Anda di halaman 1dari 21

INSTITUT

PENDIDIKAN
GURU
KAMPUS
PEREMPUAN
MELAYU MELAKA
KERJA KURSUS
BERASASKAN
ILMU (KKBI)
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU
SEKOLAH RENDAH
( BMM 3173E )

KUMPULAN /
UNIT
: PPG SAINS
NO.K.PENGENALAN
: 770212-01-7172
GANTHIMATHI A/P SUGUMARAN
NO.A.GILIRAN

: 2013141360074

TAHUN AMBILAN

: AMBILAN KHAS FEBRUARI 2013

KOD SUBJEK

: BMM 3173E

NAMA PENSYARAH

: EN.ISMAIL BIN HASBULLAH

TARIKH SERAHAN

: 28 MAC 2015

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA
BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS

Nama :GANTHIMATHI A/P SUGUMARAN


Angka Giliran : 2013141360074
Tajuk Tugasan : KAEDAH PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
Pensyarah : EN.ISMAIL BIN HASBULLAH
Subjek / Kursus : BMM 3173E
Tarikh Hantar : 28 MAC 2015
Tarikh Diterima (Diisi oleh pensyarah) :
Pengakuan Pelajar
Saya mengaku tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya
jelaskan sumbernya.
Tandatangan : _____________________________
(GANTHIMATHI A/P SUGUMARAN )

BIL.
.

Tarikh : 28.03.2015

KRITERIA PENTAKSIRAN

TAHAP PENCAPAIAN
Cemerlang

Baik

Memuaskan

Perincian Maklum Balas Tugasan


Pemeriksa
Kekuatan :

Kekuatan :

Aspek yang boleh diperbaiki :

Aspek yang boleh diperbaiki :

Kurang
Memuaskan

1.

Tandatangan :

Tarikh :

Moderator

Tandatangan :

Tarikh :

Pengesahan Pelajar Terhadap Maklumbalas yang Diberikan Pensyarah


Saya mengesahkan bahawa maklumbalas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuk dan fahami.
Tandatangan Pelajar :

ISI

KANDUNGAN

Tarikh :

MUKA

SURAT

Lemah

TUGASAN 1
MEMBANDING BEZA TEKNIK-TEKNIK DALAM
11
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA
MELAYU

1-

TUGASAN 2
PENULISAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
- 18
(RPH)

REFLEKSI
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN

12

TUGASAN 1
MEMBANDING BEZA TEKNIK - TEKNIK DALAM
PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
( 40 % )

PENDAHULUAN
Bagi seseorang yang baru menjejak kakinya dalam arena pengajaran malah ramai guru
yang berpengalaman, konsep pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran amat
sukar dibeza-bezakan. Apa lagi terdapat orang yang menganggap bahawa semua istilah
tersebut adalah sama dengan cara pengajaran sahaja. Ini adalah suatu perkara yang harus
diberi perhatian yang serius kerana konsep-konsep tersebut adalah merupakan asas untuk
membentuk sesuatu rancangan pelajaran harian yang sempurna oleh seseorang guru.
Penjelasan tentang perhubungan di antara keempat-empat konsep adalah amat berguna
bagi guru-guru supaya ilmu pedagogi yang dipelajari itu dapat diamalkan dalam bilik
darjah.
Perbandingan ini bertujuan untuk memberi sedikit sebanyak penjelasan tentang
pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran serta hubungan di antara satu sama
lain. Walau pun difikirkan bahawa konsep-konsep itu merupakan asas dalam
perbincangan pedagogi tetapi kebanyakan pengarang buku pedagogi masih samar-samar
tentang konsep-konsep tersebut.
Untuk menjelaskan konsep-konsep tersebut, perbincangan akan bermula dengan kaedah
pengajaran dan diikuti oleh teknik pengajaran. Selepas kita telah jelas mengenai keduakedua konsep tersebut maka kita akan meneliti konsep strategi serta pendekatan
pengajaran. Akhir sekali kita akan mengulas perhubungan kesemua konsep tersebut
dalam situasi pengajaran.
KAEDAH DAN TEKNIK
Sebelum kita membincangkan konsep kaedah pengajaran adalah eloknya kita memikirkan
secara umum pengertian kaedah. Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud cara atau
aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri
daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu

matlamat.
Lantaran itu, jika kita ingin memasak ikan maka kita perlu fikirkan apakah kaedahkaedah memasak yang kita boleh gunakan. Sudah tentunya, kaedah-kaedah yang biasa
kita gunakan ialah seperti menggoreng, merebus, memanggang atau mengukus. Begitu
juga kalau kita diminta memberi kaedah-kaedah menyepak bola kita akan menyatakan
kaedah-kaedahnya adalah seperti sepakan sering, sepakan tinggi, sepakan grounder,
sepakan banana serta bermacam-macam lagi. Satu lagi contoh ialah jika kita ingin peri
memburu harimau di dalam hutan, kaedah-kaedah yang kita boleh gunakan adalah seperti
menembak dengan senapang, memanah, menjerat, menikam atau menombak.
Andaikan kita ingin memasak ikan dengan kaedah menggoreng. Maka sudah tentu kita
perlu memiliki kemahiran-kemahiran yang khusus dalam menjayakan kaedah tersebut.
Kemahiran khusus tersebut adalah dimaksudkan sebagai teknik. Sebab itu, bolehlah kita
menyatakan bahawa semua kaedah mempunyai teknik-teknik tertentu yang disusun
dengan sistematik. Umpamanya untuk menggoreng ikan, kita mesti memanaskan kuali
terlebih dahulu sebelum mencurahkan minyak ke dalamnya. Untuk mengelakkan ikan
melekat pada kuali, suatu lagi teknik ialah memasukkan sedikit garam ke dalam minyak
yang telah panas di kuali. Api juga harus dikawal supaya tidak terlalu panas. Kesemua
tindakan yang spesifik ini adalah disebut sebagai teknik menggoreng. Teknik-teknik
untuk kaedah memasak ikan secara memanggang pula adalah amat berbeza.
Untuk menjelaskan lagi hubungan kaedah dengan teknik, kita boleh ambil contoh
memburu harimau. Kalau kita hendak memburu harimau dengan kaedah memanah maka
teknik-tekniknya adalah seperti meneliti arah angin, kemahiran memegang ibu panah,
gerakan tangan untuk membuat sasaran, kedudukan kaki serta tindakan menarik nafas.

Dalam zama atom ini, sudah tentu kaedah memburu harimau dengan kaedah memanah
tidak begitu berkesan. Jadi walau pun seorang pemanah itu betul-betul mahir dan telah
menguasai segala teknik memanah dengan seratus perstus, maka kemungkinan besar ia
dimakan oleh harimau. Itu sebabnya kaedah memburu yang dipilih adalah kurang sesuai

walaupun teknik-teknik kaedah itu adalah baik.


Oleh itu, untuk menjayakan sesuatu yang kita ingini kaedah yang dipilih mestilah disertai
dengan teknik-teknik yang betul. Memilih kaedah yang tepat tanpa menguasai teknikteknik yang baik menurut kaedah tersebut tidak akan menjaminkan tercapainya matlamat
kaedah yang diingini.

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN


Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang
mempunyai urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti
seseorang untuk menghasilkan perubahan tindkah laku yang agak kekal dalam diri
seseorang yang lain. Lantaran itu, kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti bercerita,
perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah, brain storming,
perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan atau Socratik dan lain-lain lagi.
Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat
dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang
ada apda sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak
berhasil.
Misalnya katakanlah seorang ingin menggunakan kaedah bercerita untuk mengajar
sesuatu tajuk pelajaran. Teknik-teknik bercerita yang dimaksudkan ialah kawalan nada
suara, penggunaan alatan yang berkenaan, kemahiran mengekalkan minat murid,
gerrakan tangan "facial expression", serta kedudukan murid-murid semasa aktiviti
bercerita itu berlangsung.
Kaedah mengajar seperti syarahan juga mempunyai teknik-teknik yang tersendiri.
Teknik-teknik syarahan adalah seperti mempelbagaikan nada sera kadar percakapan,
bahasa yang sesuai, penggunaan OHP, garis kasar kuliah yang disampaikan, menyoal
soalan-soalan yang mencabar pemikiran pelajra dan lain-lain lagi.

Satu lagi contoh kaedah mengajar ialah kaedah soalan. Jika kita ingin mengajar dengan
kaedah soalanmaka kita pelu menggunakan teknik-teknik menyoal yang baik seperti
soalan-soalan yang ditanya haruslah jelas dan tepat, pelajar-pelajar diberi masa untuk
memikirkan jawapan soalan sebelum sesiapa dipanggil untuk menjawab, layanan yang
munasabah

bagi

semua

tindak

balas

daripada

murid,

suara

haruslah

jelas,

mempelbagaikan soalan-soalan yang ditanya dan sebagainya.


Jadi jika kita hendak mengajar seseorang berenang kita haruslah memilih kaedah-kaedah
yang sesuai. Kaedah seperti perbincangan serta syarahan sudah tertentu tidak berkesan.
Kaedah pengajaran seperti demostrasi adalah lebih sesuai. Meskipun demikian, untuk
memastikan bahawa demostrasi itu berjaya kita mesti menguasai teknik-teknik
demostrasi.
Sebagai kesimpulan, bila kita sebut teknik pengajarankita mesti bertanya teknik
pengajaran untuk kaedah apa. Setiap kaedah pengajaran mesti mempunyai teknik-teknik
yang tertentu.
PENDEKATAN
Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju
sesuatu sasaran. Dalam pengertianyang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagi "to
come near to in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu.
Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi
yang tertentu.
Sebagai contoh, pendekatan-pendekatan memasak ikan yang kita boleh gunakan ialah
seperti pendekatan Timur atau pendekatan Barat. Bagi pendekatan Barat, kita dapati
keutamaan ditegaskan pada nilai kalori, nilai makanan dari segi zat makanan dan ciri-ciri
makanan seimbang. Bagi pendekatan Timur pula, keutamaan adalah diberi kepada rasa
seperti rupa makanan tetapi tidak begitu mementingkan nilai kalori atau ciri-ciri makanan
seimbangan. Pendekatan Barat ini adalah amat berkaitan dengan perkembangan sains dan
teknologi pemakanan yang mempunyai prinsip-prinsip makanan serta hubungannya
dengan kesihatan.

Suatu lagi contoh tentang pendekatan melakukan sesuatu ialah pendekatan seseorang
dalam belajar bermain tenis. Dia boleh menggunakan pendekatan profesional atau
pendekatan konvensyenal (tradisional atau acquired) atau biasa. Bagi pendekatan
profesional, semua kaedah bermain dipelajari berdasarkan prinsip-prinsip sains yang
sangat bersistematik. Manakala bagi pendekatan konvensyenal, kaedah-kaedah bermain
dipelajari berdasarkan pengalaman, perbincangan informal serta dengan pemerhatian.

PENDEKATAN PENGAJARAN
Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati
atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau
beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatan-pendekatan wujud
berdasarkan aspek-aspek pengajaran yang kita ingin utamakan atau memberi perhatian
yang lebih utama. Sebab itu ada kalanya pendekatan menyerupai klasifikasi pengajaran di
mana jenis-jenis pendekatan wujud berdasarkan kriteria-kriteria yang kita gunakan untuk
meneliti proses pengajaran. Pendekatan-pendekatan pengajaran boleh digolongkan
mengikut cara pengelolaan murid, cara-cra fakta disampaikan, keaktifan pengajaran atau
pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran mata pelajaran lain.

Pendekatan pengajaran yang berasaskan pengelolaan murid adalah seperti pendekatan


individu, pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas, pendekatan
kelas bercantum dan sebagainya. Pendekatan yang dimaksudkan di sini tidak menyentuh
tentang kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran. Guru adalah bebas memilih
kaedah yang difikirkan wajar bagi setiap pendekatan tersebut.
Berdasarkan kriteria bagaimana isi pelajaran disampaikan maka terdapatlah pendekatan
induktif, pendekatan deduktif, pendekatan eklektik, pendekatan dari segi isi mudah ke isi
susah dan pendekatan dari isi maujud ke isi abstrak.

Pendekatn yang memberi tumpuan kepada pengajar disebut sebagai pendekatan


memusatkan guru manakala pengajran yang mementingkan murid disebut sebagai
pendekatan memusatkan murid. Kaedah-kaedah yang seiring dengan pendekatan yang
memusatkan guru adalah seperti kaedah syarahan dan kaedah demonstrasi manakala
kaedah-kaedah pengajaran yang selari dengan pendekatan pengajaran yang memusatkan
murid adalah seperti kaedah menyelesaikan masalah, kaedah bermain dan kaedah
perbincangan kumpulan.
Terdapat juga pendekatan-pendekatan yang digunakan untuk mengajar beberapa mata
pelajaran mengikut tema-tema pelajaran. Contohnya pengajaran dalam Alam dan
Manusia menggunakan perdekatan interdisiplin atau pendekatan bersepadu. Ini adalah
kerana beberapa mata pelajaran seperti Sejarah, Geografi dan Kesihatan digabungkan
menjadi suatu mata pelajaran yang baru. Pendekatan ini adalah sama dengan pengajaran
Sains Panduan di mana Biologi, Fizik serta Kimia digabungkan dan diajar mengikut
tema-tema tertentu.
Akhirnya dalam pengajaran bahasa terdapat pendekatan-pendekatan seperti pendekatan
komunikasi, pendekatan situasi, pendekatan psiko-linguistik, pendekatan terjemahan dan
pendekatan nahu. Pendekatan-pendekatan ini timbul berasaskan teori-teori pembelajaran
yang berbentuk mentalis atau behavouris. Contohnya jika kita mengikut teori mentalis
atau kognitif maka pendekatan yang digunakan adlah seperti pendekatan terjemahan dan
pendekatan nahu. Bagi teori behavouris atau S-R maka pendekatan pengajaran yang
digunakan adalah pendekatan komunikasi dan situasi.
Rumusan yang boleh dibuat ialah pendekatan merupakan sesuatu yang agak umum dan ia
seolah-olahnya menunjukkan sesuatu haluan tetapi tidak menerangkan bagaimana
caranya untuk menuju haluan itu. Cara-cara yang digunakan untuk menuju arah yang
ditetapkan oleh sesuatu pendekatan pengajaran adalah kaedah-kaedah pengajaran.

STRATEGI

Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedahkaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta
kemudahan secara optimum. Seseorang panglima tentera harus memikirkan strateginya
untuk mempertahankan kedudukannya atau menyerang kubu musuhnya.
Sebagai contoh, katakanlah perang tercetus di antara Malaysia dan Singapura. Seorang
panglima Malaysia yang dipertanggungjawabkan untuk menyerang dan menawan
Singapura terpaksa merancang strategi peperangannya. Dia harus memikirkan apakah
pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk menyerang pihak musuh. Adakah kita
menggunakan tentera udara atau tentera laut? Adakah kita mengebom sasaran-sasaran
pertahanannya terlebih dahulu sebelu menghantar angkatan tentera darat diikuti oleh
angkatan tentera laut. Susunan serta urutan kaedah yang dirancangkan mengikut
kekangan logistik adalah disebut sebagai strategi peperangan.
Andaikan kita menggunakan contoh memasak ikan semula. Kalau kita ingin memasak
seekor ikan yang agak besar (5 kilogram) kita perlu merancangkan strategi memasak
supaya kita dapat kepuasan dan faedah yang paling banyak dengan menggunakan masa,
tenaga erta sember yang paling minimum. Di sini kita perlu merancangkan pendekatanpendekatan dan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk memasak ikan tersebut.
Umpamanya adalah kita menggoreng kepalanya, merebus ekornya, memanggang tulang
diikuti dengan mendidihnya dalam sup, menjerut telurnya dan sebagainya. Kaedah
manakah yang kita buat terlebih dahulu? Pendekatan timur atau barat yang patut diikuti
untuk memasak? Rancangan yang lengkap ini boleh disebut sebagai strategi memasak.
Bagaimana dengan strategi memburu harimau pula? Kita telah membincangkan kaedahkaedah yang boleh digunakan untuk memburu harimau. Jadi bagaimanakah rancangan
kita untuk menggabungkan kaedah-kaedah tersebut seupaya harimau itu dapat diburu
dengan mudah. Adakah kita memagar kawasan yang didiami oleh harimau dan menahan
jerat pada kawasan-kawasan tertentu. Apabila harimau telah terjerat, barulah kita
menembaknya. Atau perlukah kita menghadkan makanan harimau untuk melapar dan
meletihkannya kemudian membunuhnya dengan lebing.

Untuk memenangi sesuatu pertanding badminton, seseorang pemain bukan sahaja perlu
menguasai segala kaedah untuk menghantar bola tangkis kepada lawannya tetapi a juga
perlu merancangkan strategi permainan itu. Strategi permainan adalah seperti bermain
secara defence pada pemainan pertama untuk meletihkan musuh dan kemudiannya
menyerang dengan secara smash yang kencang pada pemainan kedua. Adakah dia
sengaja bermain sebanyak 3 atau 2 pemainan sahaja. Jika pemain itu menguasai semua
kaedah menghantar bole tangkis dengan sempurna tetapi strategi permainannya tidak
sesuai mana ia akan ditawan. Oleh sebab itu, ada kalanya pasukan yang mahir dalam
semua kaedah permainan dikalahkan sebab strategi permainan tidak sesuai.

STRATEGI PENGAJARAN
Untuk mencapai objektif-objektif pengajaran, seseorang guru biasanya menggunakan
gabungan berapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu. Rancangan gabungan
pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan merupakan
strategi pengajaran.
Sebagai contoh, untuk mengajar sebuah kelas berenang, strategi pengajaran harus
mempertimbangkan pendekatan yang digunakan serta kaedah-kaedah yang perlu
digunakan. Adakah kita gunakan pendekatan individu atau pendekatan kumpulan kecil?
Bila kita menerangkan cara-cara berenang kepada pelajar patutkah kita gunakan
pendekatan induktif atau pendekatan deduktif? Di samping itu, apakah kaedah pengajaran
yang boleh kita gunakan. Antara kaedah syarahan, kaedah demostrasi dan kaedah latih
tubi yang manakah kita gunakan terlebih dahulu? Bagaimanakah kombinasinya?
Ringkasnya rancangan yang lengkap yang mengandungi pendekatan dan kaedah adalah
strategi mengajar yang dimaksudkan.
Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar
yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-

beza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar
kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, dalam bilik darjah KBSR yang
biasanya terdiri daripada kumpulan lemah, kumpulan serdahana serta kumpulang cergas.
Guru terpaksa memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah
mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik
darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan
fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan murid.
Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasi berbagai-bagai kaedah
mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta
menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran yang paling berkesan
dalam pengajarannya.
Kita biasanya mendengar pendapat bahawa tiada terdapat mana-mana kaedah yang paling
baik sekali. Ini amat benar kerana kaedah-kaedah mengajar mestilah diatur untuk
membentuk strategi pengajaran mengikut keadaan di mana proses pengajaran itu berlaku.
Jelasnya sesuatu kaedah pengajaran tidak menjaminkan pencapaian matlamat
pengaajaran. Yang lebih penting adalah interaksi kaedah itu dengan kaedah-kaedah lain.

KESIMPULAN
Kesimpulan yang boleh dibuat setakat ini ialah sesuatu strategi pengajaran
menggabungkan pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran untuk mencapai kesan
pengajaran yang optimum sekali. Strategi yang baik akan menggunakan masa, tenaga
serta kos yang paling sedikit tetapi menghasilkan kesan pengajaran pembelajaran yang
paling maksimum

TUGASAN 2
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
( RPH )
( 60 % )

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun
: 3 Murni
Bil. Murid
: 38 orang
Masa
: 8.10 pagi 9.10 pagi
Tarikh
: 04.03.2015
Tema
: Perpaduan
Tajuk
: Suasana Perayaan
STANDARD KANDUNGAN
1.5 Bercerita dan menceritakan sesuatu
perkara semula dengan tepat menggunakan
sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

STANDARD PEMBELAJARAN
1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara
dengan tepat, sebutan yang jelas dan
intonasi yang betul menggunakan ayat
tunggal dan ayat majmuk dengan betul.

Objektif : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid


berupaya:
i)
Menjawab soalan kuiz dengan betul secara lisan.
ii)
Bercerita mengenai situasi dengan betul.
iii)
Menyampaikan perkara yang didengar dengan betul.
Sistem Bahasa
Kosa Kata

: mengunjungi, dodol, menghidangkan, menghulurkan.

Pengisian Kurikulum/ Elemen Merentas Kurikulum


Ilmu
: Kajian Tempatan, Pendidikan Moral, Muzik
Nilai murni : Hormat-menghormati,prihatin, disiplin.

Strategi

KB
: Menyelesaikan masalah, menaakul, mengecam
TKP
: Verbal-linguistik, interpersonal, intrapersonal
kinestatik, visual, muzik
BCB
: Memproses maklumat mengenai sambutan perayaan kaum
majoriti di Malaysia.
Pembelajaran kontekstual
: Menghubung kait dengan sambutan
perayaan masing-masing.

Bahan Bantu Belajar


Bil
1
2
3
4
5

Jenis
Kompter riba
Pembesar suara
LCD
Lembaran petikan Sambutan Perayaan
Upin dan Ipin
Soalan bergambar

Langkah Pengajaran :
Langkah/

Isi Pelajaran

Masa

1) Guru meminta semua murid

-Hari
Raya
Aidilfitri
Soalan
cadangan:

menumpukan perhatian.

-Tahun
Baru Cina
i) Pernahkan
anda

2) Murid-murid diperdengarkan

lagu-Harimendengar
Deepavali
lagu ini?
ii) Bilakah bisanya lagu
ini didengar?
iii) Berapakah

(5 minit)

Catatan

dan Pembelajaran
Lagu:

Induksi Set

Aktiviti Pengajaran

perayaan kaum
utama di Malaysia?
iv)Bagaimanakah
susana sambutan
hari perayaan?
v) Bolehkah kaum
yang berbeza
menyambut
perayaan setiap
kaum lain?

dengan 3 buah lagu

BBB:
-komputer riba
-pembesar suara
-lagu

perayaan.
3) Murid-murid diminta
mendengar lagu dengan teliti.
4) Guru mengulang semula lagu

Teknik:
-soal jawab
-perbincangan

dan murid-murid boleh


bernyanyi bersama-sama.

TKP:

5) Murid-murid diminta meneka

-visual

jenis lagu yang

-verbal

diperdengarkan mengikut

-muzik

perayaan kaum masing-

-interpersonal

masing.
6) Guru dan murid bersoal jawab
mengenai lagu.
7) Guru menyatakan tajuk

BCB:
-k.mendengar
-k.bertutur

pengajaran pada hari ini.


Petikan dialog:
Suasana Perayaan
Upin dan Ipin

Langkah 1
(15 minit)

Suasana Perayaan Upin dan


Ipin
Pada pagi raya yang indah,
Upin dan Ipin menjemput
rakan-rakan mereka
untuk
beraya di rumah mereka. Upin
dan Upin berpakaian baju
Melayu bewarna kuning dan
biru.
Opah menjemput rakanrakan Upin dan Ipin masuk ke
dalam rumah. Kak Ros pula
menghidangkan kuih muih,
ketupat dan air yang sedap
kepada mereka. Mereka makan
dengan gembira.
Selepas makan, Opah
menghulurkan duit raya kepada
Upin, Ipin, Jarjit, Mei Mei,
Ehsan dan Fizi. Mereka semua
bermaaf-maafan di hari raya.
Selepas itu, Upin, Ipin dan
rakan-rakan pergi beraya di
rumah Tok Dalang dan Pak
Mail. Tok Dalang menyediakan
dodol yang sedap untuk mereka.
Pak Mail pula menghidangkan
ketupat dan rendang yang
sangat enak.
Upin, Ipin dan rakan-rakan
berasa sangat gembira di hari
raya. Mereka dapat berkumpul
beramai-ramai, bermaaf-maafan
dan mengunjungi sanak saudara
di hari raya.

1) Guru mengedarkan petikan


kepada semua murid.

-petikan

2) Murid-murid diminta
membaca petikan secara

Teknik:

mentalis.

-perbincangan

3) Beberapa orang murid dipilih

-sumbang saran

untuk membacakan petikan


secara mekanis.
4) Murid-murid membacakan
petikan mengikut kumpulan.
5) Guru membincangkan isi
petikan bersama murid-murid.

TKP:
-verbal
-intrapersonal
-interpersonal
-kinestetik

6) Guru dan murid berbincang


mengenai kosa kata yang

BCB:

tidak difahami.

-k.mendengar

7) Guru menjalankan sesi soal


jawab secara lisan

-k.bertutur
-k.membaca

berdasarkan petikan.
8) Murid-murid dipilih

Nilai:

berdasarkan cabutan

-Keberanian

beracun.

-Hormat-

9) Murid yang dapat menjawab


Kosa kata

BBB:

soalan dengan tepat akan

menghormati
-Prihatin

cadangan:
-menghulurkan

mendapat ganjaran.
10)Guru merumuskan nilai murni

-dodol

yang terdapat dalam aktiviti

-mengunjungi

ini.

-menghidangkan
Aktiviti:
Jom Reka

1) Guru memberikan lembaran

BBB:

bergambar kepada semua

-lembaran

murid.

bergambar

2) Semua murid dikehendaki


Danatau
lalu yang

membaca soalan secara

KB:

senyap.

-menaakul

3) Guru menerangkan kehendak


soalan.
4) Murid-murid diminta membina
sebuah cerita yang sesuai
Langkah
2
(15 minit)

Teknik:
-penerangan
-perbincangan

berdasarkan gambar.
5) Murid-murid boleh

TKP:

menggunakan ayat tunggal

-visual

atau ayat majmuk yang

-interpersonal

sesuai.

-intrapersonal

6) Murid-murid digalakkan

-verbal

berbincang dengan ahli


kumpulan.
7) Guru membimbing
penggunaan kata hubung.
8) Beberapa wakil kumpulan

BCB:
-k.bertutur
-k.mendengar
-k.menulis

akan dipilih untuk


membacakan cerita yang

Nilai:

direka di hadapan kelas.

-Prihatin

9) Guru membimbing ayat murid.


10)Guru merumuskan nilai yang

-Kerjasama

Aktiviti:
Siapa Peka
Langkah 3
(20 minit)

Ah Chong mendapat ang


pau pada sambutan
Tahun Baru Cina yang
lalu.

terdapat dalam aktiviti ini.


1) Guru menjalankan aktiviti
radio rosak.

-kad tugasan

2) Setiap ketua kumpulan


diminta ke hadapan kelas

TKP:

untuk mencabut kad tugasan.

-interpersonal

3) Selepas membaca dengan

Terdapat ketupat,
rendang dan dodol
di Hari Raya
Aidilfitri.

BBB:

-intrapersonal

teliti, ketua perlu membisikkan

-verbal

ayat yang dipilih kepada ahli

-kinestatik

kumpulan mengikut turutan.


4) Ahli kumpulan yang terakhir
diminta ke hadapan kelas dan

KB:
-mengecam

menuturkan semula apa yang


Raju suka makan
muruku di Hari
Raya Deepavali.

didengarnya.
5) Kumpulan yang dapat
menuturkan semulaayat yang

BCB:
-k.mendengar
-k.bertutur

dipilih dengan tepat atau


Upin dan Ipin
beraya di rumah Tok
Dalang dan Pak
Mail.

hamper tepat dikira sebagai


pemenang.
6) Aktiviti diulang untuk ayat
yang kedua.
7) Guru merumuskan nilai yang

Rumusan isi
pelajaran.
Kognitif:

terdapat dalam aktiviti ini.


1) Guru bertanyakan tentang

BBB:

sambutan perayaan pelbagai

-komputer riba

kaum.

-pembesar suara

2) Murid-murid dikehendaki

-LCD

-Aktiviti memupuk

memberikan contoh aktiviti

keharmonian

yang mengeratkan hubungan

TKP:

Penutup

-Cara menghormati

antara kaum.

-muzik

(5 minit)

perayaa kaum lain

3) Guru meminta murid


menyatakan nilai-nilai murni

KB:

Sosial:
-Menyebut Selamat

yang diperoleh dalam PDP.

-merumus

4) Guru dan murid bersama-

hari raya beramai-

sama menyanyikan lagu hari

Nilai murni:

ramai

raya.

-perihatin

-Nyanyian lagu Balik

-bekerjasama

Kampung.

-tanggungjawab
-hormatmenghormati

Rujukan
Arbak Othman (1985) "Mengajar Tatabahasa", Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur.
Ee, Ah Meng (1987) "Pedagogi Untuk Bakal Guru", Fajar Bakti, Petaling Jaya.
Kamarudin Husin (1988) "Pedagogi Bahasa", Longman (M), Kuala Lumpur.
Kaye, Barrington (1970) "Participation In Learning", George Allen & Unwin, London.
Kemp, Jennold E (1987) "Corak Rancangan Pengajaran - Suatu Rancangan Untuk
menggubal Unit Dan Kursus" Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur.
Raminah Sabran & Rahim Syam (1985) "Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia", Fajar
Bakti, Petaling Jaya.
Tang, Chee Yee (1988) "Pandua Latihan Mengajar", Fajar Bakti, Petaling Jaya.
Thompson, Brenda (1974) "Learning To Teach", Sidgwick & Jackson, London.
Wragg, E.C. (1974) "Teaching Teaching", Douglas David & Charles Ltd., West
Vancouver.

Anda mungkin juga menyukai