Anda di halaman 1dari 2

Bab 2 : Kesan daya

Hukum Newton Pertama:


Apabila tiada daya bersih dikenakan ke atas satu objek, objek itu sama ada dalam keadaan pegun atau
bergerak dalam garis lurus dengan laju malar.
Hukum Newton Kedua:
Apabila terdapat daya bersih dikenakan ke atas satu objek, objek itu akan memecut.

1. Sebuah kotak berjisim 150kg diletakkan di atas satu lantai licin yang mendatar. Cari pecutan
yang dialami oleh kotak itu jika satu daya 300N dikenakan ke atas kotak itu secara mengufuk.
2. Satu objek berjisim 50kg diletakkan di atas satu lantai mendatar dan licin. Jika halaju objek itu
berubah daripada pegun kepada 25.0 m/s dalam 5 saat apabila dikenakan satu daya F secara
mengufuk. Berapakah magnitud daya F?
3. Hitung daya yang diperlukan supaya objek yang berjisim 3kg mempunyai pecutan 2ms-2.
4. Sebuah kotak kayu yang berjisim 2kg diletakkan di atas sebuah permukaan yang licin. Apabila
satu daya dikenakan ke atas kotak itu, ia bergerak dengan pecutan 3ms-2.
Tentukan pecutan sebuah kotak lain yang berjisim 6kg jika daya yang sama dikenakan ke
atasnya.
5. Puan Zaiton menolak sebuah troli yang berjisim m kg dengan daya 30N. troli itu bergerak
dengan halaju seragam iaitu 1ms-1. Apabila dia menggandakan daya yang dikenakan, pecutan
troli itu ialah 2ms-2. Cari jisim troli tersebut.
6. Faizal menunggang sebuah basikal pada kelajuan tetap iaitu 16ms-1. Dia berhenti mengayuh
basikal dan basikal itu berhenti selepas 6 saat. Diberi jumlah jisim Faizal dan basikal itu ialah
72kg. Hitung daya tentangan purata terhadap Faizal dan basikalnya.
7. John menolak sebuah kotak berjisim 12kg dengan daya 50 N

Jika kotak bergerak dengan pecutan 2ms-2, berapa daya geseran yg bertindak ke atas kotak itu?
8. Sebuah kereta lumba berjisim 1200kg memecut daripada keadaan pegun kepada halaju 72kmj-1
dalam masa 8 saat.
a) Hitung pecutan kereta itu.
b) Hitung daya bersih yang bertindak ke atas kereta itu.
Kesimpulan
1.

Jika terdapat daya bersih bertindak ke atas satu jasad, jasad itu akan mengalami pecutan. ( Pecutan ini mungkin ialah
pertambahan halaju, pengurangan halaju atau perubahan arah pergerakan. ).

2.

Semakin tinggi daya dikenakan, semakin tinggi pecutan dialami oleh jasad itu.

3. Semakin besar jisim jasad itu, semakin rendah pecutan yang dialami. Ini bermakna, jisim merupakan rintangan
(halangan) kepada pergerakan.

Anda mungkin juga menyukai