Anda di halaman 1dari 3

BORANG LATIHAN FARTLEK

NAMA :
UMUR :
KADAR NADI REHAT :
KADAR NADI MAKSIMUM :

JUMLAH
BIL

1.

AKTIVITI

Berjalan pantas
Jogging
Lari pecut 70%
Berjalan pantas

2.

Berlari zig zag


Berjalan pantas
Lari pecut 70%
Berjalan pantas

KADAR NADI
SET 1

SET 2

(3 kali)

(3 kali)

LATIHAN

KEKUATAN, KELEMAHAN DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

KEBAIKAN
Latihan Fartlek ini dapat memenuhi keperluan dari segi intensiti ulangan, kekerapan
dan rehat. Perubahan dan fasa larian akan melambatkan kelesuan pada para atlet. Objektif
latihan fartlek adalah untuk daya tahan kardiovaskular tercapai dalam masa yang singkat.
Tempat latihan berdasarkan kepada kemudahan semulajadi, kebolehan peserta dan
kesukaan mereka. Melalui ini para atlet tidak akan mudah jemu. Seterusnya, membina lebih
banyak daya tahan dan kekuatan daripada berlari di atas permukaan yang berbeza beza
dan menggalakkan larian berkelompok dalam latihan, dengan ini peserta tidak merasa cepat
penat. Kemudian, individu boleh berlatih mengikut tahap kebolehan diri sendiri di samping
membina daya tahan dan kekuatan otot dan bagi orang yang mula menjalani latihan ini, ia
merupakan satu keseronokkan dan pelbagai kelajuan dan permukaan bumi. Kelebihan jenis
latihan fartlek ini ialah ia adalah berbeza daripada latihan lain dan untuk mengelakkan
kebosanan yang dialami dalam senaman serta merangsang mental seseorang. Sebaliknya
kebebasan latihan ini menyebabkan individu yang tidak berdisiplin menyalahgunakannya
dan menyebabkan kesan latihan tidak tercapai.

KELEMAHAN
Tenaga yang berlebihan untuk latihan fartlek iaitu larian dalam keadaan bebas dan
tekanan yang rendah tidak dapat menentukan prestasi peserta. Sepatutnya latihan itu mesti
berkaitan dengan pelaziman pertandingan iaitu jarak mesti ditentukan, berterusan dan
kelajuannya mesti selaras dan di bawah tekanan sebenar. Kemudian, susah untuk
mendapatkan tempat yang sesuai untuk menjalani latihan lebih lebih lagi di kawasan
bandar dan larian berkumpulan ini ada membawa kebaikan dan keburukkan. Tetapi lebih
banyak keburukkan kepada peserta yang telah lama menjalani latihan ini kerana beliau
terpaksa berlari bersama sama peserta baru yang tiada pengalaman. Seterusnya, Atlit
yang tidak berpengalaman tentang latihan ini boleh menyebabkan salah gunaan sistem
latihan. Contohnya, tidak mengikut prinsip latihan dan pemulihan semasa menjalankan
sesuatu aktiviti dan membentuk kurang disiplin diri kerana tiada pengawasan dan latihan
informal. Boleh mewujudkan perasaan jemu dari segi pemandangan dan keadaan tempat
latihan yang tetap serta latihan yang sama dilakukan setiap masa. Larian bebas
menyebabkan kesan keberatan atau tekanan seseorang peserta tidak dapat diukur kerana
tiada masa perbandingan.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Cara untuk penambaikan latihan fartlek ini ialah memanaskan badan terlebih dahulu
sebelum memulakan latihan. Untuk melakukan latihan ini individu boleh berlari mengikut
rentak sendiri dan boleh mengubah kelajuan mengikut kehendak sendiri disebabkan individu
masing-masingnya mempunyai stamina yang berlainan. Kemudian, tempat yang sesuai
untuk melakukan latihan ini di kawasan-kawasan yang berbeza seperti di tanah lapang,tepi
pantai dan sebagainya. Kawasan-kawasan yang berbeza ini dapat membantu para atlet
meningkatkan stamina dan daya tahan kardiovaskular. Sebagai contoh, melakukan latihan
fartlek ini di kawasan berpasir kerana permukaan yang berpasir menyusahkan seseorang
individu itu untuk bergerak serta dapat melatih seseorang itu dengan daya tahan
kardiovaskular dan kekuatan otot. Jarak anggaran ialah antara 5 hingga 10km atau dalam
masa 45 minit. Larian dalam latihan ini boleh dipelbagaikan seperti menjalankan aktiviti
yang meliputi larian anak,larian pecut, skipping, lari stride, berjalan dan lain-lain cara yang
boleh dipelbagaikan.

Anda mungkin juga menyukai