Anda di halaman 1dari 23

Soalan:

Saya memohon pandangan dari pihak tuan berkenaan dengan cara mengajar
kanak-kanak yang semakin hari semakin lain perangainya( berbeza dengan
kanak-kanak 10-15 tahun dulu). Isteri saya baru ditugaskan mengajar di sekolah
kebangsaan dan di darjah 3. Untuk pengetahuan tuan, darjah 3 ini ada banyak
kelas dan kelas yang paling akhir adalah kelas yang mengandungi kanak-kanak
yang seolah-olah tidak mahu belajar, terlalu bising dan sebagainya. Berbeza
dengan kelas yang awal.Umum ketahui bahawa kanak-kanak sekarang tidak
boleh disentuh samada memukul, merotan dan sebagainya. Jadi saya memohon
jasa baik tuan,cara untuk menangani masalah ini, dengan memberikan
pendidikan yang baik, dapat mengawal kelas dengan sempurna, cara untuk
mengawal emosi kanak-kanak ini agar tidak melampau dan juga dapat
membimbing semula kanak-kanak ini. Kanak-kanak ini juga adalah antara
golongan yang masih tidak dapat membaca, seolah-olah mereka ini baru
mengenal abc. Bilangan kanak-kanak ini adalah seramai 40 orang dan sekolah ini
berada di kawasan bandar iaitu Ampang.

Harap mendapat tunjuk ajar dari pihak tuan. Sekian terima kasih.

A.Fairuz
Ampang

Jawapan;

Assalamualaikum,

Pertama kita ucapkan syabas kepada para guru hari ini yang mendepani
pelbagai cabaran profesion perguruan pd hari ini.

Tentang masalah tuan.

1. Mungkin hari ini kita memerlukan sedikit anjakan paradigma dalam menjalani
tugas guru. Melihat isu disiplin dan masalah belajar sebagai satu peluang.
Peluang bagaimana? Peluang utk membina manusia dari kalangan yg
bermasalah kpd manusia yg berpotensi utk berjaya. Ini akan mengurangkan

beban dan tekanan, kerana ia tdk dilihat dalam kerangka masalah tetapi sebagai
peluang yg amat besar ganjarannya dunia dan akhirat.

2. Anak-anak yg bermasalah belajar lazimnya bersikap rendah diri. Maklumlah


mereka tdk seperti anak-anak dalam kelas pandai. Jadi untuk menutup
kelemahan diri ini mereka akan melakukan perkara-perkara yg bolih menarik
perhatian meskipun perkara itu negatif. Kerana merka juga perlukan perhatian
sebagaimana anak-anak pandai seringkali mendapat perhatian. Bagi mereka apa
ertinya belajar jika masih tidak pandai. benarkah yg mereka sangka? Kalau tidak
manakan mungkin ada pepatah melayu, 'belakang parang diasah lagi tajam,
inikan pula otak manusia'.

3. Dalam menghadapi kumpulan pelajar seperti ini, guru memang kena banyak
beri perhatian. Cuba dekati mereka secara berseorangan dan berkumpulan.
Memang meletihkan tetapi percayalah anda akan mendapat kepuasan bila anda
cuba mendalami isi hati mereka. Mereka sebenarnya memerlukan 'kawan' untuk
berkongsi apa yang mereka lalui. (mungkin mereka tdk mendapat perhatian itu
di rumah, melainkan hanya sasaran kemarahan dan cemuhan ibu-bapa dan
keluarga).

4. Berikanlah pujian dan 'complement' atas perkara positif yang mereka lakukan
walau kecil sekalipun. Umumkan kpd kelas mana-mana tindakan yg dianggap
terpuji, spt tlg bukakan pintu guru, atau padamkan papan putih dsbnya. Jika
anak-anak menunjukkan kemajuan yg sedikit, walaupun dari F kpd D, berikan
pujian dan galakan supaya mereka teruja bahawa pelajar spt merekapun ada
peluang utk berjaya sebenarnya jika mereka mencuba. tentulah mereka akan
menempa kejayaan yg lebih besar jika mereka tingkatkan usaha.

5. Satu lagi, janagn terlalu terikat dgn kurikulum sehingga terkejar-kejar utk
menghabiskan silibus. Tdk ada makna jika silibus habis tetapi pelajar 'tidak bolih
membaca!'. Peruntukkan sebahagian masa untuk sesi bercerita untuk memberi
motivasi. Kisah-kisah manusia hebat spt Helen Keeler, bagaimana Thomas
Jefferson mencipta lampu bulb. Atau kisah motivasi spt seorang penebang pokok
yang terlalu sibuk menebang sehingga tdk ada masa utk mengasah kapaknya.
Sila dapatkan buku kisah-kisah motivasi untuk guru, tajuknya lupa tetapi ia
diterbitkan oleh PTS.

6. Sedikit tambahan dari (sdra Amir Razelan) yaitu pada point 4 dan 5 - Perlu
tumpukan kepada kemahiran belajar, tidak hanya kepada kandungan pelajaran
itu sahaja. Kanak2 pada tahap ini, mereka lebih senang "absorb" melalui

bermain. Jadi, pelbagaikan kaedah mengajar dengan mengambil kira konsep


bermain yang tidak menjemukan, tetapi sebaliknya akan menggalakkan mereka
turut serta.

Semuga berjaya. Wallahu'alam

Dijawab oleh: Dr Hafidzi Mohd Noor , Pensyarah Universiti Putera Malaysia


Posted by Wanita JIM Mekar Ceria at 4:35 PM
5 comments:

Anonymous said...
ingin berkongsi atas pengalaman.

MBS - methodist boys school atau monkey boys school itulah satu penafsiran
kepada mereka yg hilang sabar dengan kerenah amanah anugerah Tuhan.
nasihat saya kepada para guru2 yang menghadapi masaalah berhadapan
dengan murid sedemikian, para guru haruslah bersedia mental dan fizikal dan
penuhkan dada anda dgn kesabaran serta para guru kena bijak menangani dan
membaca tingkahlaku dan kemahuan anak murid. mereka bukan bodoh atau
lembam tapi mereka perlu guru yang bijak melayani kehendak dan teknik
pembelajaran cara mereka.
jika mereka dilayan mengikut cara dan acuan mereka sendiri, sudah pasti guru
tersebut akan bangga dan puas hati dengan kemajuan yg mereka capai malah
murid2anda dan ibubapa mereka juga akan bangga dan menyanjungi serta
menyayangi anda kerana berjaya mencorakkan anak mereka jadi orang yang
berjaya.dan ia juga sebagai satu kenangan manis buat diri kita sampai bila2.
4:37 PM
Anonymous said...
Very cool design! Useful information. Go on! Search aluminum air filters covers
ibm laptop batteries 2006 mustang convertible reviews day phentermine diet
adepex Property insurance for small business Certified financial planning
program Arizona alpine oak water bed height Reading dental plans Air freshener
jars edelbrock air cleaners Ge circuit breaker surge arrestor Luxor motel las
vegas 1993 lexus es300 new head light Fire alarm supplies
7:43 AM

Anonymous said...
That's a great story. Waiting for more. http://www.canon-digital-cameras1.info/compare-netnanny-cybersitter.html Wellbutrin ritalin adhd what is
depakote er tabs doxipin topamax Topamax max dose children topamax and
behavior Saab v4 96 saab parts highgate Panda software antispam Asian export
granite and marble Seat cover for 2004 ford f 150 Betty bentley beaumont
topamax causes constipation Cause of acne and pimples Mercedes benze diesel
fuel additive Girls tennis graphics
7:45 AM
Anonymous said...
Seminar masalah remaja & cara menanganinya
Tempat:masjid wilayah,jln duta
tarikh:26/1/08(sabtu)
Masa:8.30am-1.30pm
bayaran:RM30
Pendaftaran:0122662109/0123960817

petikan iklan dari metro:


KUALA LUMPUR: Ibu bapa atau ahli keluarga yang berdepan remaja bermasalah
seperti penagihan dadah, gangsterisme atau mat rempit kini boleh berkongsi
rahsia, seterusnya menemui jalan penyelesaian melalui Seminar Masalah Sosial
Remaja dan Teknik Untuk Menanganinya pada 26 Januari ini.

Selain mendengar pengalaman dilalui ibu bapa, program anjuran Yayasan


Sahabat Iman dan Insan Malaysia (Sidim) itu menyediakan khidmat kaunseling
percuma kepada peserta.

Pengerusi Sidim, Hanafi Malek, berkata program di Masjid Wilayah, Jalan Duta, itu
yang bermula jam 9 pagi hingga 1 tengah hari mensasarkan penyertaan 200
orang.

Selain ibu bapa, pihaknya berharap golongan pendidik, penuntut universiti atau
mereka yang membuat kajian mengenai masalah sosial hadir sama.

Dalam program itu, dua kertas kerja dibentangkan ahli panel, iaitu Prof Dr Nasir
Lanjong, bekas pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan beliau sendiri.

Katanya, tujuan program itu diadakan untuk berkongsi pengalaman dan idea,
sekali gus mencari jalan penyelesaian.

Bayaran RM30 dikenakan untuk seorang peserta dan sesiapa yang berminat
boleh menghubungi Hanafi di talian 013-2007072.

Ini adalah program pertama Sidim berikutan setiap hari saya terima banyak
panggilan dan SMS (khidmat pesanan ringkas) dari seluruh negara.

Saya berharap orang ramai mengambil peluang ini, tetapi saya minta peserta
tidak membawa anak atau remaja terbabit bagi mengelak mereka tahu teknik
yang bakal dipraktikkan, katanya.

Punca-punca dan cara-cara mengatasi masalah disiplin pelajar


Posted on 14 Mac, 2008 by admin
Masalah disiplin boleh dikaitkan dengan kegagalan pelajar di sekolah untuk
mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Isu ini menjadi perbualan hangat
masyarakat lantaran kegagalan golongan pendidik untuk membentuk sahsiah
pelajar. Jadi, apakah faktor yang mendorong masalah ini berlaku dan apakah
peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan kerajaan?
Masalah ini semakin meruncing ekoran kurangnya kasih sayang dan
perhatian ibubapa era globalisasi ini. Ibubapa lebih mengutamakan kerjaya
mereka sehingga alpa tanggungjawab mereka mendidik anak yang dahagakan
kasih sayang mereka. Akibatnya, pelajar terbabit mencari jalan keluar dengan
melakukan tindakan-tindakan disiplin yang bertujuan untuk menarik perhatian
ibubapa mereka. Sesungguhnya, kelalaian ibubapalah yang menyebabkan
masalah disiplin menjadi-jadi.
Sementara itu kemunculan media massa turut mendorong masalah ini
memuncak dengan drastik. Kelakuan yang tida senonah yang mereka saksikan
telah menimbulkan rasa untuk mencuba pula dalam hati pelajar. Kebanyakan
masalah disiplin dikatakan satu cubaan meniru kelakuan yang telah mereka
tonton sebelum ini. Jadi, disiplin mempunyai kaitan rapat dengan kejadian
disiplin pelajar yang terus merosot itu.
Rakan sebaya turut menjadi punca masalah disiplin pelajar menjadi-jadi.
Pelajar sering menganggap rakan sebaya mereka sebagai rakan yang sebenar.
Rakan yang mendengar dan sanggup berkorban untuk mereka berbanding
ibubapa yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka. Ringkasnya, rakan
sebaya yang negatif akan memastikan disiplin pelajar itu akan turut merosot
dengan drastiknya.
Tambahan pula, kegagalan pihak sekolah bertindak pantas dan telus
dalam isu ini turut menjadi faktor yang mendorong meluasnya masalah ini. Ada
pihak sekolah yang merahsiakan masalah disiplin sekollah mereka kerana tidak
mahu nama sekolah terjejas. Tindakan ini menyebabkan ada pelajar yang
beranggapan tindakan mereka melanggar disiplin tidak akan dilaporkan oleh

pihak sekolah. Sikap acuh tak acuh sekolah yang turut kekurangan guru disiplin
ini menyebakan pelajar semakin berani melakukan kesalahan disiplin. Oleh itu,
cara pihak sekolah menangani masalah disiplin turut menentukan peningkatan
masalah disiplin pelajar.
Malah, ketiadaan program selepas sekolah yang sesuai dengan pelajar
turut menjadi punca masalah ini terus berleluasa. Program yang menarik dapat
menghalang pelajar menghabiskan masa mereka di pusat-pusat beli-belah dan
terjemurus ke dalam aktiviti menyalahi disiplin. Masa yang mereka habiskan
untuk menjalankan aktiviti ini menyebabkan mereka lebih berdisiplin.
Kemelut ini mudah dibendung jika ibubapa terlebih dahulu sanggup
menngorbankan masa mereka. Ibubapa hendaklah mengutamakan masa depan
anak mereka daripada kejayaan peribadi mereka dalam kerjaya. Ibubapa harus
memberi ruang kepada anak untuk menjadi manusia yang berhemah tinggi.
Ringkasnya, ibubapa penting dalam membanteras isu disiplin ini.
Kesimpulannya, kemelut disiplin ini sudah lama diperkatakan oleh
masyarakat. Saban hari kita disogokkan dengan pelbagai cadangan yang tinggal
cadangan sahaja. Mungkin kali ini kita perlu bertegas dan berpijak di bumi nyata

7.

TINGKAH LAKU BERMASALAH

KONSEP TINGKAH LAKU


Perlakuan yang dimanifestasikan secara konsisten dalam satu jangka masa lama
yang akan memberi kesan buruk dalam perkembangan pembelajaran murid dan
seterusnya menghalang mereka terlibat secara aktif di dalam atau di luar bilik
darjah.

JENIS-JENIS TINGKAH LAKU BERMASALAH


Secara umumnya, tingkah laku bermasalah dapat dikategorikan kepada tingkah
laku bermasalah positif dan tingkah laku bermasalah negatif.

A.

Tingkah laku bermasalah positif

Tingkah laku bermasalah positif bermaksud tingkah laku positif yang ditunjukkan
oleh kanak-kanak tetapi tingkah laku itu akan menjadi bermasalah sekiranya
dilakukan secara berlebihan atau tanpa kawalan dan boleh menimbulkan
masalah kepadanya. Misalnya, sifat ingin tahu yang berlebihan kepada seorang
kanak-kanak boleh menyebabkannya bertindak keterlaluan sehingga
menyusahkan dirinya dan orang lain.

1.

Tingkah Laku Dorongan Naluri Ingin Tahu

Naluri ingin tahu terdapat pada setiap individu. Pada peringkat awal,kanak
kanak akan bergerak menuju ke arah bungkusan yang terletak di atasmeja.
Seterusnya dia akan mengoyakkan pembalut bungkusan tersebut untukmelihat
barang yang terdapat di dalamnya. Perbuatan ini akan menyebabkanmurid
bertindak dengan cepat tanpa menerima arahan daripada guru. Tingkahlaku
seperti ini boleh menimbulkan situasi berbahaya terutamanya di dalammakmal.

2.

Tingkah Laku Murid Cepat Belajar

Murid murid dalam kategori ini biasanya akan dapat memahami sesuatukonsep
dengan depat. Oleh itu, jika guru mengulangi penerangannya, murid murid
yang cepat belajar ini akan berasa bosan dan tidak akan memberipenumpuan
lagi. Lantaran itu, mereka mula menimbulkan pelbagai jenisgangguan seperti
mengusik rakan yang duduk di sebelah yang tentunya akanmenjejaskan
kelicinan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas

3.

Tingkah Laku Murid Pintar Cerdas

Pelajar pintar cerdas mempunyai kebolehan atau potensi dalam aktivitiintelek


seperti pemikiran abstrak, pemikiran logik, kemahiran lisan danmempunyai daya
reka cipta yang tinggi. Daya ingatan pelajar seperti ini adalahtinggi. Pelajar
dalam golongan ini juga mempunyai bakat khas dalam matematik,sains, seni
lukis, drama, penulisan, muzik dan hubungan manusia. Mereka cepatmencapai
pemahaman terhadap konsep konsep yang di sampaikan. Inimenyebabkan
mereka akan merasa cepat bosan sekiranya kaedah pengajaranguru adalah
lambat dan tidak menarik. Kebosanan ini akan menyebabkanmereka
menimbulkan pelbagai jenis masalah di dalam kelas. Ini bermaknaproses
pengajaran dan pembelajaran akan terjejas sekiranya keperluan pelajar pintar
cerdas tidak dipenuhi.

4.

Tingkah Laku Murid Proaktif

Murid murid seperti ini sentiasa aktif dan bertindak denagn penuhsemangat.
Mereka jarang menunggu arahan untuk melakukan sesuatu.Contohnya, selepas
sahaja memerhati satu demonstrasi di dalam makmal,mereka ingin menjalankan
uji kaji tersebut dengan serta merta. Tingkah laku iniboleh menimbulkan masalah
kerana tanpa arahan yang jelas, kemalangan bolehberlaku.

B.

Tingkah laku bermasalah negative

Tingkah laku bermasalah negatif adalah jelas iaitu tingkah laku yang
menimbulkan masalah kepada dirinya dan juga orang lain. Beberapa contoh
tingkah laku bermasalah negatif adalah seperti berikut:

i.

Tingkah laku Disruptif/mengganggu

Perlakuan sentiasa mengganggu perjalanan pengajaran dan pembelajaran dalam


kelas. Tingkah laku ini juga berlaku di luar kelas dan juga di rumah.

ii.

Pergantungan berlebihan

Kanak-kanak yang sangat bergantung kepada orang lain, tidak dapat berdikari,
dan tidak berupaya membuat keputusan sendiri.Contohnya tidak mahu hadir ke
sekolah tanpa ditemani ibu. Kadangkala ada ibu yang terpaksa duduk di luar
kelas.

iii.

Agresif

Tingkah laku agesif adalah seperti suka memulakan pergaduhan, suka bergaduh,
suka memaki hamun, dan sebagainya.

iv.

Distruktif/merosakkan

Perlakuan yang suka merosakkan benda seperti kerusi meja, barangan kawan
sekelas, mengoyak poster atau notis di papan kenyataan dan sebagainya.

v.

Kebimbangan

Perasaan kurang senang atau takut akibat anggapan bahawa sesuatu yang tidak
diingini akan berlaku. Keadaan ini akibat daripada pengalaman emosi yang tidak
menggembirakan yang dialami oleh seseorang .

vi.

Pengasingan diri

Suka menjauhkan diri daripada orang lain yang kurang disenangi. Tingkah laku
ini juga dijadikan sebagai mekanisme helah bela diri untuk mengelakkan diri
daripada berkomunikasi dengan orang lain.

vii.

Ponteng sekolah

Perlakuan yang sengaja dibuat iaitu tidak hadir ke sekolah tanpa pengetahuan
ibu bapa dengan membuang masa di tempat lain seperti pusat membeli belah
atau taman permainan.

viii.

Enggan ke sekolah

Enggan ke sekolah akibat daripada perasaan fobia terhadap sekolah. Kanakkanak ini berasa bimbang untuk berpisah dengan keluarga dan bimbang
meninggalkan kawasan rumahnya.

ix.

Mencuri

Mengambil hak orang lain tanpa kebenaran tuannya. Tabiat mencuri barang
rakan sekelas akan menyebabkan pertengkaran, pergaduhan, dan dipulaukan
oleh rakan sekelas.

x.

Pengunduran Diri

Pengunduran diri bermakna penarikan diri daripada suatu situasi yangkurang


selamat atau mengancam. Kadangkala, pengunduran diri juga dilakukanuntuk
berfikir dan mencari jalan penyelesaian terhadap satu satu masalah. Didalam
bilik darjah, pengunduran diri adalah nyata apabila seseorang pelajar
tidakberupaya menjawab soalan guru. Selain itu, pelajar pelajar yang
tidakmempunyai kemahiran dalam apa sahaja permainan biasanya akan
mengundur diri apabila guru memilih pemain pemain bagi satu permainan

xi.

Tingkah Laku Murung

Kemurungan merujuk kepada satu satu keadaan yang amat sedih. Iaboleh
dialami oleh sesiapa sahaja. Pelajar yang mengalami kemurungan tidakberupaya
berfungsi dengan baik di dalam bilik darjah dan sentiasa termenungdan
berkhayal

xii.

Hiperaktif

Hiperaktif merujuk kepada keadaan seseorang individu yang terlampauaktif


berbanding keadaan yang biasa. Ciri-ciri murid hiperaktif ialah tidak bolehduduk
diam, selalu gelisah, suka merungut, kelakuan sukar diramal, mudahmelenting
dan tindak balas berlebihan. Punca hiperaktif ialah kecederaan otak,pemakanan
dan baka. Kesan hiperaktif ialah kendiri yang rendah, tidak dapatbelajar secara
optimum, sosial yang rendah, kesabaran yang rendah dan selalukeseorangan

PUNCA SALAH LAKU

Tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak berpunca daripada faktor-faktor


tertentu. Guru perlu memahami faktor-faktor yang menjadi punca masalah
tingkah laku muridnya supaya menjadi panduan dalam merangka program
pengurusan tingkah laku bagi murid tersebut. Roger Stancliffe (tidak bertarikh)
telah menyenaraikan 9 faktor yang dikaitkan dengan masalah tingkah laku
kanak-kanak.

i. persekitaran
ii. tekanan psikologikal
iii. ketakutan dan fobia
iv. peneguhan yang kurang sesuai
v. kemahiran komunikasi dan sosial yang terhad
vi. kesukaran tugasan
vii. aktiviti dan tahap rangsangan
viii. kesihatan dan perubatan
ix. jangkaan tingkah laku

Faktor persekitaran
Sesetengah kanak-kanak sangat sensitif terhadap persekitaran seperti bunyi
bising, sejuk, panas, dan lain-lain. Perubahan tingkah laku akan ditunjukkan
terutamanya bagi kanak-kanak yang mengalami kecacatan teruk, autisme, dan
lain-lain.

Tekanan psikologi
Individu yang mengalami masalah tingkah laku obsesif dan tingkah laku yang
sudah menjadi tabiatnya akan berasa senang dengan tingkah laku tersebut.
Mereka akan berasa tertekan apabila kebiasaan tingkah laku itu diganggu atau
dihalang.

Ketakutan dan fobia


Fobia adalah ketakutan yang keterlaluan terhadap sesuatu. Fobia termasuk juga
takut terhadap sesuatu yang berbahaya seperti ular atau ketinggian yang
melebihi tahap bahaya sebenar perkara tersebut. Ketakutan ini boleh

menyebabkan bahaya kepada individu tersebut seperti berlari melintas jalan


raya kerana takutkan anjing.

Peneguhan yang kurang sesuai


Tingkah laku bermasalah ada kalanya dikukuhkan secara tidak sengaja. Tindak
balas semula jadi kita secara serta merta terhadap tingkah laku tertentu ada
kalanya menjadikan tingkah laku itu lebih teruk. Sebagai contoh, seorang kanakkanak yang enggan makan ubat akan dipujuk serta dijanjikan dengan beberapa
ganjaran oleh ibu dan bapanya. Oleh itu, kanak-kanak itu akan sengaja enggan
makan ubat kerana mahukan perhatian daripada ibu bapanya.

Kemahiran komunikasi dan sosial yang terhad


Terdapat bukti yang jelas menunjukkan bahawa kadar tingkah laku bermasalah
yang tinggi di kalangan kanak-kanak yang kurang berkomunikasi berbanding
kanak-kanak yang boleh berkomunikasi dengan baik.

Kesukaran tugasan
Kesukaran tugasan boleh menyebabkan kanak-kanak melakukan kesilapan dan
mengalami kegagalan. Keadaan kekecewaan ini berkait rapat dengan masalah
tingkah laku yang mereka tunjukkan.

Aktiviti dan tahap rangsangan


Kekurangan aktiviti yang membina akan menyebabkan berlakunya masalah
tingkah laku. Sebagai contoh, guru bukan hanya setakat memberi mainan atau
buku kepada muridnya tetapi perlu mengajar murid tersebut kemahiran yang
perlu untuk melakukan aktiviti tersebut.

Kesihatan dan perubatan


Kesakitan atau keadaan tertekan yang berkaitan dengan keadaan kesihatan
tertentu boleh menyebabkan rasa kurang selesa dan boleh menyebabkannya
berkelakuan kurang sesuai.

Jangkaan tingkah laku

Ada kalanya ibu bapa atau guru menjadi letih dengan tingkah laku kanak-kanakkanak dan membiarkannya berkelakuan sedemikian dengan anggapan bahawa
tingkah laku itu akan hilang dengan sendirinya. Jangkaan terhadap tingkah laku
kanak-kanak tersebut adalah rendah daripada yang sepatutnya. Sebenarnya
mereka ini terperangkap dengan anggapan bahawa itulah sifat kanak-kanak
tersebut dan tidak boleh diubah lagi (the way he/she is).

CARA-CARA MENGENAL PASTI MURID YANG BERMASALAH TINGKAH LAKU

Teknik Jenis Ujian Psikologi


1.

Ujian Pencapaian Akademik

~Ujian sumatif dan penilaian formatif sekolah termasuk UPSR, PMR, SPM
danSTPM

2.

Ujian Kecerdasan

~Mengukur darjah kecerdasan pelajar (IQ) yang disarankan oleh Terman dan
Binet

3.

Ujian Kecendungan Bakat

~Ujian Aptitude Differentiate (DAT)

4.

Ujian Minat

~ Menilai minat pelajar terhadap sesuatu aktiviti atau kerjaya

5.

Ujian Personaliti

~ Mengkaji aspek bukan kognitif seperti aspek efekti,motivasi, emosi dan


sikapseseorng pelajar
~Mendapat maklumat hal peribadi serta nilai dan sikap pelajar

6.

Ujian Saringan

~ Mengasingkan pelajar-pelajar yang cerdas dengan kurang cerdas

7.

Ujian Diagnostik

~ Mengesan punca kelemahan atau masalah penguasaan


kemahiranpembelajaran pelajar

8.

Ujian Aptitud Khas

~Ujian Aptitud Mekanikal, Ujian Aptitud Mekanikal, Ujian Aptitud Seni atau Muzik
~Mengukur potensi pelajar dalam bidang tertentu

Teknik Jenis Bukan Ujian


(i)

Pemerhatian

Mengenal pasti ciri-ciri perkembangan pelajar daripada bidang efektif dan


psikomotor khasnya bagi mata pelajaran Agama Islam, Pendidikan Muzikdan
Pendidikan Jasmani
Tempat: Di dalam dan luar bilik darjah
Cara Merekod:
1.senarai semak darjah pencapaian tingkah laku
2.skala kadar 5mata,(1)amat buruk, (2) buruk, (3) sederhana, (4) baik,
(5)terbaik

(ii)

Temu bual

Soalan selidik melalui teknik temu bual


Mendapatkan maklumat dan butir-butir pelajar
Teknik menjalankan temu bual:
Tentukan tujuan dan objektif temu bual
Tentukan bidang maklumat yang hendak diperolehi

Tentukan soalan-soalan yang bertulis yang hendak dikemukakan semasa


temubual
Menyediakan tempat yang kondusif untuk temu bual
Bermula dengan soalan yang menyenangkan dan menimbulkan rasakeyakinan
pelajar
Tentukan tujuan dan objektif temu bual
Tentukan bidang maklumat yang hendak diperolehi
Tentukan soalan-soalan yang bertulis yang hendak dikemukakan semasatemu
bual
Menyediakan tempat yang kondusif untuk temu bual
Bermula dengan soalan yang menyenangkan dan menimbulkan rasakeyakinan
pelajar

Kajian DokumenTeknik Jenis Kajian


1.

Kad Rekod Persekolahan Murid Sekolah

~ Mengetahui kemajuannya dalam bidang akademik dan kokurikulum


darisetahun ke setahun, memahami sifat-sifat, minat, kesihatan dan latar
belakangkeluarganya.
Butir-butir pelajar
Buti-butir keluarga
Rekod kedatangan sekolah dan gerakerja kokurikulum
Keputusan ujian
Biasiswa, hadiah kewangan dan lain-lain anugerah
Sifat-sifat diri
Butir-butir pelajar
Buti-butir keluarga
Rekod kedatangan sekolah dan gerakerja kokurikulum
Keputusan ujian
Biasiswa, hadiah kewangan dan lain-lain anugerah
Sifat-sifat diri

2.

Rekod Anekdot

~ sejenis dokumen berbentuk laporan berdasarkan pemerhatian sesuatukejadian


atau peristiwa seseorang pelajar oleh gurunya.
~ merekod tingkah laku atau personaliti pelajar yang diperhatikan
termasukkomen guru yang memerhatikannya.

PENGURUSAN TINGKAH LAKU BERMASALAH

1.

Mengurangkan kebimbingan murid-murid

- memberikan galakan dan pujian kepada murid-murid supaya dapat membina


keyakinan diri dan dorongan yang positif.
- membantu murid-murid membina sikap dan personaliti yang positif terhadap
cabaran.
- elakkan daripada membandingkan murid-murid yang lebih dengan murid-murid
yang tidak lemah.
- menggalakkan aktiviti dalam kumpulan bagi membina semangat kerjasama
antara rakan sebaya.

2.

Belajar Sambil Bermain.

Ia adalah satu teknik dan kaedah mengajar yang memberi peluangkepada muridmurid untuk melakukan aktiviti berpura-pura di bawah keadaan
terkawal. Secara tidak langsung murid berminat untuk belajar bersamasamatanpa menganggu murid yang lain.

3.

Main Peranan

Ia merupakan satu lakonan oleh sekumpulan murid di hadapan kelastanpa


mempunyai skrip. Murid ini perlu diarahkan menjadi pelakon. Sudah tentumereka
akan rasa seronok diberi peluang untuk beraksi di hadapan murid -murid lain.

4.

Kaedah dan Teknik Pemudahcaraan

Teknik ini menumpukan kepada kemahiran guru sendiri untukmemotivasikan


murid-murid, membimbing menggalakan mereka aktif dalamproses
pembelajaran tanpa sebarang gangguan atau hentian. Teknik Penyoalanperlu
dilakukan terutamanya di dalam set induksi.

5.

Tunjuk Cara (Demonstrasi)

Guru mesti menggunakan teknik pengajaran dan pembelajaran yangmelibatkan


demonstrasi di hadapan murid.

6.

Peneguhan Positif

Peneguhan positif ialah satu proses di mana guru akan cuba mengawaltingkah
laku murid dengan motivasi, hadiah, ganjaran, dan sentuhan serta kata-kata
perangsang yang dapat membaiki, mengubah tingkah laku murid-muridnya

7.

Peneguhan Negatif

Jika teknik peneguhan positif tidak berkesan, maka guru perlumenggunakan


peneguhan negatif untuk mengawal tingkah laku murid sepertidenda, memarahi
murid, atau menyuruh mereka menjalani time out. Peneguhannegatif ialah
stimuli yang dipindahkan atau dihapuskan dengan tujuanmenguatkan tingkah
laku positif supaya ia dapat diteruskan.

Posted 28th December 2012 by Melody Of Death

bicara agama

ARKIB : 08/11/2007
Menangani disiplin remaja
Oleh: NURUL IZZAH SIDEK

MASALAH disiplin di kalangan pelajar sekali lagi menyentak perhatian seluruh


rakyat Malaysia. Umumnya, guru-guru disiplin di sekolah barangkali terbiasa
dengan kesalahan pelajar-pelajar seperti memonteng sekolah, melawan guru,
menghisap rokok di sekolah dan sebagainya.

Namun, fenomena kini adalah amat membimbangkan kerana mengikut mengikut


statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), peratusan disiplin moral di kalangan
pelajar walaupun menurun iaitu 1.74 peratus daripada 5.5 juta pelajar pada 2005
berbanding 2 peratus pada 2004, ia mewakili 100,000 bilangan pelajar daripada
5.5 juta.

Bilangan yang kecil ini sepatutnya tidak menyebabkan kita berasa selamat dan
selesa. Sebabnya bilangan 100, 000 ini boleh mempengaruhi bilangan yang
ramai itu. Banyak faktor yang mempengaruhi perlakuan remaja melakukan salah
laku moral ini dan beberapa pihak harus sama-sama menangani permasalahan
ini.

Faktor-faktor salah laku disiplin

Rata-rata remaja yang bermasalah datang daripada keluarga yang tidak bahagia
dan kucar-kacir. Rumah bukan syurga untuk mereka meluahkan perasaan dan
berkongsi pengalaman. Kurangnya perhatian daripada ibu bapa menjadikan
anak-anak lepas bebas untuk membuat keputusan sendiri.

Lebih menyedihkan jika ada anak- anak yang membesar dengan asyik melihat
pertengkaran dan pergaduhan di rumah mereka. Ketiadaan saluran yang betul
untuk meluahkan perasaan tidakpuas hati remaja mendorong remaja ini untuk
meluahkannya bersama rakan sebaya di luar rumah, terutamanya di sekolah.
Akibatnya kepincangan dari rumah dibawa ke sekolah dan masalah amat sukar
diatasi melainkan akar masalah tersebut dapat diatasi.

Selain itu remaja juga mengalami fasa perubahan, di mana kadangkala remaja
mengalami masalah konflik diri dan mencari-cari identiti diri. Keperluan diri mula
bertambah dan remaja mula meminta pandangannya dihormati sedangkan
sekelilingnya menolak. Kurangnya pengetahuan dalam mengawal emosi
menyebabkan remaja memberontak dan kadangkala bertindak di luar batasan.
Emosi remaja umumnya tidak stabil pada peringkat ini dan kefahaman yang
tinggi daripada ibu bapanya amatlah perlu dalam menangani sebarang isu yang
dikemukakan.

Remaja yang bermasalah juga seringkali berada di bawah pengaruh rakan yang
memberi contoh tidak baik.

Ketiadaan sokongan, nasihat dan pemantauan yang berterusan menyebabkan


kecenderungan remaja melakukan perkara-perkara yang tidak baik lebih kuat.
Banyak masa dihabiskan di sekolah, justeru rakan-rakan adalah terdekat yang
mereka ikuti. Guru-guru mempunyai keterbatasan waktu, dalam mengimbangi
tugas menghabiskan subjek dan mendidik pelajar.

Fahaman bahawa rakan-rakan lebih memahami perasaan mereka menyebabkan


remaja lebih mempercayai rakan-rakan dalam membuat suatu keputusan.
Budaya berseronok dan suka mencuba sesuatu yang baru juga antara lain
menjadi faktor penggalak kepada permasalahan ini.

Maka langkah-langkah yang proaktif dan kolektif harus diambil untuk menangani
masalah ini. Kerajaan pada tahun lalu telah mencadangkan suatu jawatankuasa
untuk membendung permasalahan ini iaitu Jawatankuasa Induk Menangani
Gejala Disiplin untuk memerangi masalah disiplin pelajar melalui 10
kementerian. Kementerian itu ialah Jabatan Perdana Menteri, Kementerian
Keselamatan Dalam Negeri, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat, Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pembangunan
Usahawan dan Koperasi, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Perumahan
dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dan
Kementerian Penerangan.

Langkah ini seharusnya disambut dengan kerjasama yang baik daripada semua
pihak untuk menjayakannya. Namun begitu, langkah-langkah untuk menangani
masalah disiplin pelajar perlu dilakukan secara menyeluruh (holistik) dan
memerlukan perhatian seluruh lapisan sosial dan masyarakat.

Peranan remaja

* Mencari kawan sebaya (peers) yang betul. Umumnya, remaja banyak


menghabiskan masa di sekolah bersama rakan-rakan. Pemilihan rakan sebaya
yang betul dapat mengelakkan daripada terpengaruh dengan unsur-unsur yang
salah. Rakan yang baik adalah rakan yang mengingatkan kita semasa kita
tersalah arah dan laku. Selalunya rakan-rakan terdiri daripada orang yang

sebaya dan bersependapat dalam banyak hal. Maka remaja harus berhati-hati
dalam memilih rakan.

* Mendapatkan bantuan jika ada masalah. Remaja perlu mendapatkan nasihat


daripada orang lain selain rakan sebaya jika menghadapi masalah di rumah atau
dengan rakan-rakan. Kebanyakan remaja lebih suka mendiamkan diri dengan
masalah mereka ataupun hanya menceritakan kepada rakan sebaya. Akibatnya,
kadangkala langkah yang diambil menjadi masalah kepada orang lain kerana
tidak selari dengan tuntutan agama dan undang-undang. Berbincang dengan
kaunselor atau guru dapat membantu sekiranya ibu bapa dan penjaga tidak
memahami masalah remaja.

* Berusaha menjadi contoh yang baik. Sikap ini harus ada pada setiap remaja
kerana ia dapat membantu remaja untuk mengawal diri. Sekurang-kurangnya jka
tidak boleh menjadi contoh yang baik kepada orang lain, jadilah contoh dalam
ahli keluarga sendiri dan juga pada diri sendiri. Rasa bersalah sekiranya
melakukan kesalahan harus dibayar dengan azam untuk tidak mengulanginya
lagi dan tidak berharap orang yang terdekat melakukannya.

Peranan sekolah

* Subjek yang diajar harus ada nilai tambah, iaitu menerapkan nilai-nilai murni
dalam setiap kelas. Kelas boleh dijalankan dengan interaktif supaya pelajar lebih
berminat untuk datang ke sekolah dan meneruskan kelas. Elemen subjek agama
dan sivik seharusnya ada dalam setiap subjek supaya remaja akan terdidik
dengan nilai-nilai murni dalam setiap apa yang dipelajarinya.

* Sentiasa berbincang dengan ibu bapa. Guru kelas boleh mengambil langkah
yang proaktif dengan menyelidik latar belakang pelajar-pelajar kelasnya dan
menghubungi ibu bapa untuk berbincang jika timbul apa-apa masalah yang
boleh membawa kepada perlakuan disiplin. Melabel murid jahat bukanlah
penyelesaiannya, tetapi guru seharusnya berusaha untuk memahami punca
pelajar bertindak sedemikian. Guru kaunseling juga harus ditambah kerana
pelajar boleh merujuk kepada mereka di atas apa-apa masalah yang mereka
hadapi.

Peranan Keluarga

* Contoh yang baik. Ibu bapa perlu menunjukkan contoh yang baik untuk
diteladani. Elakkan pertengkaran di hadapan anak-anak serta perlakuan yang
menyebabkan anak-anak berdendam dan tidak berpuas hati. Setiap ibu bapa
pastinya menginginkan anak-anak mereka menjadi baik, tetapi ibu bapa
seharusnya terlebih dahulu menunjukkan teladan yang baik untuk diikuti. Selain
itu ibubapa harus prihatin dengan pergerakan serta rakan anak-anak untuk
mengelakkan kejadian yang tidak di ingini berlaku.

* Berusaha memahami keperluan emosi dan jasmani anak-anak. Boleh dikatakan


masalah banyak berpunca daripada masalah dalaman iaitu masalah keperluan
psikologi. Justeru itu adalah wajar bagi ibu bapa untuk mempelajari keperluan
psikologi anak-anak dan cara-cara menangani setiap isu. Ibu bapa juga harus
berperanan memperlengkapkan anak-anak dengan ilmu agama dan kekuatan
spiritual supaya lebih kuat berdepan dengan cabaran-cabaran masa kini.

Peranan masyarakat dan media

* Masyarakat juga harus berperanan dalam hal ini. Membantu remaja-remaja


yang bermasalah seharusnya bermula dengan memahami situasi keluarga
remaja berkenaan. Jiran-jiran misalnya boleh membantu dalam mengenal pasti
remaja yang bermasalah dan cuba membawa mereka ke jalan yang baik melalui
teguran yang berhemah. Media massa juga dapat membantu dari segi pengisian
rancangan di televisyen, radio dan juga di suratkhabar. Program-program yang
disediakan seharusnya lebih berinformatif dan menjana pemikiran remaja.

Kesimpulan

Dalam hal ini, semua pihak harus menanganinya secara kolektif dan bijaksana.
Aliran fahaman remaja berubah dari zaman ke zaman dan cara menanganinya
akan turut berubah. Ibu bapa, pihak sekolah, masyarakat dan media harus
sentiasa menyumbang kepada penyelesaian masalah ini. Menghadapi cabaran
globalisasi yang tiada sempadan ini memungkinkan semua maklumat sama ada
baik atau benar disalurkan secara terus kepada remaja.

Remaja mungkin mempunyai akses melakukan apa yang mereka mahu, tetapi
hanya dengan keimanan yang tinggi dan kesedaran sivik

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?


y=2007&dt=1108&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm#ixzz4GQHFWm2I

Utusan Melayu (M) Bhd

Anda mungkin juga menyukai