Anda di halaman 1dari 6

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID

AL-LUGHAH AL-ARABIAH AL-MUASIRAH


TINGKATAN 1

MATLAMAT KURIKULUM AL-LUGHAH AL-ARABIAH AL-MUASIRAH


Matlamat pengajaran dan pembelajaran Al-Lughah Al-Arabiah Al-Muasirah di peringkat menengah aliran agama ialah untuk
menyuburkan pembelajaran bahasa Arab dan menguasai kemahiran berbahasa dalam diri setiap pelajar di samping meningkatkan
keupayaan komunikasi secara berkesan dengan menggunakan bahasa arab fushah.

OBJEKTIF KURIKULUM AL-LUGHAH AL-ARABIAH AL-MUASIRAH


Hasrat Kurikulum Al-Lughah Al-Arabiah Al-Muasirah ialah untuk mencapai objektif-objektif berikut:
(1)

Menguasai kemahiran mendengar perkataan, ayat dan perenggan serta memahami maknanya.

(2)

Menyebut perkataan dalam ayat dan perenggan dengan fasih dan lancar.

(3)

Kemampuan bertutur dalam situasi tertentu.

(4)

Membaca perkataan, ayat dan perenggan dengan betul dan lancar.

(5)

Menguasai kemahiran menulis perkataan, ayat dan perenggan mengikut kaedah tulisan yang betul.

(6)

Menguasai tatabahasa Arab secara fungsian dalam pertuturan dan penulisan.

(7)

Manghafal kata-kata hikmah yang terpilih dan menggunakannya dalam ungkapan.

(8)

Mampu mempraktikkan bahasa arab fushah dalam percakapan dan penulisan.

(9)

Mengamalkan nilai-nilai murni dan menghiasi diri dengan tingkah laku yang positif dalam pembentukan peribadi unggul demi
agama, masyarakat dan negara.

AL-LUGHAH AL-ARABIAH AL-MUASIRAH TINGKATAN 1


2

BAND

PERNYATAAN STANDARD

Menguasai kemahiran bertutur, mendengar, membaca dan menulis unit perkataan dengan betul.

Menguasai kemahiran bertutur, mendengar, membaca dan menulis unit ayat dengan fasih dan betul.

Menguasai kemahiran bertutur, mendengar, membaca dan menulis unit perenggan dengan fasih dan betul.

Menguasai kemahiran bertutur, mendengar dan membaca dengan mampu memberi respons secara lisan dan
menulis dengan kaedah penulisan yang betul.

Menguasai kemahiran bertutur, mendengar dan membaca petikan dan mampu memberi respons secara lisan
dengan betul serta menulis dengan kaedah khat nasakh yang betul.

Menguasai kemahiran bertutur dalam situasi tertentu serta kemahiran membaca dan menulis petikan dan
mengaplikasi dalam situasi yang betul secara fasih dan tekal serta boleh menjadi contoh.

AL-LUGHAH AL-ARABIAH AL-MUASIRAH TINGKATAN 1

KEMAHIRAN

BAND

DESKRIPTOR

Menyebut perkataan yang didengar dengan fasih dan betul.

Menyebut frasa yang didengar dengan fasih dan betul serta memahami makna.

Mendengar dan menyebut ayat mudah dan dengan betul.

Mendengar dan menyebut ayat kompleks dan dengan betul serta


memahami makna.

Mendengar dan memberi respons secara lisan terhadap perkara yang didengar
dengan betul.

Berinteraksi dan bertutur dengan perkara yang telah dipelajari dalam situasi yang
betul dengan fasih dan tekal serta boleh menjadi contoh.

MENDENGAR DAN
BERTUTUR

AL-LUGHAH AL-ARABIAH AL-MUASIRAH TINGKATAN 1


4

KEMAHIRAN

BAND

DESKRIPTOR

Membaca perkataan dengan betul dan memahami makna.

Membaca ayat dengan betul dan lancar serta memahami makna.

Membaca perenggan dengan betul dan lancar.

Membaca perenggan dan memberi respons secara lisan terhadap perkara yang
dibaca dengan betul.

Membaca petikan dengan lancar dan fasih serta memberi respons secara lisan
dengan betul.

Membaca petikan dan mengeluarkan kosa kata ( )yang ditentukan serta


mengaplikasikannya dalam ayat yang lain dengan betul serta mampu membimbing
bacaan rakan.

MEMBACA

AL-LUGHAH AL-ARABIAH AL-MUASIRAH TINGKATAN 1

KEMAHIRAN

BAND

DESKRIPTOR

Menyalin dan menulis perkataan dengan betul.

Menyalin dan menulis ayat dengan betul.

Menyalin dan menulis ayat dengan kaedah tulisan yang betul.

Menyalin dan menulis ayat dengan kaedah tulisan yang betul serta memahami
makna.

Menulis ayat menggunakan khat nasakh dan kaedah tulisan yang betul serta
memahami makna.

Mengaplikasi kosa kata ( )dalam penulisan ayat lengkap ( ) dengan


menggunakan kaedah khat nasakh yang betul.

MENULIS

AL-LUGHAH AL-ARABIAH AL-MUASIRAH TINGKATAN 1


6