Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE 26

HARI

AHAD

TARIKH

17/7/2016

MASA

7.30 8.00 PAGI

Guru Bertugas :

Pn. Zailina Binti Arpin


Pn. Rosnani Binti Mokmin

1 SUASANA PERHIMPUNAN
1 Semua guru dan murid hadir di tapak perhimpunan pada pukul 7.30
pagi.
2 Murid berbaris mengikut kelas masing- masing.
3 Perhimpunan ko-kurikulum dimulakan dengan Nyanyian Lagu
Bangsa Johor, Lagu Sekolah dan lagu Negaraku
2 LAPORAN GURU BERTUGAS : En Ibrahim Bin Abd. Ghani
1 Sifat kesegeraan dalam diri.
Guru bertugas melaporkan berkaitan dengan sifat kesegeraan dalam
diri setiap murid. Setiap pagi 10 minit sebelum masuk ke kelas
dijalankan pelbagai program berlainan setiap hari. Murid yang lambat
datang tidak dapat mengikuti program sekolah. Setiap murid di sekolah
ini perlulah menanamkan sikap kesegeraan dalam diri masing-masing
2 Membuli.
Murid tahun 5 membuli murid kelas bawah iatu murid darjah 3. Murid
diingatkan supaya mengawal diri dari sikap panas baran dalam diri
masing-masing.

3 UCAPAN GPK HEM : Pn. Rosnah Binti Kayon


3.1Mengalu-alukan kehadiran GPK Hem SK. Pontian Besar dan dapat
memberikan kerjasama kepada beliau yang sedang menjalani NPQEL
dan melihat pengajaran dan pembelajaran abad ke 21 di sekolah ini.
3.2 Ucapan selamat dating kepada Cg Siti Zubaidah Bt Mohd. Ali yang
akan menjalankan prektikum di sekolah ini selama 2 bulan dan
mengambil tugas cg. Azlee yang akan ke Thailan untuk pertandingan
Gimnastik.
3.3 Buli dikalangan murid-murid hendaklah dihentikan. Murid-murid
hendaklah mengamalkan sikap penyayang antara satu sama lain dan

anggaplah kawan-kawan sekelas seperti adik beradik. Sekiranya ada


berlaku kes buli segeralah buat laporan kepada gpk dan guru displin.
3.4 Kesegeraan dalam diri murid-murid perlu ada dan semua murid
pada 7.20 pagi sudah perlu berada di Astaka setiap hari untuk
mengikuti program yang telah disusun oleh pihak sekolah.
3.5 Kehadiran murid sekolah ini pada bulan Jun adalah yang paling
teruk hanya 89% sahaja. Ianya melibatkan 30 hingga 40 orang lebih
murid yang tidak hadir ke sekolah setiap hari. Gejala ini amat
membimbangkan dan boleh menjejaskan pencapaian murid dalam
keputusan peperiksaan kelak.
3.6 Murid murid diingatkan supaya berjimat dalam penggunaan
elektrik. Pastikan lampu dan kipas ditutup sekiranya meninggalkan
kelas masing-masing ke bilik-bilik khas. Ketua darjah dan penolong
sentiasa member ingatan kepada rakan-rakan sekelas yang lain dan
sentiasa memastikan lampu dan kipas ditutup.
3.7 Murid-murid diingatkan supaya tidak melalui kawasan bahaya di
mana semua murid tidak dibenarkan bermain dan melalui kawasan
belakang sekolah.
3.8 Selepas waktu rehat semua murid dikehendaki beratur terlebih
dahulu sebelum masuk ke kelas masing-masing. Pengawas di harap
dapat tingkatkan tanggungjawab dalam menjaga displin murid sekolah
ini.

Disediakan Oleh:

..
( Pn.Zailina Binti Arpin )

Anda mungkin juga menyukai