Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN PERASMIAN YB DATUK HJ.

JOHAN BIN ABDUL AZIZ

BISMILAHIRAHMANIRAHIM
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia.
Yang berusaha Encik Razak Bin Said, Guru Besar SK Kg. Rinching,
Yang dihormati Tuan Hj Shamsudin b. Md Yassin, Yang Dipertua PIBG
SK Kg. Rinching,
Guru-guru Penolong Kanan,
Guru-guru,
AJK PIBG,
Para ibu bapa serta murid-murid yang diraikan sekalian.

Bersyukur kita kerana pada pagi yang mulia ini dapat kita bersama-sama menghadiri
Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik SK Kampong Rinching bagi tahun 2014.
Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak sekolah kerana
berjaya mengadakan program ini sebagai satu program tahunan di sekolah demi
kepentingan murid-murid. Walau apa pun nama yang diberi untuk majlis seperti ini,
yang pasti Majlis Anugerah Cemerlang merupakan satu majlis khas untuk meraikan
murid-murid yang telah membuktikan kecemerlangan mereka dalam bidang
akademik khususnya pada peringkat UPSR. Syabas dan tahniah saya ucapkan
kepada murid-murid cemerlang SK Kg. Rinching.

Saya amat percaya bagi melahirkan murid-murid yang cemerlang, banyak agenda
dan usaha yang telah direncanakan oleh pihak sekolah bersama Persatuan Ibu
Bapa dan Guru untuk mencapai hala tuju yang telah digariskan dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia.

Sasaran untuk membawa pendidikan negara mencapai standard pendidikan


berkualiti di peringkat antarabangsa perlu digalas semua pihak. Pelbagai program
diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran seperti Sarana Ibu Bapa dan Sarana
Sekolah sebagai platform untuk meningkatkan penglibatan ibu bapa dengan
pembelajaran anak-anak serta menggalakkan penglibatan komuniti dengan sekolah.
Inisiatif ini selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 20132025 dimana salah satu daripada 11 anjakan iaitu menyediakan pendidikan
berkualiti dengan kerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara
meluas.

Hadirin yang dihormati,


Usaha menjadikan para pelajar sebagai peneroka ilmu dan bukan sekadar pengikut
amat penting bagi mempersiapkan generasi muda dengan keperluan abad ke-21.
Selama ini, kita beranggapan penglibatan ibu bapa dengan pembelajaran anak-anak
mereka di sekolah berlaku secara semula jadi. Namun, dengan perubahan zaman
dan cabaran semasa, usaha secara bersepadu dan bersungguh-sungguh melalui
satu kaedah perlu dilakukan oleh semua lapisan masyarakat supaya dapat
menyumbang kepada kejayaan anak-anak. Sepatutnya, ibu bapa menitikberatkan
soal pembelajaran anak-anak secara berterusan bukan sahaja di sekolah tetapi juga
di rumah.

Kepada para pendidik pula, orang ramai terutama ibu bapa sentiasa mengukur
pencapaian anda berdasarkan standard kualiti yang telah anda janjikan. Anda
jangan cepat berasa puas dengan pencapaian anda pada hari ini. Sebagai seorang
pendidik, anda mesti sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan agar
perkhidmatan pendidikan akan menjadi contoh kepada perkhidmatan yang lain.
Seperti yang kita semua sedia maklum, murid-murid merupakan tiang negara dan
bakal pemimpin negara. Jadi asuhan, bimbingan dan dorongan dari segi semua
aspek kehidupan dari peringkat awal lagi adalah amat penting. Pencapaian mereka
dari

segi

akademik

sahaja

tidak

memadai.

Malahan

pembangunan

dan

perkembangan yang tinggi dalam aspek keperibadian dan sahsiah diri juga adalah
perlu diberi perhatian yang

sama berat.

Hadirin Sekalian,
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah
kepada murid-murid yang akan menerima hadiah nanti atas pencapaian mereka dan
diharapkan pencapaian kecemerlangan tersebut tidak berakhir di sini sahaja.
Teruskanlah kecemerlangan itu sampai bila-bila. Segala kejayaan ini tidak
seharusnya melekakan kita. Benar kita telah mencipta banyak kejayaan, tetapi ini
tidak bermakna bahawa kita boleh selesa berpeluk tubuh mengharapkan setiap
kejayaan yang dicipta pada masa lalu akan berulang dengan sendirinya pada masa
hadapan. Hakikatnya, kita sedang menghadapi pelbagai cabaran era baru yang
menuntut supaya kita sentiasa bersedia meneroka ilmu terkini, melakukan inovasi
dan berusaha untuk melangkaui sempadan kecemerlangan.

Akhir kata, sebelum saya mengundur diri, tahniah sekali lagi buat para penerima
anugerah, guru-guru yang berdedikasi dan para ibu bapa yang penuh komited
menyokong kecemerlangan anak-anak. Terima kasih sekali lagi kerana sudi
mengundang

saya

ke

majlis

yang

penuh

bermakna

ini.

Dengan

lafaz

Bismilahirahmanirahim, saya merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan SK


Kampong Rincing bagi tahun 2014.

Sekian. Wabillahitaufik walhidayah wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Anda mungkin juga menyukai