Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI (BERKUMPULAN -2)

Alhamdulillah, saya berjaya juga menyiapkan tugasan projek berkumpulan 2 tepat pada
masanya.

Saya

juga berasa bersyukur

kerana mampu menyiapkan

tugasan

berkumpulan 2 ini dengan rakan-rakan internship yang lain sebagai satu tugasan
berkumpulan.
Setelah berkumpul dan berbincang dengan rakan-rakan internship yang lain, kami telah
bersetuju untuk melakukan projek mural sebagai projek berkumpulan 2. Cadangan ini
pada mulanya telah dicadangkan sendiri oleh Guru Besar sekolah dan ini boleh
dijadikan sebagai kertas kerja projek. Disebabkan Guru Besar sendiri yang
mencadangkan projek ini, kami bersetuju memandangkan kami mempunyai pengalaman
melakukan mural pada praktikum yang lepas.
Pada pengakhiran minggu kedua, kami telah memulakan projek mural ini. Guru Besar
banyak membantu dari segi dana dan peralatan. Hal ini memudahkan lagi kami
melakukan projek ini dengan lancar. Pada awal minggu ketiga, projek ini berjaya
disiapkan secara keseluruhan. Projek ini tamat awal dari yang dijangkakan. Guru Besar
sangat berpuas hati dengan hasil projek yang dilakukan.
Namun begitu, terdapat sedikit kelemahan disepanjang projek ini dilakukan. Kawalan
murid ketika kami mengecat adalah kurang memuaskan. Ada sesetengah murid yang
memegang cat yang belum kering, lantas corak yang telah dicat terjejas. Hal ini boleh
diatasi pada masa akan datang dengan kawalan murid yang lebih baik dan arahan
dapat dijelaskan lagi.
Walaubagaimanapun, saya dan rakan-rakan sangat berpuas hati dengan projek mural
kami. Guru-guru banyak memberi sokongan disepanjang kami melaksanakan projek ini.
Secara keseluruhannya, tugasan ini telah memberikan banyak faedah kepada saya dan
membuatkan saya lebih mencintai profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi
semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan
yang seimbang dan sanggup berkorban demi agama, bangsa dan negara.

Anda mungkin juga menyukai