Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN AKTIVITI

PROGRAM BINA INSAN GURU - FASA 2


TAHUN 2014

NAMA PELAJAR

: 2 PISMP BIMBINGAN DAN KAUNSELING (KELAS)

AMBILAN

: AMBILAN JUN 2013

SEMESTER

:2

OPSYEN

: 2 PISMP B&K

TEMPAT

: DDKA (Dewan Dato Khairuddin Ashari )

LAPORAN REFLEKSI :
TAJUK : CERAMAH DAN BENGKEL
(A) LAPORAN AKTIVITI / PERISTIWA

Pada 17 Februari 2014, sebanyak


90 orang guru pelatih yang terdiri daripada
opsyen B&K, Matematik, RBT, Pemulihan
dan

Bahasa

program

Melayu

ceramah

telah
di

menghadiri

Dewan

Dato

Khairuddin Ashari (DDKA) pada pukul 2:30


hingga 5:30 petang

bagi memenuhi

Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 2


pada semester 2. Kami berkumpul di DDKA pada jam 2:00 petang supaya
dapat membuat persediaan awal.
Dengan rasa bersyukur kerana kami dapat menjemput Tuan Haji
Hamdan Bin Zainal Afuad, pensyarah dari Jabatan Ilmu Pendidikan Institut
Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim sebagai penceramah bengkel.
Tuan Haji Hamdan telah memberi ilmu pengetahuan yang penting dan
berguna kepada kami. Namun demikian, ilmu pengetahuan yang disampaikan

oleh Tuan Haji Hamdan ialah adap-adap menuntut ilmu, tujuan etika
profesional, sifat akaunbiliti dan sebagainya.
Oleh itu, guru perlu bertindak setulus hatinya sebagai pendidik yang
dapat menyampaikan ilmu pengetahuan dan maklumat yang dikehendaki
dalam sukatan pelajaran, ikhlas dalam menjalankan tugasnya dengan amanah
yang dipegang.
Akhiri sekali, Tuan Haji Hamdan memberitahu kita bahawa profesion
keguruan merupakan satu pekerjaan yang mulia, dan guru memiliki
akauntabiliti yang tinggi dalam tanggungjawabnya. Bidang tugas keguruan
juga merupakan satu tugas yang penting dan mencabar.

ISU / MASALAH
Tuan Haji Hamdan telah menunjukkan isu-isu semasa tentang tingkah
laku guru yang tidak profesion sebagai contoh kepada kita agar kita tidak
mengikut jejak langkah mereka. Isu semasa yang telah dikemukakan seperti
berikut:

Ponteng kelas.
Menampal murid semasa menjalankan P&P dalam kelas.
Rotan murid tanpa sebab.
Melakukan kes jenayah seperti hisap dadah.

(B) Analisis SWOT


(i) KEKUATAN
1. Memberikan banyak impak dan faedah kepada guru pelatih pada masa
yang akan datang.
2. Memahami tujuan dan matlamat menjadi seorang guru yang profesional.
3. Guru pelatih lebih mengetahui tentang kepentingan kod etika profesion
keguruan yang dirangka khas untuk penjawat awam.

4. Membantu para profesional mencegah campur tangan pihak di luar


organisasi profesion tentang hubungan etika dalam keanggotaan profesion.
4. Mendedahkan kepada guru pelatih tentang penanda aras kecekapan guru
bagi meningkatkan tahap kualiti guru.
5. Mengetahui tentang pengorbanan seseorang guru amat penting dan
bersedia untuk menerima segala cabaran yang akan datang.

(ii) KELEMAHAN
1. Makanan dan minuman petang tidak disediakan.
2. Suasana DDKA sangat sejuk.

(iii) PELUANG
-Tiada-

(iv) ANCAMAN
-Tiada-

(1) REFLEKSI KENDIRI (Laporan individu)


(i) MANFAAT PROGRAM
1. Guru pelatih lebih memahami bagaimana menjadi seorang guru yang
profesion iaitu sentiasa berfikiran terbuka dan bersedia untuk menghadapi
cabaran dalam bidang pendidikan.
2. Mengutamakan pengembangan diri dan kesejahteraan.
3. Mengubah perilaku warga sekolah untuk menjadikan seorang guru yang
penuh beretika.

(ii) PENAMBAHBAIKAN
1. Masa bagi satu sesi ceramah tidak cukup, perlu dipanjangkan supaya
lebih banyak ilmu pengetahuan yang berfaedah dapat disampaikan kepada
guru pelatih.
2. Makanan dan minuman disediakan, bukan sahaja bagi guru pelatih tetapi
sediakan kepada penceramah pada ketika itu.

Tandatangan Pelapor:

...................................
(CHAM KUAI PENG)
Penolong Setiausaha,
2 PISMP Bimbingan dan Kaunseling

Anda mungkin juga menyukai