Anda di halaman 1dari 2

Experiment 1

(Rajah 1)

1. Apabila cecair mengalir melalui suatu tiub seragam, tekanannya


berkurangan secara seragam seperti ditunjukkan. dalam Rajah 1 di atas
kerana air mengalir dari kawasan bertekanan tinggi ke kawasan bertekanan
rendah.
2. Tekanan pada titik A lebih tinggi daripada tekanan pada titik B, manakala
tekanan pada titik B lebih tinggi daripada tekanan pada titik C.

(Rajah 2)

3.

Jika tiub tidak seragam mempunyai suatu bahagian yang sempit seperti
ditunjukkan dalam Rajah 2 di atas, tekanan cecair di bahagian sempit itu
adalah paling rendah.
4. Oleh kerana isi padu air sesaat yang mengalir melalui bahagian A, B, dan C
adalah sama, maka laju air yang mengalir melalui bahagian sempit B
adalah lebih tinggi berbanding dengan laju air di A dan C.
5. Menurut Prinsip Bernoulli, laju yang tinggi menyebabkan tekanan pada
bahagian B menjadi rendah.

Experiment 2

(Rajah 3)

1. Rajah di atas menunjukkan udara ditiub melalui satu tiub yang seragam.
2. Didapati bahawa aras air di A adalah paling rendah. Ini adalah kerana
tekanan gas di A adalah paling tinggi.
3. Tekanan gas berkurang dari A ke C. Oleh itu, aras air meningkat dari A ke
C.

(Rajah 4)

4.

Apabila udara ditiup melalui tiub seperti ditunjukkan dalam Rajah 4, aras
air dalam tiub A lebih rendah daripada tiub C, manakala aras air dalam
tiub C lebih rendah daripada tiub B.
5. Ini disebabkan oleh tekanan di A lebih tinggi daripada tekanan di C.
Tekanan di B adalah paling rendah kerana udara bergerak dengan paling
cepat di B, maka aras air di B adalah paling tinggi.

Anda mungkin juga menyukai