Anda di halaman 1dari 5

Mengumumkan ketibaan yang diraikan guru-guru sk bukit tinggi(lagu asmaradana)

Persembahan silat.
---- Lagu Negaraku ---Para hadirin dipersilakan duduk
Yang berusaha Pn Rahimah binti Omar Guru Besar SK Bukit Tinggi, Pn Fazlon
binti Jaafar Penolong Kanan Pentadbiran, En Ismail bin Ibrahim Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid, Pn Ramlah binti Sulaiman Penolong Kanan Kokurikulum, Pn Nuruaiin
binti Zaidon Penolong Kanan Petang, ahli-ahli jawatan kuasa PIBG, Murid-murid yang
dikasihi serta hadirin sekelian.
---- muzik instrumental----Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, saya dengan ini menjemput Ustaz
Ahmad Zaki bin Nan untuk menyampaikan bacaan doa.
----- bacaan doa --Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Ahmad Zaki di atas bacaan doa
sebentar tadi.
Untuk

makluman

hadirin

sekelian,

persembahan

silat

yang

telah

dipersembahkan sebentar tadi khas untuk menyambut ketibaan guru-guru yang


dikasihi. Persembahan seni silat ini didatangkan khas dari kumpulan seni silat gayung
patani hasil bimbingan Cikgu Kamarul Zafik bin Hj Abd Manaf. Kumpulan ini juga
telah dianggotai oleh murid murid SK Bukit Tinggi. Berikan satu tepukan untukuntuk murid-murid yang berbakat ini.
Sempena tema Pertembungan Budaya Kesultanan kita pada hari ini.izinkan hamba
berpantun dahulu
Petik petik pohon jerami

Hinggap burung di sawah sempadan


Segak dan cantik guru guru kami
Busana disarung indah sepadan
Selasih dimakan si anak rusa
Masuk ke hutan mencari makan
Guru Pembina Negara bangsa
Selamat hari guru kami ucapkan
Guru Pembina Negara bangsa..begitulah tema hari guru pada tahun ini. Tema
ini mendefinisikan bahawa guru membawa peranan penting sebagai pembentuk
masyarakat berilmu dan memperteguh peradaban bangsa melalui pembangunan insan.
Dengan ini majlis menjemput En Rosli bin Hashim untuk menyampaikan bacaan
perutusan dari Menteri Pendidikan Malaysia Dato Seri Mahdzir bin Khalid.
------- bacaan perutusan -----------Terima kasih diucapkan kepada En Rosli.
Seterusnya majlis menjemput Encik Shaari bin Sulaiman menyampaikan
bacaan perutusan dari Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Dr Khair bin
Mohamad Yusof.
--------- bacaan perutusan --------------Begitulah bacaan perutusan dari Encik Shaari bin Sulaiman. Bagi tidak
melengahkan majlis lagi, dengan ini dipersilakan yang berusaha Puan Rahimah binti
Omar, guru besar SK Bukit Tinggi untuk menyampaikan ucapan.
---------- ucapan gb ----------Ribuan terima kasih diucapkan kepada puan gb di atas ucapannya sebentar tadi.
Ingin sekali saya ungkapkan sebuah rangkap kata yg telah diutuskan khas dari puan
gb untuk guru-guru SK Bukit Tinggi.

Untuk semua yang bergelar pendidik


Ukirlah walaupun di atas batu
Curahlah air walaupun di atas daun keladi
Tulislah walau di atas pasir
Keraskan pahatmu
Besarkan baldimu
Genggamkan penamu

Manalah kita tahu


Batu menjadi tugu
Daun keladi menjadi baldu
Pasir menjadi intan
Sabar itu kekayaan
Ikhlas itu kejayaan
Selamat Hari Guru
Seterusnya saya dengan ini mempersilakan barisan pendidik SK Bukit Tinggi
untuk tampil ke hadapan, menjalankan acara tahunan selagi kita bergelar sebagai
pendidik tanda kesepaduan kita dalam memperingati sambutan hari guru setiap
tahun. Semoga acara ini menjadi kenangan manis dlam hidup kita.
Dengan ini majlis menjemput para pentadbir SK Bukit Tinggi dengan diiringi
barisan pendidik SK Bukit Tinggi untuk membaca ikrar hari guru, nyanyi lagu kami
guru Malaysia dan nyanyian lagu tema 2016 Guru Pembina Negara Bangsa.
Bacaan ikrar akan diketuai oleh Encik Baharudin bin .. dan nyanyian
lagu akan diketuai oleh Encik Muhammad Azmi bin Ag Amin.
-------- ikrar dan nyanyian --------

Acara seterusnya adalah acara memotong pulut kuning tanda rasminya majlis
kita pada hari inidengan itu guru-guru diminta tunggu sebentar untuk sesi
bergambar selepas acara memotong pulut kuning.
Tibalah sudah masa yang dinanti-nantikan oleh murid2 semuanak tengok
cikgu kamu buat persembahan tak???
Kita akan mulakan pembukaan acara persembahan kita dengan acara
memperagakan pakaian oleh guru-guru SK Bukit Tinggi. Berikan tepukan yang
gemuruh untuk peserta pertama kita
----- persembahan fesyen show---Seterusnya kita redakan keadaan yang gamat pada hari ini..Majlis dengan ini
mempersilakan Puan Roslina binti Maujub mempersembahkan sebuah sajak hasil
nukilan beliau sendiri. Dipersilakan.
------------- sajak ------------Terima kasih diucapkan kepada Puan Roslina. Semoga bait2 sajak yang penuh
bermakna ini terpahat dalam hati para pendidik SK Bukit Tinggi.
Cukup tak persembahan dari cikgu2 kamu? Nak lagi?
Baiklah kita teruskan persembahan daripada artis2 yg dijemput khas dari
Bollywood..Dengan diiringi lagu dipersilakan.
-------- persembahan -----------Seterusnya, persembahan yg ketiga dari guru-guru kamu..dengan ini dijemput
kumpulan dikir ________ untuk mempersembahkan persembahan dikir barat.
Baiklah.. Ini dia persembahan penutup kita pada hari inidipersilakan
kumpulan tarian .
Denga ini tamatlah sudah tugas saya pada hari ini, saya memohon kemaafan
andai ada kesilapan dan kekhilafan semasa majlis berjalan sebentar tadi diharapkan
guru2 tidak berkecil hati. Sesungguhnya semua yang dilafazkan adakah gurauan
semata2 dan tidak membawa apa2 maksud lain.

Sebentar sahaja lagi murid2 dan guru akan berehat sebentar sebelum acara
sukaneka yang akan diadakan selepas rehat nanti..Kesemua guru bolehlah bersiap
sedia..kain pelekat dan kain batik jangan dilupa ya..untuk murid2 yang ingin memberi
ucapan penghargaan kepada guru atau pun menyampaikan hadiah dipersilakan untuk
berjumpa dengan guru2 kesayangan kamu..dan seterusnya boleh berehat di kantin.
Cikgu juga ingin mengingatkan selepas rehat murid2 dikehendaki berada di tapak
perhimpunan untuk memberi sokongan kepada guru2 kamu. Murid2 tidak dibenarkan
naik ke kelas atau berada di tempat lain selain dari tapak perhimpunan.

Anda mungkin juga menyukai