Anda di halaman 1dari 31

PENGHARGAAN

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh,

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Illahi dengan rahmat dan izinnya saya dapat
menyiapkan tugasan kerja kursus untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan bagi
subjek Kurikulum Persatuan (MPU 3081) dengan jayanya walaupun terdapat sedikit
masalah dan kesulitan semasa proses menyiapkan tugasan ini. Namun begitu, kesulitan
tersebut dapat diatasi dan tugasan ini dapat disiapkan dengan jayanya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah


subjek iaitu Encik Sukreri @ Syukri Bin Mohamad Zin yang telah banyak memberi tunjuk
ajar dan bimbingan kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini. Beliau banyak membantu
saya dengan memberikan tunjuk ajar dan panduan dalam penulisan kerja kursus ini.
Sepanjang tempoh untuk menyiapkan tugasan ini, beliau menjadi rujukan utama untuk
memberikan hasil tugasan yang dikehendaki mengikut kehendak soalan.

Ucapan penghargaan juga saya ucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan yang


turut membantu dengan memberikan idea bernas mereka. Kritikan mereka ini saya anggap
sebagai kritikan membina yang sedikit sebanyak membantu menyiapkan hasil tugasan yang
baik, lengkap dan berkualiti. Kami sekelas juga turut berkongsi pendapat masing-masing
untuk memperbaiki penulisan kami. Setinggi-tinggi penghargaan juga ingin saya tujukan
kepada ibu bapa yang berada di kampung kerana telah banyak memberikan bantuan dan
sokongan dari segi moral dan kewangan untuk menyiapkan tugasan ini.

Konklusinya, semoga segala bantuan dan jasa yang dihulurkan tidak kira secara
langsung atau tidak langsung semasa saya melaksanakan tugasan ini akan mendapat
balasan baik dari Tuhan. Kami juga berharap agar tugasan Kerja Kursus ini mendapat
markah yang setimpal dengan segala komitmen yang telah saya berikan. Semoga kerja
kursus ini menjadi bahan ilmiah dan rujukan oleh pelajar-pelajar di masa akan datang.
Sekian, terima kasih.

1
TUGASAN 1: KERTAS KERJA (60%)

MEC

SEKOLAH KEBANGSAAN HULU MIZAN,

DUNGUN, TERENGGANU

KERTAS CADANGAN

PENUBUHAN PERSATUAN USAHAWAN MUDA

SEKOLAH KEBANGSAAN HULU MIZAN

KERJASAMA

BIRO KEUSAHAWAN

JAWATANKUASA GURU SK HULU MIZAN

&

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR

SK HULU MIZAN

2
RINGKASAN EKSEKUTIF

Nama Kelab/Persatuan Mizan Entrepreneurship Club (MEC)

Sinopsis MEC merupakan singkatan bagi nama kelab yang bakal


ditubuh iaitu Mizan Entrepreneurship Club yang
mengutamakan program keusahawanan bagi WARGA
sekolah yang mempunyai minat dalam keusahawanan.

Objektif Penubuhan  Memberi pendedahan kepada warga sekolah yang


mempunyai minat dalam keusahawanan atau
perniagaan tentang bagaimana cara untuk
mengendalikan sesuatu perniagaan.

 Memberi pencerahan tentang tugas-tugas dalam


penbuhan sesebuah syarikat.

 Mewujudkan satu peluang kepada para guru pelatih


untuk mengendalikan urusan keusahawanan.

 Memberi pendedahan kepada warga sekolah tentang


bagaimana untuk menjana pendapatan melalui aktiviti-
aktiviti keusahawanan yang dirancang.

Kerjasama  Biro Keusahawanan Jawatankuasa Guru SK Hulu


Mizan

 Jabatan Hal Ehwal Pelajar SK Hulu Mizan

Tarikh Permohonan 15 Januari 2017

Penyertaan Warga SK Hulu Mizan

3
KERTAS KERJA CADANGAN

PENUBUHAN KELAB USAHAWAN MUDA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN

JANUARI 2017

1.0- PENGENALAN

Penubuhan Kelab Usahawan Muda atau Mizan Entrepreneurship Club merupakan satu
inisisatif ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti pelajar sebagai insan yang aktif bukan
sahaja dalam aspek kurikulum tetapi juga dalam aspek kourikulum. Penubuhan ini juga
selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
dalam melahirkan pelajar yang sihat dari segi jasmani, rohani, emosi, intelek dan juga sosial.

Penubuhan kelab ini pada dasarnya adalah untuk memberi pendedahan awal
kepada pelajar dengan program keusahawanan dan juga sebagai platform untuk membuka
peluang penjanaan pendapatan kepada warga sekolah. Seterusnya, penubuhan ini juga
memberi peluang kepada warga sekolah untuk mencari peluang menstabilkan keadaan
ekonomi yang kian mencabar. Dengan menyertai kelab ini, pelajar bukan sahaja dapat
melatih diri supaya lebih tegas dalam aspek pengurusan tetapi juga dapat menerapkan
sikap bertanggungjawab dalam diri masing-masing.

2.0- LATAR BELAKANG PENUBUHAN

Penubuhan Mizan Entrepreneurship Club ini merupakan idea daripada pengerusi biro
keusahawanan sendiri yang diperoleh dalam program jati diri integriti usahawan muda yang
telah dihadirinya. Tercetusnya idea ini apabila berlakunya masalah kewangan baru-baru ini
akibat daripada faktor ekonomi. Penubuhan kelab ini dengan harapan dapat menstabilkan
keadaan ekonomi warga sekolah di samping menyediakan sebuah syarikat yang
membekalkan sumber-sumber keperluan warga sekolah dengan kos atau nilai yang
munasabah.

Penubuhan kelab ini juga adalah untuk membantu pihak pentadbiran dalam usaha
menjadikan warga sekolah sebagai institut yang berkemudahan penuh yakni membekalkan
kemudahan yang serba cukup kepada seluruh warga sekolah.

4
3.0- MATLAMAT PENUBUHAN

Penubuhan Mizan Entrepreneurship Club ini bermatlamat untuk memantapkan warga


sekolah dengan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman dalam bidang keusahawanan
untuk meningkatkatkan jati diri berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara iaitu
keseimbangan jasmani, emosi, rohani dan sosial (JERIS) sekaligus menjadikan Mizan
Entrepreneurship Club sebagai medium penting dalam membentuk modal insan yang
berkompeten selaras dengan matlamat Wawasan 2020 yang menjadi teras pembangunan
kemajuan negara Malaysia.

4.0- RASIONAL

Penubuhan Mizan Entrepreneurship Club adalah penting kerana:

4.1- Memenuhi saranan Kementerian Pelajaran Malaysia kepada semua


sekolah dalam mewujudkan insan yang kreatif dan juga berinovatif.

4.2- Kelab ini berperanan sebagai salah satu platform kepada warga sekolah
untuk menceburi bidang keusahawanan dan mempelajari asas-asas
keusahawanan.

4.3- Memberi pendedahan kepada warga sekolah tentang cara menguruskan


sesuatu organisasi dan kaedah berurusan dengan pihak-pihak luar.

4.4- Penubuhan kelab ini merupakan satu inisiatif bagi meningkatkan kefahaman
warga sekolah terhadap kepentingan pengetahuan dan penglibatan dalam
kokurikulum. Ia juga dapat membina kualiti peribadi dan nilai sebagai seorang
yang berwibawa.

5.0- NAMA KELAB

5.1- Mizan Entrepreneurship Club (MEC)

5
6.0- LOGO

MEC

6.1- Logo ini telah dipersetujui oleh ahli jawatankuasa Mizan Entrepreneurship
Club. Penciptaan logo oleh AJK Multimedia, Mizan Entrepreneurship Club.

7.0- MOTTO KELAB

7.1- Gigih Menyahut Cabaran Usahawan Kelas Pertama

8.0- MISI DAN VISI KELAB

8.1- Misi

Membentuk ahli-ahli syarikat ke arah melahirkan usahawan bumiputea yang berdaya saing,
maju dan cemerlang dengan mengamalkan konsep ibadat perniagaan.

8.2- Visi

Menjadikan bidang keusahawanan sebagai salah satu kerjaya pilihan menjana ekonomi
pada masa hadapan.

9.0- OBJEKTIF PENUBUHAN KELAB

9.1- Memberi pendedahan kepada warga sekolah yang mempunyai minat dalam
keusahawanan atau perniagaan tentang bagaimana cara untuk
mengendalikan sesuatu perniagaan.

6
9.2- Memberi pencerahan tentang tugas-tugas dalam penbuhan sesebuah
syarikat.

9.3- Mewujudkan satu peluang kepada warga sekolah untuk mengendalikan


urusan keusahawanan.

9.4- Memberi pendedahan kepada warga sekolah tentang bagaimana untuk


menjana pendapatan melalui aktiviti-aktiviti keusahawanan yang dirancang.

10.0- PERANCANGAN AKTIVITI

10.1- Gotong-royong persiapan tempat/kiosk untuk urusan keusahawanan


(sebaik sahaja permihinan diluluskan- awal Januari)
10.2- Mesyuarat agung bersama pihak pentadbiran
(pada hujung bulan Januari)
10.3- Majlis Perasmian atau Pembukaaan Kedai/Kiosk/Syarikat
(awal Februari)
10.4- Mengadakan Hari Kantin atau Hari Terbuka
(sekurang-kurangnya sebulan sebelum peperiksaan)
10.5- Karnival Amal
(semester baru, Jun 2017)
10.6- Bengkel penyediaan kraf tangan
(Ogos 2017)
10.7- Kelas menjahit
10.8- Bengkal kemahiran melukis batik / mengukir
10.9- Lawatan ke syarikat pengeluaran kertas/ barangan kitar semula
(Selepas peperiksaan akhir semester)

11.0- PENYERTAAN / SASARAN

11.1- Semua warga sekolah.

12.0- WAKTU PELAKSANAAN

12.1- Masa: 8.00 pagi – 11.00 malam

12.2- Waktu operasi kelab usahawan muda adalah bergantung kepada jadual
waktu kuliah ahli dimana ajk ahli kelab ini telah bersetuju untuk membuat
jadual bertugas yang tidak mengganggu waktu pengajaran dan
pembelajaran.

7
13.0- TEMPAT / LOKASI

13.1- Kiosk Permai Impian

13.2- Untuk makluman pihak tuan, kiosk ini merupakan bilik kosong yang telah
ditinggalkan dan tidak digunakan.

14.0- MINIT MESYUARAT

14.1- Semua ahli jawatankuasa pengurusan kelab telah menjalankan satu


mesyuarat induk pada 10 Januari 2017.

14.2- Laporan minit mesyuarat adalah seperti di Lampiran 2

15.0- ORGANISASI PENTADBIRAN / AHLI JAWATANKUASA KELAB

15.1- Rujuk Lampiran 1

16.0- PERLEMBAGAAN / PERATURAN

16.1- Ahli kelab akan sentiasa menjalankan aktiviti yang dapat mengharumkan
nama baik sekolah sehingga ke peringkat kebangsaan.

16.2- Ahli kelab akan menjaga tatacara dan perilaku semasa bertugas di salam
kampus.

16.3- Ahli kelab akan memastikan semua urusan berjalan dengan lancar dan
menjaga hubungan baik antara ahli kelab dengan warga sekolah yang lain,
serta ahli kelab dengan pihak pentadbiran.

16.4- Segala urusan yang dibuat akan dirujuk kepada pihak pentadbiran terlebih
dahulu.

16.5- Segala keuntungan dan kerugian adalah tanggungan ahli kelab sendiri.

16.6- Ahli kelab akan mematuhi segala syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh
pihak pentadbiran sekolah.

8
17.0- SURAT PERMOHONAN PENDAFTARAN KELAB

17.1- Rujuk Lampiran 3

18.0- YURAN

18.1- Yuran Pendaftaran : RM50.00

18.2- Yuran Bulanan : RM5.00

19.0- PENUTUP

Kesimpulannya, penubuhan Mizan Entrepreneurship Club di Sekolah Kebangsaan Hulu


Mizan merupakan satu aset yang bernilai kepada sekolah untuk meningkatkan prestasi
warga sekolah seterusnya menaikkan nama baik sekolah melalui setiap aktiviti yang akan
disertai. Selain itu, kemahiran dan disiplin yang diterapkan dalam kelab usahawan muda ini
mampu melahirkan kelompok masyarakat yang bersatu padu dan berhemah tinggi serta
meningkatkan kualiti sosial dalam perhubungan antara warga sekolah. Oleh yang demikian,
matlamat negara Malaysia untuk melahirkan masyarakat yang berilmu dan mewujudkan
semangat “SATU MALAYSIA” dalam masyarakat boleh dicapai melalui penubuhan kelab ini.
Justeru, adalah sangat diharapkan kertas kerja penubuhan Mizan Entrepreneurship Club ini
mendapat pertimbangan sewajarnya daripada pihak pengurusan sekolah.

Disediakan oleh:

..............................................

(MOHAMAD ALI MURSYID BIN MOHD HAMZAH)

Setiausaha

Mizan Entrepreneurship Club

Sekolah Kebangsaan Hulu Mizan.

Dungun, Terengganu.

9
Disemak oleh:

..................................................

(MUHAMMAD ADAM BIN YUSUF)

Pengerusi Biro Keusahawan

Jawatankuasa Guru,

Seolah Kebangsaan Hulu Mizan,

Dungun, Terengganu

SOKONGAN JABATAN HAL EHWAL PELAJAR (HEP)

Dengan ini saya setuju / tidak bersetuju dengan cadangan penubuhan Mizan
Entrepreneurship Club SK Hulu Mizan kerana ________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

Yang benar,

......................................................

(TN. HJ SHAFIE BIN MAJID)

Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar

Sekolah Kebangsaan Hulu Mizan,

Dungun, Terengganu.

10
KELULUSAN GURU BESAR

Dengan ini saya setuju / tidak bersetuju dengan cadangan penubuhan Mizan
Entrepreneurship Club SK Hulu Mizan kerana ________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

Yang benar,

......................................................

(TN. HJ. ABDULLAH BIN YUSOF S.M.E)

Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan Hulu Mizan,

Dungun, Terengganu.

11
Lampiran 1

Organisasi Pentadbiran

Ahli Jawatankuasa Mizan Entrepreneurship Club

1- AHLI JAWATANKUASA INDUK MIZAN ENTREPRENEURSHIP CLUB

Penaung : Tn. Hj Abdullah bin Mohd.Yusof


Guru Besar Sekolah Kebangsaan Hulu Mizan

Penasihat : En. Shafie bin Majid


Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Sekolah Kebangsaan Hulu Mizan

Penyelaras 1 : En. Syukri bin Affendi


Guru Penasihat
Biro Kebudayaan dan Kesenian
Jawatankuasa Perwakilan Guru
Sekolah Kebangsaan Hulu Mizan

Penyelaras 2 : Pn. Salmah binti Ishak


Guru Jabatan Kajian Sosial
Sekolah Kebangsaan Hulu Mizan

12
2- AHLI JAWATANKUASA PENGURUSAN MIZAN ENTREPRENEURSHIP CLUB

3- Pengerusi : Muhammad Adam bin Yusuf


4- Naib Pengerusi I : Nabihah binti Abdul Rahman
5- Naib pengerusi II : Muhammad Danial Imran bin Rashid
6- Setiausaha : Mohamad Ali Mursyid Bin Mohd Hamzah
7- Penolong Setiausaha : Sharmila A/P Mutusamy
8- Bendahari : Farid Ikmal bin Ahmad

AHLI JAWATANKUASA (AJK)

Aktiviti : Muhammad Ikram bin Ismail


: Nur Athirah binti Zakaria

Round Table Discussion : Rosli bin Pitri

Jualan : Ainull Wardah binti Mohd Hussin Neo


: Ayu Masria binti Md Idrus

Risalah : Eidil Ramzi bin Azhar

Radio / Hebahan : Nur Anis Nabilah binti Adnan

: Puteri Nurul Fairuz Najihah binti Mansor

Facebook & Blog : Christina Suzanne

: Howard Lim

13
Lampiran 2

MINIT MESYUARAT MIZAN ENTREPRENEURSHIP CLUB

Tarikh : 10 Januari 2017


Masa : 5.00 -6.00 petang
Tempat : Kiosk Permai Impian

Kehadiran:
Penasihat : En. Shafie bin Majid
Penyelaras 2 : Pn. Salmah binti Ishak
Pengerusi : Muhammad Adam bin Yusuf
Naib Pengerusi I : Nabihah binti Abdul Rahman
Naib pengerusi II : Muhammad Danial Imran bin Rashid
Setiausaha : Mohamad Ali Mursyid Bin Mohd Hamzah
Penolong Setiausaha : Sharmila A/P Mutusamy
Bendahari : Farid Ikmal bin Ahmad

AJK-AJK MEC:
1. Muhammad Ikram bin Ismail
2. Nur Athirah binti Zakaria
3. Rosli bin Pitri
4. Ainull Wardah binti Mohd Hussin Neo
5. Ayu Masria binti Md Idrus
6. Eidil Ramzi bin Azhar
7. Nur Anis Nabilah binti Adnan
8. Puteri Nurul Fairuz Najihah binti Mansor
9. Christina Suzanne
10. Howard Lim

14
Agenda Mesyuarat:

Perkara 1- Ucapan Guru Penasihat

Encik Shafie mengalu-alukan kedatangan penyelaras 2 dan semua ahli-ahli MEC. Beliau
turut merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih keranan teguh bekerjasama untuk
menubuhkan persatuan ini.

Perkara 2- Ucapan Pengerusi Persatuan

Muhammad Adam bin Yusuf selaku pengerusi persatuan mengucapkan terima kasih atas
kehadiran AJK ke mesyuarat. Adam telah menyatakan tujuan mesyuarat ini diadakan iaitu
untuk membuat perbincangan tentang permohonan menubuhkan persatuan di sekolah.
Selain itu, Adam turut menjelaskan bahawa sebelum penubuhan persatuan diluluskan,
setiap AJK perlu tahu tugas masing-masing.

Perkara 3- Merancang Aktiviti bagi sesi 2017

3.1- Penyelaras 2

Puan Salmah memaklumkan yang setiap aktiviti perlu mengandungi elemen-elemen


keusahawanan dan pada akhir aktiviti yang dijalankan atau dianjurkan atau disertai, setiap
ahli perlu tahu untuk mengadaptasikan aktiviti tersebut dalam jualan harian.

3.2- Pengerusi Persatuan

Adam telah mewajibkan aktiviti gotong-royong sebagai aktiviti pertama yang perlu dilakukan.
Hal ini dmeikian, persatuan ini perlu mendapatkan dan menyediakan sebuah tempat yang
strategi untuk urusan keusahawanan. Tambahan pula, sekiranya permohonan untuk
penuhan persatuan ini diluluskan, aktiviti kedua yang perlu dilakukan ialah mesyuarat agung
bersama pihak pentadbiran sekolah.

3.3- Setiausaha Persatuan

Nasihah menjelaskan salah satu strategi penjualan ialah memperkenalkan kedai/kiosk yang
dibuka atau syarikat yang ditubuhkan. Oleh itu, semua ahli perlu bersetuju untuk
mengadakan majlis perasmian bagi pembukaan kiosk dan terpaksa mengerah keringat
untuk menjayakan majlis tersebut. Hal ini dmeikian kerana, pergerakan persatuan kita
bergantung kepada keaktifan dan komitmen semua ahli.

15
3.4- Bendahari Persatuan

Aben Lee menjelaskan bahawa persatuan hendaklah mempunyai modal untuk


menubuhkannya. Selain membayar yuran pendaftaran, Aben mencadangkan untuk
menganjurkan hari kantin atau hari terbuka peringkat daerah. Kemudian AJK multimedia dan
siar raya bekerjasama untuk menghebahkan program-program tersebut. Aben turut
mencadangkan penyediaan poster dan sebarang iklan.

Tindakan: Risalah, Multimedia dan Siar raya

3.5- AJK-AJK

Aktiviti-aktiviti yang dicadangkan ialah seperti karnival amal, bengkel penyediaan kraf
tangan, kelas menjahit, kemahiran melukis batik dan lawatan.

Tindakan: Makluman

4.0- Menentukan Tarikh Aktiviti

Memandangkan penubuhan kelab ini belum diluluskan, ahli mesyuarat hanya


mengaggarkan tarikh-tarikh atau masa yang sesuai untuk menjayakan aktiviti yang
dirancang.

Tindakan: Makluman

5.0- Kewangan

Ahli mesyuarat untuk membayar yuran pendaftaran keahlian sebanyak RM50.00. bayaran
ini boleh dibayar beransur-ansur. Untuk menjamin kestabilan syarikat, ahli mesyuarat juga
bersetuju untuk mengenakan yuran bulanan sebanyak RM5.00.

Tindakan: Makluman

6.0- Hal-hal lain

Tiada

Tindakan: Makluman

7.0- Penangguhan Mesyuarat

En. Shafie mencadangkan mesyuarat kali ini ditangguhkan dan disokong oleh penyelaras 1
iaitu En. Syukri. Masyuarat ditangguhkan pada jam 5.50 petang.

16
Disediakan oleh,

11 Januari 2017

_______________________

(Mohamad Ali Mursyid Bin Mohd Hamzah)

Setiausaha,

Mizan Entrepreneurship Club

SK Hulu Mizan.

Disemak oleh;

_______________________

(En. Shafie bin Majid)

Penasihat,

Mizan Entrepreneurship Club

SK Hulu Mizan.

17
Lampiran 3

SURAT PERMOHONAN PENDAFTARAN KELAB

MIZAN ENTREPRENEURSHIP CLUB

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN,

222200,BESUT, TERENGGANU

________________________________________________________________________

Ruj. Tuan :

Ruj. Kami :MEC/IPGKSM / 100-1-1( )

Tarikh : 12 Januari 2017

MOHAMAD ALI MURSYID BIN MOHD HAMZAH


Setiausaha,
Mizan Entrepreneurship Club,
Sekolah Kebangsaan Hulu Mizan,
Dungun,
Terengganu Darul Iman.

Kepada
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Hulu Mizan,
Dungun,
Terengganu Darul Iman.

Tuan/Puan,

PERMOHONAN UNTUK MENUBUHKAN MIZAN ENTREPRENEURSHIP CLUB

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa melalui mesyuarat induk pada 10 Januari 2017, kami
telah memutuskan untuk menubuhkan Mizan Entrepreneurship Club sebagai sebuah kelab
yang rasmi didaftarkan di bawah SK Hulu Mizan sekaligus mengaktifkan kegiatan
kokurikulum di sekolah.

18
3. Sehubungan itu, besarlah harapan saya sekiranya pihak tuan dapat meluluskan
permohonan penubuhan Mizan Entrepreneurship Club bagi sesi 2017.

4. Sekian. Semoga mendapat perhatian sewajarnya dari pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

________________________
(MOHAMAD ALI MURSYID BIN MOHD HAMZAH)
Setiausaha,
Mizan Entrepreneurship Club
Sk Hulu Mizan.

19
TUGASAN 2 : KAJIAN KES

1.0 Pendahuluan

Kajian kes ini memfokuskan cara pengurusan kewangan dalam sesebuah


organisasi. Oleh itu, saya memilih pertubuhan persatuan Ikatan Muslim Prihatin Kelantan
(IMPAK) sebagai bahan kajian saya. Selain daripada cara pengurusan kewangan, saya juga
ada menceritakan sejarah dan proses penubuhan persatuan bukan kerajaan (NGO).
Kaedah yang saya gunakan bagi mendapatkan maklumat ialah melalui cara pencarian
maklumat daripada sumber-sumber yang dipercayai. Segala maklumat dicatat di dalam nota
kemudian berdasarkan maklumat tersebut saya hasilkan dapatan kajian.

2.0 Penyataan Masalah

Persatuan yang aktif mestilah mempunyai pengurusan kewangan yang baik kerana
tanpa wang, program atau aktiviti yang hendak dijalankan oleh sesebuah organisasi akan
terbantut. Kenyataan ini dikukuhkan lagi dengan potongan ucapan oleh Pengarah AKEPT
Prof Dr Mohamad Kamal bin Hj Harun (2016), “pemimpin pengurusan kewangan dan
perolehan agar dapat melaksanakan tugas dengan adil, jujur, amanah, cekap dan teratur
berpandukan kepada undang-undang, prosedur dan arahan yang berkuat kuasa.”
Pengurusan kewangan yang baik hasil dari pengurusan perbelanjaan yang
berhemah dan efisien akan membolehkan organisasi tersebut berjalan dan beroperasi
dengan sempurna dan lebih cemerlang. Kajian-kajian yang lepas mendapati, pengurusan
kewangan yang baik adalah mereka mahir mengurus dan memastikan peruntukan
kewangan itu cukup untuk mereka menjalankan aktiviti. Masalah pengurusan kewangan
yang tidak efisien berpunca daripada amalan konsep yang menggunakan sumber kewangan
pada perkara yang bukan keperluan. Kegagalan untuk mengawal perbelanjaan mengikut
keperluan maka akan timbulnya masalah pembaziran dan tidak cukup duit.
Menurut Noor Hartini Saari (2016) dalam rencana Utusan, masalah ini boleh diatasi
dengan mengamalkan sikap berjimat cermat, memberi sokongan dan menggalakkan
penabungan bersama dan mencatat setiap perjalanan keluar masuk perbelanjaan
organisasi. Apabila dapat mengawal dan mencatat segala perbelanjaan maka, kita dapat
mengesan ketirisan yang berlaku dan dengan penabungan pula ia boleh dijadikan sebagai
satu sumber dana kepada pergerakan organisasi.

20
3.0 Objektif Kajian

Objektif kajian ini secara amnya adalah untuk mengetahui mengenai tentang penubuhan
persatuan IMPAK ini. Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk:
1. Mengetahui sejarah penubuhan NGO IMPAK.
2. Mengetahui kaedah dan proses penubuhan NGO IMPAK.
3. Mendapatkan maklumat mengenai aktiviti yang dilakukan dan sejauh manakah
penglibatan murid dalam NGO IMPAK.
4. Mengetahui tips strategi yang digunakan oleh NGO IMPAK ini untuk mendapatkan
sumber kewangan.

4.0 Dapatan Kajian

4.1 Sejarah Penubuhan


Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) IMPAK ini telah bergerak aktif selama empat
tahun bermula pada tahun 2013 sehingga sekarang. NGO ini dibentuk oleh Cr Fakrul
melalui perbincangan dengan rakan – rakannya yang mana mereka ini semua lepasan
pelajar Sekolah Menengah Agama Falahiah di negeri Kelantan. Professor Emeritus Datuk
Dr. Nik Safiah Karim pula merupakan penasihat bagi persatuan ini. Tujuan umum IMPAK
ditubuhkan adalah untuk menjalankan aktiviti kebajikan yang berfokus di Kelantan.
Manakala, secara khusus, objektif IMPAK ditubuhkan ini adalah untuk membantu golongan
asnaf dari aspek pendidikan. Mereka ini ingin memberi pendedahan pendidikan kepada
golongan asnaf seperti golongan fakir miskin dan miskin.

4.2 Aktiviti dan Khidmat yang diamalkan


Antara aktiviti utama yang dijalankan oleh IMPAK ialah aktiviti “Talk Show”
mengenai pentingnya pendidikan kepada manusia. Aktiviti Talk Show ini akan disampaikan
oleh duta pendidikan yang dilantik oleh IMPAK sendiri dalam masa satu jam. Antara
pengisiannya ialah bagaimana cara untuk memilih kerjaya, halatuju selepas SPM dan PMR
dan juga memberi motivasi kepada masyarakat. Program ini dibuat secara percuma kepada
golongan asnaf manakala bukan asnaf pula dikenakan bayaran sebanyak RM10.
Selain itu, IMPAK juga giat menjalankan program khidmat masyarakat seperti
mengutip barangan terpakai daripada sesebuah tempat dan mendermakan barang tersebut
kepada yang memerlukan. Aktiviti ini difokuskan kepada rumah kebajikan dan sekolah
swasta. Melalui program ini, IMPAK telah memberi bantuan dari segi keperluan peribadi dan
juga pendidikan kepada mereka yang memerlukan.

21
4.3 Proses Penubuhan
IMPAK ini ditubuhkan melalui proses penubuhan persatuan yang telah digariskan
oleh ROS. Nombor daftar Pertubuhan IMPAK ialah PPM-001-03-25082013 dan pertubuhan
ini telah diluluskan oleh Puan Wan Rahimah bin Wan Hamat (rujuk gambar 1). Nama
Pertubuhan yang didaftarkan ialah Ikatan Muslim Prihatin Insan Kelantan. Perlembagaan
IMPAK juga berdasarkan perlembagaan yang digariskan oleh ROS.

Gambar 1

Antara proses penubuhan yang dilakukan ialah :

a. Mesyuarat diadakan bagi membincangkan tentang usul untuk menubuhkan IMPAK


dalam tahun 2012.
b. Kemudian satu jawatankuasa ditubuhkan dikalangan ahli jawatankuasa tinggi.
c. Kertas kerja dibuat dan dihantar kepada pejabat pendaftar persatuan.
d. IMPAK ditubuhkan pada 2013 dengan berdaftar secara sah dibawah ROS.

4.4 Perbandingan Perkhidmatan


IMPAK merupakan salah satu persatuan yang berada di dalam sesuatu negeri
iaitu negeri Kelantan. Pertubuhan Ikatan Muslimin Prihatian Kelantan (IMPAK) ini adalah
bertujuan untuk membantu golongan yang tidak berkemampuan untuk melanjutkan
pelajaran dan untuk golongan yang memerlukan. IMPAK merupakan salah satu persatuan
yang mengambil kira tentang keadaan masyarakat Kelantan yang memerlukan bantuan dari
segi wang, pakaian dan lain-lain lagi. Selain itu, penubuhan IMPAK ini begitu utuh dan
masih bergiat aktif sehingga sekarang.
Persatuan yang lain pula adalah Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) yang
juga merupakan salah satu persatuan yang berlandaskan agama Islam. PEMBINA
merupakan salah satu persatuan yang mengumpul tenaga belia Islam secara positif demi

22
kemakmuran negara melalui usaha yang berterusan dalam membangunkan sahsiah dan jati
diri secara bersepadu dan menyeluruh. Persatuan ini juga memfokuskan gerak kerja kepada
pelajar-pelajar di IPTA dan IPTS. PEMBINA ini diterajui oleh campuran di antara generasi
belia yang sudah bekerja malahan generasi belia yang masih belajar di institusi pengajian
tinggi. Berikut merupakan perbezaan perkhidmatan di antara dua persatuan yang berbeza
iaitu IMPAK dan juga PEMBINA. Walaupun persatuan tersebut mempunyai perbezaan,
tetapi ia masih berlandaskan agama Islam.

4.5 Strategi Menjana Sumber Kewangan


Bagaimanakah pengurusan kewangan organisasi IMPAK? Seperti yang kita
tahu, sesebuah NGO ditubuhkan bukanlah untuk mengambil manfaat tetapi NGO
ditubuhkan untuk memberi manfaat kepada orang lain. Oleh itu, sumber kewangan utama
bagi IMPAK sewaktu mula – mula ditubuhkan adalah kutipan yuran ahli dan juga
sumbangan ahli kerabat terdekat dan juga orang ramai. Satu kelebihan bagi IMPAK ialah
peneraju bagi NGO ini terdiri daripada orang – orang yang hebat dan berpendapatn tinggi.
Oleh itu, mereka dapat menampung perbelanjaan organisasi dengan baik.
Selain itu, sumber pendapatan NGO ini adalah daripada Majlis Agama Islam
Kelantan (MAIK). Mereka membuat permohonan dengan MAIK untuk mendapat sedikit
peruntukan bagi menggerakkan NGO tersebut. Sesuai dengan fokus utama IMPAK iaitu
pendidikan untuk asnaf, maka peruntukan daripada MAIK diluluskan. Untuk masa sekarang,
Cr. Fakrul Rizal beritahu bahawa IMPAK mendapat tawaran dana daripada Malayan
Banking Berhad (MAYBANK) dan perkara ini masih dalam proses. Dana peruntukan yang
berjaya dimohon itu digunakan sebaik mungkin dan sampai sekarang, IMPAK masih stabil
dari segi kewangan dan semakin aktif berprogram.
Antara strategi yang digunakan untuk memperoleh sumber kewangan, IMPAK
menjalankan beberapa kerja khidmat masyarakat antaranya ialah membantu mangsa banjir
di Kelantan pada tahun ini. Aktiviti membantu mangsa banjir ini telah memberi peluang
kepada IMPAK untuk bergabung dengan hampir 19 NGO yang lain bagi membantu mangsa
banjir di Kelantan. Melalui khidmat ini, maka dana akan dikutip dan digunakan untuk
membantu mangsa banjir. Dana kewangan IMPAK bukanlah datang dari kutipan dana
tersebut, tetapi, dengan kutipan dana itu, IMPAK telah mempromosikan organisasi mereka
kepada masyarakat sekaligus membuka mata–mata golongan korporat untuk menyumbang
dalam pergerakan IMPAK. Selain itu, IMPAK juga akan adakan ceramah motivasi atau
santai secara terbuka dan percuma dan mengutip sumbangan sewaktu program
berlangsung.Satu kelainan yang diamalkan oleh organisasi ini ialah, setiap duit yang hendak
dikeluarkan hendaklah dengan kelulusan oleh 3 orang dalam kalangan ahli majlis tertinggi.

23
4.6 Isu Berbangkit
Seterusnya, IMPAK sedang dalam merangka perancangan untuk meluaskan
kuasa mereka ke seluruh negara. Setelah 4 tahun IMPAK fokuskan negeri Kelantan,
pelbagai kejayaan dan keberkesanan program yang mereka lakukan. Antaranya,
pencapaian NGO ini ialah mereka dapat memberi motivasi kepada pelajar PMR dan SPM.
Selain itu, mereka dapat mebantu mangsa yang menghadapi banjir. Pada masa sekarang,
IMPAK lebih memfokuskan pelajar – pelajar SPM dengan memberi motivasi kepada mereka,
supaya dapat menyambung pelajaran dengan laluan yang betul iaitu yang boleh membawa
kepada pekerjaan atau manfaat yang besar kepada pelajar tersebut. IMPAK membina
hubungan dengan pelbagai universiti antaranya Universiti Zainal Abidin (UnisZa) dan pada
masa akan datang, IMPAK target Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).

5.0 RUMUSAN DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

5.1 Cadangan Penambahbaikan


Melalui perkongsian di dalam blog Cr Fakrul, Presiden IMPAK, dapat saya
fahami bahawa sesebuah organisasi tidak mudah dibentuk tetapi ia tidak mustahil dengan
syarat kita sanggup dan kita mempunyai matlamat yang jelas dalam menubuhkan sesebuah
organisasi. Selain itu, dengan buat kerja kebajikan masyarakat ini kita mungkin tidak
mendapat keuntungan dari segi kewangan tetapi kita akan mendapat kepuasan akibat
daripada kita membantu masyarakat yang berada di sekeliling kita. Memang fitrah manusia
suka akan membuat perkara baik.
Cadangan saya persatuan ini boleh menghasilkan t-shirt yang mempunyai reka
bentuk tersendiri dan adakan jualan sambil menderma bagi mencari dana kewangan.
Kedua, cadangan saya ialah persatuan ini juga boleh meminta dana dari bank. Pada
kebiasaanya bank mempunyai satu portfolio khusus untuk dana untuk khidmat masyarakat.
Oleh itu, persatuan IMPAK boleh cuba memohon untuk mendapatkan dana yang besar
untuk menjalankan aktiviti yang lebih bagus.
Akhir kata, dalam sesebuah organisasi kita perlulah menguruskan sumber
kewangan dan perbelanjaan dengan baik. Selain itu, kita juga haruslah mempunyai sifat
berdaya saing dan bersemangat dalam melaksanakan sesuatu kerja. Tanpa semangat yang
jitu, sesebuah organisasi tidak dapat bergerak dengan baik. Harapan saya ialah supaya
saya dapat mengaplikasikan segala input yang diperoleh dalam kajian kes ini dan dapat
memberi manfaat kepada orang lain.

24
5.2 ANALISIS SWOT

STRENGHTNESS WEAKNESS
S1 : IMPAK mempunyai ahli jawatankuasa W1 : Promosi persatuan ini kurang
yang berpendidikan tinggi yang terdiri daripada memberangsangkan sekaligus menutup
jurutera dan golongan pendidik. Penasihat peluang untuk mendapat dana dari golongan
persatuan ini juga bukan calang – calang orang korporat.
dan penasihat persatuan ini mempunyai PHd. W2 : Sukarelawan dalam persatuan ini masih
kurang dan memerlukan lebih banyak
S2 : Aktiviti yang dibuat oleh persatuan ini lebih sokongan supaya persatuan IMPAK kekal aktif
kepada memberi manfaat kepada golongan dan terus berdaya saing.
asnaf dari aspek pendidikan W3 : Program ini hanya berfokus di Kelantan
dan mungkin boleh diperluaskan ke seluruh
S3 : IMPAK mempunyai sumbangan dana negara
daripada institut zakat dan juga badan W4 : Hanya menekankan program kepada
korporat. golongan SPM dan PMR

S4 : Presiden IMPAK ialah seorang yang


idealistik dan ahlinya sangat aktif dalam
menggerakkan persatuan

S5 : Menyediakan program yang mengisi


minda dan jiwa masyarakat.

OPPOTURNITIES THREAT

O1 : Menyediakan peluang khidmat kepada T1 : Terpaksa bersaing dengan persatuan lain


masyarakat sekaligus memberi manfaat dalam mendapatkan dana.
kepada orang sekeliling
O2 : Boleh meningkatkan lagi program – T2 : Untuk menarik minat peserta, penyampai
program hebat dan berpeluang menjadi perlu ada ilmu. Cabaran di sini adalah untuk
persatuan yang pertama menjaga kebajikan mencari ilmu tersebut.
asnaf dari aspek pendidikan di Kelantan.
O3 : Presiden IMPAK merupakan seorang T3 : Memerlukan dana yang lebih tinggi bagi
kaunselor sekaligus memberi peluang kepada meluaskan aktivitinya ke seluruh negara.
beliau untuk terus menabur bakti berdasarkan
pengalaman yang beliau ada.

25
6.0 AHLI JAWATANKUASA IMPAK

Penasihat
Professor Emiritus Datuk Dr Nik Safiah Karim

Penasihat
Dr. Mohd Norhusairi Bin Mat Hussin
Pensyarah Kanan, Akademi Pengajian Islam, Universiti
Malaya, Kuala Lumpur

Presiden
Cr. Mohd Fakrul Rizal Bin Mohamed Din
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah, Sekolah
Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Besut,
Terengganu

Timbalan Presiden
Encik Abdul Fatah Bin Hussain
Pengurus, Ideal Warisan Resources, Shah Alam

Setiausaha Agung
Encik Ahmad Hanafi Bin Adnan
Pengurus, Q Eight Enterprise, Kota Bharu

26
Penolong Setiausaha Agung
Ustaz Mohd Faizal Bin Ibrahim
Guru, Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(3),
Putrajaya

Bendahari Kehormat
Encik Muhamad Wizam Bin Ali
Pengurus, Abiart Trading, Kota Bharu

Ahli Jawatankuasa
Ustaz Muhammad Khidhir Bin Abdul Ghani
Pegawai Hal Ehwal Agama, Jabatan Mufti Negeri Perlis,
Kangar

Ahli Jawatankuasa
Cikgu Rosman Azmi Bin Osman
Guru, SMJK Shing Chung, Sungai Siput, Perak

Ahli Jawatankuasa
Encik Ahmad Aslam Bin Mohd Yusof
Jurutera, Emhart Glass (M) Sdn Bhd

RUJUKAN

Ahli Jawatankuasa
Encik Zulkifli Bin Che Noh
Penguasa Bomba, Jabatan Bomba & Penyelamat, Jempol

27
REFLEKSI

Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Ilahi dengan izinnya saya dapat menyiapkan
tugasan Kurikulum Persatuan. Subjek ini telah dibimbing oleh Encik Sukreri @ Syukri Bin
Mohamad Zin dan tugasan ini diberi oleh beliau selama sebulan. Alhamdulillah saya dapat
menghantar tugasan projek pada tarikh yang ditetapkan. Semasa menyiapkan tugasan ini
saya menghadapi pelbagai masalah dan cabaran untuk menyiapkan. Melaluinya, saya telah
dapat banyak belajar dan mendapat pengalaman yang baharu.

Tugasan ini memerlukan saya untuk mengumpul maklumat dari pelbagai sumber
rujukan terutama dalam internet, saya telah meluangkan banyak masa mencari bahan tetapi
kekangan masa dan sumber rujukan menyukarkan saya untuk membuat penyelidikan.
Sesetengah rujukan pula banyak di dalam bahasa Inggeris selain ini merupakan kali
pertama saya belajar subjek ini. Kesukaran membuat tugasan ini tidak mematahkan
semangat saya tetapi menjadi motivasi kepada saya walaupon sibuk dengan aktiviti institut.

Kesukaran yang saya hadapi apabila di perpustakaan ialah buku yang terdapat di
perpustakaan terhad. Saya telah berkongsi buku yang dipinjam daripada perpustakaan
dengan rakan lain untuk membuat rujukan. Selain itu, saya telah mempunyai dua buah buku
yang boleh menjadi rujukan saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Kerjasama yang
diberikan oleh rakan-rakan amat membantu saya menyiapkan tugasan ini. Tanpa
perbincangan dan bantuan rakan-rakan saya tidak dapat menyiapkan tugasan yang
diberikan. Kerjasama rakan-rakan amat saya hargai.

Saya juga menghadapi masalah dari segi masa. Saya juga mempunyai tugasan
subjek yang lain dan saya terlibat dengan aktiviti kampus yang padat. Tarikh untuk
menghantar tugasan yang lain juga berdekatan. Jadi, saya terpaksa membahagikan masa
dengan efektif dan memendekkan masa tidur saya bagi menyiapkan tugasan yang
diberikan.

Tugasan yang diberikan amat membantu saya dalam belajar secara berkumpulan dan
bekerjasama dengan rakan-rakan lain bagi menyiapkan tugasan. Tugasan ini juga
membuatkan hubungan silaturahim antara satu sama lain bertambah mantap. Tanpa
kerjasama yang diberikan tugasan ini tidak dapat disiapkan kerana tugasan ini amat
mencabar. Saya juga dapat mempelajari penggunaan masa yang betul dan efektif dan
memberi saya keyakinan dalam menyiapkan sesuatu tugasan. Justeru, tugasan ini memberi
saya pengajaran yang amat berguna dan ilmu pengetahuan tentang cara untuk menjadi
guru kelak.

28
Tugasan ini juga memerlukan saya untuk membuat penyelidikan. Sewaktu
penyelidikan saya dapat mempelajari berbagai ilmu baru terutama tentang pelbagai perkara
yang berkaitan dengan proses untuk menubuhkan sesuatu persatuan dan mengkajinya
dengan lebih teliti. Dengan itu, saya akan bersedia daripada sekarang agar saya boleh
mengajar di sekolah dengan baik tanpa masalah.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah pembimbing
Encik Sukreri @ Syukri Bin Mohamad Zin kerana membimbing saya agar menyiapkan
tugasan ini. Selain itu , saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan kerana
membantu saya menyiapkan tugasan yang rumit ini. Ribuan terima kasih kepada sesiapa
sahaja yang membantu saya secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyiapkan
tugasan ini.

29
RUJUKAN

1) BUKU :

Chew Fong Peng. (2009) Pendidikan Sastera Perpaduan Menerusi KOMSAS Tingkatan 4:

Pelaksanaan dan Kesannya. Jurnal Pendidikan Malaysia 34 (2), 15-31

Institut Pendidikan Guru. (2012). Panduan pelaksanaan kerja kursus Institut Pendidikan

Guru. Cyberjaya : IPGM.

Mok Soon Sang (2011). Nota Intisari Ilmu Pendidikan Psikologi Pendidikan. Puchong:
Penerbitan

Rohaty Mohd. Majzub (1992). Psikologi Perkembangan Untuk Bakal Guru. Kuala Lumpur:

Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Sharil Marzuki (2010). Mengurus Kewangan Organisasi. PTS Publisher. Kuala Lumpur.

2) INTERNET :

Khairul Rijal. (2009). Maklumat dan Tatacara Penubuhan NGO. Retreived from 8 april 2016

https://khairulrijal.wordpress.com/2009/12/04/maklumat-dan-tatacara-penubuhan-
ngo/

Razak Ali. (2009). Kaedah Penyelidikan. Retrieved from 8 April 2017

http://dspace.fsktm.um.edu.my/bitstream/1812/428/6/BAB%20TIGA.pdf

30
LAMPIRAN

Gambar Aktiviti NGO IMPAK dari tahun 2015 - 2017

AKTIVITI 2015

AKTIVITI 2016

PERANCANGAN AKTIVITI 2017

LAMAN SOSIAL IMPAK

31

Anda mungkin juga menyukai