Anda di halaman 1dari 1

Menunaikan Azam Tahun Baru Anda

Satu Hari Pada Suatu Masa

Motivasi Pagi

Dewasa ini semua orang nampak sangat sibuk. Saya


faham bahawa ada masa yang tekanan kerja dan keluarga membuat kita mudah hilang fokus dan membuat
setiap hari kita menjadi kabur. Kehidupan saya tidak ada beza dengan kehidupan anda. Saya juga seolah-olah
mempunyai gunung untuk diratakan tetapi hanya mempunyai sudu untuk mengorek.
Disebabkan perkara tersebut, ia mudah untuk kita hilang dalam kabus kehidupan ketika hari, minggu, bulan dan
tahun menjadi seolah-olah sama dan berlalu pergi meninggalkan kita. Masa berlalu, kita seolah-olah sibuk,
namun tidak banyak yang kita capai. Ia adalah satu resipi yang sempurna untuk kekecewaan, tidak maju ke
hadapan dan minda yang kehilangan kuasa, yang membisikkan moto biasa. Omong kosong yang sama, pada
hari yang berbeza.
Kenapa tidak kita hentikan kehidupan sehari-hari kita daripada dibelenggu kesibukan yang kosong! Bagaimana
saya dapat mencapai begitu banyak? Saya tidak membiarkan kekaburan hidup membutakan saya untuk melihat
kebenaran bahawa walaupun masa seolah-olah berlalu pergi dengan cepat, ia tidak pernah bergerak lebih laju
dari satu hari pada satu masa.
Setiap hari adalah peluang baru untuk menjalani kehidupan dengan sepenuhnya. Allah yang menguasai fajar
membangunkan kita setiap pagi, puluhan rahmat dan peluang untuk perubahan positif dikurniakan kepada kita.
Jangan biarkan HARI INI dicuri oleh kekecewaan semalam atau Senarai Untuk Dilakukan esok!
Membayangkan masalah yang akan dihadapi esok hanya menambah tekanan pada diri.
Manfaatkan kekuatan HARI INI. Rebut rahmat hari ini! Esok belum tentu Allah akan membangkitkan kita dari
tidur. Jayakan sesuatu, tingkatkan kehidupan anda, bahagiakan orang lain, bantu rakan, berikan kasih sayang,
kasih sayang dan kasih sayang!
Biarlah hari ini menjadi hari yang anda akhirnya mengambil satu langkah ke arah mencapai impian dan matlamat
anda. Ingatlah bahawa setiap langkah ke arah impian anda hari ini adalah satu langkah untuk menjauhi
kekesalan di esok hari.
Pilih untuk melakukan lebih daripada hanya menghadirkan diri di hari ini pilih untuk hidup melaluinya! Ambil
satu langkah kecil, langkah yang didorong matlamat dan saksikan hasil luar biasa daripada hari yang dilalui
dengan baik.
Hari ini adalah hari baru.

Anda mungkin juga menyukai