Anda di halaman 1dari 11

Sinopsis Cerpen Lambaian Daun-Daun Kelapa oleh Sahul Hamid Salim Mastan

Cerpen Lambaian Daun-daun Kelapa karya Sahul Hamid

Salim

Mastan yang

mengisahkan tentang sifat hasad dengki manusia terhadap manusia yang lain.Sememangnya
lumrah kehidupan, manusia sememangnya tidak puas dengan apa yangdimiliki. Perasaan iri hati
sering membuak-buak di dalam hati sanubari, apabila iblis bermaharaja di minda dan syaitan
bertakhta di hati pelbagai tindakan di luar jangkaan minda boleh terjadi.Begitulah nasib yang
menimpa Nayan yang merupakan seorang bapa dan suami kepada sebuah keluarga yang miskin.
Nayan gigih memerah keringat bagi menyara keluarga dengan mengambil upah memetik buah
kelapa. Daripada pendapatannya itulah dia mampu membeli beras, ikan dan keperluan dapur yang
lain. Namun manusia memang tidak mampu dipisahkan dengan perasaan hasad dengki, begitulah
yang terjadi kepada Nayan apabila kakinya tercedera akibat dipukul oleh Semail apabila merasakan
Nayan cuba mendominasi punca rezekinya.

Nayan yang berusaha kuat dan ikhlas dengan mengambil upah memetik buah kelapa di
ladang kampungnya telahdisangka buruk oleh Semail.Kini Nayan menderita apabila dia tidak lagi
mampu menyara keluarganya, diamerasakan dirinya tidak lagi berguna sebagai seorang suami
mahupun bapa. Isterinyaterpaksa berhutang keperluan dapur dengan kedai runcit dan menebal
muka memintabelas dengan saudara mara terdekat demi memastikan mulut-mulut dirumahnya
dapatdisuap setiap hari. Nayan berasa malu dengan tindakan isterinya, kalau diikutkan hatiingin
sahaja dia menghalang isterinya dari meminta belas daripada orang lain. Tetapi apakan daya, apabila
mengingatkan anak-anak, isteri mahupun dirinya sendiri yangperlu makan setiap hari dia terpakasa

membenarkan isterinya walaupun dengan berat hati.Nayan dengan ikhlas berdoa kepada Illahi
mengharapkan kakinya sembuhdengan cepat. Dia membayangkan dirinya yang dahulu, dia
menunggu saat-saat bahagia apabila kakinya sudah sembuh. Waktu itu dia akan berjalan tanpa
menggunakan tongkat ketiaknya. Langkahnya kukuh dan tidak menyakitkan seperti sekarang.
Dia dengan gagah memanjat kembali pohon-pohon kelapa, dia akan kembali mendapat upah seperti
dahulu. Waktu itu dia benar-benar menjadi seorang pahlawan keluarga, dia tidak perlu lagi
membenarkan anak isterinya meminjam beras dan keperluan harian daripada mana-mana orang di
kampung.

Di suatu petang Nayan mengelamun seketika, namun lamunannya terhentiapabila adiknya


Leman melaung namanya. Abang ! Tengok ni bang teriak Leman darijauh. Nayan tersentak apabila
melihat Semail sedang diheret oleh Leman dengan tanganya diikat kukuh dengan tali. Ini dia bang
orang yang patahkan kaki abang.Sekarang giliran abang pula patahkan kakinya Leman cuba
mengapikan perasaan Nayan dengan mengungkit dendam kesumat yang telah lama terbuku di hati.
Nayan dengan perlahan-lahan berjalan menuju ke bawah pohon sukun, dicapainya batang jambu
sebesar lengan dan menghampiri Semail.Semail yang berada kukuh dalam pegangan Leman, kini
meronta-ronta hendakmelarikan diri. Mukanya pucat lesi, kedutan dan keretakan dimukanya
jelasmenunjukkan perasaan takut dan cemas yang sedang menyulubungi dirinya.Merasakan
rontaan yang dilakukan oleh Semail, Leman bertindak dengan mengukuhkan lagi peganganya.
Leman cuba menimbulkan provokasi, dia sudah tidaksabar lagi hendak melihat Nayan membelasah
kaki Semail. Nayan menghayun batang jambu tapi kemudiannya berhenti. Kemudian batang jambu
itu dilemparkan ke tanah.

Nayan tidak sanggup melihat penderitaan yang dialaminya bersama keluarga


menimpaSemail. Nayan perlahan-lahan beredar dari situ, dia terasa muka tersembam dibahunya.
Sungguh dia tidak menyangka Semail menangis teresaka-esak di bahunya.Nayan hanya mampu
mendiamkan diri

GAYA BAHASA

Gaya bahasa memainkan peranan yang sangat penting dalam setiap karya penulisan
samada puisi, cerpen mahupun novel. Gaya bahasa merupakan salah satucara untuk penulis bagi
menyampaikan buah fikiran dan pandangan mereka terhadapsesuatu perkara dengan lebih
berkesan. Pengunaan gaya bahasa mampu memberkan impak yang lebih berkesan kepada para
pembaca.

Gaya bahasa yang terdapat dalam novel ini ialah personifikasi, sinkof, dan asonansi.
Personifikasi merupakan perlambangan sifat-sifat manusia yang diberikan kepada benda
tidak bernyawa atau sesuatu yang abstrak, contohnya emosi, hasrat, perasaan dan
pertuturan. Perkataan personifikasi (personification) sebenarnya berasal daripada
bahasa Yunani, "prosopopoeia". Sinkof pula merupakan sinkatan kata manakala
asonansi merupakan penggunaan pengulangan bunyi vocal dalam deretan kata.

Gambaran yang ingin disampaikanoleh penulis dapat ditafsir dengan jelas oleh pembaca.
Selain pada itu, gaya bahasamampu memberikan pembaca peluang untuk berimaginasi sebagai
contoh penggunaanhiperbola seperti cintaku kepadanya cinta jutaan bunga-bunga. Di samping itu,
gayabahasa juga mampu membuat sesuatu karya itu tampak lebih menarik sekaligusmenarik minat
para pembaca untuk meneruskan bacaan mereka

Di dalam cerpen, Lambaian Daun-daun Kelapa gaya bahasa personifikasi kerap digunakan
oleh penulis. Sebagai contoh Daun-daun kelapa melambai-lambai dipukul angin pagi. Dapat kita

lihat disini pemberian sifat

manusia telah diberikan kepada daun-daun kelapa dan angin.

Penggunaan personifikasi bertujuan untuk memberikan imej yang jelas kepada para pembaca,
dengan ini pembaca dapat membayangkan keadaan sebenar yang ingin disampaikan oleh penulis.
Ini kerana sifat manusia lebih mudah dibayangkan oleh para pembaca.

Penggunaan gaya bahasa sinkof turut digunakan oleh penulis di dalam cerpen ini. Contohnya
Tak dapat panjat pokok kelapa dan Mak, beras dah habis, penulis menggunakan sinkof
bertujuan untuk menunjukkan monolog dalaman dan dialog lebih realistik dan tidak terlalu
formal.Seterusnya penggunaan imejan iaitu imej alam, penulis menggunakan imej alamuntuk
menggambarkan latar tempat yang ingin disampaikan di dalam cerita tersebut. Imej alam seperti
pohon-pohon kelapa, ladang kelapa dan sungai menunjukkan latar tempat yang berlatar
belakangkan sebuah kampung yang dikelilingi oleh pohon-pohon kelapa.

Selain itu, imej alam juga digunakan oleh penulis untuk menunjukkan latar masyarakat,
berdasarkan imej alam yang diberikan oleh penulis pembaca dapat menggambarkan masyarakat
kampung yang bergiat dalam industri pertanian.Seterusnya gaya bahasa hybrid iaitu penyatuan dua
kata menjadi satu kata turut digunakan. Sebagai contoh, sesekali dia berasa dirinya bagai suami
yang tidak bertanggungjawab. Perkataan bertanggungjawab berasal dari perkataan tanggung
+jawab.

Penggunaan gaya bahasa asonansi iaitu pengulangan bunyi vocal turutdigunakan oleh
penulis. Sebagai contoh tapi sakit lagi hatinya, iaitu pengulangan bunyi vocal I dan a . Tujuan
asonansi adalah untuk menghasilkan kesan kemerduan di samping itu melenturkan bunyinya supaya

lembut dan menarik. Seterusnyapenggunaan anafora iaitu pengulangan kata di awal baris. Sebagai
contoh, Dia berasa dia berada di puncak pohon kelapa. Dia dengan riang mencantas pelepah
daun kelapa. Dia dengan gembira meluruhkan buah-buah kelapa. Dapat kita lihat
disinipengulangan kata dia telah diulang sebanyak tiga kali oleh penulis.

Kesantunan Bahasa

Mengikut kamus dewan , kesantunan membawa maksud kehalusan ( budi bahasa atau
budi pekerti) manakala berbahasa membawa maksud memakai atau menggunakan bahasa. Maka
kesantunan bahasa dapat didefinisikan sebagai kehalusan budi bahasa dalam memakai atau
menggunakan bahasa. Kesantunan bahasa dapat dibahagikan secara verbal dan tidak verbal, iaitu
bahasa sapaan, protocol dan bahasa tubuh. Kesantunan bahasa di dalam cerpen amatlah penting
kerana dengan cara ini nilai-nilai budi bahasa dan pekerti mulia dapat diserapkan secara halus
kepada para pembaca.

Kesantunan bahasa yang terdapat di dalam cerpen mampu memberikan impak mendalam
kepada para pembaca. Di dalam cerpen ini terdapat beberapa kesantunan bahasa yang ingin saya
nyatakan.Pertama dari segi verbal, iaitu secara pertuturan. Penulis telah menerapkan beberapa
kesantunan bahasa di dalam cerpen beliau. Sebagai contoh, Ya Allah sembuhkan kakiku cepatcepat supaya aku dapat panjat pohon kelapa ambil upah seperti dahulu, penulis cuba menunjukkan
sifat rendah diri Nayan sebagai seorang insan yang lemah dengan berserah diri kepada tuhan yang
lebih berkuasa ketika mengalami masalah. Contoh kedua dapat dilihat apabila Sopiah menasihati
suaminya Nayan ketika dia cuba untuk berdiri, Abang masih belum betul-betul sembuh. Piah dah
kata abang jangan berjalan kemana-mana tapi abang ni degil.

Penulis menunjukkan kasih sayang seorang isteri yang sabar menasihati suaminya yang
nekad untuk berdiri. Kedua dari segi tidak verbal, iaitu secara pergerakan. Contoh yang boleh
diambil ialah Sopiah segera menghampiri suaminya yang jatuh dan berusaha dengan keras untuk
mengangkat suaminya. Di sini menunjukkan kasih sayang seorang isteri terhadap suaminya yang
tercinta. Contoh yang kedua ialah, Sopiah mendodoi anaknya Timah dengan penuh kasih sayang
apabila mendengar anak kecilnya itu menangis. Jelas disini bahawa penulis cuba menunjukkan
kasih sayang seorang ibu terhadap anak kesayangannya.

Sistem Sapaan

Sistem sapaan merupakan salah satu cabang dari kesantunan bahasa. Sistem sapaan
menunjukkan adab dan budi bahasa sesuatu masyarakat. Sistem sapaan adalah penting dalam
sesebuah karya penulisan. Ini kerana, cara berkomunikasi yang betul dan adab-adab yang sopan
dapat diterapkan secara langsung mahupun tidaklangsung. Di dalam cerpen ini, terdapat beberapa
laras sistem sapaan yang berbeza.Penulis menggunakan kata ganti nama pertama iaitu aku pada
dialog Nayan terhadapisterinya, Aku nak panjat pokok kelapa. Kata ganti nama aku di dalam
dialogtersebut agak keras walaupun ia menunjukkan taraf suami adalah lebih tinggi daripadaisteri.

Di samping itu sistem sapaan tersebut menunjukkan latar masyarakat kampungyang agak
kasar.Contoh kedua Mak, beras dah habis, kata ganti nama mak telah digunakanoleh Joyah untuk
menunjukkan rasa hormat sebagai seorang anak terhadap ibunya.Contoh seterusnya Abang nak
bangun pergi mana? kata ganti nama abang telahdigunakan oleh Sopiah bagi menunjukkan rasa
rendah diri terhadap suaminya. Disamping itu, panggilan abang juga menunjukkan rasa hormat dan
sayang seorang isteri terhadap suaminya

Kepentingan Gaya Bahasa, Kesantunan Bahasa dan Sistem Sapaan dalam Masyarakat
Malaysia dan Generasi Muda

Pada masa kini, arus globalisasi kian melanda masyarakat di Malaysia.Masyarakat berlumbalumba mengejar pembangunan teknologi, namun arus pembangunan yang berlaku tidak selari
dengan perkembangan akhlak dalam kalangan masyarakat sekarang terutamanya dalam pertuturan
seharian. Sering kita dengar keruntuhan akhlak remaja yang meniti dari bibir ke bibir masyarakat
sekarang.Remaja melayu yang dahulunya terkenal dengan baik budi bahasanya, lembut tutur
katanya, dan tinggi budi pekertinya kini hanya tinggal sejarah. Kebanyakan remaja sekarang amat
kasar bahasanya. Orang yang lebih tua tidak lagi dihormati. Mereka tidak lagi mengamalkan adat
yang tua dihormati yang muda disayangi, bagi mereka semua adalah sama. Mereka lebih cenderung
menggunakan perkataan aku, tidak kira kepada rakan sebaya, orang yang lebih tua malahan ibu
bapa mereka sendiri. Sudah diketahui umum, kata ganti nama aku adalah agak biadab untuk
digunakan terhadap orang yang lebih tua dalam kalangan masyarakat melayu .Antara langkah
yang boleh diambil oleh penulis dalam membentuk kembali akhlak remaja sekarang ialah
menerapkan nilai-nilai murni dalam karya mereka.Pertama, penggunaan gaya bahasa, penulis dapat
menasihati pembaca supaya berubah supaya bersatu padu dengan menggunakan hiperbola
seperti mari kita kumpulkan tenaga rasaksa . Selain pada itu penulis juga boleh menerapkan
unsur-unsur kebaikan dengan menggunakan simile. Sebagai contoh simile, baik seperti nabi,rajin
seperti semut, dan bermuafakat seperti aur dengan tebing.Kesantunan bahasa juga boleh digunakan
oleh penulis dalam hasil karya mereka. Penulis boleh menggunakan dialog-dialog yang sesuai
dalam hasil tulisan mereka. Sebagai contoh, pak cik, boleh saya masuk? penggunaan kati nama
pak cik menunjukkan rasa hormat terhadap orang tua. Secara tidak langsung ia mendidik pembaca

tentang adab-adab berkomunikasi dengan orang yang lebih tua. Di samping itu, gambaran akhlakakhlak yang baik juga dapat digambarkan oleh penulis. Contoh yang boleh saya ambil dalam cerpen
diatas, Nayan tidak membelasah Semail walaupun dendamnya masih kuat tersemat di hati. Jelas
disini bahawa penulis mampu menerapkan nilai kemaafan antara satu sama lain dalam hasil karya
mereka.Dapat saya simpulkan disini bahawa penulis-penulis karya haruslah berusaha keras dalam
menghasilkan karya-karya yang mampu membentuk jiwa dan memurnikan akhlak masyarakat
zaman sekarang.

Anda mungkin juga menyukai