Anda di halaman 1dari 2

Semasa Aktiviti Khidmat Masyarakat

Kami memilih Perpustakaan Sultan Ismail, Jalan datin Halimah sebagai


tempat untuk melakukan aktiviti khidmat masyarakat kami.

Pada 4 Mac 2014

bersamaan hari Selasa tepat pukul 7.45 pagi kami seopsyen seramai 20 orang telah
berkumpul di hadapan HEP. AJK pendaftaran telah mengambil kedatangan kami.
Setelah habis proses pendaftaran kami telah bergerak ke pondok pengawal di pintu
masuk IPTI. Di situ, Pn.Rahayu telah menunggu kami.
Pn Rahayu telah memberi

taklimat ringkas berkaitan tingkah laku dan

tugasan yang perlu kami lakukan di Perpustakaan tersebut. Belaiu juga


menasihatkan kepada kami supaya menjaga nama baik IPGKTI di sana. Semasa
taklimat tersebut Puan juga mengagihkan kami kepada dua kumpulan dimana satu
kumpulan akan melukis dan mewarna mural dan satu kumpulan lagi akan menyusan
buku-buku di Perpustakaan Sultan Ismail. Selepas taklimat kami diberi masa untuk
mengambil sarapan. Puan Rahayu telah mebelikan kami kek dan air kotak untuk
kami.
Setelah habis sarapan kami terus bertolak ke Perpustakaan Sultan Ismail.
Disana kami disambut oleh staf-staf perpustakaan dengan senyuman manis. Kami
terus di bawa ke bilik persidangan untuk diberi taklimat oleh Tuan Zainudin ketua
pentadbir

Perpustakaan

Sultan

Ismail.

Semasa

takilimat

tersebut,

beliau

menjelaskan lagi secara terperici tentang tugas-tugas yang kami hendak buat di
perpustakaan.
Kumpulan melukis mural dan mewarna telah bergerak ke tempat yang
ditetepkan. Mereka di bekalkan dengan pensil, warna mural, surat kahabar lama
untuk alas bagi tujuan melukis dan mewarna. Kumpulan yang ke dua telah di beri
tugasan untuk memeriksa dan mengasingkan buku-buku berdasarkan kepada tahun
yang ditetapkan. Pelbagai jenis buku telah kami susun mengikut kategori yang
ditetapkan. Kami menyusun pelbagai jenis buku cerita, buku fiksyen dan buku bukan
fiksyen.

Selain itu kami diberi tugas untuk membersihkan rak-rak buku, mengelap
kipas, cermin dan lain-lain lagi. Pada pukul 12.30 tengahari kami berhenti sebentar
untuk makan tengahari. Makanan disediakan oleh pihak Perpustakaan Sultan Ismail.
Kami diberi makan nasi ayam. Setalah habis makan kami menyambung semula
tugasan kami.
Kami juga bekerja dengan kerjasama agar tugasan yang diberikan dapat
dihabiskan pada masa dan waktu yang ditetapkan. Akhinya kami dapat siapkan
semua tugasan termasuk melukis dan mewarna mural dan juga menyusan buku
pada pukul 4.00 petang.
Pada sebelah petang pihak pengurusan Perpustakaan Sultan Ismail
menyediakan minum petang untuk kami. Selain itu pada majlis penutupan kami
memberikan cenderamata kepada semua staff-staff. Bagi menghargai guru-guru
pelatih yang terlimat dalam aktiviti kemasyarakatan ini, pihak pengurusan telah
memberikan sijil penghargaan kepada semua guru-guru pelatih. Selepas habis
jamuan dan majlis penutupan kami bersalaman dengan staff-staff perpustakaan dan
balik ke IPGKTI.

Anda mungkin juga menyukai