Anda di halaman 1dari 3

Yang dihormati,

Tn Hj Mohd Ali Hanapiah Bin Ali Murtada,


YDP Persatuan Ibu Bapa & Guru,
SK Kg. Rinching

Penyumbang-penyumbang/Tetamu Jemputan/ Ibu Bapa yang dihormati sekalian

Ahli-ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa

Yang Berusaha
Encik Razak Bin Said,
Guru Besar SK Kg. Rinching

Barisan guru-guru penolong kanan


Puan Latifah Binti Said,
Guru Penolong Kanan pentadbiran

Encik Joseph Lincoln A/L J. Samuel,


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

Puan Jamaliah Binti Abd Hamid,


Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum,

Rakan-rakan guru,
Serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh......

Selamat datang kami ucapkan,


Ucapan bismillah pembuka acara

Kita mulakan majlis kita pada hari ini dengan bacaan Ummul Kitab- Al-Fatihah

Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan ke hadrat ilahi, Tuhan Yang Maha Esa,
kerana dalam kita meniti Ramadhonul Kareem yang penuh keberkatan ini, dapat kita
dipertemukan dalam Program Perdana Berbuka Puasa, SK Kg. Rinching bagi tahun
2016 Masihi bersamaan 1437 Hijrah.
Ramadhan merupakan bulan yang dikurniakan ribuan kali ganda pahala ibadah
yang tidak terdapat pada bulan-bulan yang lain. Bulan ini juga bulan doa hambanya
diterima, bulan diterima keampunan dan taubat, bulan penuh keredhaan Allah.
Allah telah berfirman.
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana
diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,
(surah al-baqarah ayat 183)

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,


Untuk memberkati lagi majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya,
menjemput
Al Fadhil Ustaz Rusli Bin Yusuf
untuk memimpin bacaan doa.
Majlis dengan ini mempersilakan
Terima kasih diucapkan kepada Al Fadhil Ustaz
atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian

Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:Sedekah yang paling utama adalah


sedekah pada bulan Ramadhan.
Hadis Riwayat at-tirmidzi

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian


Majlis seterusnya menjemput , Tn Hj. Mohd Ali Hanapiah bin Ali Murtada YDP PIBG
ke hadapan dengan diiringi Encik Razak Bin Said, Guru Besar SK Kg. Rinching
untuk menyampaikan Agihan Sumbangan kepada Anak-Anak Yatim dan Miskin
SK Kg. Rinching.
Terima kasih kepada Tn Hj. Mohd Ali Hanapiah Bin Ali Murtada dan Encik Razak Bin
Said atas penyampaian sumbangan anak-anak yatim dan miskin sebentar tadi.

Di sini, saya mahu mengambil kesempatan mewakili pihak sekolah, berbesar hati
merakamkan kesyukuran dan setinggi-tinggi penghargaan kepada para
penyumbang yang telah banyak menabur bakti dan jasa untuk meraikan anak-anak
yatim dan miskin serta penganjuran majlis berbuka puasa bersama-sama pada hari
ini. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian. Terima kasih sekali lagi.

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,


Untuk makluman
Kita akan berbuka puasa dengan kurma dan air mineral terlebih dahulu. Seterusnya
kita akan solat maghrib berjemaah, makan malam pada jam 8, solat isyak
berjemaah, solat hajat berjemaah, solat terawih, tazkirah dan akhir sekali moreh.
Para hadirin dijemput bersama-sama mendirikan solat berjemaah yang akan di
adakan di dewan sebentar lagi.

Majlis berehat seketika bagi persediaan untuk berbuka puasa.


Bagi membacakan doa berbuka puasa majlis menjemput Saudara ______________
Dipersilakan.

Azan Maghrib bakal berkumandang sebentar lagi, dijemput saudara_____________


mengazankan azan maghrib dan menandakan telah masuk waktu berbuka.
Dipersilakan.

Anda mungkin juga menyukai