DALAM ISLAM ADA WAKTU-WAKTU YANG DIANJURAN UNTUK BERJIMA, JIKA KITA MELAKSANAKAN
WAKTU WAKTU YANG DIANJURKAN OLEH RASULULLAH INI MAKA KITA AKAN MENDAPATKAN
KETURUNAN YANG BAIK-BAIK DAN SEMPURNA SESUAI DENGAN YANG KITA HARAPKAN.
Adapun hadists Rasulullah Salallahu alaihi wasalam tentang waktu-waktu yang dianjurkan untuk
berjima sebagai berikut:
1. Wahai Ali..! jika kamu berjima dengan isterimu bacalah : Allahumma Jannibnis Syaitan
Wajanibis Syaitan Mimma Rozaktani. Maka yang demikian itu kalau Allah s.w.t. mengurniakan
kepada kamu anak, tidak dimudaratkan oleh syaitan terhadapnya selama-lamanya.
2. Wahai Ali..! hendaklah kamu berjima dengan isterimu pada malam Isnin maka
sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan menjadi seorang
yang berpegang teguh kepada kitab Allah (Al-Quran) dan redha terhadap segala pemberian Allah
s.w.t. (baik d! an buruk Qada dan Qadar Allah).
3. Wahai Ali..! jika kamu berjima dengan isterimu pada malam Selasa, Allah s.w.t. akan
memberi kepada kamu berdua anak yang mendapat nikmat Mati Syahid sesudah syahadah :
Anla ilahaillallah wa anna Muhammada ar-Rasulullah dan Allah s.w.t. tidak azabkannya (turun
bala kepadanya) bersama-sama orang musyrikin, mulutnya berbau harum yang akan
melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu-domba.
4. Wahai Ali..! jika kamu berjima dengan isterimu malam Khamis, maka Allah s.w.t. akan
mengurniakan kepada kamu berdua anak yang bijaksana, atau seorang yang alim,di kalangan
orang-orang yang alim.
5. Wahai Ali..! jika kamu berjima dengan isterimu sewaktu matahari di tengah langit, Allah
s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua seorang anak yang tidak di hampiri syaitan sehingga ia
beruban (tua) dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s.w.t. rezekikan kepadanya
keselamatan agama dan dunia.
6. Wahai Ali..! jika kamu berjima dengan isterimu pada malam Jumaat dan nanti anak kamu
berdua adalah seorang pemidato yang berwibawa dan petah.
7. Wahai Ali..! jika kamu berjima dengan isterimu pada hari Jumaat, selepas Asar, Allah s.w.t.
akan kurniakan seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim.
8. Wahai Ali..! jika kamu berjima dengan isterimu pada malam Jumaat selepas Isyak yang
akhir, maka sesungguhnya di harapkan anakmu nanti menjadi seorang yang abdal (terkemuka)