Anda di halaman 1dari 20

BAB 5

PROSES PENYELIDIKAN

OBJEKTIF BAB
Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya dapat:
1.
Menjelaskan permasalahan kajian.
2.
Menerangkan faktor-faktor pemilihan reka bentuk kajian.
3.
Menerangkan kepentingan ulasan karya.
4.
Mengenal pasti variable atau pembolehubah kajian.
5.
Menerangkan peranan teori dalam penyelidikan.
6.
Menghuraikan tata cara penyelidikan cadangan penyelidikan.
5.1

PENGENALAN

Proses penyelidikan merangkumi beberapa langkah tertentu yang harus


dilakukan oleh pengkaji sebelum memulakan kajian. Langkah-langkah
bekenaan meliputi mengenal pasti masalah kajian, memilih rekabentuk
kajian, menyemak ulasan karya, mengenal pasti teori serta pembolehubah
kajian dan menyediakan proposal kajian.
5.2

MENGENAL PASTI MASALAH KAJIAN

Penyelidikan bermula daripada sesuatu masalah yang dirasai atau wujud


di dalam sesebuah organisasi yang seterusnya membawa kepada
kesedaran tentang perlunya masalah berkenaan diatasi. Misalnya, jika
seseorang majikan memerhatikan tingkah laku kakitangan dalam
organisasi beliau dan mendapati tahap produktiviti di kalangan
kakitangan berkenaan mulai menurun, beliau boleh menyimpulkan
bahawa sesuatu perlu dilakukan untuk mengatasi masalah berkenaan.
Meskipun pemerhatian merupakan suatu sumber pengetahuan yang
penting, ia juga mungkin akan menimbulkan salah tafsiran. Misalnya,
majikan berkenaan mungkin tersalah tafsir dan menganggap kakitangan
adalah malas walhal sebab yang sebenar mungkin masa rehat kakitangan
kurang mencukupi, persekitaran yang tidak memberangsangkan dan
sebagainya. Mungkin juga tahap produktiviti yang rendah tidak dialami
oleh semua pekerja lantaran dalam masa yang sama sebahagian pekerja
mempunyai tahap motivasi yang sama atau masih tinggi.

55

Penyelidikan harus mengenal pasti antara masalah biasa dengan masalah


penyelidikan. Hal ini kerana masalah biasa adalah merupakan masalah
yang sering dihadapi dalam kehidupan seharian yang boleh diselesaikan
tanpa memerlukan penyelidikan khusus. Namun begitu, masalah biasa
boleh meningkatkan menjadi permasalahan yang memerlukan
penyelesaian empirikal apabila tahap kompleksiti dan kritikal yang makin
meningkat sehingga menjejaskan masyarakat atau operasi sesebuah
organisasi.
Asas-asas bagi menilai permasalahan yang perlu anda ketahui dalam
konteks melakukan kajian secara empirikal adalah:
i)

Memenuhi kriteria penyelidikan saintifik iaitu masalah yang


dipilih haruslah jelas dan mempunyai pengukuran yang tepat ke
atas konsep, objek atau gagasan yang membentuk masalah.
Persoalan mengapa (why) pemerhatian harus dilakukan
menimbulkan keperluan untuk kajian. Setelah mengambil kira
pengalaman sendiri dan menyemak kajian-kajian yang lepas,
pengkaji menyediakan suatu kenyataan yang formal berhubung
dengan tujuan kajian seperti apakah faktor-faktor yang
menyebabkan penurunan tahap produktiviti di kalangan
kakitangan sesebuah organisasi. Gagasan seperti faktor-faktor
dan penurunan tahap produktiviti boleh dikaji dengan tepat jelas.

ii)

Kesesuaian masalah iaitu apabila penyelidikan harus


mempertimbangkan faktor-faktor seperti minat, kepakaran,
kemampuan dan sebagainya yang berkaitan dengan diri
penyelidik. Faktor-faktor seperti masa dan aspek-aspek kewangan
juga harus diambil kira.

iii)

Matlamat penyelidikan sama ada untuk membantu meningkatkan


pengetahuan di samping mengatasi masalah yang sedia ada
menjadi satu daripada faktor yang harus diambil kira dalam
mengenal pasti kepentingan sesuatu masalah untuk dikaji.
Sekiranya permasalahan berkenaan tidak memberikan faedah,
kajian tidak perlu dilakukan.

iv)

Sumbangan terhadap pengetahuan berkaitan dengan bidang yang


sedia ada juga harus diambil kira. Sumbangan penyelidik dalam
menghasilkan pengetahuan berkaitan dengan bidang yang dikaji
dapat memantapkan lagi aspek-aspek seperti kajian-kajian lepas,
teori
dan
sebagainya.
Hal
ini
semestinya
dapat
memperkembangkan lagi pengetahuan tentang bidang berkenaan.

56

Beberapa aspek harus dikenal pasti oleh pengkaji dalam konteks


menyatakan aspek-aspek pernyataan masalah bagi kajian beliau.
Pertamanya, pernyataan masalah mestilah tepat dan jelas bagi
membolehkan kajian berkenaan dijalankan dan difahami. Sesuatu
permasalahan yang mencukupi skop yang terlalu luas atau besar akan
menyebabkan objektif kajian menjadi kurang jelas, dan membawa kepada
kaedah, analisis dan tafsiran yang kurang sesuai.
Kedua, pernyataan masalah juga haruslah menunjukkan kepada jenis
keadaan dan faktor-faktor yang harus dicerap dan diukur. Hal ini bererti
permasalahan berkenaan haruslah jelas dari segi istilah dan gagasan yang
digunakan. Istilah atau gagasan yang digunakan dinyatakan dalam dua
bentuk iaitu definisi konstitutif dan definisi operasi.
Ketiga, penyelidik harus memikirkan sama ada masalah berkenaan
menarik bagi tujuan minat pengkaji serta pembaca atau pihak pembiaya.
Keempat, penyelidik juga harus memikirkan sama ada masalah yang
hendak dikaji adalah masalah baru atau sesuatu fenomena yang baru. Hal
ini kerana penyelidikan berkenaan tidak banyak dilakukan. Kajian yang
dijalankan oleh pengkaji dapat menyumbang kepada kajian-kajian awal
berkaitan dengan fenomena yang baru.
Kelima, adakah terdapat kajian-kajian terdahulu berkaitan dengan
penyelidikan tersebut. Hal ini boleh dilakukan dengan menyemak kajiankajian yang telah dijalankan dan disiarkan di dalam jurnal-jurnal, buku
atau prosiding seminar.
Bagi mendapatkan tajuk penyelidikan yang lebih tepat, penyelidik
perlulah mendapat pengetahuan penuh mengenai masalah yang dikaji.
Hal ini boleh dilakukan melalui pembacaan, pengalaman penyelidik dan
perbincangan. Dengan memecahkan tajuk kepada persoalan-persoalan
kecil juga dapat membantu pemilihan tajuk yang lebih tepat dan
mengenal pasti aspek-aspek yang penting untuk dikaji secara menyeluruh.
5.3

MEMILIH REKABENTUK KAJIAN (KUANTITATIF


DAN KUALITATIF)

Kajian kuantitatif merupakan kajian yang hasilnya dilaporkan dalam


bentuk kuantiti atau nombor iaitu statistik, kajian kualitatif pula ialah
kajian yang hasilnya dilaporkan dalam bentuk arah aliran atau tema-tema
yang diperihalkan dalam ayat/perkataan. Wujud beberapa prinsip asas
yang membezakan antara kajian kuantitatif dan kualitatif. Prinsip-prinsip
berkenaan termasuklah:
57

a)

Perbezaan pendekatan: Kajian kuantitatif menggunakan


pendekatan deduktif untuk merancang kajian pengkaji membuat
kesimpulan daripada kajian-kajian lepas bagi kemungkinankemungkinan mewujudkan hipotesis yang akan diuji di dalam
kajian. Kajian kualitatif pula melibatkan penggunaan kaedah
induktif bagi merancang kajian.

b)

Alat: Apabila menetapkan tentang instrumen yang akan


digunakan, pengkaji kuantitatif akan menekankan kepada alat
yang boleh menghasilkan data yang kemuduannya boleh
ditukarkan dengan cepat kepada nombor seperti soalan-soalan
berstruktur atau temu bual dengan format objektif seperti pilihan
jawapan. Sementara itu, pengkaji kualitatif pula menekankan
kepada instrumen atau alat yang boleh menghasilkan perkataan
seperti temu bual berstruktur, pemerhatian dan lain-lain.

c)

Subjek: Dari segi subjek atau responden kajian, pengkaji


kuantitatif lebih cederung untuk memilih sampel bersaiz besar,
lantaran perbelanjaan dan masa yang terhad. Manakala pengkaji
kualitatif pula lebih cenderung untuk memilih sampel yang
bersaiz kecil.

d)

Masa: Apabila menjalankan kajian, pengkaji kuantitatif


menghabiskan masa yang sedikit untuk berinteraksi dengan
responden kerana keadaan instrumen yang digunakan tidak
memerlukan beliau menghabiskan masa yang panjang. Manakala
pengkaji kualitatif akan menggunakan masa yang agak panjang
untuk menemubual dan menjalankan pemerhatian.

e)

Penyesuaian alat: Semasa berada di lapangan, pengkaji


kuantitatif jarang melakukan pindaan terhadap alat yang
digunakan manakala pengkaji kualitatif akan berfikiran terbuka
terhadap kemungkinan mengubah suai alat yang digunakan
seperti mengubah suai soalan atau menambah soalan berdasarkan
kepada maklum balas awal yang diterima daripada responden.

f)

Laporan: Pengkaji kuantitatif akan meringkaskan semua maklum


balas dengan analisis statistik dan jarang melaporkan subjek
sebagai laporan individu. Pengkaji kualitatif pula lebih
berkecenderungan untuk memetik maklum balas individu dalam
bahagian laporan kajian.

g)

Generalisasi:
Pengkaji
kuantitatif
berkecenderungan
mengeneralisasikan atau menyimpulkan hasil kajian beliau kepada
satu atau lebih populasi, manakala pengkaji kualitatif
berkecenderungan untuk menghadkan laporan beliau kepada
individu atau kelompok masyarakat yang dikaji secara langsung.
58

5.4

KRITERIA PEMILIHAN KAEDAH KUANTITATIF

Kriteria yang harus anda ambil kira dalam membuat pilihan sama ada
ingin menjalankan kajian kuantitatif atau kualitatif adalah seperti berikut:
i)

Sesetengah persoalan kajian secara langsung membawa kepada


pendekatan kuantitatif atau kualitatif. Misalnya, kesan AIDS ke
atas ekonomi Malaysia adalah merupakan persoalan kajian yang
secara langsung membawa kepada penggunaan kaedah kuantitatif
kerana ekonomi biasanya diukur berdasarkan angka. Manakala
persoalan kajian apakah kesan emosi di kalangan jururawat yang
merawat pesakit AIDS adalah merupakan persoalan yang
membawa kepada pendekatan kualitatif kerana ia memberikan
fokus terhadap kesan emosi walaupun ianya boleh dikaji dengan
menggunakan kaedah kuantitatif.

ii)

Apabila hanya sedikit maklumat diketahui tentang tajuk kajian,


biasanya kaedah kualitatif lebih sesuai. Contohnya, penyakit yang
baru seperti HIV/AIDS, jenayah atau teknik pengajaran yang
baru. Para pengkaji kuantitatif mungkin akan mendapati agak
sukar untuk menggunakan pendekatan deduktif apabila ingin
menjalankan kajian berkenaan dengan topik-topik yang baru. Hal
ini disebabkan mungkin tidak banyak karya yang berkaitan atau
tiada teori yang boleh diaplikasikan secara langsung. Soalan temu
bual berstruktur juga sukar dibuat. Sebaliknya, pengkaji kualitatif
memulakan kajian dengan persoalan yang luas dan melakukan
pengubahsuaian semasa temubual apabila pelbagai tema dan isu
mulai kelihatan. Berdasarkan kepada hasil kualitatif, teori dibina
dan hipotesis boleh dibentuk yang kemudiannya diuji secara
kuantitatif.

iii)

Apabila subjek mengamalkan budaya tertutup atau rahsia, kaedah


keantitatif lebih sesuai. Pengkaji kualitatif yang mahir akan
menghabiskan masa tertentu untuk bermesra dengan subjek
berbanding dengan pengkaji kuantitatif yang memperuntukan
masa terhad untuk berinteraksi dengan subjek.

iv)

Apabila subjek tidak diperolehi bagi tujuan interaksi atau


pemerhatian, pendekatan kuantitatif lebih wajar. Misalnya, sukar
untuk membuat temu bual dengan responden yang menjawat
jawatan yang tinggi.

v)

Apabila masa dan pembiayaan adalah terhad, pendekatan


kuantitatif lebih wajar. Ini kerana kuantitatif boleh memberikan
maklumat yang cepat dengan kos yang minima.
59

vi)

Apabila pembiayaan lebih gemar memahami angka, kaedah


kuantitatif lebih sesuai.

5.5

MENGENAL PASTI DAN MENILAI KAJIAN-KAJIAN


LEPAS

Sekiranya anda merancang untuk menjalankan kajian atau tesis, mulakan


dengan mengenal pasti permasalahan kajian secara meluas. Langkah yang
kedua adalah menyemak semula kajian-kajian yang telah dilakukan
berkaitan dengan tajuk atau permasalahan kajian. Melalui penyemakan
kedua-dua aspek teoretikal dan kajian-kajian lepas, ini akan membantu
anda mengenal pasti hipotesis yang boleh diuji dalam skop yang kecil
supaya ia boleh diuji dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Tujuan penyemakan terhadap kajian-kajian yang telah dijalankan adalah
untuk; pertama, membantu penyelidik dalam menjelaskan tentang latar
belakang sesuatu permasalahan kajian. Kajian-kajian yang lepas
membantu pengkaji mengenal pasti sejauh mana aspek-aspek yang
menjadi minat kajian beliau telah dikaji. Misalnya, jika seseorang pengkaji
berminat untuk mengkaji tentang faktor-faktor yang mempengaruhi
komitmen terhadap organisasi, beliau boleh menyemak kajian-kajian yang
pernah dijalankan tentang faktor berkenaan. Hal ini dapat membantu
pengkaji untuk menentukan tempat penyelidikan berkaitan dengan
komitmen terhadap prganisasi harus bermula dan setakat mana ia perlu
berakhir.
Kedua, melalui semakan terhadap kajian-kajian yang telah dijalankan,
pengkaji dapat mengenal pasti teori-teori yang akan digunakan dalam
kajian beliau. Dengan ini, ia dapat membantu pengkaji untuk
memberikan perspektif terhadap kajian beliau di samping mengenal pasti
hubungan antara pembolehubah-pembolehubah kajian beliau.
Ketiga, berdasarkan kepada kajian-kajian yang telah dijalankan, pengkaji
boleh memahami tentang kaedah dan teknik yang sesuai untuk
membantu beliau menjalankan kajian. Alat atau pengukuran yang telah
digunakan oleh para pengkaji yang lain dapat dinilai keberkesanannya
apabila diaplikasikan di dalam kajian yang telah lepas. Beliau boleh
memperbaiki kaedah yang telah digunakan di samping melakukan
peningkatan terhadap kekurangan-kekurangan yang telah dikenal pasti
dalam kajian yang lepas tersebut.
Keempat, dengan melakukan semekan terhadap kajian-kajian yang telah
dijalankan dapat membantu pengkaji untuk mengelakkan pengulangan
terhadap kajian yang tidak dikehendaki. Penyelidikan dapat mengenal
pasti sama ada kajian yang ingin dilakukan oleh beliau wajar dijalankan
60

atau tidak. Seterusnya, penyelidik boleh mengambil langkah proaktif


dengan memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan atau mengelakkan
daripada menjalankan kajian berkenaan.
5.6

SUMBER-SUMBER ULASAN KARYA ATAU KAJIAN


LEPAS

Terdapat beberapa sumber yang boleh anda gunakan bagi merujuk


kajian-kajian yang telah dijalankan. Sumber-sumber berkenaan
termasuklah:
5.6.1

Abstrak Jurnal dan Indeks

Abstrak adalah merupakan ringkasan utama kepada sesuatu kaian.


Dengan merujuk kepada artikel-artikel yang disiarkan di dalam jurnal
dapat membantu anda mendapatkan maklumat mutakhir yang berkaitan
dengan kajian-kajian yang telah dijalankan di dalam sesuatu bidang. Satu
daripada sumber untuk mendapatkan maklumat mengenai artikel-artikel
yang terdapat di dalam jurnal adalah melalui abstrak dan indeks yang
telah diterbitkan berkaitan dengan bidang penyelidikan.
Selain daripada itu, dewasa ini terdapat berbagai-bagai jurnal yang
diterbitkan melalui pengkalan data eletronik yang boleh anda gunakan.
Antara jurnal-jurnal tersebut ialah;, 1) sociofile yang mengandungi
Sociological Abstract dan Social Planning/Policy & Development Abstracts yang
meliputi lebih dari 1,600 jurnal; 2) PsycLIT, yang mengandungi versi
Psychological Abstracts iaitu artikel-artikel jurnal bermula dari tahun 1974,
dan 3) ERIC (Education Research and Information Centre) yang mengandungi
artikel-artikel kajian berkaitan dengan pendidikan. Ia merangkumi lebih
daripada 600 jurnal yang bermula dari tahun 1966 sehingga sekarang.
5.6.2

Pencarian Melalui Buku atau Rujukan

Pengkaji boleh mendapatkan kajian-kajian yang berkaitan dengan sesuatu


bidang yang ingin dikaji dengan cepat iaitu dengan merujuk kepada
bahagian-bahagian tertentu dalam buku berkenaan. Halaman kandungan,
ringkasan bab dan indeks biasanya dirujuk bagi mendapatkan maklumat
dengan cepat kerana pengkaji boleh mendapatkan karya-karya berkaitan
yang terdapat di dalam sesebuah buku. Di samping itu, pengkaji juga
boleh mendapatkan kajian-kajian dengan merujuk kepada rujukan dan
indeks yang digunakan oleh buku tersebut.
5.6.3

Penggunaan Penapisan Bibliografi

Teknik ini diaplikasikan dengan menapis bibliografi yang terdapat di


dalam sesuatu artikel atau laporan penyelidik. Artikel-artikel berkenaan
61

biasanya memuatkan senarai rujukan atau bibliografi yang berkaitan


dengan penyelidik tersebut. Berpandukan kepada penyelidik yang
digunakan di dalam senarai bibliografi tersebut, pengkaji boleh
mendapatkan atau mencari maklumat lanjut tentang kajian-kajian yang
berkaitan.
5.6.4

Kamus dan Istilah

Kamus adalah merupakan penerbitan yang mengandungi perkataanperkataan atau istilah-istilah yang tersusun berdasarkan abjad. Setiap
perkataan atau istilah yang disenaraikan disusuli dengan makna atau
huraian pengertiannya. Ini dapat membantu anda memahami secara jelas
konsep yang digunakan.
5.6.5

Ensiklopedia

Ensiklopedia menyenaraikan perkataan dan istilah yang berkaitan dengan


sesuatu bidang serta memberikan definisi bagi konsep atau istilah
berkenaan. Di samping itu, tinjauan dan huraian yang agak mendalam
berkaitan dengan konsep berkenaan juga dilakukan. Biasanya,
ensiklopedia dirujuk sebagai sumber permulaan bagi menjalankan sesuatu
penyelidikan.
5.6.6

Penerbitan Ulasan

Penerbitan ulasan adalah seperti The Review of Educational Research


dan sebagainya yang menyediakan ulasan-ulasan penyelidikan yang
komprehensif dalam sesuatu bidang.
5.7

MEMPASTIKAN
KAJIAN

PEMBOLEHUBAH

(VARIABLE)

Pembolehubah merupakan ciri yang dicerap daripada tiap-tiap individu di


dalam sesuatu populasi dan merupakan sesuatu yang boleh mengambil
nilai. Ciri atau nilai berkenaan adalah berbeza daripada satu individu
kepad individu yang lain. Nilai ini boleh berbeza berdasarkan masa bagi
subjek atau boleh berbeza berdasarkan kepada subjek yang berbeza.
Contoh pembolehubah ialah motivasi, stres, komunikasi, personaliti,
gaya kepengurusan dan lain-lain.
Pembolehubah boleh dibahagikan kepad beberapa jenis iaitu
pembolehubah bebas (independent variable), pembolehubah terikat
(dependent variable), pembolehubah pengubah (moderating variable) dan
pembolehubah mencelah (intervening variable).
62

5.7.1

Pembolehubah Bebas

Pembolehubah ini adalah merupakan pembolehubah utama yang


mempengaruhi pemboleh ubah terikat sama ada dalam cara yang positif
atau nagatif. Misalnya, pengkaji berminat untuk mengkaji sejauh mana
aspek-aspek komunikasi yang diamalkan di dalam sesebuah organisasi
mendatangkan kesan terhadap komitmen pekerja terhadap organisasi
berkenaan. Dalam konteks ini, pembolehubah bebas ialah aspek-aspek
komunikasi organisasi.
5.7.2

Pembolehubah Terikat

Pembolehubah bebas adalah pembolehubah utama yang menjadi minat


pengkaji. Matlamat pengkaji adalah untuk menerangkan atau meramalkan
kepelbagaian di dalam pembolehubah terikat. Berdasarkan contoh yang
diberikan di atas, pembolehubah terikat dalam kajian yang dijalankan
ialah komitmen organisasi iaitu merupakan pembolehubah yang
dipengaruhi oleh pembolehubah bebas yakni komunikasi organisasi.
Hubungan antara kedua pembolehubah ini dapati dilihat berdasarkan
Rajah 5.1.
Rajah 5.1
Hubungan antara Pembolehubah Bebas dan Pembolehubah Terikat

Pembolehubah Terikat:

Pembolehubah Bebas:

Komitmen terhadap Organisasi

Komunikasi Organisasi

5.7.3

Pembolehubah Pengubah

Pembolehubah ini ialah pembolehubah yang mempunyai kesan


pergantungan yang kukuh dalam konteks hubungan antara
pembolehubah bebas dan pembolehubah terikat. Kehadirannya adalah
bererti dan signifikan kerana ia boleh mengubah bentuk hubungan antara
pembolehubah bebas dan pembolehubah terikat. Misalnya, berdasarkan
kepada contoh kajian berkaitan dengan aspek-aspek komunikasi dan
komitmen terhadap organisasi, pengkaji mendapati bahawa
pembolehubah ketiga iaitu amalan budaya organisasi yang positif dapat
meningkatkan lagi komitmen terhadap organisasi atau sebaliknya. Anda
boleh melihat hubungan antara embolehubah-pembolehubah tersebut
dalam Rajah 5.2 yang saya gambarkan di bawah:

63

Rajah 5.2
Hubungan antara Pembolehubah Bebas, Pembolehubah Terikat dan
Pembolehubah Pengubah

Pembolehubah Bebas:

Pembolehubah Terikat::

Komunikasi Organisasi

Komitmen terhadap Organisasi

Pembolehubah Bebas:
Pembolehubah Pengubah:
Budaya Organisasi

5.7.4

Pembolehubah Mencelah

Pembolehubah mencelah merupakan pembolehubah yang timbul pada


masa pembolehubah bebas beroperasi untuk mendatangkan kesan
terhadap pembolehubah terikat. Kemunculan pembolehubah mencelah
merupakan fungsi kepada pembolehubah bebas yang beroperasi dalam
mana-mana situasi dan mendatangkan kesan terhadap pengaruh
pembolehubah bebas terhadap pembolehubah terikat.
SOALAN DALAM TEKS 5.1

1. Apakah yang dimaksudkan dengnan penyelidikan


kuantitatif dan kualitatif?
2. Apakah yang dimaksudkan dengan pembolehubah
bebas, pembolehubah terikat, pembolehubah
mencelah dan pembolehubah pengubah?
Semak jawapan anda di akhir bab ini.
5.8

PERANAN TEORI
KERANGKA TEORI

DALAM

PENYELIDIKAN/

Setelah mengenal pasti masalah-masalah yang wujud bagi menjalankan


kajian, pengkaji perlu bersedia untuk membentuk kerangka teoretikal.
Kerangka teoretikal merupakan model konseptual tentang cara seseorang
pengkaji membuat andaian berkaitan hubungan pelbagai aspek yang
64

dikenal pasti daripada kajian-kajian yang lepas. Berdasarkan kepada


kerangka teoretikal, hipotesis dibina yang kemudiannya diuji dengan
analisis statistik yang bersesuaian.
Teori merupakan penerangan umum tentang sesuatu pemerhatian. Tanpa
kehadirannya, sesuatu fenomena dianggap sebagai tidak berhubungan
atau bertentangan. Peranan teori dalam penyelidikan ialah:
i)

Menguji hipotesis yang diperolehi daripada teori: Hal ini boleh


dilakukan melalui pembentukan hipotesis yang selaras dengan
teori. Kajian yang menyokong sesuatu hipotesis turut menyokong
teori dengan andaian bahawa kaedah kajian adalah kukuh.

ii)

Memberikan maklumat dan kesimpulan tentang kajian. Pengkaji


cuba untuk membina teori yang akan menerangkan tentang
sesuatu peristiwa.

Segala hipotesis, persoalan dan objektif kajian perlu disokong dengan


aspek-aspek teoretikal dalam kajian-kajian kuantitatif. Teori adalah
penting dalam proses reka bentuk kajian bagi menjelaskan tentang
hipotesis, soalan-soalan atau objektif. Dalam disertasi kuantitatif, satu
bahagian khas diperuntukkan bagi menjelaskan tentang teori yang
menjadi dasar bagi kajian.
Teori biasanya difahami mempunyai ciri-ciri tertentu. Kerlinger (1979)
mendefinisikan teori sebagai ... aset of interrelated constructs (variables)
definitions, and propositions that presents a systematic view phenomena by specifying
relations among variables, with the purpose of explaining natural phenomenon.
Teori adalah merupakan satu set konstruk yang saling berhubungan yang
dibentuk dalam hipotesis yang menjelaskan hubungan antara
pembolehubah berkenaan. Pandangan yang sistematik mungkin
membantu pengkaji untuk membentuk hujahan, pembincangan atau
rasional yang membantu menjelaskan fenomena yang berlaku di dalam
dunia.
Dalam kajian kuantitatif, teori digunakan secara deduktif dan
ditempatkan di bahagian permulaan kajian. Dalam kajian kuantitatif juga,
tujuan kajian adalah untuk menguji sesuatu teori berbanding dengan
untuk membina teori. Dengan itu, pengkaji bermula dengan
mengumpulkan data-data bagi menguji teori berkenaan untuk mengenal
pasti sama ada teori berkenaan disahkan atau tidak disahkan di dalam
kajian. Teori yang manjadi kerangka keseluruhan kajian merupakan
model yang tersusun untuk persoalan kajian atau hipotesis dan bagi
prosedur pengumpulan data. Model pemikiran deduktif adalah bagi
65

pengkaji menguji teori melalui menggunakan hipotesis atau persoalan


yang diperolehi dari teori. Hipotesis atau persoalan ini mengandungi
pembolehubah yang diukur menggunakan instrumen atau item.
Penggunaan teori dalam kajian kualitatif tidak sejelas kajian kuantitatif.
Misalnya, teori digunakan bagi mereka yang menjalankan kajian berkaitan
dengan teori utama (grand theory). Pengkaji kualitatif berharap untuk
menemui atribusi (iaitu set konstruk yang saling berhubungan) dalam
kajian yang dijalankannya. Dalam kajian etnografi klinikal, pengkajipengkaji bermula dengan teori untuk menjelaskan kajian mereka dan
biasanya, teori dalam kajian kualitatif digunakan. Hal ini selaras dengan
kaedah pemikiran induktif iaitu meletakkan teori diakhir kajian sebagai
asas perbincangan.
5.9

PENYEDIAAN CADANGAN PENYELIDIKAN

Sebelum mendapatkan pembiayaan bagi menjalankan penyelidikan, anda


dikehendaki menyediakan cadangan penyelidikan. Cadangan penyelidikan
adalah merupakan tawaran oleh pengkaji untuk menghasilkan sesuatu.
Tujuan cadangan penyelidikan adalah:
i)
ii)
iii)
iv)

Untuk memberitahu tentang masalah yang akan dikaji dan


kepentingannya.
Untuk membincangkan tentang usaha-usaha kajian dengan
pengkaji atau sesiapa sahaja yang pernah menjalankan kajian
berkaitan dengan masalah yang hendak dikaji.
Untuk menyediakan data yang sesuai bagi menyelesaikan
masalah.
Untuk mencadangkan cara data akan didapati, dianalisis dan
ditafsir.

Cadangan penyelidikan juga dianggap sebagai kontrak yang pengkaji


mesti menunjukkan rancangan kajian dengan cara yang terbaik untuk
mencadangkan agar kajian beliau dipilih berbanding dengan pesaingpesaing. Sesetengah organisasi bergantung kepada keupayaan untuk
membuat proposal yang baik bagi mendapatkan pembiayaan dan
sebagainya. Proposal akan memaklumkan tentang:
i)
ii)
iii)
iv)
v)
vi)

Apa yang akan dilakukan;


Kenapa ia akan dilakukan;
Bagaimana kajian akan dijalankan;
Di mana kajian berkenaan akan dijalankan;
Kepada sesiapa kajian berkenaan akan dilakukan; dan
Apakah faedah yang akan diperolehi dari pada kajian berkenaan.
66

5.9.1

Kepentingan Cadangan Penyelidikan

a)

Kepentingan kepada pembiaya

Kebanyakan kajian mempunyai pembiaya atau ahli jawatankuasa yang


bertanggungjawab untuk meneliti penyelidikan berkenaan. Misalnya,
calon Ijazah Doktor Falsafah bertanggungjawab kepada ahli
jawatankuasa tesis untuk menilai kajian yang beliau jalanan. Dalam
pengurusan korporat, sama ada kajian dijalankan oleh bahagian
penyelidikan atau dibawah kontrak perunding, pengurusan organisasi
membiaya penyelidikan berkenaan. Kerajaan dan universiti biasanya
menggunakan ahli jawatankuasa gran untuk menilai sesuatu hasil usaha
atau cadangan penyelidikan.
Proposal penyelidikan adalah merupakan langkah awal dalam proses
penilaian. Ia membenarkan pembiaya untuk menilai jenis kajian yang
dijalankan, kejelasan reka bentuk, bahan-bahan latar dan juga kesesuaian
untuk menjalankan kajian. Proposal menggambarkan susunan, disiplin
dan logik pengkaji. Sesuatu penyelidikan yang tidak dirancang dengan
baik, tidak ditulis dengan baik dan tidak teratur akan memburukkan
reputasi seseorang pangkaji. Dengan itu, proposal adalah merupakan
dokumen yang akan dinilai oleh pembiaya berdasarkan kepada keperluan
organisasi, kepakaran dan saintifik. Ia membenarkan pembiaya untuk
membuat perbandingan dengan proposal-prosal yang lain dan akhirnya
memilih projek kajian yang terbaik.
Proposal juga memberikan gambaran asas kepada pembiaya tentang
penilaian terhadap hasil sesuatu projek. Dengan membandingkan hasil
akhir dengan objektif kajian yang dinyatakan, adalah mudah untuk
menentukan sama ada matlamat kajian telah dicapai.
Faedah ketiga yang boleh diperolehi ialah disiplin kepada pembiaya.
Proposal kajian bertindak sebagai rujukan bagi tujuan perbincangan
antara pengkaji dan pihak pengurusan organisasi. Pengkaji
menterjemahkan persoalan-persoalan pengurusan ke dalam bentuk
persoalan kajian dan merangka objektif penyelidikan.
b)

Kepentingan kepada pengkaji

Pada hakikatnya, proposal adalah sesuatu yang mendatangkan faedah


kepada pengkaji berbanding dengan pembiaya. Proses menulis proposal
membenarkan pengkaji untuk merancang dan menyemak semula
langkah-langkah yang perlu dilakukan dalam menjalankan penyelidikan
atau projek. Ulasan karya yang bersesuaian harus teliti, dimana ulasan
karya akan membolehkan pengkaji untuk menilai pendekatan-pendekatan
67

yang lepas bagi sesuatu masalah dan meneliti semula perancangan. Hal
ini kerana para pengkaji berpeluang untuk mengkaji kesilapan-kesilapan
di dalam andaian dan masalah yang tidak diteliti dalam kajian-kajian
lampau.
Setelah proposal diterima, dokumen berkenaan akan menjadi garis
panduan kepada pengkaji sepanjang tempoh beliau menjalankan
penyelidikan atau penyiasatan. Perkembangan kajian pula boleh dipantau.
Faedah penulisan proposal kepada pengkaji ialah ia membenarkan
pengkaji merancang masa dan belanjawan sesuatu kajian. Anggaran ini
membenarkan pengkaji untuk merancang projek atau kajian supaya
mempunyai perkembangan yang positif menuju tarikh akhir.
5.9.2

Jenis Proposal Penyelidikan

Jenis proposal penyelidikan bergantung kepada jenis projek, pembiaya


sama ada individu atau institusi dan juga tahap kompleksiti yang
diperlukan. Biasanya, agensi-agensi kerajaan memerlukan proposal yang
paling kompleks bagi tujuan analisis pembiayaan. Bagi tujuan
penyelidikan penerokaan yang dilakukan di dalam organisasi, proposal
yang mengandungi tujuan, pendekatan dan peruntukan masa mungkin
dikira sudah mencukupi.
Secara umumnya, proposal boleh dibahagikan kepada:
i)
Cadangan penyelidikan oleh pelajar.
ii)
Proposal dalaman (Internal Proposal).
iii)
Proposal luaran (External proposal).
i)

Cadangan penyelidikan oleh pelajar

Cadangan penyelidikan oleh pelajar menekankan kepada ulasan karya dan


bibliografi. Dua faktor anda diperlukan untuk menyediakan cadanga
penyelidikan adalah; 1) untuk mengajar anda tentang cara melakukan
penyelidikan; dan 2) memperkembangkan pengetahuan anda dalam
bidang tertentu. Faktor ini akan mempengaruhi jenis dan kandungan
proposal.
ii)

Proposal dalaman

Proposal dalaman merupakan memo daripada pengkaji kepada pihak


pengurusan yang menggariskan tentang penyataan masalah, objektif
kajian, dan jadual kerja adalah cukup untuk memulakan satu kajian
penerikaan. Biasanya, ulasan karya dan bibliografi tidak begitu diberikan
penekanan. Jangka masa dan perbelanjaan adalah penting untuk
mendapatkan pembiayaan oleh jawatankuasa.
68

iii)

Proposal luaran

Proposal luaran ialah proposal yang diminta atau dicari dari organisasi.
Biasanya, proposal sebegini bersaing dengan proposal lain untuk
mendapatkan pembiayaan. Bahagian yang paling penting dalam proposal
luaran adalah objektif, reka bentuk, kelayakan, jangka masa dan anggaran
perbelanjaan. Peningkatan kompleksiti sesuatu projek, menyebabkan
lebih banyak maklumat diperlukan tentang pengurusan projek,
kemudahan dan sumber-sumber.
5.9.3

Kandungan Proposal

Proposal mengandungi beberapa perkara yang harus dimasukkan.


Namun begitu, isi kandungan yang dibincangkan bergantung kepada
keperluan organisasi, pembiaya atau projek pelajar.
i)

Ringkasan eksekutif

Ringkasan eksekutif membolehkan pengurus atau pembiaya yang sibuk


untuk memahami secara cepat tentang kandungan proposal. Ia
seharusnya merupakan ringkasan yang cukup bermaklumat bagi
membolehkan pihak pengurus untuk mendapatkan sepintas lalu
keperluan proposal tanpa perlu membaca terlalu terperinci. Matlamat
ringkasan adalah untuk mendapatkan penilaian positif oleh pihak
pentabir yang akan memperpanjangkan kepada pihak yang lain bagi
tujuan penilaian sepenuhnya. Dengan itu, ringkasan eksekutif harus
memasukkan pernyataan masalah yang ringkas, objektif kajian dan
kebaikan pendekatan yang digunakan.
ii)

Pernyataan masalah

Bahagian ini bertujuan untuk menyakinkan pembiaya agar terus


membaca cadangan penyelidikan. Kepentingan masalah untuk dikaji
harus ditekankan di sini dan harus memasukkan kekangan kepada kajian
berkenaan. Permasalahan kajian harus jelas dari segi skop
limitasinya.permasalahan kajian yang kabur atau terlalu luas akan
menyebabkan pembiaya tidak boleh melihat kekangan secara jelas.
Setelah membaca bahagian ini, pembiaya sepatutnya telah mengetahui
tentang masalah, kewajaran dan sebab sesuatu kajian harus dilakukan.
iii)

Tujuan kajian

Objektif kajian bertindak selaku tujuan kepada penyiasatan apabila


pengkaji menerangkan secara jelas akan tujuan kajian tersebut dilakukan.
Dalam kajian deskriptif, objektif boleh dinyatakan sebagai persoalan
69

kajian. Objektif sepatutnya berturutan dari pernyataan masalah. Ia


seharusnya konkrit, dan boleh dicapai. Adalah lebih baik untuk
menyenaraikan tujuan kajian mengikut urutan kepentingan. Objektif
kajian adalah merupakan asas untuk menilai proposal dan laporan akhir
kajian.
iv)

Ulasan karya

Bab ulasan karya membincangkan tentang kajian-kajian lepas dan


biasanya laporan organisasi bertindak selaku asas kepada cadangan kajian.
Mulakan perbincangan anda dengan kajian yang berkaitan atau data
sekunder yang relevan dari perspektif yang komprehensif membawa
kepada kajian yang spesefik berkaitan dengan masalah yang dikaji. Jika
masalah mempunyai asas sejarah, mulakan dengan rujukan atau
penyelidikan yang paling awal.
Elakkan ulasan karya yang terlalu terperinci. Tekankan kepada
kepentingan dan kesimpulan kajian-kajian lepas, data yang relevan dan
trend kajian-kajian lepas serta kaedah atau reka bentuk yang boleh
diduplikasi atau harus dielakkan. Bincangkan bagaimana ulasan karya
berkaitan dengan kajian. Jika proposal anda bergantung kepada data
sekunder, bincangkan kesesuaian data dan bias yang mungkin wujud pada
data berkenaan.
Anda perlu sentiasa merujuk kepada sumber asli. Jika anda memperolehi
sesuatu yang penting dalam bentuk petikan, dapatkan sumber yang asli
dan pastikan anda memahaminya. Ini dapat mengelakkan anda daripada
tersalah tafsir.
Tutup bahagian ulasan karya dengan meringkaskan kepentingan aspek
kajian-kaian yang diulaskan dan kaitannya dengan permasalahan kajian
anda.
v)

Kepentingan kajian

Bahagian ini menbenarkan anda selaku pengkaji untuk menerangkan


tentang faedah yang boleh diperolehi daripada kajian. Kepentingan
menjalankan kajian ini harus ditekankan. Biasanya bahagian ini jarang
melebihi satu perenggan. Sekiranya anda mendapati sukar untuk menulis
bahagian ini, anda mungkin tidak memahami permasalahan kajian anda.
Sekiranya anda menghadapi masalah ini, rujuk semula kepada
permasalahan kajian, berbincang dengan ahli-ahli penyelidikan, rujuk
semula ulasan karya dan sebagainya.
70

vi)

Reka bentuk kajian

Bahagian reka bentuk kajian harus memasukkan maklumat tentang


pemilihan sampel, bilangan sampel, kaedah pengumpulan data,
pengukuran, prosedur dan etika.
vii)

Analisis data

Bahagian ini membincangkan secara ringkas berkenaan dengan kaedah


yang digunakan untuk menganalisis data. Bincangkan tentang cadangan
anda untuk menganalisis data serta asas teoritikal mengapa anda memilih
kaedah berkenaan. Bahagian ini amat penting kerana pengkaji seharusnya
mengetahui teknik terkini.
viii)

Bentuk hasil kajian

Pengkaji harus memaklumkan secara khusus tentang jenis data yang akan
diperolehi dan tafsiran yang akan dibuat. Kesimpulan berdasarkan
statistik, hasil bagi tujuan gunaan, cadangan plan tindakan, model-model,
plan stategik, dan lain-lain harus dilihat dalam bentuk hasil kajian.
ix)

Kelayakan pengkaji

Bahagian ini seharusnya bermula dengan kurikulumvitae ketua


penyelidik. Mulakan dengan kelayakan akademik tertinggi di samping
pengalaman-pengalaman dalam menjalankan kajian lepas. Keseluruhan
kurikulum vitae tidak harus dimasukkan kecuali jika diperlukan oleh
organisasi.
x)

Anggaran perbelanjaan

Anggaran perbelanjaan harus dimasukkan mengikut keperluan pembiaya.


Ini termasuklah anggaran bahan pakai habis, perjalanan, keperluan bahan
dan lain-lain.
xi)

Jangka masa

Rancangan tempoh kajian harus memasukkan fasa-fasa utama dalam


projek, jadual waktu dan milestones yang signifikan dalam menyiapkan
fasa-fasa kajian anda. Misalnya, 1) temubual peneroka, 2) penyediaan
cadangan penyelidik, 3) semakan soal selidik, 4) kerja lapangan 5) koding
dan editing, 6) analisis data, dan 7) laporan kajian. Satu daripada kaedah
yang sering digunakan untuk menunjukkan jangka masa ialah carta
Gantt.
71

xii)

Kemudahan dan sumber-sumber yang diperlukan

Projek-projek atau kajian yang memerlukan peralatan tertentu harus


dinyatakan secara terperinci. Misalnya, keperluan diperlukan untuk sesi
perbincangan kumpulan. Keperluan komputer bagi tujuan analisis data,
perisian komputer tertentu dan lain-lain juga harus dinyatakan secara
jelas dan cermat dalam penyediaan proposal.
xiii)

Rujukan (Bibliografi)

Bagi setiap projek yang memerlukan ulasan karya, rujukan amat


diperlukan. Gunakan format bibliografi yang diperlukan oleh pembiaya
seperti Kate L. Turabian, A Manual for Writers of Term Paper, These and
Dissertations; atau Josept Gibaldi and Walter S. Schtert, MLA Hand book
for Writers of Research Papers, or The Publication Manuals of the American
Psychological Association yang akan membekalkan cara yang diperlukan
untuk menulis bioliografi.
xiv)

Lampiran

Sekiranya terdapat maklumat tambahan atau sokongan kepada cadangan


kajian yang dirasakan perlu tetapi tidak begitu penting untuk dimasukkan
ke dalam teks, maklumat berkenaan boleh dilampirkan.
xv)

Senarai singkatan

Singkatan istilah-istilah harus dimasukkan apabia terlalu banyak


perkataan yang unit atau sukar difahami. Definisikan juga akronim yang
digunakan.
xvi)

Alat pengukuran

Bagi projek yang besar, adalah sesuai untuk memasukkan contoh


instrumen. Hal ini membenarkan pembiaya untuk membincangkan
tentang perubahan-perubahan yang diperlukan bagi isntrumen untuk
mendapatkan data.
xvii)

Lain-lain

Maklumat tambahan yang penting perlu dimasukkan seperti kurikulum


vitae, anggaran belanjawan dan lain-lain.

72

SOALAN DALAM TEKS 5.2

1.
2.

Apakah peranan teori dalam penyelidikan?


Apakah tujuan cadangan penyelidikan?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.


5.10

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, bab ini telah menjelaskan kepada anda tentang


maksud permasalahan dalam menjalankan kajian. Selain itu, bab ini juga
membincangkan tentang perbezaan antara kaedah penyelidikan kualitatif
dan kaedah penyelidikan kuantitatif serta faktor-faktor yang harus
diambil kira dalam memilih kaedah berkenaan. Kepentingan penyemakan
dilakukan terhadap kajian-kajian yang pernah dijalankan dalam aspek
yang ingin dikaji juga turut diperkatakan di samping peranan
pembolehubah di dalam sesuatu kajian. Peranan teori juga turut
dibincangkan serta garis panduan tentang penyelidikan cadangan
proposal turut digariskan.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1.
2.
3.
4.
5.
6.

Jelaskan asas-asas penilaian bagi pemilihan permasalahan kajian


apakah faktor-faktor yang membezakan kaedah kuantitatif dan
kualitatif.
Jelaskan kepentingan ulasan karya dalam menjalankan
penyelidikan
Apakah jenis-jenis pembolehubah yang mungkin terdapat di
dalam sesuatu kajian?
Huraikan kepentingan teori dalam menjalankan penyelidikan
Apakah kepentingan penyelidikan proposal?
Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

73

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS


SDT 5.1
1.

Penyelidikan kuantitatif menghasilkan data bercorak numerikal


manakala penyelidikan kualitatif menghasilkan data berbentuk
perkataan atau ayat.

2.

Pembolehubah
bebas
merupakan
pembolehubah
yang
mempengaruhi pembolehubah terikat. Pembolehubah terikat
adalah pembolehubah utama yang menjadi minat pengkaji.
Pembolehubah mencelah adalah pembolehubah yang berfungsi
dalam mengubah bentuk hubungan antara pembolehubah terikat
dan pembolehubah bebas, manakala pembolehubah mencelah
hadir akibat perubahan masa.
SDT 5.2

1.

Peranan teori dalam penyelidikan adalah:


a)
menguji hipotesis yang didapati dari teori: ini boleh
dilakukan melalui pembentukan hipotesis yang selaras
dengan teori. Kajian yang menyokong sesuatu hipotesis
turut menyokong teori dengan andaian bahawa kaedah
kajian adalah kukuh.
b)
Memberikan maklumat dan kesimpulan tentang kajian iaitu
pengkaji cuba untuk membina teori yang akan
menerangkan tentang sesuatu peristiwa.

2.

Tujuan cadangan penyelidikan adalah:


i)
Untuk memberitahu tentang masalah yang akan dikaji dan
kepentingannya
ii)
Untuk membincangkan tentang usaha-usaha kajian dengan
pengkaji atau sesiapa sahaja yang pernah menjalankan
kajian berkaitan dengan masalah yang hendak dikaji.
iii)
Untuk menyediakan data yang sesuai bagi menyelesaikan
masalah
iv)
Untuk mencadangkan cara data akan didapati, dianalisis
dan di tafsir.

74

Anda mungkin juga menyukai

  • Bab 6
    Bab 6
    Dokumen18 halaman
    Bab 6
    nono
    Belum ada peringkat
  • Bab 5
    Bab 5
    Dokumen49 halaman
    Bab 5
    nono
    Belum ada peringkat
  • Bab 10
    Bab 10
    Dokumen23 halaman
    Bab 10
    nono
    Belum ada peringkat
  • Bab 10
    Bab 10
    Dokumen23 halaman
    Bab 10
    nono
    Belum ada peringkat
  • Bab 9
    Bab 9
    Dokumen17 halaman
    Bab 9
    nono
    Belum ada peringkat
  • Bab 6
    Bab 6
    Dokumen18 halaman
    Bab 6
    nono
    Belum ada peringkat
  • Jawapan Latihan
    Jawapan Latihan
    Dokumen21 halaman
    Jawapan Latihan
    nono
    Belum ada peringkat
  • Bab 3
    Bab 3
    Dokumen12 halaman
    Bab 3
    nono
    Belum ada peringkat
  • Jawapan Latihan
    Jawapan Latihan
    Dokumen21 halaman
    Jawapan Latihan
    nono
    Belum ada peringkat