Anda di halaman 1dari 6

Aluan Ketibaan

Majlis mengumumkan ketibaan Yang dialu-alukan wakil The Star,


__________________________, Editor Majalah Kuntum Puan Asmah Saad,
Senior Executive Audience Management, Encik Calvin Raj dan Encik Rofit
Miah bin Abdul Karim, Team wartawan yang dketuai oleh Pn Siti Aisyah
dengan diriiringi oleh yg berusaha Puan Nurulaiin bte Zaidon Guru
Penolong Kanan Petang SKBT.
Para hadirin dijemput untuk mengambil tempat, dipersilakan.

Ucapan protokol
1. Yang dialu-alukan __________________________________ wakil The Star,
2. Yang berusaha Puan Nurulaiin bte Zaidon Guru Penolong Kanan Petang
Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi
3. Puan Asmah Saad Editor Majalah Kuntum
4. Encik Calvin Raj dan Encik Rofit Miah bin Abdul Karim, Senior Executive
Audience Management,
6. Guru-guru dan murd-murid yang dikasihi.

Assalammualaikum w.b.t dan salam satu malaysia.

Jejaran mengkudu berbias kesuma


Di celah angsana di Tanah Jawa
Ucapan Aluan pembuka bicara
Di dewan Gemilang kita bersua
Lenggang bertapak seni memandang
Silat sendeng menyusun jari
Salam sembah selamat datang
Sudi tuan ke sekolah kami

Saya sebagai wakil warga Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi amat berbesar
hati mengalu-alukan kehadiran tuan2 dan puan2 ke Majlis Penyerahan

Majalah Kuntum untuk anak-anak warga sekolah kami. Semoga kehadiran


tuan-tuan dan puan-puan dapat menyemarakkan lagi majlis pada hari ini.
Pada majlis yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita memanjat
syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izin serta limpah rahmatnya dapat
kita berhimpun di Dewan Lestari Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi bagi
menjayakan majlis ini.
Bacaan doa
Menadah tangan tanda kerendahan,
Lafaz Bismillah memperkukuh tautan;
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar majlis mendapat keberkatan.
Sidang hadirin warga dewan yang dimuliakan,
Bagi memula dan memuliakan majlis marilah sama-sama kita menadah
tangan memohon keberkatan agar segala urusan mendapat rahmat.
Justeru, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Al Fadil Ustaz
Ahmad Shah Zaki bin Nan untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.
........................Bacaan doa

Amin Ya Rabbal Alamin...Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz


Ahmad Shah Zaki bin Nan atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Ucapan Alu-aluan
Hadirin sekelian,
Majlis meneruskan acara dengan ucapan alu-aluan oleh Yang berusaha
Puan Nurulaiin bte Zaidon Guru Penolong Kanan Petang Sekolah
Kebangsaan Bukit Tinggi
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
.........................................Ucapan alu-aluan Guru Besar
Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan alu-aluan GPK Petang
sebentar tadi.

Ucapan wakil The Star


Acara ucapan diteruskan lagi dengan mempersilakan
Yang dialu-alukan wakil The Star, __________________________Dengan segala
hormatnya dipersilakan.
.......................................ucapan wakil The Star
Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan itu tadi.
Ucapan Editor

Hadirin sekelian,
Majlis seterusnya mempersilakan Puan Asmah Said, editor Majalah
Kuntum untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan
........................................ucapan
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih di atas ucapan sebentar tadi.
Penyampaian hadiah syair.
Warga Dewan sekelian,
Pada hari ini juga kita ingin mengambil kesempatan untuk menyampaikan
penghargaan dan ucapan tahniah atas kejayaan adik Muhammad
Hamizan bin Nor kerana beliau telah berjaya mengharumkan nama
sekolah dengan mendapat Naib Johan peringkat Zon dan Tempat Ketiga
Peringkat Daerah Klang dalam pertandingan melagukan syair. Untuk
makluman semua, pertandingan syair peringkat akhir telah diadakan pada
hari selasa yang lalu dan adik Muhammad Hamizan merupakan peserta
tunggal lelaki yang berjaya ke peringkat akhir.
Majlis ini dengan ini sekali lagi mempersilakan Encik
________________________wakil The Star dengan diiringi oleh Yang berusaha
Puan Nurulaiin bte Zaidon Guru Penolong Kanan Petang Sekolah
Kebangsaan Bukit Tinggi untuk menyampaikan hadiah.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
............................. sampaikan hadiah

Terima kasih diucapkan kepada Encik ________________________wakil The


Star kerana telah sudi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah dan
sijil.
Persembahan murid
Hadirin-hadirat sekelian
Seterusnya, marilah sama-sama kita saksikan bakat-bakat cilik dari SK
Bukit Tinggi . Dengan itu majlis akan diserikan dengan persembahan
tarian dari kumpulan tarian seri gemalai tari yang akan
mempersembahkan tarian piring dengan diiringi 2 buah lagu iaitu mudia
arau dan bugih lamo

dipersilakan.
................tarian

Untuk makluman hadirin, persembahan tarian yang dipertontonkan pada


hari ini hasil bimbingan Jawatankuasa persembahan. Kumpulan Seri
Gemalai Tari juga telah menyertai festival tarian piring peringkat Negeri
Selangor. Tahniah diucapkan kepada anak-anak SK Bukit Tinggi yang
begitu yakin dan berani mempamerkan bakat mereka sebentar tadi.
Penutup
Akhir kata
Hadirin-hadirat yang dimuliakan,
Dengan berakhirnya persembahan itu tadi, maka tibalah masanya untuk
saya selaku pengendali majlis mengundurkan diri. Pihak majlis juga
menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur
kata, terlampau cara sepanjang saya mengendalikan majlis ini.
Sebarang kelemahan harap dimaafi
Segala kerjasama sangat dihargai
Terima kasih sekalung budi
Kenangan nan indah simpanlah di hati
Sebentar lagi majlis akan diserahkan kepada Puan Siti Aisyah binti

____________,untuk meneruskan majlis dengan sesi bersama wartawan


majalah Kuntum.
Jadi mungkin ada sesuatu yang istimewa dari Majalh Kuntum..Jadi..anak2
nak tgk surprise tak? Cikgu harap semua murid senyap, pandang ke
depan dan berdisiplin sepanjang acara berlangsung..boleh???
Seterusnya cikgu serahkan majlis ini kepada Puan Siti Aisyah.dipersilakan.

Anda mungkin juga menyukai