Anda di halaman 1dari 3

Refleksi BIG Fasa kedua

Aktiviti Pertama : Ceramah


Bagi melengkapkan pengajian saya pada semester ini, saya telah mengikuti
program BIG yang telah diadakan dalam kawasan Institut Pendidikan Guru Kampus
Pulau Pinang. Bagi menyempurnakan program ini, satu ceramah telah diadakan
berdasarkan tema Guru dan Hubungan Komuniti. Ceramah ini telah dikendalikan oleh
seorang pensyarah yang bernama En. Raju Arokiasamy. Melalui program ini, saya
dapat menyerap beberapa nilai dan pengajaran untuk dipraktikkan dalam kehidupan
seharian dan memberi peluang kepada saya untuk menilai kemampuan diri sebagai
persediaan menjadi seorang guru yang proaktif, kreatif, fleksibel dan berkeyakinan
tinggi.
Melalui ceramah ini, saya dapat memahami konsep dan tanggungjawab sebenar
seorang guru terhadap komuniti. Sebagai seorang guru yang berwibawa, harus
memastikan diri sendiri betul dan professional sebelum mendekati komuniti. Di samping
itu, sebagai seorang guru harus memahami konsep nilai dan etika keguruan. Melalui
ceramah ini , saya dapat meneliti dan menerap nilai sewajarnya yang harus terpahat
dalam diri setiap guru yang berprofesional. Pada masa yang sama, saya turut
memahami citra diri insan guru. Malahan, saya turut dapat membina pemikiran positif
dan motivasi kendiri terhadap kerjaya keguruan.
Justeru itu, saya telah mengenali berbagai bagai ciri yang harus ada pada
seorang guru yang berwibawa. Antaranya tanggungjawab, berilmu, berkemahiran,
sentiasa patuh masa / peraturan / prosuder, rajin dan bersungguh dalam tindakan,
sentiasa menepati masa, setia pada majikan, buat yang terbaik, sentiasa kea rah
kemajuan dan berprofesinal. Saya berasa terharu selepas mengetahui tentang ciri ciri
yang

harus

dimiliki

oleh

seorang

guru

bagi

mewujudkankomuniti yang berdisiplin dan seumpamanya.

mendekati

komuniti

bagi

Aktiviti Kedua : Khidmat masyarakat


Program BIG pada kali ini merupakan program Khidmat Masyarakat yang telah
dijalankan di Pusat Sumber Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang. Program ini
telahdijalankan selama dua hari iaitu pada 15 Mac 2014 bersamaan dengan hari sabtu
dan diikuti dengan 18 Mac 2014 iaitu bersamaan dengan hari selasa. Sepanjang
menyertai program ini, saya rasa sangat beruntung kerana mendapat pelbagai
pengalaman baru sepanjang program ini berlangsung dan menganggap ini merupakan
persediaan diri untuk menempuh masa hadapan.
Tujuan program Bina Insan Guru kali ini berdasarkan projek yang dipilih adalah
untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar guru untuk berbakti kepada
masyarakat dan menimba ilmu pengetahuan. Setelah menjalani aktiviti yang dianjurkan
di bawah program ini memang memberi maanfaat pada diri saya. Melalui program ini
saya telah mempelajari cara memproses buku. Semasa aktiviti ini saya telah membantu
staf yang bekerja di Pusat Sumber untuk memproses buku Bahasa Tamil. Saya terasa
berbeza sebab saya tidak pernah memproses buku sebelum ini. Di samping saya turut
mengetahui tentang latar belakang pusat sunber, cara pengelolaan pusat sumber dan
seumpamanya. Seterusnya, saya juga telah membaik pulih buku - buku yang berada
dalam keadaan yang teruk dan koyak. Pada masa itu saya meneliti satu perkara
bahawa pelajar guru tidak menjaga buku - buku dengan baik, malah menggunakan ikut
suka hati sampai buku - buku tersebut menjadi teruk. Jadi sebagai seorang peminjam
buku, harus menjaga buku yang dipinjam dengan baik dan memulangkan dalam
keadaan yang baik dan elok.
Secara kesimpulannya, Program Bina Insan Guru kali ini memberi satu
pengalaman yang berbeza bagi saya. Saya telah mempelajari banyak perkara yang
baru menerusi ceramah dan juga mengenai Pusat Sumber. Saya amat berpuas hati
setelah menjalani program BIG ini kerana memberikan pelbagai pengalaman bermakna
yang sememangnya perlu ditempuhi oleh setiap guru pelatih. Saya berharap program
ini bukanlah merupakan suatu penamat tetapi permulaan yang baik serta perlu
diteruskan pada masa yang akan datang seterusnya dapat menjadi panduan dan

bekalan kepada diri saya sebagai persediaan untuk menjadi seorang pendidik anak
bangsa kelak.

Anda mungkin juga menyukai