Anda di halaman 1dari 3

31 Jan 2013 / TITAS

Nama : DINI MARINAH BINTI MOHD YASSIN


Unit

: PISMP TESL (SK) JAN 2013

NILAI-NILAI UNIVERSAL DALAM TAMADUN


Nilai-nilai universal memperlihatkan wujudnya persamaan antara tamaduntamadun dunia. Tamadun-tamadun ini mempunyai keserasian antara satu dengan
lain sehingga memudahkan interaksi antara mereka.
Terdapat beberapa nilai-nilai yang menjadi prinsip asas ketika berlakunya
interaksi tamadun. Pertamanya ialah berlandaskan idea keagamaan kerana nilai ini
mambantu memantapkan lagi struktur sosial dan intelektual sesebuah tamadun.
Semua tamadun Asia menjunjung tinggi doktrin keagamaan yang juga penyumbang
kepada wujudnya kebudayaan dan sains. Contohnya, dalam Tamadun China yang
percaya kepada Tuhan walaupun mempunyai pelbagai aliran anutan seperti
Konfucius, Daoisme atau Taoisme dan Buddhisme. Mereka juga mempunyai satu
konsep iaitu tian yang bermaksud langit yang merujuk kepada dewa yang terpenting.
Konsep ini berasaskan yang baik dibalas baik, yang jahat dibalas jahat.

Maka,

mereka berusaha mengawal tingkah laku untuk mengelakkan balasan daripada tian.
Nilai kekeluargaan dan kemanusiaan juga menjadi prinsip utama. Tamadun
Asia begitu sarat dengan elemen rite de passage iaitu adat istiadat dari saat
kelahiran hinggalah kematian. Hal ini amat dititikberatkan oleh anggota keluarga. Ini
menunjukkan bahawa ikatan kekeluargaan sangat ditekankan. Dalam Islam,
menjaga akhlak antara sesama manusia termasuklah ibu bapa, guru, kawan, jiran
sesama Islam dan bukan Islam serta musuh Islam adalah ditekankan. Dalam aspek
pergaulan juga, syariat Islam diturunkan agar kepentingan lima hak asasi manusia
terlaksana yang meliputi hak beragama, menjaga kewarasan akal, manjaga nyawa,
harta benda dan maruah diri.
Dalam Tamadun China pula terdapat konsep Ren yang bermaksud kasih
sayang. Konsep ini merujuk kepada sifat perikemanusiaan yang dianggap ekspresi
jantung manusia. Dalam Tamadun Hindu terdapat konsep Ahimsa iaitu belas
kasihan yang boleh membawa kepada tiadanya kekejaman terhadap sebarang
makhluk sama ada manusia ataupun binatang.
1

31 Jan 2013 / TITAS

Seterusnya, nilai dari aspek tatacara dan etika dalam kehidupan.

Dalam

Tamadun China, terdapat konsep Dao dan pemikiran tentang Li. Konfusius
menekankan peraturan berasaskan kepada perhubungan manusia dengan Tuhan,
manusia dengan manusia dan perhubungan politik. Selain itu, konsep zhong yong
juga dititikberatkan oleh Konfusius yang mahukan kesederhanaan dan tidak
menggunakan kekerasan sebagai jalan penyelesaian. Dalam Hinduisme pula ia
berpaksikan idea dharma (tanggungjawab) dan karma iaitu doktrin perbuatan; baik
akan mendapat balasan yang baik. Demikian juga sebaliknya, buruk dibalas buruk.
Masyarakat perlu mematuhi etika yang ditetapkan agar kehidupan barunya lebih
baik dan mendapat matlamat dalam mencapai mokhsa.
Nilai universal yang keempat ialah tamadun mementingkan kebijaksanaan
pemimpin. Contoh paling ketara ialah kepimpinan dalam Islam yang berteraskan
pemimpin adalah khalifah di muka bumi.

Islam menggunskan sistem berpolitik

seperti tauhid, risalah dan khilafah. Dalam politik, prinsip yang ditekankan ialah
keadilan, kesamaan, syura dan akauntabiliti.

Sumber dalam politik Islam ialah

kitabuLlah dan sunnah rasul-Nya selain daripada ijtihad dan ijma ulama. Dalam
ajaran Hindu dan Buddha pula, konsep dharma dijadikan panduan tingkah laku yang
wajar dari raja kepada rakyat. Dharma menekankan nilai-nilai moral seperti
mengawal nafsu dan mengamalkan toleransi.
Islam menekankan hubungan yang harmonis dengan alam dan melarang
sebarang tingkah laku dan perbuatan yang bersifat fasad. Sehubungan ini,
penggunaan alam sekitar dikawal oleh hukum Islam terutamanya konsep Halal dan
Haram. Nilai ini juga dapat dilihat dalam Tamadun Cina, khususnya ajaran Tao, alam
di anggap sebagai ibu atau Dao. Ini menunjukkan bumi sebagai entiti yang perlu
dimuliakan. Dalam Buddhism dan Shinto pula, hubungan harmonis manusia dengan
alam ditekankan melalui konsep Esho Fui, iaitu manusia dan alam saling
memerlukan.
Nilai yang terakhir yang menjadi pegangan setiap tamadun ialah pentingnya
ilmu dan orang yang berilmu. Konsep ulama dalam Islam berkait rapat dengan ilmu
dan orang yang berilmu. Seorang invidu di dalam masyarakat Islam hanya diterima
sebagai ulama jika persiapan ilmunya sempurna dan tercermin pada kewibawaan
personaliti diri dalam segala aspek. Ulama menjadi pembimbing umat, penyelesai
2

31 Jan 2013 / TITAS

masalah, pakar rujuk dan tauladan masyarakat Islam. Dalam ajaran Konfusius,
terdapat konsep Jun Zhi (orang budiman) yang bermaksud orang yang berilmu dan
tahu akan kewajaran sesuatu. Salah satu tingkat dalam empat perjalanan hidup
(Asramas) seorang penganut Hindu pula ialah Bramacarya yang memerlukan
pengisian ilmu pengetahuan. Tingkat Asramas yang lain adalah tahap Ghastra,
Vanaprahastra, Sanayasa.
Secara umumnya, tamadun Asia mempunyai kekuatan nilai sejagat dan sifat
sepunya yang membawa keharmonian dalam interaksi di antara tamadun walaupun
mempunyai agama dan budaya yang berbeza. Namun, kita perlu ingat bahawa ciri
dan identiti khusus setiap agama dalam setiap tamadun khususnya aspek teologi
akan tetap berbeza. Perbezaan itu tetap ada.

Anda mungkin juga menyukai