Anda di halaman 1dari 18

MEMPERBAIKI PEGANGAN CLOSED GRIP DALAM KEMAHIRAN

MEMUKUL BOLA HOKI

OLEH
QAWIEM KHAIRANI BIN MOHD YASSIN
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

BAB 1 : PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Memukul merupakan kemahiran di antara ke semua strok hoki. Kelebihan strok ini
ialah bola boleh digerakkan atau dihantar dengan cepat dan jauh. Ketepatan
pukulan adalah penting supaya bola tidak tersasar kearah lain. Kemahiran ini
terdapat dalam tunjang kemahiran hoki tahun 4 yang perlu diajar kepada muridmurid. Kemahiran memukul ini merupakan kemahiran asas dalam permainan hoki
yang perlu dikuasai dan kelebihan permainan ini penting sukan ini. Permainan hoki
mempunyai pelbagai kemahiran yang perlu dikuasai. Setiap kemahiran yang ada di
dalam permainan ini mempunyai kelebihan tersendiri. Oleh itu, menjadi satu
masalah besar dalam permainan hoki sekiranya mereka tidak mempunyai teknik
memukul yang betul.

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu


Selepas saya membuat pemerhatian setelah mengajara mata pelajaran Pendidikan
Jasmani di sebuah sekolah di Keningau, murid-murid terutamanya murid-murid
tahun 4, amat

berminat untuk bermain sukan hoki. Mereka tertarik dengan

permainan ini apabila saya mengajar mereka tajuk tersebut. Namun begitu, terdapat
satu masalah yang sama berlaku apabila murid-murid melakukan kemahiran
memukul bola hoki. Terdapat beberapa kesalahan yang sering dilakukan oleh muridmurid semasa menggunakan kemahiran memukul ini. Apabila kesalahan dilakukan
ia menyebabkan kesan yang negatif dan tidak diingini. contoh bola tidak sampai ke
penerima, arah bola berlainan, dan bola keluar dari kawasan permainan atau jatuh
ke pihak lawan..
Perkara ini menyebabkan murid-murid hilang minat untuk melakukan aktiviti
disebabkan oleh bola yang tidak tepat sampai ke sasaran atau kepada rakan.
Sebagai seorang guru Pendidikan Jasmani, saya perlu melakukan sesuatu supaya
murid lebih berminat dan bersemangat untuk melakukan permainan hoki. Saya perlu
mengubah cara pengajaran hoki yang biasa saya lakukan supaya murid lebih
senang memahami teknik-teknik yang betul ketika melakukan kemahiran memukul
bola hoki.
Saya cuba mengenal pasti murid-murid yang mempunyai masalah dalam melakukan
teknik memukul ini. Terdapat separuh murid-murid yang melakukan kesalahan dalam
kemahiran ini. Terdapat murid yang mengatakan bahawa mereka tidak pandai untuk
memukul bola dan terdapat juga murid yang mengatakan yang mereka berasa sakit
di tangan. Antara masalah besar yang saya dapat kesan ialah teknik hayunan yang
salah dalam kemahiran memukul bola hoki ini. Perkara ini boleh membahayakan
murid-murid yang berada di sekeliling padang. Oleh itu, saya cuba mencari jalan
penyelesaian yang baik untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada
berlaku.

1.3 Refleksi Sorotan Literatur

Menurut Moore (1984), "Pada usia ini kanak-kanak memerlukan beberapa jam
aktiviti fizikal sehari. Hal ini membantu untuk membina tubuh, membersihkan darah,
meningkatkan fungsi sistem penghadaman dan menenangkan saraf." Perkara ini
boleh dicegah daripada berlaku jika permainan hoki ini diterapkan kepada muridmurid sejak mereka kecil lagi. Jika kita tidak mencegahnya, masalah akan timbul
apabila mereka berada dalam alam persekolahan. Tanpa teknik-teknik yang betul,
murid-murid akan sukar dan hilang minat untuk melakukan aktiviti permainan hoki.
Pembelajaran merupakan perubahan tingkahlaku atau kebolehan seseorang yang
dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan
(Robert M.Gagne,1970). Berdasarkan pernyataan berikut, saya perlu mengambil
beberapa langkah untuk membetulkan teknik memukul murid yang mempunyai
masalah kepada teknik yang betul sebagai satu pembelajaran kepada mereka.
W.F.Connel ( 198 1:386) mengkategorikan bahan pengajaran dan pembelajaran
kepada tiga iaitu :
1. Bahan pengajaran dan pembelajaran am bercetak.
2. Alat pandang dengar (alat pandang - misalnya objek, model,patung, gambar,
lukisan, diorama, gambar foto, glob, peta, carta, gambar rajah, graf, poster, kartun
dan bahan salinan. Alat dengar pula - misalnya radio, alat pemain piring hitam, pita
rakaman suara dan sistem pembesar suara. Filem suara dan televisyen pula
bercorak pandang dengar)
3. Alat ciptaan bahan bantu mengajar bagi pengajaran berprogram seperti komputer
dan simulasi.

Bahan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan mestilah bermutu tinggi dan
dipilih atau direka, dihasilkan dan digunakan sebagai satu bahagian yang
diintegrasikan di dalam system pembelajaran dan pengajaran. (Gagne, Briggs,dan
Wager, 1992).
Rohana Zubir (1987) berpendapat bahawa bahan pengajaran dan pembelajaran
dapat menimbulkan minat dan kesungguhan di kalangan pelajar. Sekiranya
penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran yang lebih kerap dilakukan oleh
guru, kemungkinan pelajar akan dapat mencapai kecemerlangan di dalam
peperiksaan.
Zuraidah (l988) telah menjalankan kajian ke atas pelajar di sebuah sekolah
menengah di Seremban bagi rnelihat keberkesanan bahan pengajaran dan
pembelajaran dalam mata pelajaran kimia. Pelajar-pelajar telah menyatakan bahawa
penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran amat berkesan dalam membantu
proses pengajaran mereka.

BAB 2 : FOKUS KAJIAN


2.1 Tinjauan Masalah
Hasil dari pemerhatian saya sepanjang menjalani praktikum, terdapat beberapa
orang murid yang belum dapat menguasai teknik memukul bola hoki akan
menghadapi masalah semasa melakukan aktiviti yang melibatkan memukul dalam
sukan hoki. Mereka sukar untuk memukul bola dengan tepat ke sasaran dan
hayunan kayu hoki mereka amat merbahaya. Dengan menggunakan bahan bantu
mengajar dapat membantu mereka menguasai kemahiran memukul dengan lebih
baik semasa beraktiviti dan selamat bermain bersama murid-murid yang lain.
Sebagai seorang guru, saya perlu bijak untuk mengatur pembahagian kumpulan
ketika melakukan aktiviti sukan. Terdapat murid yang boleh mengajar rakan mereka
sendiri mengenai teknik yang betul dan hal ini boleh mempercepatkan lagi
pembelajaran mereka dalam menguasai teknik memukul ini. Oleh itu, selain
penggunaan bahan bantu mengajar, kaedah pembelajaran berpusatkan murid juga
penting dalam melaksanakan kajian ini.

2.2 Isu Keprihatinan


Terdapat pelbagai kemahiran dalam sukan hoki seperti hantaran, menerima, flik dan
menghadang tetapi bagi kajian ini saya hanya memfokuskan pada kemahiran yang
penting dalam hoki iaitu kemahiran memukul. Semasa memukul, kesalahankesalahan yang sering dilakukan oleh murid-murid ialah bola tidak kena pukulan,
murid, hayunan kayu hoki yang merbahaya, lutut tidak dibengkokkan dan kedudukan
bola yang tidak sesuai. Semua pelakuan ini diperbaiki supaya murid-murid dapat
melakukan kemahiran memukul dengan betul.

2.3 Objektif Kajian / Soalan Kajian


Kajian ini bertujuan untuk mencapai objektif berikut :
Menentukan keberkesanan sticker berwarna dalam kemahiran memukul bola hoki
bagi murid-murid Tahun 4.
Perubahan amalan teknik memukul bola hoki murid yang salah kepada amalan
teknik memukul mengikut kaedah yang betul.

Soalan kajian
Adakah sticker berwarna dapat melatih kemahiran memukul bola hoki bagi muridmurid Tahun 4?
Adakah kemahiran guru menggunakan bahan bantu mengajar mampu mengubah
teknik pukulan murid daripada salah kepada teknik yang betul?

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN


3.1 Kumpulan Sasaran

Kajian ini akan melibatkan 10 orang murid Tahun 4 Kreatif yang terdiri daripada 5
orang murid lelaki dan 5 orang murid perempuan (Rujuk Lampiran 1). Sesuai
dengan kelas Tahun 4, kesemua responden berumur 10 tahun. Saya memilih muridmurid ini berdasarkan pemerhatian saya terhadap prestasi mereka dalam aktiviti
fizikal semasa kelas Pendidikan Jasmani saya dan kemahiran memukul mereka
semasa saya mengajar hoki pada pengajaran yang lalu

3.2 Pelaksanaan kajian


Saya telah menggunakan Model Kajian Tindakan yang dibangunkan oleh Kemmis
dan McTaggart (1988) untuk kajian ini. Model ini menggandungi empat langkah
kajian tindakan yang disarankan berdasarkan gelungan (cycle) iaitu mereflek,
merancang, bertindak dan memerhati.
Kemmis dan McTaggart (1988) menjelaskan, bagi sesetengah kumpulan yang sudah
merancang tindakan, mereka boleh memulakan langkah pertama seperti mana yang
dikemukakan oleh model Lewin. Walau bagaimanapun, mereka berpendapat
bahawa kebanyakan kumpulan akan memulakan peringkat awal refleksi bagi
membuat tinjauan awal (initial reconnaissance) terhadap sesuatu situasi sebagai
asas untuk merancang dan bertindak.

Menurut Mohd Sofian Omar Fauzee (2006), saiz kelas yang terlalu besar memberi
kesan ke atas pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.
Jumlah bilangan pelajar yang ramai dalam satu satu masa akan menjejaskan
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Oleh itu, kaedah Team
Teaching, (Rink, 2000) amat berguna dilakukan terhadap kelas yang ramai . Bagi
kaedah praktis, saya dapat memberi tumpuan penuh kepada murid-murid tersebut
dan seterusnya merancang masa dan latihan mereka secara individu atau
berkumpulan dengan lebih teratur dan sistematik.
Kaedah latih tubi merupakan sejenis aktiviti yang memerlukan murid melakukan
sesuatu aktiviti secara berulang-ulang sehingga mereka menguasai sesuatu
kemahiran atau konsep baru dengan lancar. Aktiviti ini boleh dilakukan secara
lisan,amali dan bertulis. Latihan seperti ini boleh memperkukuhkan fakta,konsep dan
kemahiran pendidikan jasmani yang dipelajari. Kaedah ini sesuai dengan kajian
yang saya lakukan kerana kemahiran memukul memerlukan latihan yang berulangulang untuk menguasai teknik yang betul.

3.2.1 Perancangan langkah-langkah tindakan

Tinjauan masalah
Saya perlu membuat tinjauan tentang masalah ini supaya saya lebih faham tentang
punca, kesan dan cara menyelesaikan masalah yang perlu diambil sebelum
melaksanakan kajian ini. Kaedah latih tubi boleh dilakukan secara pertandingan
dalam kumpulan atau individu, iaitu siapa yang dapat menjawab sesuatu pertanyaan
guru tentang sesuatu berkaitan dengan kemahiran, markah akan dikira dan
dihimpun dan kemudian dibandingkan dengan kumpulan atau individu yang lain
yang terlibat. Permainan kecil juga merupakan salah satu pertandingan yang
meningkatkan daya saing murid-murid. Selain itu, bagi murid yang kurang daya
saing, kaedah latih tubi boleh dijalankan dengan cara memegang peralatan dan
menyebutnya, dari aspek nama peralatan tersebut, fungsi, cara penggunaan, cara
menyimpan, cara untuk menggelakkan diri dari kecederaan akibat penggunaan
peralatan dan sebagainya.
(Fasa Satu)
Latih tubi menggunakan butir mengajar
Dalam setiap proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani terutamanya
dalam tunjang kemahiran, guru akan membimbing murid melakukan sesuatu
kemahiran dengan menyatakan butir-butir mengajar sesuatu pelakuan. Hal yang
demikian, saya akan melakukan perkara yang sama mengikut kebiasaan murid
untuk melihat sejauh mana kefahaman mereka tentang kemahiran memukul bola
dengan menggunakan kayu hoki. Bagi memudahkan murid untuk mengingati butirbutir mengajar tersebut, saya akan memastikan bahawa murid menyalin butir-butir
mengajar yang mereka tahu kedalam buku nota untuk rujukan mereka.

(Fasa Dua)
Teknik Permainan Kecil
Bagi langkah seterusnya, saya menggunakan kaedah permainan dalam aktiviti ini.
Dalam permainan ini, murid-murid akan menggunakan bahan bantu mengajar iaitu
inovasi kayu hoki yang diperbuat daripada bahan kitar semula. Hal ini bertujuan
untuk memastikan keselamatan murid terjamin disamping dapat mempelajari teknik
memukul bola hoki yang betul semasa aktiviti.
Teknik permainan kecil ini bertujuan untuk memberi keseronokan dan kepuasan
disamping sebagai pengenalan kepada permainan-permainan utama. Teknik ini
berperanan sebagai satu saluran untuk mempraktikkan integrasi dan toleransi bagi
membina sifat-sifat kerjasama dan semangat kesukanan disamping menggalakkan
murid-murid berfikir, menyelesaikan masalah dan berkreatif. Selain itu, teknik ini juga
membantu kanak-kanak memahami aktiviti di sekitar mereka. Kanak-kanak belajar
melalui penglibatan secara terus dan pengalaman langsung.
(Fasa Tiga)
Teknik analisis video
Murid-murid dapat melatih kemahiran mereka apabila melihat sendiri perlakuan
mereka dan kesalahan yang mereka lakukan semasa aktiviti. Dengan bantuan
teknologi video iaitu gambar bergerak, mereka dapat meningkatkan kemahiran
memukul dalam sukan hoki.Oleh itu, saya membuat keputusan untuk menggunakan
video bagi meningkatkan kemahiran asas larian murid. Saya mengambil video
semasa murid melakukan pergerakan memukul dan semasa mereka melakukan
aktiviti permainan kecil. Murid akan memerhatikan video seorang pemain hoki
melakukan teknik memukul yang betul. Guru perlu membimbing murid untuk
membuat latihan mengikut lakuan yang betul seperti yang telah mereka perhatikan
dalam video. Aktiviti-aktiviti ini akan diubahsuai mengikut keperluan setelah saya
melaksanakan tinjauan awal. Sekiranya perlu membuat cara pelaksanaan yang lain,
saya akan membuat pengubahsuaian tetapi saya masih menggunakan bahan bantu
mengajar yang sama cuma berbeza dari segi kaedah dan teknik pengajaran
sehingga saya menemui penyelesaian yang berkesan bagi mengatasi masalah ini.

3.2.2 Perancangan kaedah mengumpul data


Saya memilih untuk menggunakan kaedah pengumpulan data melalui analisis
dokumen dan pemerhatian. Pengumpulan data melalui analisis dokumen (Rujuk
Lampiran 1) dapat memberi maklumat yang saya kehendaki berkaitan masalah ini.
Contoh dokumen yang boleh saya gunakan ialah, gambar foto, video, rekod dan
pencapaian murid.
Bagi kaedah pemerhatian , saya menggunakan pemerhatian berstruktur dan tidak
berstruktur. Bagi pemerhatian berstuktur, saya akan membuat satu senarai semak
lakuan yang mengandungi setiap butir mengajar dalam kemahiran memukul yang
betul. (Rujuk Lampiran 2). Manakala bagi pemerhatian tidak berstuktur pula,
pemerhatian akan saya buat berdasarkan perkembangan prestasi murid berkenaan
sepanjang aktiviti fizikal yang melibatkan kemahiran memukul dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

3.2.3 Perancangan kaedah menganalisis data


Analisis data untuk kajian saya lakukan secara manual. Cara ini lebih senang dan
ringkas dengan cara pelaksanaan kajian dan cara pengumpulan data saya. Saya
tidak memerlukan menggunakan perisian seperti SPSS dalam kajian saya. Bagi
menganalisis pemerhatian pula, saya menggunakan pemerhatian berstuktur dan
tidak berstruktur. Langkah yang perlu diambil sekiranya melakukan pemerhatian
berstruktur adalah kirakan kekerapan dan peratusan dan susunkan mengikut
keutamaan (ranking). Bagi pemerhatian tidak berstruktur pula, semak maklumat
dengan terperinci, baca semua catatan, pemerhatian dan kemudian highlight atau
gariskan maklumat penting yang terdapat dalam catatan itu, semak maklumat
semula dan tentukan kategori maklumat.

3.3 Perancangan pelaksanaan tindakan


Jadual Pelaksanaan Kajian Tindakan
Bil

Tindakan

Tarikh Pelaksanaan

Menganalisis topik dan literatur 1-9 Februari 2013

Catatan

review
2

Memilih fokus kajian

10 Februari 2013

Menulis proposal kajian :-

12 Februari 2013

a. Pendahuluan
Refleksi
Pengajaran

dan

Pembelajaran Lalu
4

Membuat perancangan tindakan

Menulis proposal kajian :b.

c.
d.

Bil

Fokus kajian / Isu keprihatinan


Tinjauan dan analisis masalah
Objektif kajian / Soalan kajian
Kumpulan sasaran

Tindakan

12 Februari 2013

16 Februari 2013

Tarikh Pelaksanaan

Catatan

Menulis proposal kajian :e. Pelaksanaan kajian


Perancangan
langkah-langkah
tindakan
Perancangan cara mengumpul data
Perancangan cara menganalisis
f.

data
Perancangan pelaksanaan tindakan
Jadual pelaksanaan kajian tindakan
Kos kajian
Senarai rujukan
Lampiran

Menghantar proposal kajian

Notifikasi

penerimaan

18 Februari 2013

11 April 2013
proposal 10 Mei 2013

kajian
9

Pelaksanaan tindakan

Semasa praktikum

10

Mentadbir instrument

Semasa praktikum

11

Pengumpulan data

Semasa praktikum

12

Menganalis data

Semasa praktikum

Bil

Tindakan

Tarikh Pelaksanaan

13

Menulis laporan kajian


a. Pendahuluan
Refleksi
pengajaran

dan

pembelajaran lalu / Refleksi sorotan Semasa praktikum


literatur

Catatan

b.

c.
d.
14

Fokus kajian / Isu keprihatinan


Tinjauan masalah
Analisis tinjauan masalah
Objektif kajian / Soalan Kajian
Kumpulan Sasaran
Menulis laporan kajian

e.

f.
15

Tindakan
Prosedur tindakan
Cara mengumpul data
Analisis dan interpretasi data

5 9 Julai 2013

Menulis laporan kajian

26 30 Julai 2013

g. Dapatan
h. Cadangan kajian seterusnya
16

Laporan kajian semak semula

20 27 Ogos 2013

17

Menghantar laporan kajian

27 Ogos 2013

18

Persediaan seminar

30 Ogos 20 Sep
2013

19

Pembentangan

kajian

dalam 22 24 Sep 2013

seminar

* Tarikh boleh dipinda berdasarkan perubahan dan situasi yang berlaku


Kos Kajian
Bil

Jenis Bahan

Kuantiti harga
seunit

Jumlah kos

(RM)

(RM)

Kertas A4

1 12.50

12.50

Printer Cartridge

4 10.00

40.00

Kad manila

3 1.00

3.00

Buku catatan

1 5.00

5.00

5.

Pita selo

2 x 4.00

8.00

6.

Kertas warna

1x 6.00

6.00

Jumlah

74.50

Lampiran 2
Tandakan (x) pada ruang pemerhatian berdasarkan lakuan murid.

Nama murid : _______________________________________________________


Bil

Butir mengajar

Pemerhatian
Ya

Tangan kiri di hujung kayu hoki

Tangan

kanan

rapat

dengan

Tidak

tangan kiri
3

Bengkokkan sedikit lutut

Mata memandang ke arah bola.

Hayun kayu hoki ke belakang.

Hayun kayu hoki tepat ke arah


bola

Ikut lajak

Analisis Data :
N

Analisis

o
1

posisi
Posisi

lutut
Catatan
Posisi

tangan
Catatan
Posisi

badan
Catatan
Posisi

kaki
Catatan
Posisi

Nombor Responden Mengikut Senarai Nama


2
3
4
5
6
7
8

Keputusan

6
7

tapak kaki
Catatan
Kayu hoki
Catatan
Tapak
tangan
Catatan

Lampiran 1
Senarai Nama Responden
Tahun 4 Kreatif
Sk Bahang, Penampang

Bil

Nama

Jantina

Ashley Keith Marcellus

Daniel Chong Sheng Yeh

Dylon Connelius

Muhd. Saiful Ahmad

William Walter

Dayang Nuratikah Bt Faizal

Erika Nabela

Recca Bernadette Bernard

Reflisia Paulus

10

Norhaidah Bt Mohd Jamal

BIBLIOGRAFI
Bompa, T. O. (2009). Periodization Theory and methodology of training. Champaign,
IL, Human Kinetics.
Condon, R., & Collier, C. (2002). Student choice makes a difference in physical
education. The Journal of Teaching in Physical Education, 73, 26-31.
Teng Boon Tong, (2001) Panduan Pengajaran Kemahiran Asas Permainan,
Malaysia: Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd.
Yusoff Ismail (1992) Strategi Pengajaran Pendidikan Jasmani Kesihatan Kuala
Lumpur Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Lanctot, Paul A.(1993) Hockey Stick United States Patent 5183264 LeMire, Laura
E.Sherman, Kenneth E (2003) Vibration United States Patent 7410432
Forrest, G., Webb, P., and Pearson, P., (2006). Teaching games for understanding: a
model for preservice teachers. Paper presented at ICHPERSD International
Conference for Health, Physical Education, Recreation, Sport and Dance,
1st Oceanic Congress Wellington, New Zealand.
Barrow, H.M & McGee r (1979) A practical approach to measurement in physical
education.3ed. Philadelphia:Lea and Febiger

Anda mungkin juga menyukai