Anda di halaman 1dari 3

Berita ini dipetik dari Laman Web Berita Harian Online :

http://www.bharian.com.my/node/11465
SELASA, 14 OKTOBER 2014 @ 10:33 AM

Kerajaan sentiasa berusaha tingkatkan prestasi guru

MENTERI Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh menandatangani plak sebagai gimik Perasmian
Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Guru 2014 yang di adakan di sini malam tadi. - Foto
BERNAMA

PORT DICKSON: Kementerian Pendidikan sentiasa berusaha melaksanakan kaedah


meningkatkan prestasi guru sebagaimana yang terdapat dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025, kata Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh.
Beliau berkata, guru sebagai pekerja profesional yang kompeten perlu berkeupayaan
melaksanakan tugas dengan berkesan dan menepati hala tuju sistem pendidikan.
"Tanggungjawab seorang guru adalah sentiasa bersedia untuk menerima dan
menambah pengetahuan serta kemahiran. Guru bukan sahaja menjadi pemudah cara

Berita ini dipetik dari Laman Web Berita Harian Online :


http://www.bharian.com.my/node/11465
dalam pembelajaran dan pengajaran, tetapi juga menjadi agen perubahan serta sumber
inspirasi dan ilmu kepada murid," katanya pada majlis perasmian Konvensyen
Kebangsaan Pendidikan Guru 2014 anjuran Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian
Pendidikan di sini, malam tadi.
Turut hadir Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Dr Khair Mohamad Yusof dan Timbalan
Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Abdul Mutalib Osman .
Katanya, guru yang kompeten juga adalah guru yang sentiasa berpandangan jauh,
berfikiran positif, muhasabah diri dan konsisten dalam menimba ilmu dan pengetahuan.

MENTERI Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh diberi penerangan ketika beliau melawat pameran
inovasi yang dhasilkan oleh guru-guru sempena Majlis Perasmian Konvensyen Kebangsaan
Pendidikan Guru 2014 yang di adakan di sini malam tadi. - Foto BERNAMA

Katanya abad ke-21 memerlukan guru yang boleh menyesuaikan kemahiran pedagogi
mengikut arus kemodenan dengan memiliki tahap kepakaran tinggi mengikut keperluan
serta cabaran semasa.
"Penyesuaian kemahiran keguruan untuk pendidikan abad ke-21 adalah perlu untuk
sistem pendidikan negara terus kekal relevan. Dunia pendidikan telah banyak berubah
mengikut arus pemodenan dan globalisasi.

Berita ini dipetik dari Laman Web Berita Harian Online :


http://www.bharian.com.my/node/11465
"Kaedah serta alatan mengajar sudah menjadi semakin canggih yang menjadi keperluan
untuk guru mengajar dengan berkesan. Dunia tanpa sempadan menyaksikan informasi
pendidikan di hujung jari di mana segala bentuk pengetahuan terkini akan dapat diakses
oleh ibu bapa dan murid. Perkara ini akan membantu perkembangan sistem pendidikan
negara," katanya.
Justeru itu, katanya, guru perlu memainan peranan dengan menambah pengetahuan
sedia ada dan bersedia untuk menerima arus pemodenan bagi memastikan pendidikan
dan pengajaran yang disampaikan tidak ketinggalan.
"Kesimpulannya, satu anjakan paradigma baharu perlu digerakkan dalam kalangan guru
bagi mewujudkan semangat dan kesedaran untuk menambah ilmu pengetahuan serta
kemahiran pedagogi terkini.
"Gerakan semangat baharu ini perlu dilaksanakan secara intensif untuk memacu
transformasi pendidikan bagi menjayakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-1025," katanya.
Beliau berharap warga pendidikan seharusnya manfaatkan konvensyen ini sebagai
ladasan tahunan untuk para penyelidik berkongsi hasil dapatan kajian, idea serta inovasi
pendidikan yang bukan sahaja dapat memberi manfaat bersama malah menyumbang
kepada khazanah ilmu pendidikan negara.
Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Guru 2014 bertemakan 'Guru Kompeten
Memenuhi Keperluan Pembelajaran Murid Yang Pelbagai' berlangsung 13 hingga 15
Oktober. - BERNAMA

Anda mungkin juga menyukai