Anda di halaman 1dari 5

Masyarakat masih sangsi lagi dalam penggunaan minyak wangi yang mengandungi alkohol.

Berikut dipetik daripada laman web http://www.e-fatwa.gov.my yang menjelaskan hukum penggunaan
alkohol dalam solat mahu pun kehidupan seharian.

Menurut maklumat yang di terima alkohol ialah nama yang digunakan di dalam kaedah saintifik
kepada sebatian yang mempunyai kumpulan hidroksi (-OH), dan dikenali ada dua jenis yang
agak baik, iaitu:
i)Alkohol kayu (methanol)
ii)Alkohol biji-bijian (ethanol)
Kedua jenis alkohol ini mempunyai sebatian yang merupakan formula am struktur (R-OH.
Methanol adalah sebatian yang mempunyai formula struktur (CH-OH). Di hospital ia dikenali
dengan nama 'spirit' yang dipakai untuk membunuh kuman. Jenis ini tidak digunakan untuk
minuman.
Ethanol adalah sebatian yang mempunyai formula struktur(CH3CH2-OH) bahan inilah yang
digunakan sebagai campuran dalam minuman keras.
Dari penjelasan ringkas mengenai jenis alkohol itu dapat dapat disimpulkan bahawa setiap arak
atau minuman keras ada mengandungi alkohol tetapi tidak semua alkohol itu adalah arak.
Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis. Alkohol yang dibuat bukan
melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum.
Selain itu alkohol juga terhasil dari lebihan proses pembuatan makanan seperti tapai,sama ada
dari ubi kayu atau pulut.Ianya adalah tidak najis dan harus dimakan.
Ubat-ubatan, minyak wangi yang dicampurkan alkohol yang diproses bukan untuk pembuatan
arak adalah harus dan dimaafkan.

sumber : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/penggunaan-alkohol-semasa-solat

Sebagai beauty blogger dan sebagai seorang Islam khususnya, adalah menjadi peranan serta
tanggungjawab Nanie untuk memberi pencerahan dan penerangan mengenai perkara ini.
Malahan disebabkan persoalan ini timbul, Nanie telah menjalankan sedikit kajian sendiri dan
bertanya pada orang yang lebih arif.
Pertama sekali, sebagai muslim of course lah bila kita dengar perkataan Alkohol, kita terus
terbayang arak, minuman yang memabukkan. Dan sudah semestinya ia adalah najis pada
kita dan haram untuk menggunakan, memakai, menyentuh dan apa sahaja yang berkaitan
dengan 'body touch'. Jadi jika alkohol adalah najis, sebarang alatan kosmetik yang
mengandungi alkohol juga adalah haram?

Baiklah... ini adalah jawapan yang Nanie ambil dari Portal Rasmi Fatwa Malaysia. Nanie copy
paste disini. Nanti Nanie akan summarize kan ye ...

Berdasarkan taklimat, pembentangan dan penjelasan yang disampaikan oleh pakar-pakar daripada Institut
Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia serta dengan mengambilkira keputusan-keputusan
yang telah diputuskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama
Islam Malaysia terdahulu, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal
Ugama Islam Malaysia yang membincangkan isu alkohol dalam makanan, minuman, pewangi dan ubat-
ubatan pada 14 hingga 16 Julai 2011 telah bersetuju memutuskan seperti berikut:
1. Setiap minuman arak adalah mengandungi alkohol. Walaubagaimanapun bukan semua
alkohol itu adalah arak. Alkohol yang diperolehi dari proses pembuatan arak, hukumnya haram
dan najis.

2. Manakala alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis,
tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk aslinya kerana ia adalah racun dan boleh
membunuh.

3. Minuman ringan yang diproses/dibuat bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan
mempunyai alkohol di bawah aras 1%v/v adalah harus (boleh) diminum.

4. Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses
membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya
disuling adalah haram diminum.

5. Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semulajadi seperti buah-buahan,
kekacang atau bijirin serta perahannya, atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara
sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus
(boleh ) dimakan/diminum.

6. Makanan atau minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarna yang
mengandungi alkoholuntuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol
itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak dan kuantiti alkohol dalam produk akhir itu
adalah tidak memabukkan dankadar alkohol tidak melebihi 0.5%.

7. Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak
najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan arak.

Baiklah kat sini Nanie nak summarize kan. Melalui pemahaman Nanie dan setelah merujuk kepada
Majlis Fatwa Kebangsaan serta beberapa kajian dan artikel terbitan beberapa sumber yang boleh
dipercayai, penggunaan ALKOHOL DALAM ALAT KOSMETIK & MINYAK WANGI
ADALAH TIDAK NAJIS & DIHARUSKAN PENGGUNAANNYA. Alkohol dan arak adalah
dua perkara yang berbeza.

Formula yang Nanie gunakan adalah senang :

"TIDAK SEMUA ALKOHOL ITU ADALAH ARAK, TETAPI SEMUA ARAK ITU
BERALKOHOL"

Kita selalu terbayang, dalam pembuatan alat solek mesti dorang tuang arak kan. Arak yang dorang
minum sampai mabuk tu kan? Salah... sebenarnya dalam pembuatan alat solek dan minyak wangi,
mereka menggunakan Alkohol yang mana alkohol boleh terhasil melalui pelbagai proses.
Contohnya alkohol yang terhasil melalui proses penapaian bukan proses pembuatan arak.
Jadi, mana-mana alkohol yang terhasil TIDAK MELALUI PROSES PEMBUATAN
ARAK adalah diharuskan penggunaannya. Selain itu, penggunaan alkohol dalam kosmetik dan
minyak wangi juga adalah TIDAK MEMABUKKAN sama sekali. Manakala arak yang
diharamkan adalah kerana ia boleh menyebabkan mabuk dan hilang ingatan atau akal.

Secara mudah, alat kosmetik dan minyak wangi yang mengandungi ALKOHOL adalah
TIDAK NAJIS dan HARUS DIGUNAKAN oleh umat Islam. Asalkan menepati dua ciri iaitu:

1. ALKOHOL TERSEBUT TIDAK MELALUI PROSES PEMBUATAN ARAK


2. PERATUSAN ALKOHOL TIDAK MEMABUKKAN / MENGHILANGKAN AKAL

Sebab tu, Nanie suka bila pembaca blog Nanie bertanya soalan, komen semua. Sebab pada Nanie
salah satu tugas atau fungsi blogger adalah menjadi medium perbincangan dan hebahan. Bila ada
soalan macam ni, Nanie cepat-cepat buat rujukan, bertanya pada yang arif dan merujuk kepada
artikel serta sumber yang boleh dipercayai.

Namun sekiranya korang ada syak dan was was mengenai hal ini, Islam sentiasa menganjurkan
cara terbaik iaitu dengan meninggalkan terus dari menggunakannya atau mencari inisiatif yang
kukuh untuk menggantikannya. Insya Allah dalam pasaran kosmetik, ada banyak produk yang
100% bebas alkohol dan muslim-friendly. Contohnya face brush dari Breena Beauty, 100%
Muslim Friendly.
Moga-moga perkongsian Nanie dalam bab Penggunaan Alkohol dalam kosmetik dan minyak
wangi ni membantu korang semua untuk lebih memahami dan mempraktis Islam dengan
sempurna. Sekiranya ada pendapat atau mana-mana kekurangan yang boleh Nanie improve lagi,
korang bagitau ye :)

Wallahualam.

Anda mungkin juga menyukai