Anda di halaman 1dari 4

TEORI PSIKOSOSIAL ERIKSON

Latar belakang

Eric H.Erickson telah dilahirkan di Frankfurt, German pada 15 Jun 1902. Ketika
zaman remaja, beliau pernah mengalami krisis identiti. Kemudian, beliau bekerja
sebagai Penganalisis Kanak-kanak di Institut Vienna Psychoanalytic selama kurang
lebih 6 tahun. Beberapa lama kemudian, beliau telah mengajar di Universiti Harvard
dan Universiti Yala. Pada tahun 1950, beliau telah menulis sebuah buku bertajuk
Childhood and Society. Beliau meninggal di Harwich, Amerika Syarikat pada 12 Mei
1994 ketika berusia 91 tahun.

Teori Perkembangan Psikososial Erikson

Terdapat 8 tahap teori perkembangan Psikososial Erikson yang mempunyai krisis


dan perlu diatasi pada setiap peringkat umur tersebut.

1) Psikososial tahap 1- percaya lawan tidak percaya

Tahap pertama teori ini adalah di antara waktu kelahiran sehingga berusia 1 tahun
yang merupakan tahap pertama di dalam kehidupan. Bayi akan percaya kepada
orang lain atau ibu bapanya berasaskan kepada kepercayaan dan kualiti penjaga
kepada bayi tersebut. Apabila seorang bayi dapat mempercayai orang lain atau ibu
bapanya, dia akan berasa selamat dan dilindungi.

Namun begitu, penjagaan yang tidak stabil, emosi terganggu dan rasa terasing
akan menyebabkan bayi yang dijaga mempunyai perasaan tidak percaya pada
persekitarannya sehingga melahirkan perasaan takut dan yakin bahwa dunia ini
tidak tenteram dan tidak boleh dipercayai.

2) Psikososial tahap 2 autonomi lawan rasa malu dan sangsi (1-3 tahun)

Tahap ini berlaku pada usia 1 hingga 3 tahun. Ianya berkaitan dengan pembentukan
perasaan keyakinan diri pada kanak-kanak tersebut. Latihan ke tandas dipercayai
merupakan bahagian penting dalam proses ini kerana beliau percaya bahawa
pembelajaran untuk mengawal fungsi tubuh seseorang akan membawa kepada

tindak balas terkawal dan kemahuan untuk berdikari. Ibu bapa perlu memberi lebih
banyak peluang kepada kanak-kanak untuk membuat pilihan makanan, permainan
dan pakaian. Kanak-kanak yang berjaya melengkapkan tahap ini akan rasa selamat
dan yakin. Manakala mereka yang gagal akan mempunyai perasaan malu dan rasa
sangsi.

3) Psikososial tahap 3 inisiatif lawan rasa bersalah (3-6 tahun)

Kanak-kanak pada tahap mula menghadapi cabaran kerana sudah mula berinteraksi
dan terdedah kepada persekitaran. Mereka cuba mengambil banyak inisiatif untuk
melakukan sesuatu yang baru bagi memenuhi naluri ingin tahu mereka. Jika ibu
bapa mengkritik atau menggunakan dendaan atau kekerasan terhadap tingkah laku
mereka, ini akan menyebabkan kanak-kanak tadi mempunyai perasaan bersalah
pada diri dan tidak berinsiatif atau takut untuk melakukan sesuatu aktiviti.

4) Psikososial tahap 4 industri lawan rasa rendah diri (6-12 tahun)

Pada tahap ini kanak-kanak mula memasuki alam persekolahan dan perlu
menguasai kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira. Pemikiran
mereka mula mencapai tahap operasi konkrit dan mula berfikiran logik. Mereka
melakukan sesuatu dengan penuh minat, yakin dan tekun. Mereka perlu mendapat
bimbingan dan galakan daripda ibu bapa, guru dan rakan sebaya supaya dapat
membina keupayaan, keyakinan dan kebolehan kanak-kanak tersebut. Kanak
kanak akan berasa rendah diri dan kurang yakin pada kebolehan diri sendiri
sekiranya sering dimarahi dan dikritik dalam segala tugasan yang diberi.

5 ) Psikososial tahap 5 identiti lawan kekeliruan (12-20 tahun)

Tahap ini melibatkan remaja awal atau remaja akhir. Mereka akan berusaha mencari
identiti dan persepsi terhadap dunia mereka sendiri. Remaja yang mempunyai
identitinya akan mencipta rancangan masa depan yang memuaskan dan rasa
terselamat. Sebaliknya, remaja yang gagal akan memperkembangkan rasa
kekeliruan peranan, hidup yang tidak bermatlamat, rasa tersisih dan sukar
membuat keputusan.

6) Psikososial tahap 6- kemesraan atau pengasingan diri (20-40 tahun)

Pada tahap ini, individu akan mula mencari kenalan atau cinta untuk membentuk
corak perhubungan. Pada peringkat ini, seseorang dewasa akan mendirikan rumah
tangga. Dengan kata lain,membolehkan orang dewasa berkongsi hidup bersama
serta mencapai kemesraan atau kerapatan. Sebaliknya, orang yang masih bujang
atau belum berkahwin akan menjadi putus asa atau hidup dalam kesunyian.

7) Psikososial tahap 7 generativiti lawan pemusatan (40-65 tahun)

Generativiti merupakan usaha seseorang untuk memberi sumbangan atau


perkhidmatan kepada generasi akan datang. Seseorang dewasa juga akan mula
memikirkan perkara yang berkaitan dengan keluarganya dan mengambil berat
tentang orang lain. Individu tersebut berpuas hati jika dapat membantu anakanaknya menjadi orang dewasa yang bertanggungjawab serta berguna kepada
masyarakat dan negara. Sebaliknya, individu yang hanya mementingkan diri sendiri
dan tidak pernah memberi apa-apa bantuan kepada orang lain akan berasa kecewa
dan kurang berpuas hati dengan hidupnya.

8) Psikososial tahap 8 kesepaduan lawan putus asa (65 tahun ke atas)

Pada peringkat ini, seseorang dewasa akan melakukan refleksi kendiri dengan
mengingat kembali kejayaan dan kegagalan yang dialaminya pada peringkat awal.
Jika seseorang berpuas hati dengan pencapaiannya pada peringkat awal, dia akan
mencapai rasa kesepaduan. Jika sebaliknya, dia akan merasakan kecewa dan hidup
dalam berputus asa.

Implikasi Teori Pembelajaran Erikson Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran

Guru perlulah mempunyai asas bimbingan kaunseling untuk berhadapan


dengan murid kerana murid terdiri daripada individu yang berbeza-beza. Teknik
nasihat yang diberikan juga perlulah berbeza-beza bagi memenuhi keperluan
semua murid yang berada di dalam peringkat perkembangan yang pelbagai. Murid
hanya mempercayai guru yang dirasakan memahami dan melayaninya dengan
baik. Guru sebegitulah yang mampu menyelesaikan masalah pembelajaran murid.

Guru perlulah bersikap penyayang, bertolak ansur dan bersabar dengan muridmurid supaya dapat memahami perasaan dan emosi mereka. Sikap suka mengarah
dan berleter perlu dielakkan kerana boleh menyebabkan murid berasa bosan.

Sebaliknya guru perlu membimbing dan menunjukkan simpati kepada murid kerana
sikap orang dewasa boleh mempengaruhi perkembangan personaliti mereka.

Guru juga boleh memberi peneguhan positif dan negatif kepada murid di
dalam bilik darjah. Guru boleh memberi kata pujian, hadiah, sentuhan atau
senyuman kepada murid yang menunjukkan tingkah laku yang positif. Sebaliknya,
guru boleh menggunakan peneguhan negatif seperti denda dan teguran sekiranya
mereka menunjukkan tingkah laku yang negatif.

Guru juga boleh mempelbagaikan kaedah mengajar ketika proses pengajaran dan
pembelajaran dilaksanakan untuk menarik minat murid-murid. Contohnya,
melaksanakan kaedah kumpulan, koperatif, inkuiri, perbincangan dan sebagainya.
Tambahan pula, setiap murid yang berbeza mempunyai kegemaran yang berbezabeza terhadap kaedah mengajar guru.

Anda mungkin juga menyukai