Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI JEMPOL,

72120 BANDAR SERI JEMPOL, NEGERI SEMBILAN.

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI


BERMASALAH PEMBELAJARAN

KERTAS KERJA
AKTIVITI TERAPI BOWLING
& KEMBARA KOMUTER 2016

KERTAS KERJA
1

AKTIVITI TERAPI BOWLING DAN KEMBARA KOMUTER MURID


PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) TAHUN 2016

1.0

PENDAHULUAN

Program pendidikan luar bilik darjah merupakan satu aktiviti bidang sosial, riadah dan kreativiti dalam
Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas. Program ini memberi peluang kepada murid-murid kelas
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) untuk menambah pengetahuan dan pengalaman mereka
tentang kehidupan dan persekitaran di sekeliling mereka. Melalui aktiviti ini murid-murid berpeluang
mendapat

pendedahan tentang teknik bermain boling yang betul serta mendapat pengalaman

menggunakan kenderaan awam.


2.0

MATLAMAT

Tujuan aktiviti terapi boling dijalankan adalah untuk memupuk keyakinan diri murid pendidikan khas
melalui aktiviti sukan. Selain itu, terapi ini juga dapat meningkatkan kemahiran motor kasar dan motor
halus murid-murid pendidikan khas. Melalui aktiviti ini, kemahiran bersosial murid dapat dipertingkatkan
kerana berpeluang bergaul dengan masyarakat luar. Perjalanan yang menggunakan kenderaan awam
iaitu komuter dan bas juga turut memberikan mereka satu pengalaman baru yang berguna dan
berinfomasi kepada mereka.
3.0

OBJEKTIF
i.
ii.

Meningkatkan pengetahuan dan berpeluang mendekati permainan boling yang sebenar.


Merangsang perkembangan kemahiran motor kasar dan motor halus murid-murid

iii.
iv.

pendidikan khas.
Melatih para murid supaya mampu mengurus diri dan berdikari di luar bilik darjah.
Memberikan pengalaman baru kepada murid PPKI untuk menaiki kenderaan awam iaitu

v.

komuter.
Melatih murid supaya dapat menggunakan wang yang betul semasa membeli barangan

vi.

di pusat membeli belah.


Mewujudkan suasana riang dan mesra dalam kalangan murid-murid, guru-guru dan staf
(Pengurusan Pembantu Murid).

4.0

KUMPULAN SASARAN
Aktiviti terapi boling ini melibatkan semua warga PPKI, SMK Seri Jempol Iaitu :
2

Murid

28 orang

Guru

7 orang

PPM

3 orang

Tarikh

26 Oktober 2016 (Rabu)

Masa

7.00 pagi 6.00 petang

Tempat

Lot F01 & F02, 1st Floor, AEON Seremban 2,


Persiaran S2 B1, 70300 Seremban,
Negeri Sembilan, Malaysia

5.0

JAWATANKUASA PELAKSANA
Penasihat
Ketua Program
Setiausaha
Bendahari
Unit Pengangkutan
Unit Laporan dan Dokumentasi
Unit Makanan
Unit Kebajikan dan Keselamatan

6.0

7.0

: Puan Misliah bt Masari


: Puan Norakmar bt Md Yusof
: Puan Nurul Asmarina bt Anuar
: Puan Norazizah bt Abd Majid
: Puan Munyati bt Razak
: Pn Siti Hazwani bt Mohamed Rozi
: Pn Nik Maheran bt Nik Mahmud
: Puan Shafinez bt Hussein
: Puan Rafydah bt Ruslan
: Pn Siti Najwa bt Bujang Kasim
: Tn Hj Hirma bin Tahir

TENTATIF PROGRAM
7.00 Pagi
7.30 Pagi

- Taklimat Ringkas dan sarapan pagi


- Bertolak dari sekolah

9.00 Pagi

- Sampai di KTM Tampin

9.30 Pagi

- Menaiki komuter ke Seremban

10.30 Pagi

- Sampai di KTM Seremban

11.30 Pagi
1.30 Tengahari
2.30 Petang
3.00 Petang
4.00 Petang
6.00 Petang

- Terapi bowling bermula


- Makan tengah hari
- Solat Zohor
- Membeli belah
- Bertolak balik ke sekolah
- Sampai di sekolah

ANGGARAN BELANJAWAN
Bil.
1

PERKARA
Bayaran

ANGGARAN
RM 3 x 28 murid

JUMLAH
RM 84.00
3

2.
3.
4.
5.
6.

permainan
Sewa kasut
Tambang
Tambang
Makanan
Makanan

RM 2 x 28 pasang
RM 15 x 28 murid
RM 15 x 10 guru dan PPM
RM 10 x 28 murid
RM 10 x 10 guru dan PPM

RM 56.00
RM 420.00
RM 150.00
RM 280.00
RM 100.00

JUMLAH BESAR
8.0

SUMBER KEWANGAN
Bil.
1
2.
3.
4.

PERKARA
Bayaran murid
Bayaran guru dan PPM
Sumbangan Badan Muafakat PPKI

ANGGARAN
RM 15 X 28 orang
RM 15 X 10 orang

JUMLAH BESAR

9.0

RM 1090.00

JUMLAH
RM 420.00
RM 150.00
RM 220.00
RM 300.00
RM 1090.00

PENUTUP
Adalah diharapkan agar Program Aktiviti Terapi Bowling dan Kembara Komuter Murid PPKI ini
membolehkan murid-murid melihat dan mengalami sendiri permainan bowling yang sebenar
serta memberikan mereka pengalaman yang menarik dan bermaklumat. Selain daripada itu, ia
juga dapat melatih para murid untuk berdikari, mengurus diri dan bersosial dalam masyarakat.
Kami guru-guru Pendidikan Khas amat berharap agar program ini dapat membantu murid PPKI
SMK Seri Jempol meminati sukan serta dapat merasai pengalaman baru dan bermakna.

__________________
Disediakan
oleh, WAY)
(OOI CHIANG

Setiausaha,
PPKIBP
___________________________

_________________
Disemak
oleh,
(EN. KAMARUZAMAN
ISMAIL)

Penyelaras
PPKIBP

________________________

SMK RUSILA,

SMK RUSILA
(NORAKMAR
BT MD YUSOF)

MARANG.

Guru Penolong Kanan PPKI,

(NURUL ASMARINA BT ANUAR)


Setiausaha Program Lawatan PPKI,
SMK Seri Jempol,

SMK Seri Jempol

Disokong dan disahkan oleh,

__________________
(MISLIAH BT MASARI)
Pengetua,
SMK Seri Jempol

Anda mungkin juga menyukai