Anda di halaman 1dari 2

Mohon Perhatian:

(Para hadirin diminta untuk mengambil tempat dan duduk bersama anakanak Tahun 6 kerana majlis kita akan bermula sebentar sahaja lagi)
BismillahirrahmanirrahimAssalamualaikum wbt dan selamat sejahtera,
salam bahagia serta salam 1Malaysia saya ucapkan kepada Yang
Berusaha, Guru Besar SK. Pulau Mantanani, Encik Limun Gamburud,
barisan Penolong Kanan, guru-guru, ibubapa serta semua murid Tahun 6.
Sebagai pembuka tirai majlis, marilah kita bersama-sama manadah
tangan memohon berkat kepada yang Maha Esa agar majlis kita berjalan
dengan lancar. Dengan ini, majlis menjemput Ustaz Rozaidi Bin Ab.
Rahman bagi mengetuai bacaan doa, dipersilakan. (bacaan doa)
Amin ya rabbal alamin.Semoga dengan pembacaan doa sebentar tadi,
majlis kita akan diredhai oleh lindungan Allah SWT.
Hadirin & hadirat sekalian,
Saya selaku pengacara majlis pada pagi ini ingin mengucapkan
Selamat Datang kepada semua ibubapa yang hadir bagi bersama-sama
membincangkan prestasi akademik anak-anak kita yang bakal menduduki
Peperiksaan UPSR pada tahun ini.
Majlis diteruskan lagi dengan(rujuk tentatif majlis)
Dengan segala hormatnya, dipersilakan.
Terima

kasih diucapkan kepadaatas

ucapan beliau

sebentar tadi. Semoga kita semua dapat mengambil tindakan yang


sewajarnya demi kebaikan bersama.
Hadirin & hadirat sekalian,
Majlis kita telah sampai ke penghujungnya. Dari meja pengacara
Majlis, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua hadirin yang
hadir dan sentiasa memberikan sokongan kepada warga sekolah dengan
hasrat agar prestasi akademik sekolah dalam UPSR pada tahun 2016 akan
lebih baik dari tahun-tahun yang lepas insyaallah. Dengan ini, berakhirlah

sudah majlis kita pada pagi ini. Sebarang tutur kata yang salah mohon
dimaafkan. Sekian, assalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai