Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI AMALI IKAN HIASAN.

Pada awal pembelajaran, saya telah diperkenalkan dengan topik ikan hiasan, jenis-jenis
ikan hiasan dan juga cara penjagaan ikan hiasan. Sebelum amali pemeliharaan ikan
hiasan dijalankan, saya telah mempelajari beberapa aspek penting tentang persediaan
dan juga langkah-langkah yang bakal dilakukan.
Pada awal amali ini, saya telah disediakan dengan peralatan yang diperlukan seperti
akuarium, batu hiasan, tanaman akuatik, ikan-ikan hiasan, anti klorin, makanan ikan,
dan juga jaring ikan. Proses yang pertama ialah penyediaan bahan-bahan yang
diperlukan. Seterusnya, proses mencuci akuarium telah dijalankan. Selain daripada itu,
batu hiasan dan juga tanaman hiasan juga telah dicuci bagi menghilangkan kotoran
yang boleh mencemarkan kualiti air akuarium. Setiap proses ini telah digambar bagi
memastikan proses yang telah dijalankan menepati kehendak pemarkahan amali.
Selapas itu, batu hiasan dan tanaman akuatik telah diletakkan dan disusun di dalam
akuarium. Penyusunan ini penting bagi memastikan akuarium ceria dan tidak
mengganggu emosi ikan hiasan. Tanaman hiasan dan batu hiasan ini bertindak sebagai
agen hiasan bagi memastikan keadaan sekeliling akuarium menggambarkan habitat
semula jadi ikan.
Kemudian, air telah diisikan ke dalam akuarium pada aras yang telah ditetapkan bagi
memastikan ikan hiasan dapat bergerak dan juga bernafas dengan selesa. Setelah
akuarium diisikan dengan air, anti-klorin telah dicampurkan bagi meningkatkan lagi
kualiti air yang bakal didiami oleh ikan hiasan. Saya mendapat hasil pembelajaran yang
baru disini kerana air yang telah dicampurkan dengan anti-klorin akan kembali kepada
kadar yang biasa iaitu separti habitat semula jadi ikan hiasan berbanding dengan air
tanpa dicampur anti-klorin mempunyai kadar klorin yang tinggi dan tidak seduai untuk
didiami ikan hiasan.
Selepas itu, ikan hiasan telah dimasukkan ke dalam akuarium. Saya telah mendapat 6
ekor ikan hiasan. Di antara ikan hiasan bagi amali ini ialah ikan Gourami (2 ekor), ikan
Guppy (2 ekor) dan ikan Tiger Barb (2 ekor). Melalui pemerhatian yang saya jalankan,
saya mendapati ikan Guppy berenang hanya pada permukaan akuarium, Tiger Barb

berenang pada pertengahan akuarium manakala Gourami hanya berenang pada dasar
akuarium. Ikan Gourami hanya naik ke permukaan akuarium apabila ianya memerlukan
makanan untuk terus hidup.
Penjagaan ikan ini juga rumit. Pemberian makanan adalah sebanyak 2 kali sehari iaitu
pagi dan malam manakala air akuarium akan ditukar pada setiap hari bagi memastikan
kesegaran ikan dan juga kualiti air yang didiami oleh ikan ini terjamin.
Selepas itu, segala proses yang telah dijalankan atau direkod telah dimasukkan ke
dalam laporan amali. Melalui penghasilan laporan ini, saya telah mempelajari cara
untuk menghasilkan Carta Gantt, lakaran idea projek, membuat bahan grafik maklumat
berkaitan projek dan juga penyediaan bahan kerja projek.
Saya telah mampu untuk menyediakan Carta Gantt yang menunjukkan aliran kerja
ddengan jelas, menyediakan lakaran cadangan idea yang menunjukkan bentuk, fungsi
dan label degan jelas, membuat lakaran perkembangan idea mempunyai ciri-ciri inovasi
dengan lengkap dan kemas serta menyediakan maklumat berkaitan yang bertepatan,
lengkap dan dipersembahkan dalam bentuk grafik yang jelas.

Anda mungkin juga menyukai