Anda di halaman 1dari 23

Penghargaan

Terlebih dahulu, saya ingin menyatakan bahawa kerja kursus ini dapat disiapkan
bukannya disebabkan oleh kebolehan diri saya sendiri semata-mata, tetapi adalah
atas jasa dan kerjasama pelbagai pihak. Oleh itu, saya ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya dalam menyiapkan
tugasan ini.
Pertama sekali, orang yang saya ingin berterima kasih ialah pensyarah yang
mengajar saya, iaitu En. Mohd Hashim bin Misron dan Pn. Asma binti Muda. Mereka
telah memberi penerangan yang cukup jelas tentang kerja kursus ini. Selain itu,
mereka juga sentiasa bersedia untuk menerima pertanyaan daripada saya tentang
masalah yang dihadapi semasa membuat kerja kursus ini. Mereka telah banyak
berkorban masa dan tenaga dalam membantu saya menyelesaikan kerja kurus ini.
Namun, mereka tidak mengharapkan apa-apa balasan walaupun banyak
pengorbanan yang telah dilakukan oleh mereka. Saya memang bersyukur kepada
mereka.
Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan kesyukuran saya terhadap ibu
bapa saya. Mereka telah memberi sokongan dari segi kewangan dan moral kepada
saya. Apabila saya memerlukan wang untuk membeli buku rujukan, mereka akan
menyediakannya dengan serta merta, dan apabila saya menghadapi tekanan dalam
melaksanakan kerja kursus, mereka sentiasa berada di sisi saya untuk mendengar
masalah saya dan membantu saya. Mereka memang berkorban banyak untuk saya.
Selain itu, saya ingin mengucapkan setinggi-tingginya terima kasih kepada
rakan sekelas saya. Mereka banyak membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus
saya. Kami sentiasa berbincang tentang permasalahan yang kami hadapi dalam
membuat kerja kursus dan mereka memang tidak teragak-agak untuk
mengkongsikan pengalaman mereka membuat kerja kursus kepada saya.
Kesimpulannya, tanpa bantuan daripada pihak-pihak tersebut, tidak
mungkin saya dapat menyempurnakan kerja kursus saya dengan baik. Oleh itu,
sekali lagi saya menyampaikan kesyukuran saya kepada mereka.

1.0 Pengenalan
Kursus Reka Bentuk Berbantukan Komputer (RBT3142) memerlukan saya
untuk menghasilkan satu inovasi produk yang jarang atau masih tidak ditemui dalam
pasaran. Berdasarkan laman web Kumpulan Inovasi dan Kreatif Universiti Malaysia
Perlis (KIK UNIMAP), inovasi ialah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk
atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau
penambahbaikan. Ia adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam
mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi.
Idea-idea ini boleh merangkumi apa-apa perubahan dalam bentuk sistem dan
prosedur, kaedah dan cara bekerja mahupun pengenalan teknologi. Dalam erti lain,
inovasi perlu ditingkatkan supaya dapat memudahkan manusia untuk melakukan
sesuatu tindakan.
Pada abad yang ke-21 ini, semua orang memokuskan kepada kecekapan
dan produktiviti. Dengan kata lain, amalan yang dipentingkan dalam masa kini ialah
work smart,bukannya work hard. Kreativiti dan inovasi diperlukan untuk
membolehkan sesuatu pekerjaan menjadi lebih mudah dan menjimatkan masa
(cekap dan produktiviti). Untuk bersaing dalam abad penuh cabaran ini kita tiada
pilihan kecuali meningkatkan keupayaan kreativiti dan inovasi.
Projek Hang-It-All merupakan hasil yang saya keluarkan untuk memenuhi
kehendak kerja kursus Reka Bentuk Berbantukan Komputer. Saya telah
menggunakan pelbagai sumber menjana idea bagi menghasilkan projek ini. Projek
ini dihasilkan berasaskan konsep inovasi dan mampu menyelesaikan masalah yang
saya hadapi dengan berkesan.

2.0 Proses Pencetusan Idea


2.1 Pernyataan Masalah
Dalam kehidupan seharian saya di IPG Kampus Pendidikan Teknik ini, satu
masalah yang agak mengacau saya ialah barang-barang saya di dalam bilik asrama
terlalu banyak dan bertaburan di merata-rata tempat. Masalah ini bertambah serius
dari semester ke semester kerana barangan saya semakin bertambah semakin lama
saya berada di IPG. Tambahan pula kampung asal saya terletak di Sarawak maka
saya susah untuk mengalihkan benda-benda yang tidak digunakan lagi balik ke
rumah. Sebagai akibatnya, saya selalu berhadapan dengan situasi di mana
barangan saya terlalu banyak dan dibiarkan bertaburan. Contohnya, baju, topi,
cawan, tuala, bag dan sebagainya.
Saya percaya bahawa masalah ini merupakan masalah yang umun bagi
majoriti mahasiswa ataupun pelajar yang tinggal di asrama. Satu jalan penyelesaian
yang ringkas bagi masalah ini ialah membeli sebuah rak di bilik. Namun jalan
penyelesaian ini tidak berguna bagi saya kerana rak tidak murah dan tidak mungkin
saya akan dapat membawa rak yang bersaiz besar itu balik ke Sarawak selepas
tamat pengajian. Saya tidak kaya sampai dapat membuang sebuah barangan yang
berharga RM70 ke atas begitu sahaja di IPG. Tambahan pula, asrama di IPG
Kampus Pendidikan Teknik memerlukan kami bertukar bilik setiap tahun. Rak yang
berat juga menyukarkan saya untuk mengalihkannya ke stor.

2.2 Penyelesaian Masalah


Untuk menyelesaikan masalah barangan terlalu banyak dan bertaburan, penyangkut
merupakan satu jalan penyelesaian yang paling relevan. Penyangkut boleh
menjimatkan penggunaan ruang dan mengorganisasikan barangan dengan kemas.
Hal ini demikian kerana penyangkut dipasang pada dinding dan tidak menggunakan
ruang di lantai. Namun penyangkut yang biasa terlalu ringkas dan tidak banyak
benda yang boleh diletakkan. Oleh itu, tercetus idea saya untuk mereka cipta sejenis
penyangkut yang dapat menyangkut pelbagai jenis barangan.
Penyangkut yang direka cipta ini seboleh-bolehnya dapat menyangkut
barangan yang berat seperti baju dan menjimatkan penggunaan ruang. Oleh itu,
penyangkut ini perlulah kukuh. Penyangkut ini juga harus ringan dan mudah
3

dialihkan serta bersaiz sederhana. Akhir sekali, rak yang direka cipta diharapkan
dapat digunakan untuk menyimpan pelbagai jenis benda termasuk baju, gelas dan
cawan, buku, topi, raket badminton, kain dan sebagainya.

2.3 Pencetusan Idea


Idea untuk projek Hang-It-All ini terlahir melalui pembacaan yang saya
lakukan terhadap artikel dan produk yang sedia ada di pasaran. Saya banyak
melayari internet untuk mencari idea untuk mereka cipta satu penyangkut yang baru
dan dapat menyelesaikan masalah saya. Antaranya, maklumat berkenaan dengan
produk DIY telah banyak saya layari. Dengan menggunakan maklumat-maklumat
tersebut, beberapa lakaran telah saya lakukan dan salah satu daripadanya yang
terpilih menjadi lakaran akhir ialah projek Hang-It-All.

3.0 Carta Alir Proses Kerja


MULA

Situasi, persekitaran dan soal selidik


berkenaan dengan pernyataan masalah

Perbincangan masalah,pencentusan
idea dan mengumpul data dan
maklumat.

Melukis lakaran awal dan memilih


lakaran projek.
TIDAK
YA
Mengukur dan menanda.

Memotong.

Membentuk projek
YA
TIDAK

Mencantum.

Kemasan

Menghantar projek untuk


dinilai.

TAMAT
5

4.0 Penyediaan Jadual Kerja (Carta Gantt)

Minggu
Aktiviti

Minggu

Minggu

Minggu

Minggu

Minggu

Minggu

Minggu

Minggu

Tugasan diterima
Mencari dan mengumpul maklumat mengenai produk
yang ingin dicipta
Lakaran awal
Lakaran pilihan dan lukisan autocad
Mengukur, menanda dan memotong projek
Membentuk dan mencantum projek
Kemasan
Pendokumentasian
Menghantar Projek

5.0 Senarai Peralatan dan Bahan


5.1 Senarai Peralatan
BIL
1

ALATAN TANGAN
Pembaris keluli

FUNGSI
Digunakan untuk mengukur dan

memindah ukuran.
Membina garisan lurus pada

Sesiku L

permukaan.
Menguji ketetapan 90
Menguji kerataan permukaan
Membuat garisan bersudut tepat

Gandin Getah

Membentuk bar besi kepada bentuk


yang dikehendaki.

Pensel

Membuat tanda.

Gunting

Menggunting lapisan plastik.

Apit G

Mengapit projek kecil untuk tujuan


mengglu, memahat dan menggergaji.

5.2 Senarai Mesin


1

Peralatan Kimpalan
7

Mencantumkan bar besi.

5.3 Senarai Bahan


BIL
1

Bahan
Bar Besi

FUNGSI
Digunakan sebagai tulang untuk

Lapisan Plastik

kepingan/dinding rak.
Disembur dengan cat putih

Dibalutkan pada bar besi untuk dijadikan


kepingan permukaan bagi Rak Cubic.

Glu Plastik

Digunakan untuk mencantum plastik pada


bahan lain.

Cat sembur

Memberi warna
Mencegah karat
Digunakan pada permukaan kayu, logam

dan plastik
Guna bersama berus cat

6.0 Lakaran

10

11

12

13

14

7.0 Lukisan AutoCAD

15

16

17

8.0 Langkah-langkah Penghasilan Projek


Gambar

Langkah-langkah
1. Mengukur dan Menanda pada
Lapisan Plastik dan Bar Besi
Saya mengukur dan menanda pada
lapisan plastik dan bar besi mengikut
18

lukisan yang dilakukan.

2. Memotong Lapisan Plastik


Saya memotong lapisan plastik
mengikut tanda yang dilakukan.
Lapisan pertama yang dipotong
digunakan untuk memindah ukuran
kepada lapisan yang seterusnya. 16
lapisan plastik disediakan.
3. Membentuk Bar Besi
Bar besi dibentuk menjadi segi empat
mengikut tanda yang telah dibuat.
Gandi getah dan blok kayu digunakan
untuk membantu proses membentuk
ini. Selepas bar besi dibentuk menjadi
segi empat, ia dikimpal untuk
mencantumkan kedua-dua penghujung
bar besi.
4. Membuat Kemasan pada Bar Besi
Setelah bar besi siap dibentuk dan
dikimpal, ia diwarnakan putih
menggunakan cat sembur.

5. Mencantumkan Bar Besi dan


Lapisan Plastik
Bar besi yang siap dibentuk dan lapisan
plastik yang siap dipotong
dicantumkan. Lapisan plastik diglukan
pada bar besi menggunakan glu plastik.
Seramai 16 kepingan permukaan rak
dicantumkan.
19

6. Mencantum Projek
Saya mencantumkan kepingankepingan permukaan rak menggunakan
bongkah penyambung yang dibeli.
Bentuk projek Rak Cubic boleh berubah
mengikut cara penyambungan.

9.0 Kos Bahan Projek


Bil Bahan
1
Bar besi
2
Lapisan Plastik
3
Glu Plastik
4
Cat Sembur
5
Bongkah Penyambung
Jumlah

Bilangan
16
16
1
1
20

Harga Seunit
RM 1.50
RM 1.00
RM 8.00
RM 9.00
RM 0.70

Jumlah Harga
RM 24.00
RM 16.00
RM 8.00
RM 9.00
RM 14.00
RM 71.00

10.0 Refleksi
Saya bersyukur kerena dapat menyiapkan projek serta tugasan RBT 3162 pada
waktu yang ditetapkan. Pada semester lapan ini, saya telah ditugaskan untuk
menghasilkan satu projek inovasi mengikut kreativiti masing masing. Tugasan ini
20

adalah tugasan individu. Selain daripada projek yang dihasilkan, saya perlu
mendokumentasikan hasil projek tersebut.
Pada awal pemberian tugasan, pensyarah telah menerangkan kepada saya
dan ahli kelas yang lain berkaitan tugasan ini. Menurut pensyarah, saya perlu
menghasilkan satu projek berdasarkan idea sendiri. Pada awal tugasan ini, saya
telah mencari beberapa hasil projek yang sedia ada melalui pencarian internet.
Masalah timbul apabila pensyarah tidak bersetuju dengan reka bentuk yang saya
cadangkan. Saya sudah tidak mempunyai idea lain untuk dihasilkan menjadi projek.
Namun, cadangan dan pandangan pensyarah serta bantuan dari rakan sekelas,
saya telah menemui satu reka bentuk yang saya rasakan mudah tetapi sangat
kondusif untuk pengguna.
Masalah utama yang saya hadapi dalam penghasilan projek ini ialah masalah
pengangkutan. Kampung saya berada di Sarawak dan mustahil dapat saya bawa
kereta saya sendiri ke IPG Teknik ini. Maka saya menghadapi kesukaran untuk
mencari bahan bagi projek ini terutama sekali projek ini memerlukan bahan plastik
dan logam yang agak susah dicari. Masalah ini akhirnya diselesaikan apabila saya
meminta bantuan daripada rakan saya yang mempunyai kenderaan. Saya
menumpang keretanya apabila dia juga keluar mencari bahan projek.
Setelah projek Rak Cubic ini telah disiapkan, saya bertungkus lumus
menyiapkan dokumentasi bagi hasil projek kami. Masalah timbul apabila terdapat
beberapa kos bahan yang menjadikan saya keliru. Namun, bantuan dan tunjuk ajar
dari rakan lain yang memberikan pandangan telah membantu saya dalam
menyiapkan pendokumentasian untuk tugasan RBT 3162 ini.
Secara kesimpulannya, sepanjang saya menyiapkan tugasan projek RBT
3162 ini, terdapat pelbagai ilmu dan pengetahuan yang saya dapat seperti menepati
masa, merancang dengan baik dan sebagainya. Ilmu inilah yang saya akan gunakan
untuk menjadi guru yang berdedikasi serta cemerlang. Cabaran yang saya hadapi
juga mampu memberikan pengalaman yang terbaik untuk saya. Ini kerana, guru
yang terbaik adalah melalui pengalaman.
11.0 Bibliografi
Internet
http://www.scribd.com/doc/28743412/laporan-amali-kayu
21

http://teknologibahandanpembuatan.blogspot.com/2010/06/makluman-pgsr.html
https://www.scribd.com/document/243082110/rbt-3162-doc

22

Lampiran

23

Anda mungkin juga menyukai