Anda di halaman 1dari 25

HBAE1103

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER MEI 2014

HBAE1103
PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

NO. MATRIKULASI

810802035614001

NO. KAD PENGNEALAN

810802035614

NO. TELEFON

0139337094

E-MEL

norlidaabrahman@yahoo.com.my

PUSAT PEMBELAJARAN

KELANTAN

HBAE1103

HBAE1103

ISI KANDUNGAN
Pengenalan
Kepentingan pendidikan seni visual
Penilaian dalam pendidikan seni visual
Antara aspek yang perlu dinilai
Portfolio
Keesahan portfolio
Langkah penyediaan portfolio
Ciri dan kandungan penting sesebuah portfolio
Kesimpulan

HBAE1103

Pengenalan
Pendidikan Seni Visual bertujuan untuk melahirkan perubahan individu kepada
nilai murni dengan memupuk diri dalam pengalaman estetik dan membentuk
emosi yang seimbang.

Melalui aktiviti seni, murid berpeluang meluahkan

perasaan dan ini akan

menimbulkan kesan kelegaan dengan meluahkan

perasaan dalam hasil karya yang dibuat itu. Dengan ini, konsep kendiri
seseorang pelajar dapat dibentuk. Tambahan pula, Pendidikan Seni Visual juga
bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang
keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian
dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain.

Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan


aktif. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan untuk memperkembang sifatsifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan
pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan
membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini
penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian
dan mengenali cita rasanya sendiri.

Selain daripada itu, aktiviti seni visual juga dapat menajamkan persepsi,
meningkatkan kreativiti dan meningkatkan nilai estetik.Melalui aktiviti seni juga
dapat memupuk semangat bekerjasama dan keupayaan bersosial. Dengan
pemupukan asas seni visual, maka ia dapat melahirkan insan yang harmonis,
kritis, kreatif dan produktif yang selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

HBAE1103

Kepentingan Pendidikan Seni Visual


Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk
minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan
terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata
pelajaran lain. Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif,
ekspresif

dan

aktif.

Pendidikan

Seni

Visual

memainkan

peranan

memperkembang sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran.
Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni
visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri.
Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri,
membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri.
Pendidikan

Seni

Visual

sekolah

rendah

menyarankan

strategi

pembelajaran yang bersepadu dalam mata pelajaran ini dan antara mata
pelajaran lain. Pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan dengan aktiviti
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK). Murid digalakkan menyimpan
rekod pengalaman pembelajaran dan hasil kerja sendiri. Amalan ini akan melatih
murid membuat analisis, sintesis dan refleksi terhadap pembelajarannya untuk
faedah sendiri. Pendidikan seni visual sekolah rendah Setiap murid mempunyai
pelbagai kecerdasan seperti ruang visual, kinestetik, interpersonel dan
intrapersonel. Sifat ini amat penting untuk membantu murid berkarya,
berkomunikasi dan mengukuh koordinasi pancaindera secara seimbang. Proses
ini menjadikan pembelajaran lebih berkesan dan bermakna.
Pendidikan seni visual mampu melahirkan insan yang harmonis, kritis,
kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan
kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap
Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan
bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga,
masyarakat

dan

negara,

selaras

dengan

Kebangsaan.
4

hasrat

Falsafah

Pendidikan

HBAE1103

Pengalaman seni ini adalah untuk memperkembang dan menyelaraskan


persepsi dan konsepsi visual murid sebagai asas bagi menggalakkan pemikiran
kritis dan kreatif. Pengalaman ini juga selaras dengan perkembangan peringkat
kesediaan dan penerimaan murid dari segi sosioemosi, psikomotor dan mental
yang merangkumi perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi visual. Dengan
mempelajari Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah, murid akan dapat
menguasai beberapa pengetahuan dan kemahiran. Antara pengetahuan yang
dapat dimiliki murid ialah pengetahuan mengenai bahan, alat dan teknik yang
digunakan dalam sebarang kegiatan seni. Murid juga akan mendapat
pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran, kraf tradisional, unsur
seni dan prinsip rekaan dalam pendidikan seni visual, proses pembuatan hasil
seni, menyimpan maklumat atau dokumentasi, mengintegrasikan maklumat dan
aplikasi komputer dalam kerja seni visual. Sementara kemahiran yang akan
diperolehi murid pula ialah kemahiran memanipulasi bahan, alat dan teknik,
mengaplikasi disiplin seni visual, berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi
secara berkesan, membuat pilihan, membuat interpretasi, menggunakan
teknologi bahan dan perkakasan.
Penilaian Dalam Pendidikan Seni Visual
Penilaian ialah perkara yang tidak asing kepada guru-guru. Guru akan
memberikan ujian kepada pelajar-pelajar dan dari ujian ini para guru dapat
membuat beberapa keputusan. Guru dapat mengelaskan kumpulan pelajar yang
telah menguasai kemahiran yang diajar, termasuk pelajar yang mencapai
keputusan cemerlang, pelajar yang perlu latihan lebih banyak dan adakah cara
pengajaran guru itu telah disampaikan dengan baik dan berkesan. (Penilaian
Kendalian Sekolah:PKS)
Selain ujian-ujian dan peperiksaan, guru-guru juga boleh mendapatkan
maklumat dengan cara menyoal pelajar dari masa ke semasa. Apabila guru
mengajar, pelajar akan selalu disoal. Daripada jawapan yang diberi pelajar, guru
5

HBAE1103

dapat mengenalpasti sama ada pelajar itu tahu atau tidak tahu jawapan
sebenarnya.
Daripada latihan-latihan dan kerja rumah, guru juga dapat mengetahui
kemajuan seseorang pelajar itu. Banyak cara yang dilakukan oleh guru-guru bagi
mendapatkan

maklumat

tentang

pelajar

dan

kemajuan

di

dalam

pembelajarannya.
Jika dihalusi, kita akan mengetahui bahawa penilaian ialah sebahagian
besar daripada aktiviti pengajaran yang dilakukan oleh guru-guru. Setiap masa
guru perlu membuat keputusan. Sebelum keputusan dibuat, guru secara sedar
atau tidak, ada menjalankan penilaian.

Antara aspek yang perlu dinilai ialah;


i) Perbezaan keupayaan yang dipunyai oleh seseorang pelajar dalam situasi
belajar. Kesihatan jasmani, kebolehan mental, tahap emosi, minat dan keperluan
serta persekitaran dan sosial dicerminkan melalui sikap dan tabiat pelajar
memberi maklumat kepada guru mengenai kaedah yang sesuai untuk dijalankan
penilaian.(Lovenfeld:1975)
ii) Nilai estetika yang merujuk kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan
deria. Menurut Bates (2000), ia merupakan satu kajian falsafah yang berkaitan
dengan kecantikan, begitu juga pendapat Gazalba (1978); estetika membawa
nilai kecantikan dan kebaikan. Dalam penilaian guru perlu memilih karya yang
berkualiti dan untuk itu perlu ada standard dan kualiti yang tertentu jenisnya.
iii) Proses penciptaan sesuatu hasil karya;
Dalam penilaian di sekolah guru perlu menilai karya seseorang pelajar dengan
melihat keupayaan pelajar tersebut mengasilkan karya secara realistik. Dalam
konteks ini kaedah menyusun elemen dan prinsip seni di dalam sesebuah karya
6

HBAE1103

diambil kira. Karya yang berkualiti dapat menghuraikan makna dari aspek
meningkatkan tindak balas emosi, mood dan idea kepada penilainya. Secara
tidak langsung aspek kognitif telah dinilai oleh seorang guru terhadap kebolehan
pelajarnya tentang cara mengendalikan proses penghasilan seperti mematuhi
teknik-teknik dan prosedur tertentu dalam menyelesaikan masalah. Ini adalah
untuk mendidik pelajar menjadi manusia supaya sentiasa mengamalkan
pertimbangan estetik dan hidup yang lebih bermakna; justeru kualiti pengamatan
perlu dikembangkan. (Rudolf Arnheim:1972)
Selain itu pelajar juga perlu menguasai proses penghasilan seperti
penggunaan media, alat, teknik dan amalan keselamatan. Ini kerana penilaian
guru sepatutnya menyeluruh sesuai dengan objektif keempat dalam mata
pelajaran ini; iaitu menggunakan pelbagai kemahiran, media teknik dan teknologi
untuk merekacipta barangan kraf dan produk seni visual yang berkualiti.
Penilaian guru termasuklah bagaimana pelajar mengawal, mengguna bahan dan
teknologi dalam menghasil sesuatu karya seni itu.(Sukatan Pelajaran Pendidikan
Seni: KPM)
iv) Konteks objek yang ingin dinilai;
Apabila pelajar menghasilkan sesebuah hasil karya seperti contoh artifak, guru
perlu melihat hasil karya tersebut bukan sahaja sebagai sebuah artifak atau
produk semata-mata tetapi sebagai sesuatu aspek yang mampu dinilai
statusnya. Penilaian perlu berlandaskan kepada hala tuju yang sesuai serta
sebuah matlamat demi mendapatkan pemahaman yang menyeluruh serta
penilaian yang tepat (Diffey; The Republic of Art).
Mead (1972) pula menegaskan bahawa pendidikan menunjukkan dua
fungsi utama iaitu melestarikan dan mengembangkan kebudayaan sesuai
dengan keperluan individu, sosial dan budaya sesuatu masyarakat yang terjelma
melalui cara berfikir, penghayatan, luahan rasa serta respon mereka terhadap

HBAE1103

sesuatu perkara. Ini dapat dilihat kepada 10 objektif Pendidikan Seni Visual
seperti yang terkandung di dalam sukatan pelajaran
v) Nilai artistik;
Terletak pada apa yang dipersembahkan kepada guru oleh pelajar itu sendiri.
Pengolahan idea pelajar bermula dari pengetahuan yang dimiliki. Pelajar
menghasilkan sesuatu hasil karya berdasarkan kepada sesuatu karya yang telah
diterima pakai dalam ruang lingkup budayanya. Namun apa yang perlu dinilai di
sini adalah tujuan penciptaan sesuatu karya tersebut. (Tjetjep Rohendi
Rohidi:1994)

vi) Persembahan produk;


Guru juga perlu membuat penilaian dari aspek persembahan produk kerana
dalam penghasilan sesebuah karya, elemen ini amat penting kerana pelajar akan
menguasai beberapa kemahiran seperti inkuiri mengenai melalui penyelidikan.
Mereka juga perlu bersikap fleksibiliti dalam membuat hasil seni dan seni reka.
Setiap pelajar mempunyai interpretasi dan penilaian persepsi yang berlainan,
justeru produk yang dihasilkan berbeza bagi setiap individu dari segi bentuk,
kualiti ekspresif dan stail. Secara tidak langsung pelajar akan menguasai
kemahiran dalam mengorganisasi unsur tampak melalui penggunaan prinsipprinsip seni dalam proses penciptaan. Peluang seperti ini akan mendorong
pelajar mencebur diri dalam situasi yang lebih kreatif, inovatif, reflektif dan
pemikiran kritikal. (Goldberg:1997)

Portfolio
Portfolio merupakan himpunan atau koleksi hasil kerja pelajar, maklumat pelajar,
pengetahuan pelajar, intelek dan kebolehan menyelesaikan masalah pelajar.
Bahan

portfolio

pelajar

menggambarkan

amalan

pelajar,

proses

pembelajarannya serta sikap dan nilai terhadap kerja. Penilaian portfolio


8

HBAE1103

merupakan

satu

cara

atau

kaedah

menilai

pelajar

secara

bersistem,

menggambarkan penguasaan kemahiran dalam konteks jasmani, emosi, rohani


dan intelek (JERI).
Penilaian berportfolio ini telah dilaksanakan di sebahagian besar negaranegara Eropah termasuk Amerika Syarikat. Satu projek di Universiti Stanford
menunjukkan

bahawa

porfolio

ini

membawa

kesan

yang

amat

memberangsangkan untuk menilai pelajar. Penilaian yang demikian dianggap


amat adil dan memperuntuk masa yang mencukupi kepada pelajar untuk
menyiapkannya. Di Malaysia, penilaian portfolio ini diperkenalkan di maktabmaktab perguruan untuk menilai guru pelatih. Penilaian berportfolio ini amat
wajar untuk diimplimentasi di sekolah-sekolah kerana amat relevan dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan konsep JERI seperti yang
disebut di atas.
Portfolio merupakan satu bekas atau fail yang diisi dengan berbagai-bagai
jenis dokumen, sketsa, penjanaan idea, pemeraman idea secara lakaran atau
illustrasi, nota-nota dan refleksi pembelajaran. Menurut Paulson dan Meyer
(1991), portfolio ialah satu koleksi bahan terpilih yang dapat menunjukkan daya
usaha, kemajuan dan pencapaian seseorang pelajar dalam satu atau lebih
bidang pelajaran.
Portfolio dalam Pendidikan Seni Visual menampilkan beberapa ciri yang
tertentu. Ia merupakan satu fail kerja yang dibina secara berterusan dan
beransur-ansur mengikut keperluan semasa dalam proses pembelajaran. Koleksi
perkembangan pembelajaran pelajar dirancang secara bersistem dengan
menunjukkan adanya rujukan buku dan tokoh seni. Akhirnya, anda sebagai guru
Pendidikan Seni Visual yang menilai portfolio pelajar akan dapat melihat
usahanya, kemajuan pembelajaranya dan pencapaian secara menyeluruh dan
pencapaian spesifik.

HBAE1103

Kepentingan Penilaian Portfolio dalam Pendidikan Seni Visual


Penggunaan portfolio pelajar telah menemui jalan ke dalam banyak kelas hari ini.
Amalan ini mempunyai akar dalam seni visual, di mana ia berfungsi sebagai
sebuah karya kerja pelajar. Dokumentasi kerja pelajar juga menyediakan satu
cara yang berguna untuk guru-guru untuk menilai pembelajaran pelajar dan
pertumbuhan.
Sebagai guru seni, kita biasanya mengingatkan pelajar untuk menyimpan
diari visual atau portfolio dan memberitahu mereka bahawa kami akan
menyemak ini. Dalam kebanyakan kes, bagaimanapun, pelajar-pelajar lulus
dengan kes portfolio mereka dimuatkan dengan karya seni bahawa guru tidak
betul melihat melalui.
Kekurangan perhatian kepada dokumen dan kajian mencerminkan
bagaimana portfolio seni telah menjadi satu afterthought semata-mata. Pelajarpelajar tidak biasanya diperlukan untuk menjelaskan segala kerja mereka, hanya
kepingan yang berkaitan untuk peperiksaan. diari visual mereka jarang dikaji
semula secara keseluruhan; sebaliknya, imej yang diasingkan daripada konteks
asal mereka.
Tetapi peranan guru bukan sahaja untuk memberi panduan bagi
permohonan peperiksaan. Ia juga adalah untuk mendokumentasikan pelajar
memahami dan pembangunan dalam bidang seni, dan mengarahkan mereka
lagi di jalan yang diketahui. Penyimpanan portfolio adalah satu proses penting
bagi pelajar seni untuk memupuk tabiat berhati-hati mendokumenkan kerja
mereka.
Bentuk Portfolio
Portfolio Pendidikan Seni Visual lebih merupakan portfolio dokumentasi proses
sepanjang kerja seni dilakukan dan bukan sekadar portfolio persembahan.
Justeru, bentuk portfolio menampakkan kajian, perancangan, eksperimen dan
10

HBAE1103

penentuan berhubung dengan hasil yang hendak dibuat. Secara umumnya


bentuk portfolio yang dicadangkan mengandungi 4 aspek:
Contoh portfolio untuk membina rak buku kanak-kanak.
I.

Kajian
Pemerhatian dan pengamatan. Koleksi bahan serta rekod daripada bahan
rujukan yang sesuai dengan kegiatan. Rumusan dan pertimbangan dalam
membuat pemilihan.Koleksi gambar pelbagai jenis buah-buahan,haiwan dan
rak buku untuk koleksi idea.

11

HBAE1103

12

HBAE1103

Lukisan realistik buahan-buahan dan haiwan yang telah dipilih.

13

HBAE1103

2.Lakaran
Eksperimentasi melalui lakaran dan lukisan sebelum mendapat idea yang
konstruktif. Pewujudan idea. Perkembangan lakaran berkaitan tema atau tajuk
Lakaran olahan dan perkembangan idea bentuk rak buku kanak-kanak
berdasarkan tema.

14

HBAE1103

15

HBAE1103

Kajian warna rak buku kanak-kanak yang dipilih dengan skema warna.

16

HBAE1103

3. Rangka Sebenar
Merangka reka cadang atau model.. Menentukan alatan dan bahan. Prototaip.
Bahan yang di perlukan untuk menghasilkan rak buku kanak-kanak ialah span
hujau,kepingan kertas kotak dan box bagi menghasilkan bentuk asas rak buku.

17

HBAE1103

18

HBAE1103

4. Persembahan Portfolio
Ringkas, menjimatkan, menarik dan tepat. Mengikut urutan. Bersih, kemas
dan mudah digunakan
Keempat-empat aspek yang meliputi kajian, lakaran, rangka sebenar dan
persembahan boleh dihasilkan melalui sebarang bentuk, bergantung kepada
keupayaan dan kemampuan fizikal pelajar, sekolah dan kemudahan yang ada

Langkah Penyediaan Portfolio


Sebagai satu rangka kerja, portfolio disediakan melalui langkah langkah seperti
berikut, iaitu:
Langkah 1: Menentukan tujuan portfolio.
Portfolio adalah satu cara untuk meningkatkan kesahihan penilaian pelajar iaitu:
i.

Kemajuan pelajar secara keseluruhan

ii.

Menyampaikan apa yang telah dipelajari kepada ibu bapa

iii.

Memindahkan maklumat kepada guru-guru

iv.

Menilai sejauh mana sesuatu yang telah diajar

v.

Menunjukkan apa yang telah dicapai

vi.

Memberikan gred kursus

Langkah 2: Mengenal pasti kemahiran kognitif dan tabiat.


Mengukur pertumbuhan dan pembangunan kecekapan dalam bidang-bidang
seperti pembinaan pengetahuan, strategi kognitif, kemahiran prosedur dan
metakognisi dalam menghasilkan sesuatu karya.
Langkah 3: Menentukan siapakah yang akan merancang portfolio.
Menentukan perancangan portfolio adalah untuk kegunaan semua pihak iaitu
para guru, pelajar dan ibu bapa mereka. Ia melibatkan penglibatan ibu bapa

19

HBAE1103

dengan memberi penjelasan penilaian portfolio dan juga meminta agar ibu bapa
dan pelajar membincangkan matlamat dan kandungan portfolio tersebut.
Langkah 4: Menentukan produk yang dimasukkan ke dalam portfolio dan
berapa banyak sampel bagi setiap produk.
Cara terbaik dalam memenuhi keperluan pelajar untuk mengukur apa yang telah
yang telah dipelajari untuk mengkategorikan produk sebarang produk sesuai
bertujuan untuk pengajaran serta hasil kognitif yang boleh dicapai serta
membenarkan pelajar dan ibu bapa untuk memilih sampel bagi setiap kategori.
Langkah 5: Membangunkan atau membina rubrik portfolio.
Langkah ini untuk memutuskan persembahan portfolio yang manakah dalam
kategori yang baik, sederhana serta lemah. Hasil pembelajaran kognitif dalam
setiap kategori kandungan
perwatakan

yang

portfolio, perlu senaraikan

difikirkan

sifat

asas

atau

penting. Seterunya bina kadar skala untuk

menerangkan kadar prestasi pelajar yang berlaku untuk setiap sifat


Langkah 6: Membangunkan porfolio mengikut prosedur.
Setiap kategori yang dimasukkan dalam portfolio, pelajar akan menerima skor
untuk setiap draf dan hasil terakhir. Saya akan memutuskan bagaimana untuk
agregat skor ini ke dalam skor akhir atau gred bagi setiap kandungan portfolio
secara keseluruhannya.
Langkah 7: Menentukan logistik.
Para pelajar dan ibu bapa perlu tahu tarikh sebenar bagi setiap penilaian. Ini
akan memperkukuhkan lagi minda pelajar dan memberi satu definisi tentang
hubungan antara pengajaran dan apa yang perlukan dalam sesuatu portfolio.
Antara yang diambil kira ialah:
a. Menentukan bagaimana, bila dan di mana anda mahu pelajar
anda untuk menghasilkan produk mereka sama ada dibuat pada awal

20

HBAE1103

kelas atau di akhir kelas iaitu di akhir proses pengajaran dan


pembelajaran.
b. Selain itu, tempat untuk penyimpanan semua hasil kerja (portfolio)
pelajar juga perlu diambil kira sama ada untuk menyimpannya di dalam
almari berkunci ataupun tidak atau disimpan oleh para pelajar itu
sendiri.

Ciri dan Kandungan Penting Sesebuah Portfolio


Aspek utama bagi portfolio yang baik adalah unsur kedalaman, tanpa mengira
jumlah masa yang digunakan. Sebagai bahan penilaian mengikut penaksiran
berasaskan performance, sesuatu portfolio itu mestilah:
i.

Menyatakan matlamat sesuatu kerja, projek atau tugasan

ii.

Mendedahkan bukti tentang pembelajaran dalam dalam enam aspek


pengetahuan yang disebut di atas kandungan, proses (langkahlangkah), syarat & peraturan, metakognisi, kemahiran motor, dan sikap
pemikiran

iii.

Menyatakan secara lengkap hubugan antara sesuatu matlamat dengan


unit pengajian sesuatu bidang.

iv.

Menunjukkan carta/ indikator kemajuan (proses)

v.

Menunjukkan kejayaan yang signifikan. Hasil yang terbaik dijelaskan


dengan nota dan huraian

vi.

Menyebut dan menyatakan kesukaran pembelajaran

vii.

Mencatitkan keistimewaan sesuatu hasil

viii.

Menyatakan proses pemilihan, refleksi, dan justifikasi

ix.

Menunjukkan maklumat didaktik (iaitu bahan bercatat oleh pelajar dan


juga guru dengan tarikh yang berkait dengan bukti penyediaan, dan
penyempurnaan tugasan, tujuan dan sebab, dsb.

x.

Refleksi tahap keakuran kepada standard perfomance

21

HBAE1103

Kesimpulan
Kurikulum Pendidikan Seni melibatkan perasaan estetik, daya kreatif pelajar
melalui penjanaan daya intuisi, persepsi dan konsepsi, juga boleh mewujudkan
rasa kepuasan dan kesedaran terhadap bakat serta kemampuan diri pelajar.
Pelajar yang mengikuti program Pendidikan Seni akan menjadi lebih peka dan
perasa, bersikap sederhana dan mampu mengamalkan pertimbangan kesenian
dan kesempurnaan dalam mengendalikan kehidupan. Pendidikan Seni juga
mampu meningkatkan kualiti berfikir .
Pendidikan Seni merupakan satu disiplin yang merentas kurikulum dan
boleh dikatakan sebagai asas kepada mata pelajaran lain. Pelajar yang
didedahkan dengan Pendidikan Seni berasa lebih senang dan yakin apabila
berdepan dengan tugasan dalam mata pelajaran lain terutamanya yang
melibatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Kefahaman menerusi
visual tentunya lebih mudah daripada penghafalan fakta menerusi catatan
berjela.
Seni begitu memain peranan penting dalam dunia pendidikan kita.
Sewajarnya seni tidak dianggap sebagai satu mata pelajaran yang tiada
kepentingan dalam dunia pendidikan. Sejarah telah membuktikan bahawa seni
amat memain peranan dalam pembentukan ketamadunan manusia. Mengenali
bangsa yang berjaya ialah melalui seni selari dengan perkembangan
teknologinya. Justeru seni memainkan peranan penting dalam dunia pendidikan
kita hari ini.
Di harapkan melalui Pendidikan Seni ini akan melahirkan individu yang
berkeyakinan, baik hati dari aspek ekspresi mahupun tindakbalas di samping
dapat mempertahankan warisan budaya dalam kontaks sosial di mana sesuatu
masyarakat dapat berhubung dengan yakin melalui kegiatan seni ini.

22

HBAE1103

Seni dan falsafah menjadi faktor terpenting dalam masyarakat. Ia saling


memerlukan. Memang benar apabila seni dikatakan sebagai agen perubahan
masyarakat. erkembangan seni yang berlaku dalam sesuatu masyarakat itu juga
sebenarnya adalah hasil hubungan dan kepentingan bersama.

23

HBAE1103

RUJUKAN / REFERENSI
Abdul Shukor et al.(2011). HBAE1203 Perkembangan Seni Kanak-kanak.Modul
Bangi.
Beattie, D.K. (1997): Assessment in Art Education. Massachusetts. Davis
Publications.
Goldburg,M.(1997): Arts and Learning.An Intergrated Approach to Teaching &
Learning in Multicultural & Multilingual Setting.New York.
Hasaan Mohd Ghazali. (1993).Dimensi Pendidikan Seni. Delta., Petaling Jaya.
Kathleen Chee. (2010).Pendidikan Seni Visual SPM. Penerbitan Pelangi
Sdn.Bhd.,
Mohd Johari Ab.Hamid (2004),Mohd. Azhar Abd.Hamid (2004) Kreativiti:Konsep
dan Teori Praktis.Johor.UniversitiTeknology Malaysia
Mok Soon Sang. (2012).Perkembangan Kanak-kanak. Penerbitan Multimedia
Sdn.Bhd.,Puchong.
Rudolf Arnheim (1972): Art & Visual Perception.Univercity of California Ltd, Los
Angeles.
Rousliluddin et al.(2011).HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual.Modul
Open University Malaysia

24

Anda mungkin juga menyukai