu Teri Leigh. Teri Leigh merupakan seorang murid berpendidikan khas.
Teri Leigh juga merupakan seorang murid yang menjadi mangsa rogol teman lelaki
ibunya. Teman lelaki ibunya telah dipenjarakan akibat perbuatan tidak bermoralnya
terhadap Teri Leigh. Namum, ibu Teri Leigh telah berkahwin dengan lelaki tersebut
dengan meninggalkan Teri Leigh berserta dua orang adiknya di rumah ibu angkat yang
berlainan. Teri Leigh telah dipisahkan daripada kedua – dua orang adiknya.

Teri Leigh ini merupakan seorang murid pendidikan khas yang tidak dapat
mengawal emosi dan tingkah lakunya. Dia juga mempunyai masalah “learning diabiliti”
yang membuatkannya tidak dapat belajar seperti kanak – kanak lain. Selain itu, Teri
Leigh juga mempunyai rekod mahkamah yang mengatakan bahawa dia mendengar
suara halus disekelilingnya. Namum, Barbara merasakan bahawa Teri Leigh cuma
memberitahu perkara – perkara yang diimaginasi olehnya dan bukan mendengar suara
halus seperti yang dikatakan oleh mahkamah. Teri Leigh pada ketika itu berumur 12
tahun namun dia tidak kelihatan begitu serta tidak matang seperti seorang murid
berusia 12 tahun. Selain itu, Barbara juga mendapati bahawa Teri Leigh seorang murid
yang berkelakuan dan berdisplin baik semasa berada di kelasnya. Barbara mengajar
matapelajaran “sex education”. Di samping itu, Barbara juga mendapati bahawa
matapelajaran “sex education” ini tidak dapat diajar secara normal serta memerlukan
kaedah pengajaran yang berbeza untuk Teri Leigh yang pernah menjadi mangsa rogol
teman lelaki ibunya. Namun, cadangan yang dikemukakan kepada pihak pentadbir
serta guru pendidikan khas Teri Leigh iaitu Kay Middleton tidak dipersetujui.

Pada suatu hari, Barbara telah mengajar anak muridnya tentang asas mengandung
serta kelahiran seorang bayi. Dua hari selepas pengajarannya di kelas, seramai tiga
orang murid perempuan telah memberitahunya bahawa Teri Leigh pernah memberitahu
mereka yang dia ingin mengandung. Barbara berasa terkejut semasa mendengar cerita
yang diberitahu oleh tiga orang anak muridnya tetapi dia tidak menunjukkan
perasaannya kepada mereka. Barbara juga bercadang untuk tidak memperbesarkan
perkara itu kerana Teri Leigh tidak pernah berjumpa dengannya secara bersendirian
untuk berbincang tentang hal ini.

Selain itu, Barbara juga mendapati bahawa Teri Leigh mula membawa pakaian bayi
ke sekolah dan mula bercakap secara berahsia dengan murid – murid perempuan
dikelasnya. Pada suatu hari semasa waktu rehat, akhirnya Teri Leigh memberitahu
Barbara yang dia yakin yang dia mengandung. Barbara pun menanyakan kepada Teri
Leigh sebab yang membuatkannya berasa begitu. Teri Leigh dengan bersungguh –
sungguh memberitahu Barbara bahawa dia mengandung atas perbuatan terkutuk yang
pernah dilakukan oleh teman lelaki ibunya beberapa tahun lepas. Barbara pun
beberapa kali memberitahu Teri Leigh bahawa kejadian itu sudah lama berlaku dan ia
tidak mungkin membuatkannya mengandung tetapi Teri Leigh tetap yakin yang dia
sedang mengandung. Barbara juga sedar bahawa perkara perlu diselesaikan dengan
segera namum dia tidak dapat menguruskan masalah itu seorang diri. Malangnya,
Barbara juga tidak boleh berhenti setakat itu malah dia perlu bergerak mencari jalan
menyelesaikan masalah itu.

Selepas dua minggu kejadian itu, Teri Leigh telah memberikan gambar bogelnya
yang diambil oleh kakak angkatnya kepada dua orang budak lelaki sekolah menengah.
Kedua – dua orang budak lelaki tersebut telah memberikan gambar tersebut kepada
pemandu bas lalu pemandu bas membawa kedua – dua mereka iaitu Teri Leigh dan
kakak angkatnya kepada pengetua sekolah mereka iaitu Bob Farris. Bob Farris pun
terus memanggil ibu angkat Teri Leigh untuk memberitahu masalah itu. Ibu angkat Teri
Leigh memberitahu Bob Farris bahawa dia telah memberikan amaran kepada mereka
untuk mengoyakkan gambar tersebut namun mereka ingkar. Di samping itu, ibu angkat
Teri Leigh juga memberitahu bahawa dia tidak berminat untuk berbincang tentang
masalah itu dengan Teri Leigh.

Pengetua sekolah itu, Bob Farris merasakan bahawa kes itu perlu diselesaikan
dengan segera dan Barbara merupakan orang yang paling sesuai untuk menyelesaikan
masalah itu. Hal ini disebabkan oleh Barbara mengajar matapelajaran “Family Life
Curriculum” yang merangkumi “sex education”. Kemudian, Barbara telah dipanggil ke
pejabat dan diberitahu tentang masalah itu. Barbara juga telah diberikan beberapa
risalah yang berkaitan dengan sesi kaunseling yang bakal diadakan dengan Teri Leigh.
Barbara juga merasakan masa selepas waktu persekolahan merupakan waktu yang
paling sesuai untuk berbincang dengan Teri Leigh tanpa sebarang gangguan. Barbara
mula membimbing Teri Leigh ke jalan yang betul tanpa sebarang pesongan. Selain
menggunakan nasihat dan risalah, Barbara juga menggunakan suara hatinya sendiri
untuk membimbing Teri Leigh. Barbara juga bercakap dengan Teri Leigh seperti
bercakap dengan anaknya sendiri iaitu Keshia. Perbincangan antara Barbara dengan
Teri Leigh itu telah dimulakan dengan soalan Barbara yang menanyakan kepada Teri
Leigh sebabnya memberi gambar bogel kepada dua orang budak lelaki. Teri Leigh
tanpa segan malu dan berterus terang memberitahu Barbara bahawa dia ingin
mengadakan hubungan sex dan mempunyai anak. Teri Leigh meneruskan
perbincangan itu dengan mengatakan yang dia ingin budak – budak lelaki tersebut
menyukainya serta ia merupakan salah satu cara yang terbaik untuk menjadi popular di
kalangan mereka.

Barbara dengan perasaan penuh sabar memberi respon kepada Teri Leigh dalam
perbincangan itu, tentang kesan yang bakal dihadapi sekiranya dia mempunyai seorang
bayi. Barbara juga memberi nasihat kepada Teri Leigh dengan mengaitkan tentang
kehidupannya iaitu bagaimana kedua – dua orang anaknya (Keshia dan Shawn)
bemakna kepadanya serta masa yang dapat diluangkan olehnya kepada mereka.
Barbara menambah dengan memberitahu Teri Leigh yang dia berusia 27 tahun semasa
mendapat seorang bayi bukannya 12 tahun seperti Teri Leigh. Selain itu, Barbara juga
menekankan bahawa membesarkan seorang bayi bukanlah satu perkara yang mudah
serta memerlukan penumpuan dan perhatian yang sepenuhnya untuk membentuk
mereka menjadi seorang insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
juga intelek. Banyak pengorbanan juga diperlukan dalam membesarkan seorang bayi.

Di samping itu, Barbara juga memperingatkan Teri Leigh tentang bahaya penyakit
AIDS yang boleh membawa maut jika Teri Leigh mengadakan hubungan sex dengan
sesiapa sahaja. Teri Leigh mula percaya dengan kata – kata Barbara tentang bahaya
penyakit tersebut. Sekarang, Barbara menggunakan alasan itu bagi cuba mengelakkan
Teri Leigh daripada terlibat dalam perbuatan seksual. Tambahan lagi, Berbara juga
bercakap dengannya tentang penyakit – penyakit yang boleh dijangkiti atau didapati
dengan mengadakan hubungan seksual ini.

Namum begitu, Teri Leigh tetap dengan pendiriannya untuk mengandung walaupun
dia telah diberi sesi kaunseling dan perbincangan oleh Berbara, Barbara sedar bahawa
perkembangan dan kematangan Teri Leigh memainkan peranan serta mengatasi
penderaan seksual yang pernah dialami olehnya. Selain itu, Barbara juga sedar
bahawa dia gagal untuk menyedarkan Teri Leigh yang usia 12 tahun bukanlah satu usia
yang sesuai untuk mendapatkan seorang bayi. Hal ini disebabkan oleh penderaan yang
dihadapi olehnya sejak kecil akibat perbuatan teman lelaki ibunya serta perpisahannya
Teri Leigh daripada keluarganya. Kekurangan perhatian dan kasih sayang ini yang
membuatkan Teri Leigh bertindak sedemikian.

Anda mungkin juga menyukai